CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2945|Reply: 42

Anwar Akan Kaji Pelaksanaan GST Jika Jadi PM

[Copy link]
Post time 24-1-2021 12:48 AM | Show all posts |Read mode







SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya menjadi perdana menteri.


Katanya, walaupun dikenakan GST, tetapi ada pengecualian dan syarat-syarat yang lebih ketat.

“Tak boleh GST seperti mana ia diperkenalkan kerana walaupun kita kata pendapatan negara itu bertambah, tapi ia mendera rakyat miskin,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).


Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook MPN pada Sabtu dan ia dikendalikan oleh Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator. Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.


GST mula dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.


Bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, cukai berkenaan dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Mengulas lanjut, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, GST boleh dilaksanakan sebaik keadaan ekonomi dipacu dengan lebih meyakinkan dan pendapatan rakyat meningkat.


“(Saya) tidak fikir ia boleh dilaksanakan dalam keadaan segera,” katanya.


Anwar mendedahkan bahawa GST pada mulanya dicadangkan oleh beliau semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan.


“Saya kaji pengalaman Kanada dan New Zealand yang menjalankannya dengan baik. Tetapi pada masa itu saya menangguhkannya.


“Mengapa saya mengambil keputusan menangguhkannya pada ketika itu? Kerana pendapatan (rakyat) terlalu rendah,” jelasnya.


Anwar berkata, sekiranya pendapatan rakyat minima RM3,000, GST boleh diperkenalkan pada ketika itu.


“Tapi pada masa itu, kita belum bersedia disebabkan (pendapatan) itu semata-mata. Saya kata kalau bagi lima hingga enam tahun lagi (bila) ekonomi dah meningkat dan gaji minima meningkat kita boleh (laksanakan GST),” katanya.


Anwar turut mengakui bahawa sistem pelaksanaan GST adalah telus tetapi kesannya akan lebih dirasai oleh masyarakat desa iaitu Melayu.





Sumber : SinarHarian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 01:13 AM | Show all posts
kau yang hapuskan lepas tu kau nak laksanakan. kau punya bahlol tu buat orang meroyan tahu tak? harap orang port dickson tengokkan wakil rakyat dia ni. makin lama makin sewel.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha..gelak aku kat depa2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bang non tak kesian ke kat kami orang akaun ni bila buat changes. Penat tau!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia ni dah nak resetting balik. Perasan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dia begini ..  cuba peratikan demokrasi . Apakah demokrasi tidak baik sebab contohnya disini kita melahirkan pemimpin2 yg korup , pemimpin yg sebok membina empayar legasi nya sendiri ?? Apakah demokrasi itu tidak baik dek sebab menjadi punca pepecahan dalam komuniti sendiri ??   Tidak juga sebab demokrasi lah dianggap terbaik dalam memilih kepimpinan . Rakyatlah yg menjadi pelengkapnya . Begitu juga lah gst yg sebenarnya sedang diguna kaedahnya dalam banyak negara . Meskipun ditafsir sebagai cukai , tetapi perolehan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk memajukan certain sector berkepentingan , juga boleh menumpu kepada kebajikan rakyat . Ideanua mudah , wang yg dikutip akan digunakan kembali . Cuma bila dibawah kerajaan yg terdahulu ini semua tidak terjadi .
Lebihan wang dari cukai tambahan ini hilang ntah kemana dan khabarnya masih memegang wang gst ini sedangkan rakyat telah dipaksa membayar lebih didalam terma gst . Jadi apakah salah sistem atau soalnya ketamakan sang pemimpinnya ??  Kerana letaklah apa sistem pun , selagi  pemimpin itu tidak mempunyai kewarasan , perlaksanaannya tetap akan gagal .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2021 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2021 01:13 AM
kau yang hapuskan lepas tu kau nak laksanakan. kau punya bahlol tu buat orang meroyan tahu tak? hara ...

Bila masa dia kata haouskan? Dia cuma kata tangguhkan. Pelik kenapa geng2 pn nak salahkan anwar pulak. Yang memetintah selama 60 tahun tu bn umno bhkannya anwar. Yang songlap duit berbillion tu madey dan najibun bukannya anwar. Yang buat nilai ringgit jatuh merudum tu ialah najibun bosskur bukan anwar. Pelik betul la. Walau aku tak minat tak sokong anwar tapi aku kadang2 kesian kat anwar sebab macai2 bn umno ni semua nak salahkan anwar walau terang2 yang buat salah dosa banyak tu ialah madey dan najibun. Sejak madey merosakkan karier politik amwar dengan pelbagai tuduhan gila tak masuk akal,  sejak tu malaysia jadi semakin teruk. Korupsi yang terjadi merosakkan masa depan malaysia menuju ke negara maju sedangkan singapura yang kecil kemetot telah berpuluh tahun jadi negara maju dan kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
SST senyap senyap tibai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 06:55 AM | Show all posts
Edited by sidewinder at 24-1-2021 06:58 AM
Itzy replied at 24-1-2021 04:23 AM
Bila masa dia kata haouskan? Dia cuma kata tangguhkan. Pelik kenapa geng2 pn nak salahkan anwar pu ...
Bila masa dia kata haouskan? Dia cuma kata tangguhkan. Pelik kenapa geng2 pn nak salahkan anwar pulak. Yang memetintah selama 60 tahun tu bn umno bhkannya anwar.

ko silap brader....salah fakta ko ni....bang non pernah terselit dlm sistem 60 tahun tu malah bang non pernah pegang mcm2 jawatan dlm kerajaan masa tu sblm dia dipecat pada tahun 1998 ........ko percaya ke tidak nada dan karakter seseorg ahli politik akan berbeza ketika dia berada didalam kerajaan dan ketika dia luar kerajaan ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:34 AM | Show all posts
lavendernovella replied at 24-1-2021 01:26 AM
Dunia ni dah nak resetting balik. Perasan tak?

thats why they call it The Great Reset

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kaka_tima: Bang non tak kesian ke kat kami orang akaun ni bila buat changes. Penat tau!



Bkn u sorg tau. Ai pn dh penat nk ubah system tiap kali tukar government. Penat nk comply dgn kastam lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder replied at 24-1-2021 06:55 AM
ko silap brader....salah fakta ko ni....bang non pernah terselit dlm sistem 60 tahun tu malah ba ...

Iols speku itzy ni budak kecik lagi.. tak tau apa2 sblm tahun 2000.

Sampai la ni iols tertanya, dsai dpt duit berkepuk2 tu dari mana? Sbb apa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:58 AM | Show all posts
sial sangat dajjei tua kerantut bocor ni

dajjei sgt nak ajdi PM

nakharom mana yg menutuh  lahirkan dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya adalah kenapa pendapatan rakyat rendah tapi gaji menteri naik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:48 AM | Show all posts
BEKAS banduan peliwat ni bila nak kojol?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:55 AM | Show all posts
adoiii kebabian apakah ni... hanat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 09:30 AM | Show all posts
for me die ni pandai ckp je..hmm bosan dh dgn die ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika...kalau..andai..dah tak relevan bangnon.semua hanya mimpi basah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaji jerrr?.. Pffft!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
adoi la
masih menaruh harapan nk jadi PM
lawak hari minggu hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081727 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list