View: 5385|Reply: 30
|
Tak digalak pakai perhiasan di kepala ada lakaran capal
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk songkok yang mempunyai lakaran atau logo capal kerana ia bercanggah dengan norma fitrah insani.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata ini kerana kepala manusia adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.
"Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah insani.
"Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman.
Fadzil berkata, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat, namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.
Katanya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.
"Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.
"Ini pula hanyalah sekadar lakaran dan logo dan ia tidaklah seperti tabarruk yang dilakukan oleh sahabat Baginda," katanya.
Sumber : Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab kes ustaz don la jual cap logo capal sampai rm200 lepas tu kaitkan pulak dgn hadis nabi naik ke langit ke arash allah dgn capal. ulamak pun dah ckp hadis tu x betul. senang betul penunggang agama buat duit skrg mcm jahlop. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorhh..setad donnowhy tu pun penonggeng agamakah???baler baler..{:dot{:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo baru google...rupanya logo tu. Tp banyak di jual dekat booth muis |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti sembang pasal brand ni ke? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz don? Dulu kan kecoh dengan isu sebar hadis palsu dan kisah-kisah israiliyat |
|
|
|
|
|
|
|
cantik gak logo ni
macam ikan pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Takkanla x boleh..ustaz Don kata capal lg mulia dari mak bapak kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai je yg pakai cap lambang selipar ni. pppffftttt....... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dia jual murah sangat
sepatutnya 250 harga kopiah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bendera parti lobai elok diletak logo capal..baru kena dgn prestasi |
|
|
|
|
|
|
|
ooo asal muasalnya dari dia la ni?
patut la kawan aku fanatik sgt ngan logo capal ni,
dah dia pun fanatik kat setazdon tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
oo yeke. no wonder la skng pun dia dah senyap kan.. dah jarang tgk dah dia ni kat mana2..kat tv pun dah kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyembah capal pasti menggelupor dgan saranan sebegini. Takziah sis |
|
|
|
|
|
|
|
Ustak tu dah kaya raya hasil tunggang agama jual Cap smpai 200 sebijik (harga sebenar x sampai pn rm20) baru mufti nak berbunyi? |
|
|
|
|
|
|
|
topi capal tu dr rege ratus2 aku beli rm10 je haritu masa promo le website glitch kod org share boleh pakai ramai2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak lawan lambang/logo co org putih mcm nike (dewi kejayaan) jd dicipta logo yg khas utk umat islm...kita hari2 dok pikul lmbang tuhan lain...apa salah pikul logo selipar nabi |
|
|
|
|
|
|
|
lorhh itu logo capal ke ??? kolotnya mufti kot ye pun. bukan org pakai capal letak kt kepala, lambang jah pun, ko dh kenapa.... on the other hands, iols x suka setak don, dan semua setak2 media sosial kecuali imam muda asyraf |
|
|
|
|
|
|
| |
|