CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7772|Reply: 48

Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen Dan Pekin Jalani Pemeriksaan Kesuburan

[Copy link]
Post time 6-7-2021 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Mona Allen mengakui dia kini bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata, dia dan suaminya iaitu pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim, 40, telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan.




Kredit foto: IG





"Kami tengah mecuba, InsyaAllah kalau ada rezeki PKP. Kami berdua pun dah buat check up dan so far so good, tiada masalah apa-apa.


"Usia perkahwinan kami pun dah cecah tahun ketiga, bila dah PKP ni rasa macam why not kami mencuba mana tahu ada rezeki.


"Doktor ada cakap mungkin sebelum ini tak lekat sebab saya tiada masa berehat, emosi tak stabil kerja sebagai pelakon... doktor cakap kalau nak lekat at least kena satu atau dua bulan berehat betul-betul agar kita kena selalu rasa chill dan relax," katanya ketika dihubungi mStar.




  



Mona turut berkata dia mendapatkan khidmat doktor pakar kesuburan yang sama seperti penyanyi Misha Omar iaitu Dr. Azrai Abu dan kedua-dua selebriti itu mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara tersebut.


"Saya dan Misha dapatkan khidmat nasihat doktor yang sama. Dalam topik itu kami bincang topik yang dapat bagi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini... sebab orang kita macam malu kalau cakap soal ini secara terbuka.


"Kalau boleh tahun ini juga saya nak dapat baby... macam saya kalau boleh nak anak perempuan, Pekin pula nak anak lelaki.


"Tapi kami tak kisah pun lelaki atau perempuan... cuma kalau dapat anak perempuan itu, bolehlah nanti saya matching-matching baju dengan dia," ujarnya.




  



Sementara itu, ketika ditanya aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, Mona berkata dia sibuk dengan bisnes kek butter yang diusahakan.


"Saya ambil tempahan untuk butter cake dan so far sambutan sangat menggalakkan... saya buat seorang diri sahaja sebab itu saya hadkan dalam sehari hanya ambil paling banyak pun dalam 20 tempahan sahaja.


"Alhamdulillah, semua bagi feedback positif malah ada di kalangan rakan-rakan artis pun order dengan saya seperti Riena Diana, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Zul Ariffin.




  



  



"Butter cake ini memang resipi turun-temurun keluarga saya dan setiap kali sambutan Hari Raya memang juadah ini yang paling ditunggu-tunggu semua ahli keluarga," katanya lagi.


Mona dan Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dah ada anak dgn laki sebelum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya bini ko ni pekin… iols ni ada girl crush kat mona allen ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 6-7-2021 01:11 PM
Cantiknya bini ko ni pekin… iols ni ada girl crush kat mona allen ni

Ada tertengok dia masak2 dlm channel YouTube dia.. pndai gak masak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 6-7-2021 01:14 PM
Ada tertengok dia masak2 dlm channel YouTube dia.. pndai gak masak..

Ada  1 video tu tak.ingat diorg nak.masak apa..mona tgh moody dgn pekin, tp blh lg nak shoot video...hahahha
Aku duk trpikir mcm mn la mona yg super lawa ni boleh terkawinn dgn pekin yg busuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2021 01:44 PM | Show all posts
cantiknya monaaaaaaa. nape la kawin dgn pekin jekkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mona ni lawo.. Mak iols pon ckp dia lawo.. Tinggi plk tu.. Untung la pekin model london x dpt.. Diganti dgn bini model jgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 01:55 PM | Show all posts
Aku still x boleh lupe model antarabangsa Iman tu.
Masih terlekat dekat sanubari aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman dolu masa pekin memula berlakon cite warna warni kehidupan
Jadi budak skola
Iols suka tengok cite tu..wahahaha
Skang busuk kepam
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka rupa lelaki yang keras dan maskulin macam pekin ni rupa rupanya ada masalah kesuburan. Sohai rupa kelindan lori tu pulak yang elok je membiak macam arnab.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah 3 tahun kawen terus nk buat rawatan. kawan aku 7 tahun kawen baru jumpa doktor. sygnya masa yg terbazir. mungkin diorg malu dan xde ilmu. kita kawan2 nk nasihat pun serba salah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:12 PM | Show all posts
belilies replied at 6-7-2021 01:11 PM
Cantiknya bini ko ni pekin… iols ni ada girl crush kat mona allen ni

bini dia ye pelukis itali ke artis mana ngaku dah nak kahwin pelukis? kaka ni bab gossip tak ingat sbb amalan kaka jauhi gossip dekat sista vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:18 PM | Show all posts
awk nmpk biru hari ni..bini die model celcom dulu2 umo 16-17 jd pgacara sinaran passport..pas tu menghilang..rs de la2-3 kali kawen kut n ade ank sblmnye
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:18 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 6-7-2021 02:09 PM
Tak sangka rupa lelaki yang keras dan maskulin macam pekin ni rupa rupanya ada masalah kesuburan. So ...

sohai kan pakar urut tenaga batin tahap kepala bana soal kelahiran ni rezeki lah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ada rezeki tu insyallah.
ingatkan baru je kawen rupanta dah 3 thn
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 6-7-2021 02:09 PM
Tak sangka rupa lelaki yang keras dan maskulin macam pekin ni rupa rupanya ada masalah kesuburan. So ...

Ko samakan sohai ngn arnab... Berdekah aku gelak.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarkhayalan99 replied at 6-7-2021 01:44 PM
cantiknya monaaaaaaa. nape la kawin dgn pekin jekkk

Dah tu..nak kawin ngan Shuk

Aaaa kawin ngan Rahim Sepahtu...Shahmira??

Dah jodohhhhh yangggg..klo dah jodoh tak kemana..aaaa ingat tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 6-7-2021 01:55 PM
Aku still x boleh lupe model antarabangsa Iman tu.
Masih terlekat dekat sanubari aku

Iman yg David Bowie sambor tu ke aaaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 81532 Replies : 117
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
YgBenarPerunding Hartanah Bidas Diana Danielle,
Views : 33124 Replies : 41
Menjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [siri pembongkaran acik forum kembali bersiaran]
JoyahMengayahMenjengah kehidupan baru Shuhada di OZ [
Views : 77511 Replies : 6785
Salah seorang anak ahli GISB yang paling tinggi pun dah keluarkan statement. Tolong jangan backup lagi
akido_kidoSalah seorang anak ahli GISB yang paling
Views : 24696 Replies : 159
Gambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri di MAHA 2024
maklukpenggodaGambar terbaharu mantan PM ke 5, isteri
Views : 61347 Replies : 29
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 235791 Replies : 3752
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
ultra78Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘
Views : 47809 Replies : 43
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 24749 Replies : 609
500k sudah mari
maklukpenggoda500k sudah mari
Views : 32532 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 51298 Replies : 438

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.199883 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list