Antara tuntutan komersial dan perjuangan kemanusiaan, nampaknya aktres Mimi Lana memilih untuk bersuara tentang kebenaran.
Walaupun ini bermakna dia terpaksa melepaskan peluang keemasan, namun Mimi tetap bersama rakyat Palestin dalam perjuangannya menentang kekejaman Israel.
Menerusi ciapannya di Twitter, Mimi menerangkan yang dia sanggup membatalkan sesi fotografi bersama jenama Dior, yang juga didakwa menyokong Israel.
Foto : IG
Baginya, ia adalah sumbangan kecil, namun penuh bermakna buat dirinya. Selain itu, Mimi juga berikrar untuk terus bersama-sama rakyat Palestin dan model kegemarannya, Bella Hadid.
Foto : Twitter
Antara artis Malaysia yang kerap mengemaskini perkembangan rakyat Palestin di laman media sosialnya, Mimi turut menyatakan yang tindakan produk kosmetik tersebut menyingkirkan Bella Hadid dari kempen produk tersebut.
Jadi, adalah sensitif jika dia bersetuju dengan tawaran tersebut. Sementelah lagi dengan perlanggaran gencatan senjata ketika ini membuatkan dia nekad dengan keputusannya.
Aktor, Bront Palarae turut terharu dengan tindakannya itu.
Foto : Twitter
Tahniah Mimi Lana atas keputusannya. Persoalannya sekarang, artis manakah yang akan menggantikan tempat Mimi nanti? Sama-sama kita nantikan. - CARI
|