CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3799|Reply: 24

Ronda Tengah Malam Tengok Persiapan PDRM Berdepan PKP, Buat Sesak Je!

[Copy link]
Post time 13-1-2021 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Keluar tengah malam dengan alasan untuk melihat suasana persediaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Itu antara alasan sebilangan pengguna jalan raya ketika ditahan untuk pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Persiaran Kota, berhadapan bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam tempoh satu jam pertama awal pagi tadi.




Kredit foto: HMetro




Tinjauan wartawan di lokasi juga mendapati, jumlah kereta agak banyak, malah beberapa pengguna ditahan untuk pemeriksaan kerana mempunyai lebih dari dua individu dalam satu kenderaan.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berharap orang awam terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP yang ditetapkan kerajaan.

"Sepanjang tempoh satu jam pertama di SJR di susur keluar MPK ini, kita dapat masih ada sebilangan kecil masyarakat yang masih belum bersedia untuk patuh kepada SOP ini yang mana, ada beri alasan tidak tahu, ada juga bagi alasan keluar untuk meronda di tengah malam bagi melihat keadaan persediaan pihak PDRM itu sendiri.

"Setakat ini, saya dapat boleh dikatakan kebanyakan kenderaan patuh kepada SOP, manakala sebilangan kecil mempunyai alasan yang boleh diterima. Setakat ini tiada yang diarahkan berpatah balik," katanya ketika ditemui di SJR terbabit awal pagi tadi.


Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan penguatkuasaan di lokasi tumpuan orang awam dan memastikan SOP PKP dipatuhi.

"Sekiranya didapati tiada pematuhan itu, kita akan kenakan kompaun kepada mana-mana yang tidak patuh SOP.

"Jika tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah dan sama-sama kita berjuang untuk memutuskan rangkaian Covid-19," katanya.


Sementara itu katanya, sejak jam 4 petang semalam hingga malam tadi, IPD Klang Selatan tidak putus-putus dikunjungi orang awam untuk mendapatkan surat kebenaran rentas daerah dan negeri.

"Rata-rata untuk tujuan bekerja, kebanyakan mereka memberitahu ada surat kebenaran polis lebih terjamin perjalanan pergi dan balik," katanya.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 10:23 AM | Show all posts
sampai skang jemnya x surut lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya rabbi, benak rakyat malaysia ni ya..
Patutlah kes makin tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 10:54 AM | Show all posts
Ok...selamat menyambut hari raya kepada ummah malaya!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam dah la banyak kereta, boleh pulak ada kereta rosak dekat traffic light. Sudahnya aku sampai opis lewat setengah jam. Kalau tak, awal sejam aku sampai
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok fikir mana laa cinkies ni nk pegi. Tgh mlm tu nk pkp dah..
I bajet diorg lepas geram naik genting jap agknya
Pukul 11.55pm pecut turun balik kl..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nyaris kena kena kerja mlm tadi, kalau idak keluar opis pagi ni mesti kena lalu roadblock.. nasib baik aktiviti cancel, kena sambung lepas pkp abis.. harapnya tak lama la pkp ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam.ldp.mcm nak perayaan
Iols nak gi hantar barang pon takajut sebegitu skali jem nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 11:25 AM | Show all posts
kemain sakai lagi masing2
bengap betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii laaaa...mcm ni pun boleh ye ..fefeeling YB kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 13-1-2021 11:06 AM
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok  ...

Boleh lak gituuu hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 13-1-2021 11:06 AM
Mlm td ada sekumpulan porsche ngn ferari berdesup naik heway kl karak. Dlm pukul 8mlm mcm tu
I dok  ...

Boleh lak gituuu hahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:09 PM | Show all posts
Semalam bukan jalanraya je yang sesak tempat makan pun sama macam merayakan tak boleh nak makan kat kedai lagi dalam dua minggu atau sebulan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
otak masing2 mengecut ke apa sampai benak macam tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by star_karat at 13-1-2021 01:17 PM

Borang rentas daerah kena download dah tu print. Ingat semua orang ada printer kat rumah ker? Kedai print banyak tutup. Print pulak dari phone ke mesen copy. Tak semua kedai ada buat. Kat balai polis tak sedia kan borang.
Bila dah dpt jumpa yang boleh print, pergi balai. Sebelum tu call balai, dorang suruh datang. Bila sampai balai, pegawai yang jaga gate tak bagi masuk pasal cop untuk borang rentas sempadan tak siap lagi. Mati2 tak bagi masuk. Balik lah dah kena halau.
Ni cerita pagi ni dengan kawan aku. Nangis2 dia. Naik grab pulak tu 20 hinggit pergi balik. Pagi2 dah rayau cari kedai yang boleh buat print dari phone. Kkmart, 7e semua tak leh buat. Kedai stationary banyak tutup.
Ni sampai dah tengahari ni tak leh buat apa lagi. Polis kat balai takda cop, tak siap lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank aku dr kl nk blk rmh aku kt shah alam ambik masa 11/2 jam..lg berapa minit je lg nk kul 12 mlm..kalau lambat sikit lg bertolak dr kl tu mau kena roadblock..mmg x blh lps la blk rmh aku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah kes makin byk, asal cuti asal boleh rentas negeri berbondong berjimba balik kg la kenduri jalan2 bwk budak kecik bagai mcm dah sah negara bebas covid kaedahnya.

Padahal kes 4 angka hari2 buat tak perasan dan acah takde pape. Heedless
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:42 PM | Show all posts
yaa smlm mmg jam.. each time ada announcement, pkp ka pkpb ka pkpkpkpb ka mmg jam, tataw la depa2 ni merenyam ke mana

atau sebab gomen pun klua SOP very last minit.. baik MITI atau MKN

Miti tu naseb meols masuk before 3pm, surat kelulusan dah ada tunggu nak donlod je, my friend masuk after 3pm, website hang

maka ramai la yg balik lewat smlm sbb kena settle segala docs etc2 mcm meols.. nak suh staff print? mmg sampai abes pkp takde la depa tu nak print, nak gagau kat mana? bukan smorang ada printer kat umah mcm menteri2 pasola tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 01:50 PM | Show all posts
Ini namanya cari penyakit, sia-sia sahaja jika kena kompaun
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku pepagi lg dah gi ambik surat kebenaran polis sebab nak travel dr perlis ke kl central
Bas xada, nasib ada ets
Harap sampai kl central sempat catch last erl ke klia sebab flight dia esok pagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 20951 Replies : 36
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3415 Replies : 24
'Dana 1MDB telah dicuci di seluruh dunia,' Kedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, makamah di sana tiada motif politik
maklukpenggoda'Dana 1MDB telah dicuci di seluruh d
Views : 3343 Replies : 2
Malas Jalan Kaki Budaya kito dan Indon:Rakyat Indonesia, Malaysia Dinobat Paling Malas Jalan Kaki Di Dunia
YgBenarMalas Jalan Kaki Budaya kito dan Indon:R
Views : 28182 Replies : 30
Pensyarah sebar gambar bogel dilindungi pihak atasan, dakwa kelab pelajar universiti bernombor
maklukpenggodaPensyarah sebar gambar bogel dilindungi
Views : 5765 Replies : 5
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 99358 Replies : 1033
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50346 Replies : 184
EDISI CIRITAN PADU: Mahkamah beri Muhyiddin penangguhan bersyarat setel hutang RM1 juta
maklukpenggodaEDISI CIRITAN PADU: Mahkamah beri Muhyid
Views : 34844 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.079407 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list