View: 3018|Reply: 25
|
"Orang Lain Juga Kita Minta Maaf Kerana Jalan Berlubang," - Timbalan M
[Copy link]
|
|
"Tidak ada isu permohonan maaf kepada Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin) kerana kita juga ada buat permohonan maaf dalam kes lain sebelum ini. Saya harap ia tidak disensasikan lagi.
"Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama," kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.
Katanya, isu berkenaan tidak perlu disensasikan kerana tumpuan Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah bagaimana menyelesaikan aduan diterima untuk keselesaan rakyat.
Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih daripada RM1 bilion untuk membaiki jalan berlubang di seluruh negara setiap tahun dan peruntukan sedia ada tidak mencukupi.
Kredit foto: Twitter
Menurutnya, JKR sudah membuat kajian bagi memastikan jalan berlubang dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya.
"Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.
"Saya secara peribadi berpendapat permohonan maaf itu tidak perlu dibuat secara terbuka sebaliknya hanya ditujukan secara peribadi kepada Khairy sendiri, itu lebih baik.
"Dalam kes di Tebrau sebelum ini, kita ada memohon maaf juga. Saya sendiri turun melihat keadaan di situ. Soalnya bukan kepada menteri saja, kepada orang lain juga kita minta maaf," katanya kepada Harian Metro.
Ahad lalu, Khairy dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada basikal akibat terlanggar lubang jalan.
Kejadian berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor ketika Ahli Parlimen Rembau itu sedang menunggang basikal di kawasan itu.
Susulan itu, JKR Hulu Langat mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Khairy yang mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai layanan berat sebelah. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah adat kat Malaysia...Kalau nak masalah2 dalam Malaysia ni settle, masalah ayaq ka jalan ka kena ramai lagi menteri dan vvip yang kena masalah tu directly seperti eksiden dan mampus.. kalau takat rakyat yang kena ni sampai 7 keturunan pon tak selesai... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow tak ada langsung rasa guilty and empthy ye politician hansap ni, yang jatuh meninggal sebab lubang tak ditampal. Double standard sungguh layanan. Why not saman je department yang tak buat keroja sampai berbulan-bulan lubang makin besar sampai claim nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.
And yet dlm kes kj tak sampai 24 jam settle.. Sembang ngalah babi boleh terbang ke bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk sgt jalan berlubang...aduan hanya tinggal aduan
wpon ada ISO...boleh je tipu...keje tak settle pon ckp dh settle...siap edit sistem lagi...lps tu bukan main dalam audit report, 100% aduan selesai JAYAnya! Haktuih! Main tipu boleh ar...
|
|
|
|
|
|
|
|
baghal_bortuqal replied at 29-12-2020 01:32 PM
Kene ripot jkr daerah ni
Wakakaaa lawak sia!!! |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kes menteri komen internet slow
bukan main laju responnya
cuba rakyat marhain....auto reply je...x abis2...kesesakan kesesakan network #celcomhampeh
|
|
|
|
|
|
|
|
syabas kj kerana sanggup cederakan diri sendiri supaya jkr lebih perihatin akan keterukkan jalan2 di negara kita |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ramai lagi vvip yg kena 'bala' mungkin permasalahan rakyat yg tertangguh selama ini boleh diselesaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
huh... bye menteri kerja raya |
|
|
|
|
|
|
|
Owhh ada babi terbang ghupenye arini..tinggi plak tu terbang |
|
|
|
|
|
|
|
1 biilion untuk atasi jalan berlubang?
Jalan raya seantero Malaysia ni mmg level awal merdeka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ahh korang pun sembang.
bro lando juga laju buat keje. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang tu, masa kempen pilihan raya, kemain masuk kampung pung pang2. Tapi naik heli ya. Bukan kereta. Mana la blh rasa kesusahan org kampung yg trpaksa meredah jalan yg teruk. Jalan tu mcm2 lubang ada. Poyo je semua |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama," kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.
Harap datuk jumpa jalan berlubang....pastu datuk pun tergolek ke dalam lubang
[img]
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hanya jalan berlubang. Kiri kanan mewah dgn lampu jalan. Bila malam lampu jalan tak jalan. Mcm nak bgtau itu cuma hiasan. Dok kerah mata bila malam. Takut2 terlibat kemalangan. Hati pun jadi debar sebab mcm2 boleh jadi atas jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kj ni sengaja nak malukan kerajaan Melayu islam yer? Sejak bila jadi ejen Dap? |
|
|
|
|
|
|
| |
|