View: 15508|Reply: 95
|
"Aku Kasi Kau Popular,” -Cristina Suzanne Berang, Sebar Gambar Lelaki
[Copy link]
|
|
Gara-gara berang dan geram, pelakon Cristina Suzanne bertindak mendedahkan identiti seorang lelaki yang didakwa telah melakukan kegiatan mencuri di pasar mini miliknya, Glenn’s Grocery di Shah Alam, Selangor.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory, Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 36, telah berkongsi gambar seorang lelaki yang dikatakan sebagai suspek kes curi di pasar mini berkenaan.
Foto: IG
“Siapa yang nak jadi popular? Orang lain tengah bersusah payah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kau boleh pula mencuri.
“Tunggu kejap aku kasi kau popular,” ujarnya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon yang pernah membintangi filem Jwanita itu turut meminta orang ramai yang mengenali suspek supaya segera menghubunginya kerana lelaki tersebut dikatakan telah melarikan diri selepas ditangkap.
“Siapa kena dia sila mesej saya dengan segera. Dah kena tangkap kau lari. Lepas itu kau ugut nak cederakan aku?” kata Cristina.
Berdasarkan rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV), difahamkan suspek kes curi itu dilihat memandu kereta jenis Honda berwarna putih dengan nombor pendaftaran NDM4275.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Cristina, dia mendakwa suspek bijak menjalankan kegiatan tersebut apabila memasukkan kesemua barang yang dicuri ke dalam kotak air mineral.
“Dia (pencuri) keluarkan air mineral dan susun dekat rak. Kemudian kotak kosong itu dia isi barang-barang yang dia ambil.
“Lepas itu kau bayar air mineral sahaja ke? Baik punya lakonan,” katanya.
Dalam pendedahan tersebut, Cristina turut memaklumkan antara barangan yang dicuri lelaki itu ialah 24 bungkus Milo 3 in 1, 26 bungkus milo biasa, 18 bungkus Nescafe 3 in 1, sembilan botol Nescafe Gold dan 14 bungkus coklat Cadbury.
Ekoran kejadian tersebut, Cristina turut berpesan kepada pemilik kedai runcit lain supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut.
“Kedai-kedai runcit yang lain sila ambil perhatian modus operandi ini. Cara mencuri dalam kotak. Kepada yang ada kedai runcit sila berhati-hati. Periksa kotak dulu,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas... |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 14-6-2021 02:51 PM
dah report polis belum?
Harap2 dh report la
Ummah skrg batak like, viral
Dh viral br nk buat report
Ummah akhir zmn |
|
|
|
|
|
|
|
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .
|
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 14-6-2021 03:06 PM
Harap2 dh report la
Ummah skrg batak like, viral
Dh viral br nk buat report
sb marah(sgt)...kot. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya niaga kedai runcit |
|
|
|
|
|
|
|
muke laki dia beshe2.. maaf lari tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 14-6-2021 03:24 PM
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .
yg jadi suami dia ni ke? Baru nak cakap, dia curi suami org takpe plak..hihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca tajuk ingatkan dia berang dengan laki sendiri...baru nak padan kan muka dia curi laki org. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu minat beliau sebab beliyau nie antara pelakon wanita yg sgt2 berbakat..lg2 masa zaman beliyau dikatakan bercinta dgn bront palarae ,(citer lama n xtau betul ke idok)mmg iolls suka.
Tp start kontroversinya dgn suaminya skrg iolls slow2 cam x berapa nk minat dgn beliyau.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 14-6-2021 02:29 PM
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas...
kan.kalau kt pasaraya besar siap letak dlm bekas lagi tiap peket. siap lock |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 14-6-2021 03:24 PM
So itu laki yg dicareh dr Nuri*a H , pereka peshen .
macam ye je
sbb ghupe NH ex camtu la mukanya
so sahih la tu sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo..nie yg aku baca kat berita online td,mula2 netz nk kesian sbb curik milo,komen2 pun smua pnuh dgn brsangka baik kesian blaaa blaa blaa,sekali nek honda
Tk jdik kesian |
|
|
|
|
|
|
|
macam encek kelly kerala jer |
|
|
|
|
|
|
|
Yup mmg dia la caras laki nh. Kisahnya deyols bff dulu, dia ni pun jadi model utk nh. Tuptup dalam diam bercintan cintun dgn laki nh. Nh sgt tak sangka masa tu sbb yela bff kan. Makan hati sgt dok habis masa kat gym je ubat hati. Skrg dah kurus comel dah dia. Now nh pun dah bahagia ada anak sorg yg cute & nampak sgt happy dgn laki skrg.
Christina ni cousin sazzy tak silap. Dia lupa dia pun pencuri laki org |
|
|
|
|
|
|
|
lawa sheols lepas dah kawen n beranak pinak.. nampak berseri2.. dulu masa anak dara macam omputeh kepam yg jenis suka travel backpacking tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh ye ke cousin?? tak prasan plakkk.yg cite sazzy tu pun caras gak ke? bkn kaa laki sheol msa tu dh brpisah baru dia org menikoh. sori off topic.
|
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 14-6-2021 02:29 PM
Sebab tu kebanyakan kedai runcit letak nescafe dengan milo pack belakang kaunter..barang panas...
Ada pasaraya kat hometown i siap berkunci & ada staff jaga lagi.. kita nk beli minta kat dia.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
sheols sejenis sedap mata dipandang. eh comelnya anak sheols! |
|
|
|
|
|
|
| |
|