View: 5102|Reply: 40
|
'Syukur Masih Ada Wang Simpanan, Masih Mampu Bertahan' - Zaiton Sameon
[Copy link]
|
|
Penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon,64, bersyukur dia masih mampu bertahan meneruskan kehidupan harian dengan bekalan wang simpanannya.
Zaiton dihubungi berkata meski jumlah wang simpanannya itu tidaklah begitu banyak dan kini semakin merosot, namun dia dapat bertahan lagi.
"Saya pun tak tahu sampai berapa lama lagi bekalan wang simpanan itu dapat digunakan berterusan, tetapi harapnya semoga krisis pandemik Covid-19 ini segera berakhir.
"Sebagai penyanyi, saya rindu untuk membuat persembahan dan selagi ada rezeki, saya takkan meninggalkan kerjaya ini kerana nyanyian sudah sebati dengan saya," katanya kepada Harian Metro.
Jika sebelum ini, Zaiton memaklumkan wang simpanannya dikumpul hasil persembahan menyanyi, berniaga rendang dan minyak wangi, namun kini semua itu 'terhenti' seketika.
"Buat masa sekarang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya hanya duduk di rumah sahaja. Usia pun makin emas, dan saya tumpu sepenuhnya pada amal ibadat.
"Nak buat apa lagi pada ketika dah tak boleh keluar bekerja sekarang. Saya pun individu berisiko kerana faktor usia, jika keluar rumah. Jadi, untuk keselamatan duduklah di rumah dan tingkatkan amalan untuk bekalan diri," katanya.
Menurut Zaiton, dia bagaimanapun berkesempatan membuat dua persembahan nyanyian di Melaka, sekitar Oktober tahun lalu. Katanya, dapatlah juga rezeki ketika itu untuk menampung wang simpanan.
Mengenai perjalanan kerjaya, Zaiton berkata dia sepatutnya sudah merakamkan dua lagu baharu hasil ciptaan komposer Allahyarham A Ali, pada tahun lalu tetapi, tidak kesampaian.
"Dua karya daripada arwah untuk saya iaitu lagu solo dan duet itu sudah disiapkannya, namun kami tidak sempat bekerjasama untuk proses rakaman kerana Covid-19 dan arwah meninggal dunia pada 21 November, tahun lalu," katanya.
Menurut Zaiton lagi, jika ada rezeki dia berharap dapat merakamkan dua lagu berkenaan selepas PKP ini dan krisis Covid-19 berakhir. Ujarnya, kena tunggu keadaan semasa kembali membaik.
Sumber : HarianMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik kak eton dalam gambar ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu fenomena betul sheol kan. Siap datang dewan masyarakat daerah akak huntok perform. Penoh orang. Akak hada pi tapi tak enjoy pun sebab awal 90an dulu baru tahap 1 mana la minat kak Eton. Lain la kot if Exist yang datang. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya kalah rita rudiani |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga murah rezeki kak Eton. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia duk ngan sape sekarang ye |
|
|
|
|
|
|
|
jap jer dgor lagu menaruh harapan..tup2...dah 64 umor dia... |
|
|
|
|
|
|
|
syukur...sekurang2nya dia pandai simpan duit dan mampu bertahan wlpon tak popular skrng ni. all the best kak eton |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mmg jenis cermat kot..masa tgh meletup dulu pun dia siap beli rumah utk arwah anak dia kan.. penyanyi Shima lagi byk tahun bertahan meletup dari Zaiton ni, tapi nampak mcm lagi susah..tapi xtau la sebab Shima dulu salah pilih suami ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia dalam gambo nih. |
|
|
|
|
|
|
|
wowwww byk duit dia dulu sampai skrg mampu berjimat |
|
|
|
|
|
|
|
Byk sokongan utk beliau betul2 pulih, sora sedap |
|
|
|
|
|
|
|
“Kini aku sendiri..kini masih sendiri, hadapiii hidupp iniii”.. hah gicheww |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 18-1-2021 07:00 PM
dia ni mmg jenis cermat kot..masa tgh meletup dulu pun dia siap beli rumah utk arwah anak dia kan.. ...
Shima terkejut sikit dengan keadaan dia. Harap adalah rezeki untuk dia |
|
|
|
|
|
|
|
Iol pun ada pndpt yg sma, cntik je muka deyol.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah sgt tumpang happy dgn kehidupan kak eton skrg. Dulu2 masa sheols mcm lost dan hilang ingatan, meols pnh terdetik dlm hati Allah sbnrnya sayangkan kak eton sbb tu dia tarik nikmat dan bagi musibah utk bersihkan kak eton siap2. Kak eton dalam 10 tahun kebelakangan ni nampak jauh lagi sihat dan berseri lebih2 lagi sejak berhijab. Nampak betul2 bercahaya air muka dia berbanding 20 tahun pertama selepas sheols kemalangan ngeri thn 1990. Moga Allah merahmati kehidupan kak eton sampai bila2. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..lega dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
So happy to see her like this. I mean, kakEton dalam keadaan sejahtera mcm ni. Saya doa kan kakEton sentiasa sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
| |
|