CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13967|Reply: 83

"Terkejut, macam mimpi", Siti Elizad terharu Raja Permaisuri Agong &qu

[Copy link]
Post time 1-7-2021 06:00 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam.


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Elizad sangat terkejut dan tersentuh hati apabila Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang dituduh mandul oleh seorang netizen minggu lalu.


  



“ Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya."

“ Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2, " tulis Elizad.


Menurutnya lagi, Raja Permaisuri juga memberikan kata-kata semangat serta turut berkongsi pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali.


“ Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. "

“ Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan, "


“ Sempat juga Tuanku selitkan " Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? " tulis Pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu.






Tambah Elizad, dia tidak berniat untuk menghebohkan mengenai penjalanannya menjalani proses rawatan IVF tetapi hanya berkongsi pengalaman kepada mereka yang berdepan masalah sama.


Terdahulu, Elizad yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman telah membuat laporan polis selepas dihina dan dikatakan mandul oleh seorang individu di dalam sosial.







Apa-pun, Elizad memang sangat bertuah sebab Raja Permaisuri Agong sendiri yang telefon bertanya khabar disaat dirinya dalam kesedihan. Semoga terus kuat semangat ya Elizad. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 06:13 AM | Show all posts
17 kali IVF?? omg tabahnya Tunku
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada abang kat ofis kami ni isteri dia dah 2x try IVF... 1st try tak lekat. 2nd try sempat hamil 2 minggu. Masuk minggu ke3 keguguran

Sekarang mereka ambil anak angkat lelaki dari baby baru lahir. Isteri dia breastfeed.

Aku tanya abang tu proses IVF...dia cakap untuk part isteri dia tak boleh nak cerita...tapi part dia, dia cakap proses guna tangan je... Hehe hampeh abang tu!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulut orang yang cakap mandul tu memang sial la.. Orang yang mengalami je yg paham betapa strugglenye nak dapatkan anak sambil berdepan dengan mulut2 sialan masyarakat macam mangkuk yg kutuk elizad ni.. Kakyung sumpah family mangkuk ayun tu mandul laa ko pulak bagi xde keturunan bangang macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
iols doakan mudah semua utk ijad. Ijad untung sbb ada support system ijad yang kuat, abaikan yg mulut puaka itu. Tuanku azmee mmg kuat utk 17 kali. Huuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
TPA ni dulu teruk ke kena buli dgn royal Pahang time payah nak conceive dulu?

Sebab empati dia mmg tinggi bab ni.

TPA pun pernah bagi 'warning' layanan royals pada commoner consorts lain.

Adakah permulaan perkahwinan di Pahang sesuatu yang payah buat TPA?

Apapun, a nice gesture from her.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2021 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 1-7-2021 06:24 AM
Ada abang kat ofis kami ni isteri dia dah 2x try IVF... 1st try tak lekat. 2nd try sempat hamil 2 mi ...

Syukur isteri dia blh breastfeed kan bb tu.. pada ahkak dah satu rezeki tu… mcm ahkak dua2 anak akak , akak kesal xdpt bg depa byk susu.. sudahnye susu lembus jugak diberi… sian anak2 akak begitula rezeki masing2 kan.. Allah tu adil
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
rosannazmia replied at 1-7-2021 07:23 AM
Syukur isteri dia blh breastfeed kan bb tu.. pada ahkak dah satu rezeki tu… mcm ahkak dua2 anak a ...

Kalau fikir, mmg stressed Kak... Blm lagi kena podok dengan pendapat BM vs FM... Blh jadi sasau..betul rezeki masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ivf ni proses yang menyakitkan bagi seorg perempuan

Sakit fizikal sakit mental dan sangat menggangu emosi
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 07:53 AM | Show all posts
Moga dipermudahkan utk elizad
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ai 17x...mmg betul2 kuat..sakit tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada rezeki untk Elizad dan suami.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca ttg IVF utk wanita.. Aku yg rasa sakit gila.. Wanita2 yg berkali2 cuba IVF utk dptkan anak sememangnya tabah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowww. Strong woman!
Semoga dipermudahkan urusan deyols.

Sape mulut neraka panggil orang mandul tu????
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah orang yang mulut cabul cakap orang lain mandul tu ..keturunan dia jadi mandul..
Padan muka..
Iols cukup tak suka orang yang judgemental neh..dia aje yang elok..orang lain tak elok...
Jatuh twrduduk baru tau langit tinggi rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:06 AM | Show all posts
makin cantik elizad.. semoga segala urusan dimudahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg teruk la mulut jantan tu
da kena saman togel ke belummmm
i doakan sapa2 yg tgh nak ada zuriat moga2 dikurniakan rezeki dpt zuriat dan bersabar serta sentiasa doa dan usaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:27 AM | Show all posts
orang yg mengutuk Elizad tu... kalau dia bujang dia sndri belum pasti Allah akan kurniakan zuriat ataua tidak... mungkin dia termasuk golongan yg takkan ada zuriat... tambah bila mulut sedap2 menghina orang sedangkan zuriat tu anugerah Allah.. hak Allah nak bagi ke tidak.   Pada yg ada zuriatt & menghina jugak... mana tau.. anak2 korang tu nanti ada peluang ke tidak berzuriat ?..  sbb tu bila melibatkan anugerah Allah...hati2 bila berbicara... kot nanti  kena kat batang hidung sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:36 AM | Show all posts
Bersyukur kita tak diuji begitu.
Tapi mulut, tak menahan nak mengata org jgk
Kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam ja
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:39 AM | Show all posts
17x buat IVF omg tabahnyer
coz nak merasa ada anak sendiri
nak bagi laki zuriat bbinikan namanyer
hampeh dan bencikkkk
bila laki carik laen gak lepas tuh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.251504 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list