Klang: Seorang kanak-kanak yang tular selepas dilanggar sebuah kenderaan di hadapan rumahnya di Kampung Delek Kanan, di sini, petang Rabu lalu, disahkan parah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.
"Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di kampung sama, dari tempat kerja.
"Mangsa, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, yang pada mulanya berada di tepi jalan, dia tiba-tiba melintas jalan secara melulu.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak yang terlalu dekat walaupun sudah cuba untuk membrek," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.
"Siasatan mendapati mangsa yang beralamat di Sungai Udang mengalami pendarahan pada limpa dan kecederaan usus. Mangsa kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar," katanya.
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan budak perempuan itu sebelum dia tiba-tiba melintas jalan.
Dalam pada itu, Shamsul Amar mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan.
"Siasatan masih diteruskan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Terdahulu, tular satu video seorang kanak-kanak bermain di hadapan rumah bersama rakan sebelum dilanggar sebuah kenderaan.
Menerusi video itu, pada mulanya, seorang kanak-kanak lelaki melintas jalan, diikuti dua lagi kanak-kanak termasuk mangsa.
Mangsa yang memakai baju putih dan berseluar merah bersama seorang kanak-kanak lelaki dipercayai abangnya berhenti di tepi jalan, sementara dua kenderaan lalu di hadapan mereka.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba kanak-kanak perempuan itu berlari ke jalan dan terdengar bunyi dentuman kuat disertai jeritan abangnya.
Video yang tular di media sosial itu dirakam dashcam (kamera papan pemuka) sebuah kenderaan yang berhenti di lokasi berkenaan.
totally salah mak bapak yang reti membiak tapi tak reti jaga anak..
tengok tangan budak yang baju kuning tu pun bersimen..
lagi dibiar melepa tepi jalan..
Melintas Melulu, Kanak-Kanak Parah Dilanggar Kereta
KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan parah apabila dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Delek Kanan, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kemalangan jam 5.45 petang itu, Nur Kasih Dalisya Kamarul Azwan, 5, dilanggar SUV jenis Perodua Kembara yang dipandu seorang wanita berumur 21 tahun dari arah Kampung Delek ke Sungai Udang.
"Ketika kejadian, wanita terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah di kampung sama.
"Mangsa dikatakan pada mulanya berada di tepi jalan tetapi tiba-tiba melintas secara melulu.
"Keadaan itu menyebabkan pemandu terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa kerana jarak terlalu dekat, walaupun telah cuba menekan brek kecemasan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Susulan itu, Shamsul Amar berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.
"Mangsa yang beralamat di Sungai Udang, didapati mengalami pendarahan pada limpa serta kecederaan usus. Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan pakar," katanya.
Shamsul Amar turut mengesahkan pemandu wanita yang bekerja sebagai kerani itu sudah membuat laporan polis berhubung nahas berkenaan.
"emandu terbabit sudah membuat laporan polis. Hasil siasatan mendapati akibat kemalangan itu, bumper depan bahagian kanan, lampu besar kanan dan fender depan kanan kenderaan dipandunya kemek.
"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Terdahulu, tular satu rakaman video dalam media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kenderaan. -CARI
Post time 28-5-2021 11:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak pak bodo menyusahkan org. Gatal nak membiak susahkan org. Bodo bangang. Benci aku spesis ni. Tempek kat socmed konon nk mintak simpati org sekali kena maki je. Padan muka.
Kesian drebar kete. Semoga kita xdpt dugaan mcm ni
Xpasal2 kena maki dgn org kg.. ntah2 kena pukul jgk