View: 19185|Reply: 116
|
Amin Daniell, Anak Jamal Yunos Tak Kemaruk Kejar Glamour
[Copy link]
|
|
Amin Daniel mula mencipta nama dalam industri seni selepas menjadi pelakon dalam muzik video (MV) beberapa artis tanah air.
Amin yang juga anak kepada kepada ahli politik sensasi, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata dia tidak menumpang populariti bapanya untuk memasuki dunia glamour.
Foto: IG
"Alhamdulillah rezeki saya untuk menjadi sebahagian anak seni dipermudahkan.
"Jujur kalau ikutkan hati kerjaya sebagai pelakon ataupun model bukan menjadi keutamaan. Tapi kalau sudah dikatakan sudah rezeki, siapa kita untuk menolak," katanya kepada Kosmo.
Tambah Amin, bakat lakonan yang dikurniakan menjadi sebab utama untuk menonjolkan diri dalam bidang ini.
"Semasa awal-awal memasuki dunia hiburan tiga tahun lalu, tak dinafikan ramai yang kata saya menumpang populariti bapa yang cukup terkenal dengan kontroversi politiknya.
"Ada juga yang kata bapa menjadi tiket untuk saya mengecap laluan mudah tidak seperti anak seni lain yang terpaksa bersusah payah sebelum bergelar artis."
Bukan berlakon sahaja, Amin yang berusia 21 tahun dan berketurunan Melayu-Jawa ini juga aktif menguruskan perniagaan keluarga.
Kesibukan ini membuatkan dirinya tidak pernah kemaruk untuk mengejar populariti.
"Insya-Allah saya juga ada dapat tawaran untuk menjayakan beberapa projek seni terbaharu termasuk lakonan dan penggambaran MV selepas ini.
"Kalau ikutkan ada sahaja tawaran itu datang untuk berlakon drama dan sebagainya, tetapi ada beberapa yang terpaksa saya tolak disebabkan sibuk menguruskan perniagaan keluarga."
Amin juga ada cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas pandemik Covid-19 berkahir.
"Saya nak sambung pengajian di luar negara dalam bidang sains politik.
"Jika ditanya mengapa saya memilih bidang tersebut, ringkas dan mudah jawapannya. Selain bisnes dan seni, jiwa saya juga ke arah politik. Mana tahu satu hari nanti saya ikut jejak langkah bapa pula." -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
bluebutter: Handsome eh. Comey dia.
Ensem dah ada.jangan buat perangai macam bapak ko sudahhhh..orang politik ni banyak merapu dari bela rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni ke muka Jamal jamban waktu muda dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream: Macam ni ke muka Jamal jamban waktu muda dulu?
Hensem kan. In my eyes lah. Mata orang lain I unsure. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis: Ensem dah ada.jangan buat perangai macam bapak ko sudahhhh..orang politik ni banyak merapu dari bela rakyat.
For me budak ni hensem. Tinggi dan badan besar. |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni la yg kantoi bercium dgn tyra sampai tyra dgn aazief K break dulu kan |
|
|
|
|
|
|
|
ni ke yg dikatakan CR malaysia huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ohh my.. so dlu2 ms kes dgn tasasilah heols masih keciklah sb tu tasasilah grab apaknyeh? amponnn up nm tasasilah pulak hehe |
|
|
|
|
|
|
|
imanda replied at 21-5-2021 02:40 PM
ohh my.. so dlu2 ms kes dgn tasasilah heols masih keciklah sb tu tasasilah grab apaknyeh? amponnn up ...
Tasah tep juling tu eh. Dengan beliau ke |
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 21-5-2021 02:45 PM
Tasah tep juling tu eh. Dengan beliau ke
kat porem ni dlu2 gitulah gosipnyeh |
|
|
|
|
|
|
|
Can do la jg
Cuma jgn perangai buruk cam bapak dia dah la
Tang suara kecik bapak dia tu kalau menurun jg xleh buat apa la dah kurniaan Tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
helok anaknya..
jgn merapu mcm ayah kamu sudah le..
|
|
|
|
|
|
|
|
bile tgk dia sorg2 ok la jugak
tang bile dia sebelah apak dia terus rase mcm, ok next pls
aura bapak tu melekat kuat smpai tak boleh berfikiran waras dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|