Kisah seorang suami yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada mana-mana pihak yang berjaya menemukan isterinya yang hilang akhirnya membuahkan hasil.
Isteri Khairuddin Siregar ditemukan dalam keadaan selamat di Mageran, jawa Timur pada petang Jumaat lalu.
Sehubungan itu, Khairuddin berasa amat gembira dan bersyukur dengan penemuan isterinya.
KHAIRUDDIN menunjukkan gambar isterinya, Ervina yang hilang sebelum ini. - AGENSI
“Kami sangat bersyukur dengan Ervina akhirnya sudah ditemukan, dia sudah kembali ke pangkuaan saya dan anak-anak.
“Ervina juga sudah memohon maaf atas kesilapannya dan kami hanya mahu keluarga bersatu semula,” katanya kepada Kompas.com.
Sebelum ini, Khairuddin memnawarkan wang tunai sebanyak 150 juta rupiah (RM43,119) kepada mana-mana pijak jika berjaya menjumpai isterinya.
Ervina dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ketika berjalan dengan anak perempuannya di sebuah pusat beli belah.
Sementara itu, Khairuddin enggan mendedahkan identiti pihak yang berjaya menemukan isterinya dan dia sudah pun mengotakan janji untuk memberi wang tunai tersebut.
Sumber: Utusan |