Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dimasukkan ke hospital gara-gara tekanan kerja untuk memajukan syarikatnya AS Legacy.
Aliff Syukri Kamarzaman, 33, berkata, tidak mudah untuk berjaya kerana orang lain tidak nampak kesukaran dihadapinya.
Kredit foto: IG Aliff Syukri
"Nampak ingat mudah untuk berjaya, tetapi orang tidak pernah nampak kesukaran.
"Hari ini adalah hari paling bersejarah buat saya. Demi kejayaan syarikat saya untuk mencari rezeki yang halal, sampai masuk hospital saya," catatnya di Instagram.
Tidak menyatakan lokasi hospital, Aliff juga memuat naik foto tangan berbalut jarum tiub air dan sebungkus makanan.
Aliff di Instagram Story turut merakam dirinya terlantar atas katil sebuah wad.
"Ini telah berlaku pada diri saya dan tidak pernah saya alami sebelum ini, dan semoga ia memberi pengalaman yang manis yang boleh saya jadikan kenangan," catatnya.
Semakan di Instagram Story terkini menunjukkan Aliff sudah keluar hospital dan bekerja seperti biasa dengan mempromosikan produknya D'Herbs.
Sumber: ProjekMM
|