Kredit foto: IG
"Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang COVID-19 di MAEPS Serdang hari ini".
Demikian kata Wak Doyok di Instagramnya yang bersyukur berkesempatan berkongsi rezeki bersama pesakit dan petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pelakon dan usahawan serta ikon fesyen itu yang juga pengusaha jenama SHUSHIWAK mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan ejen yang berjaya menyediakan 20,000 biji sushi untuk disumbangkan kepada pusat kuarantin berkenaan.
"Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji.
"Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal," tulisnya.
Berikutan usaha murninya itu, ruangan komen IG Wak Doyok dibanjiri dengan pujian warganet.
Semoga Wak sentiasa dimurahkan rezeki! - CARI
|