View: 3364|Reply: 33
|
Lelaki boleh mandul jika dijangkiti Covid-19
[Copy link]
|
|
Lelaki boleh mandul jika dijangkiti Covid-19
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... ijangkiti-covid-19/
Oleh KOSMO!
22 Januari 2021, 11:12 am
Kajian mendapati jangkitan Covid-19 boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan. - Sunday Mirror
LONDON – Jangkitan Covid -19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus tersebut berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma, demikian amaran dikeluarkan saintis dalam satu penemuan terbaharu.
Dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology kelmarin, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.
“Sistem pembiakan lelaki telah disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.
“Ini boleh menimbulkan ancaman global terhadap potensi kesuburan lelaki kerana golongan ini lebih mudah mendapat jangkitan Covid-19 berbanding wanita terutama pada usia yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata,” tulis abstrak kajian.
Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularanCovid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi teruk pada pasangan yang dijangkiti.
Penyelidik telah mengenal pasti empat cara utama di mana virus korona dapat mempengaruhi kesuburan lelaki dengan kaedah pertama adalah pencerobohan yang disasarkan.
Pasukan penyelidik percaya kehadiran reseptor ACE2 (lokasi paling senang dijangkiti koronavirus) di testis menjadikan sel genital atau alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan yang berpotensi.
Cara kedua adalah menerusi keradangan yang disebabkan oleh virus Covid-19 yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tisu pembiakan lelaki.
Keradangan di sekitar jantung juga dapat menyekat atau menurunkan bekalan darah ke zakar yang akan mengakibatkan kegagalan ereksi.
Cara ketiga kesan virus korona terhadap kesuburan lelaki adalah menyebabkan keradangan di seluruh sistem badan yang menjadikan tahap hormon kesuburan mereka tidak stabil.
Faktor keempat adalah tekanan perasaan yang diketahui mempengaruhi kesihatan seksual dan telah menjadi isu bagi ramai orang sepanjang penularan wabak ini.
Covid-19 juga dapat meningkatkan tekanan oksidatif badan ke tahap yang tinggi sehingga dapat mempengaruhi bentuk, jumlah, daya maju dan “kemampuan berenang” sperma.
“Lelaki yang dijangkiti Covid-19 perlu diberi konsultasi psikologi bagi mengelakkan ketakutan yang tidak rasional dan tekanan yang berlebihan kerana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan sistem pembiakan mereka,” kata salah seorang penyelidik, Prof Shubhadeep Roychoudhury. – Agensi
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah serupa novel inferno pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sian Pasir Salak....... |
|
|
|
|
|
|
|
Menjangkiti menteri takpa je
Jangan calon suami aku dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah untuk mengurangkan manusia kerana sudah terlalu ramai di muka bumi ini dan segala kehidupan sudah hampir musnah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelaki boleh mandul disebabkan covid...wanita pun akan menerima nasib yg sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
lelaki mandul? perempuan jugak di persalahkan.macam jiran ai.kawen sampai dua.tetap tak ada anak |
|
|
|
|
|
|
|
takpa.. dah fossil la
xkena cobid pun sperm heols dah expired
|
|
|
|
|
|
|
|
Kajian: Jangkitan Covid-19 Boleh Sebabkan Lelaki Mandul
London: Kajian dilakukan pakar mendapati virus Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan kepada lelaki.
Dalam penyelidikan dilakukan saintis yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology kelmarin mendedahkan, kemandulan itu disebabkan virus Covid-19 berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.
Penemuan baharu saintis dalam laporan berkenaan menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.
"Sistem pembiakan lelaki disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.
"Ini boleh menimbulkan ancaman global terhadap potensi kesuburan lelaki kerana golongan ini lebih mudah mendapat jangkitan Covid-19 berbanding wanita terutama pada usia yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata," lapor kajian itu.
Gambar Hiasan
Laporan penyelidikan awal itu turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi teruk pada pasangan yang dijangkiti.
Pasukan penyelidik percaya kehadiran reseptor ACE2 di testis menjadikan sel genital atau alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan berpotensi.
Cara kedua adalah menerusi keradangan yang disebabkan virus Covid-19 yang menyebabkan kerosakan kekal pada tisu pembiakan lelaki.
Keradangan di sekitar jantung juga dapat menyekat atau menurunkan bekalan darah ke zakar yang akan mengakibatkan kegagalan ereksi.
Cara ketiga kesan virus korona terhadap kesuburan lelaki adalah menyebabkan keradangan di seluruh sistem badan yang menjadikan tahap hormon kesuburan mereka tidak stabil.
Manakala faktor keempat adalah tekanan perasaan yang diketahui mempengaruhi kesihatan seksual dan telah menjadi isu bagi ramai orang sepanjang penularan wabak ini.
Laporan itu juga mengatakan Covid-19 juga dapat meningkatkan tekanan oksidatif badan ke tahap yang tinggi sehingga dapat mempengaruhi bentuk, jumlah, daya maju dan kemampuan sperma.
Salah seorang penyelidik, Prof Shubhadeep Roychoudhury berkata, lelaki yang dijangkiti Covid-19 perlu diberi konsultasi psikologi bagi mengelakkan ketakutan yang tidak rasional dan tekanan yang berlebihan kerana ini secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan serta sistem pembiakan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tipu je. Kobid ni kan propa je. |
|
|
|
|
|
|
|
ada laki tak kena covid tp mandul awal tak caya tanya abg jat |
|
|
|
|
|
|
|
paree tu mender kaka?
pestime dengo
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita nak takutkan manusia.. supaya manusia berlari-lari mendapatkan vaksin padahal mereka yg terkena covid dan sembuh sudah ada antibodi dan tak perlu ambil vaksin lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah semoga kami terhindar dari covid |
|
|
|
|
|
|
|
habiaq la lelaki
Pasukan penyelidik percaya kehadiran reseptor ACE2 di testis menjadikan sel genital atau alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan berpotensi. |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor ; "Covid ini membunuh, jaga diri!"
Rakyat : "Tipu! Semua tu lakonan, propa!"
*loading*
Doktor : "Sapa kena covid, mandul.. Mati pucuk pun ada."
Rakyat : "Kita jaga kita. Aku tanak mandul, mati pucuk."
yay
Doktor : "Vaksin ini dapat menyembuhkan kita daripada virus ini!"
Rakyat : "Tipu! Mengarut! Berhenti cucuk kami dengan benda bukan-bukan!"
*loading*
Doktor : "Dengan vaksin ini, bukan sahaja sembuh daripada virus, malah mengembalikan keremajaan, keanjalan kulit, kesihatan kulit kepala dan rambut, menguatkan tenaga batin, mengubat mati pucuk dan ejakulasi pramatang bagi lelaki, memontokkan dada dan merapatkan bagi wanita."
Rakyat : "........" (beratur panjang 5 jam, 10km)
nak bagi laku, mana-mana zaman pun
cakap je nak bagi cantik, bagi handsome, kuat luar dalam, settle
manusia manusia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|