View: 6197|Reply: 59
|
"Dah Lama Kami Diam" - Anonymous Malaysia Beri Amaran Serangan Siber
[Copy link]
|
|
Satu mesej berbaur amaran dikeluarkan membabitkan sistem keselamatan dalam talian pelbagai agensi milik kerajaan.
Memuat naik video ugutan tersebut di Facebook, akaun Anonymous Malaysia mengingatkan pihak berwajib bersedia berdepan kemungkinan berlaku aktiviti penggodaman melibatkan sistem dalam talian kerajaan.
Jelas pengendali akaun tersebut, tindakan itu sebagai 'pengajaran' berikutan kelemahan sistem keselamatan dalam talian negara ini sehingga menyebabkan maklumat peribadi pengguna terdedah kepada pihak tidak bertanggungjawab.
“Hello Malaysia. Ini adalah amaran kepada kerajaan Malaysia. Sudah tiba masa anda membuka mata setelah lama kami berdiam diri. Bersedialah. Kami tidak memaafkan, kami tidak lupa, nantikan kami,” katanya.
Jenayah siber melibatkan penggodaman sistem dalam talian di negara ini bukan suatu yang baharu.
Sebelum ini, pelbagai kes berlaku membabitkan penggodaman sistem dalam talian dan laman web agensi berkepentingan kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun lalu.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang mengakui terdapat usaha berterusan pihak tidak bertanggungjawab yang sentiasa cuba menggodam maklumat Kementerian Keselamatan Pertahanan dan ATM.
Terdahulu, Anonymous Malaysia mendakwa kelemahan sistem dalam talian negara ini menyebabkan lebih 46 juta data peribadi pengguna terdedah kepada pelbagai sindiket.
Ia berikutan kecuaian dan tidak peka kepada persekitaran teknologi sehingga membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan jenayah siber.
“Sistem keselamatan anda lemah, semua data mungkin sudah terdedah. Ini menyebabkan penggodam boleh menjual maklumat.
“Banyak kes didapati data syarikat telekomunikasi telah terdedah lebih 46 juta dan ini menyebabkan berlaku kegiatan jenayah scam,” katanya lagi.
Sumber: ProjekMM |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yo yo kelapo jo acah2 Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
terpengaruh dgn film Hollywood. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi projek IT kat kroni, kroni upah bebudak interns, sub kat company murah2.. then scam sub con, programmer buat loop hole, backdoor etc |
|
|
|
|
|
|
|
Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok nak hack sana sini,baik pegi tlg utk boost ekonomi negara..{:nose |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki: Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok ...
Hahahahah tu laa pasalnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 26-1-2021 11:48 AM
salmon-suki: Ai rengsa tgk english dorg...kalau malay or yindon,xyah laa speaking,byk grammatical error tuh..ayat pun lawak jah..ko nak bt ape anon weh?drpd sebok ...
Kata Anonymous Malaysia? Speaking malay dah la. X patriotik langsung {:hooray. Nampak sgt malaynye keje. Shame2 la..
|
|
|
|
|
|
|
|
wow seram. mcm dalam movie |
|
|
|
|
|
|
|
Ni geng script kiddies ada hati nak launch cyberwarfare kat kerajaan malaysia
Puihh! |
|
|
|
|
|
|
|
So motive dia supaya kerajaan alert dan upgrade systems ? Kerana our data dan details sudah banyak di scam? |
|
|
|
|
|
|
|
betul.
kalau pdrm cara terhormat hantar UTK ketuk pintu rumah.
atm, hantar ejen tahu2 dah teman tidur sebelah.. glock tuju kat bebird.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Buatlah movie.. mcm best jer |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 26-1-2021 12:21 PM
betul.
kalau pdrm cara terhormat hantar UTK ketuk pintu rumah.
Hahahahahaa.. Aku kenal 2 org gila RGK.. Jadi antara ATM vs PDRM.. Aku takut kat team IT ATM.. Sekali depa dok sebelah.. X memasal aku tak boleh bergedik kat cari. Hahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 26-1-2021 12:27 PM
tembak mati kaedahnya
Tembak mati x apa lagi.. Ada juga jasad nak dikubur.. Ni.. Jangan kata jasad.. Rambut pun x ada kalau kena dgn team ATM. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai anon, orang tengah berjuang nak hidup bayar itu ini, awak lagi sibuk nak cari nama waktu waktu begini. Siapa kepalanya ni, bbnu juga ke |
|
|
|
|
|
|
|
kan ai pun fikir cam gitu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|