CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6708|Reply: 53

[Tempatan] Tak ada istilah terkandas. Yang ada di kampung mesti balik sebelum Jumaat ni

[Copy link]
Post time 12-1-2021 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Yang masih di kampung, pulang segera sebelum Jumaat – Ismail Sabri
By
Manzaidi Mohd Amin -
12 January 2021


LUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah betul apabila mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) mulai tengah malam ini hingga 26 Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil kerana kerajaan memandang serius fenomena penularan Covid-19 yang mencatat angka empat digit.

Katanya, atas keutamaan keselamatan rakyat dan memastikan penularan dapat diminimumkan, kerajaan melaksanakan PKP di negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Johor, Melaka dan Sabah.

“Dengan pelaksanaan tiga perintah ini, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di seluruh negara selama tempoh dua minggu ini.

“Sebelum ini kerajaan melonggarkan peraturan, tetapi apabila angka positif Covid-19 naik, rentas negeri tidak lagi dibenarkan, sama ada di kawasan PKP, PKPB dan PKPP, kecuali dengan kebenaran polis,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP di beberapa negeri, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Selain PKP, antara negeri yang dilaksanakan PKPB ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKPP dikuatkuasakan di Perlis dan Sarawak.

Mengenai mereka yang pulang ke kampung, tetapi belum sempat balik ke negeri tempat bekerja, Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi polis memberi kelonggaran sehingga Jumaat ini untuk semua mereka pulang.

Katanya, Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai dijalankan pada malam esok dan selepas berbincang dengan polis, ada kes tertentu diberikan kelonggaran seperti mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas.

“Kita tidak batalkan penerbangan, mereka boleh teruskan. Begitu juga bas ekspres, kelonggaran ini diberikan kepada mereka yang ada sebab tertentu seperti melawat keluarga sakit dan sebagainya.

“Saya nasihatkan yang berada di kampung, pulang segera, paling lewat Jumaat ini. Selepas itu penguatkuasaan agak tegas dan tiada kelonggaran lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
hahah adan ukeeee. boleh la lupakan hasrat pura2 kandas
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat bg sampai jumaat..baiknya awak..kalau aku jd menteri aku bg masa sampai rabu sblm 12 tghmlm je...
Bg masa lama2 tu utk diorg merayap kt kampung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Balikla cepatt..semak hiway jem gilaa tadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya sempatla balik mlm ni ke kg ..
Balik kl balik jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kelonggaran lagi? I lebur duit beli tiket baru sebab nak elakkan sampai terlalu lewat ke tempat bertugas. Risau tak lepas and nak elakkan terkandas. By hook by crook kena balik juga. Kalau diberi sampai jumaat..nanti ada lagi nak balik tempat bertugas sabtu dan ahad.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga babi2 yang nak balik kampung bercuti untuk suka2 tak terlepas pulang. Kesian para doktor dan jururawat takde masa nak rehat. Dah la gaji kecik, kerja teruk. Bahaya nyawa lagi. Rakyat dan menteri sama2 bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain jem jalan hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Karak hiway arah ke pantai timur jem tadi..i wonder org pantau timur berpusu nk pulang semula ke rumah atau org yg duk kat kl selangor tp nk blk kg sbb nk wfh kat kg
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
slmt pulang..
mesti yg balik kg tu ada reason dorg yg tersendiri..tp i ni dh 5 bln xjmpa parents..rindu tp my dad ckp jgn balikk kalau xswab
o
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda: hahah adan ukeeee. boleh la lupakan hasrat pura2 kandas

Betholllll... meluat aku dengan cikgu2 skola aku yg dari kelantan,terengganu, perak nak pura2 kandas plak lat kg masing2. Bukan kena banjir punn!.dah nama kena bertugas, tunaikan laaa tanggungjawab tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 12:11 AM | Show all posts
info trafik pun ckp Lembah Klang jem teruk mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut la tak nampak banyak khemah roadblocks malam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 12-1-2021 11:21 PM
Betholllll... meluat aku dengan cikgu2 skola aku yg dari kelantan,terengganu, perak nak pura2 kand ...

weekend ade kenduri... mesti lah balik hari ahad lepas pkul 12mlm...

gomen pun satu bagi jawatan kt org2 yg berasal pantai  kt kl selangor ni dh kenapa... nyusahkan org... byk company implemented  xnak amik org kelantan ni lg..lepas byk rekod history pasal balik kg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Jammed kat mana2..
Balik kg kut korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:18 AM | Show all posts
klu nak amik anak kat kedah by khamis n balik semula jumaat boleh ke?
means nak menghala ke kedah tu hari khamis...boleh?
tny utk jiran ni..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 09:19 AM | Show all posts
rkyat malaysia dan jem dah sebati.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
X abis abis bodoh depa ni...mesti ada lagi drama kandas lepas ni..mohon polis trafik yg debik mat motor hari tu ketuai rodblok
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:28 AM | Show all posts
edayildiz replied at 12-1-2021 09:35 PM
slmt pulang..
mesti yg balik kg tu ada reason dorg yg tersendiri..tp i ni dh 5 bln xjmpa parents..r ...

aku dah setahun tak blk Sabah. Takde pun keriau. Orang melayu ni drama byk. Aku last blk KK January 2020. Sepatutnya March 2020 dan raya 2020 aku blk KK. Tp gara gara Covid tak dpt balik.  Pastu tiket aku tunda nak blk KK bulan Nov, kena lagi PKPB. Sabah pun kes byk. Tunda lagi. Mak aku pun takdelah riuh rendah menangis  berendam air mata, drama TV3 suruh balik. Kuat drama sungguh org Melayu ni. Kita dlm keadaan pandemik. Bertenang dan bersabar. Bukannya esok nak kiamat tak dpt balik. Msh blh video call mak setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 09:29 AM | Show all posts
binipopeye replied at 13-1-2021 12:30 AM
weekend ade kenduri... mesti lah balik hari ahad lepas pkul 12mlm...

gomen pun satu bagi jawat ...

senang cite yg suka balik kampung tiap tiap minggu, asal ada cuti balik kampung ni, suruh kerja kat kampung saja. Jgn dok bandar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50627 Replies : 185
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72049 Replies : 64
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 24639 Replies : 52
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 33750 Replies : 652
Kedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, makamah di sana tiada motif politik
maklukpenggodaKedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, maka
Views : 6752 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 128089 Replies : 3337
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 285354 Replies : 8436
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 30431 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.651458 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list