Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Natasha Hudson yang dikecam kerana menggayakan gaun mendedahkan bahagian bahu.
Terbaru, Rizman Ruzaini memuat naik gambar personaliti masakan YouTube, Sugu Pavithra ketika sesi fotografi tahun lalu memakai gaun sama seperti Natasha.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai, Rizman Ruzaini berkongsikan Pavithra yang kurang selesa dengan gaun tersebut pernah meminta agar bahagian terdedah itu ditutup.
Kredit foto: IG RizmanRuzaini/Natasha
“Gaun ini dipinjam untuk sesi penggambaran dan mereka turut membawa penata gaya memantau sesi fotografi itu.
“Malangnya, gaun itu terlalu terdedah untuk Pavithra, yang mana Pavithra kurang selesa. Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna,” katanya.
Kredit foto: IG RizmanRuzaini
Rizman Ruzini berkata, permintaan Pavithra itu dipersetujui oleh penata gaya yang berada di set penggambaran dan semua pihak.
Perkongsian Rizman Ruzaini itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pereka fesyen itu serta mengagumi tindakan Pavithra.
Netizen turut memberi komen pedas mengatakan orang yang bukan Islam mahu menutup bahu sedangkan yang Islam sengaja biarkan terdedah untuk cetuskan kontroversi.
Kredit foto: IG RizmanRuzaini
Terdahulu, Rizman meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan tindakan pelakon tersebut dan menganggap ia telah mencalarkan reputasi dan imej yang dibina mereka sepanjang 15 tahun dalam industri fesyen.
Sumber: RotiKaya |