CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7786|Reply: 33

Sihir Viral 7 Keturunan: Kakak Tuduh Adik Hantar, Bomoh Pun Naik Sheikh

[Copy link]
Post time 7-8-2021 01:33 PM | Show all posts |Read mode






Jika anda perasan tentang tanda pagar sihir viral di Facebook, pasti tahu mengenai kisah sebuah keluarga yang dilanda sihir hingga mengakibatkan dua anaknya terkena sihir sehingga tidak waras dan terlantar tenat.



Ianya dikongsikan sendiri oleh ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai Kak Gee meminta pertolongan daripada perawat yang boleh mengubati anaknya. Maka ramai lah yang cuba untuk menolong keluarga ini.



Terdahulu juga, anak sulong Kak Gee meninggal dunia yang turut dikaitkan dengan sihir ini.








Terbaharu, masalah menjadi semakin kronik apabila perawat (bomoh) menyatakan yang anak-anak Kak Gee disihir oleh orang terdekat. Ianya menimbulkan rasa serabut Kak Gee dan beranggapan adiknya sendiri mahu menganiayai dia.








Bagaimanapun, adik Kak Gee, Rohayu Ramli menafikan dakwaan tersebut.





Foto : Fb




Bagi Rohayu, tuduhan tersebut sangat berat kerana menyatakan suaminya yang menghantar sihir kepada keluarga kakaknya. Ini kerana sebelum ini, mangsa pernah menyebut namanya kepada perawat.



Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ustaz yang sedang berubat anak Kak Gee telah tertinggal gambar-gambar Rohayu sekeluarga dengan ditusuk jarum. Kenapa begitu?





Foto : FB




Perbalahan menjadi semakin tular dengan beberapa perawat turut membuat lintas langsung menjelaskan situasi tersebut dan menuduh Kak Gee yang sebenarnya cuba menghantar sihir kepada adiknya tetapi berbalik kepada anak-anaknya.








Netizen turut memberi pendapat masing-masing dan semuanya mempunyai hujah tersendiri. Ada yang menghentam Kak Gee, Rohayu dan juga perawat.





Foto : FB



Seram juga mendengar cerita ini ya. Tetapi kita sebagai orang luar, usah lah menjadi batu api, cukup sekadar mendengar sahaja dan membuat rumusan peribadi. Bimbang akan jatuh fitnah pula. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduhlah korang adik beradik. Tak payah cakap pasal agama lah klu dah main sihir ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 02:07 PM | Show all posts
kalau nak berbomoh dan bergaduh pon buat je lah belakang tabir. nampak bangang sgt nak hebahkan kat soc med
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh adik beradik tak berkesudahan, tok moh duit pengerasnya ttp jalan. Last2 tok moh gak yg untung {:nose
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk jgk sblm viral sbb adik share psl kak gee..pastu masa tgk gmbar she tu..i ckp la bethol ke dia ni..muka dia scary sbb pakai lips merah menyala..i is scare gitu
pastu dh viral aritu tgk adik dia live..
nth la no komen..jdkn pengajaran jer la utk kita.i xside memana..mls nk pening2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca komen2 yg kenal dgn kak gee ni...katanya yg kenal tu kenal la kak gee ni camne....so something jgk la ponn
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca sihir menyihir nie....berebut harta ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mula MCM tu juga pergi hospital kata ada kanser, dah meninggal pun pesakit tu, bahaya boleh dpt fitnah orang yg kena tuduh
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 03:23 PM | Show all posts
Sekarang ni semua nk live.. mengumpat kawan.. buat rawatan sihir.. pasni apa tah lagi…
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kelantan, kedah. Negeri yang penduduknya masih ada sebilangan yang perangai sangat low class. Tak caya p kokdiang, sik sana takpun p la bachok or tanah merah sana. Serik betul dengan org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh berubat dengan bomoh. Padanla muka. Paling x bole percaya sebenarnya orang yang sebut siapa yang buat. Sebab tu kalau betul pandai mengubat, dorang tak sebut pun sapa yang hantar atau buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
haihhhhh
family gaduh pun nak kena public tau keee?
ko nak kitorang buat apa?
jadik hakim?
kang ko sendiri kata jangan masuk campur

haihhhhh entah laa. pandai2 la hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jolabu replied at 7-8-2021 03:09 PM
Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mul ...

areah pak mertua aku dapat kanser tapi gigih la adikberadik dia n jiran tetangga kata dia kena buatan…  di mata dunia nampak kanser tapi sihir…  memang aku rasa nak lempang aje…  sebab dah siap mula tuduh menuduh…  tak pasal2 2-3 minggu terakhir dia penuh dengan drama hubungan yang berantakan…
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jolabu: Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mula MCM tu juga pergi hospital kata ada kanser, dah  ...


Itulah tu, sebelum tuduh menuduh, apa kata ko gi spital cek dulu ngn Dr kot2 ada sakit pape kan. Ini tidak, bomoh gak yg ko nak jadikan pakar rujuk. Disebabkan org2 gini la ramai bomoh penipu kt luar sana leh cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 7-8-2021 09:17 PM
areah pak mertua aku dapat kanser tapi gigih la adikberadik dia n jiran tetangga kata dia kena bua ...

Tak leh nak brain org yg lebih caya kat tok bomoh dari Dr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2021 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:49 PM | Show all posts
Fortiori02 replied at 7-8-2021 09:40 PM
Tak leh nak brain org yg lebih caya kat tok bomoh dari Dr

ye...  siap paksa jumpa bomoh berlakon ustaz merata2...  masa tunggu giliran, ada makcik ni siap cerita bomoh tu cakap anak2 dia bomohkan dia sebab harta arwah suami...  pastu dia cakap la dah bagi semua kat anak2 tapi tetap anak sambung sihir bila dia dah berubat...  pastu aku cakap la, ikit logik takkan anak dah buat sebab dah dapat harta...  dia kata bomoh tu cakap anak2 nak buat dia mati...  mengucap aku masa tu weih...  dah la dengan aku kena paksa berubat tak dapat anak lagi padahal mertua aku tau condition aku dan anak dia...

pastu esoknya kami rush bawak pak mertua pi hospital sebab perut mengeras sangat2 sebab air dah penuh...  pastu aku dapat la peluang berdua dengan arwah sebab mak mertua pi solat...  aku ajak pak mertua aku pi darussyifa kalau betul dia tak percaya kanser tu...  rupanya pak mertua aku taknak jumpa bomoh2 ni n dia cakap lepas ni sila halang orang yang nak bawak dia gi jumpa bomoh...  sedih aku tau sebab arwah masa tu dah tak larat sangat nak gaduh sebab tu terpaksa mengikut...

ayah aku bising betul bila tau bawak besan dia pi jumpa bomoh...  dia siap call arwah tau...  sedih la kalau dikenang balik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
misuke replied at 7-8-2021 02:43 PM
Kalau baca komen2 yg kenal dgn kak gee ni...katanya yg kenal tu kenal la kak gee ni camne....so some ...

Kan.. Mmg rasa something wrong jugak si kak gee ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2021 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 7-8-2021 09:49 PM
ye...  siap paksa jumpa bomoh berlakon ustaz merata2...  masa tunggu giliran, ada makcik ni siap c ...

Kesian sis kena lalui benda2 gini. Mmg tak mudah nak ubah mentaliti org lelagi bab bomoh ni sbb benda yg dah sebati ngan masyarakat kita sejak dr zaman nenek moyang kan.

Itulah tu, orang kita ni, sume benda nak cadang gi jumpa bomoh, lambat dpt anak, lambat dpt jodoh, lambat naik pangkat, semuala... Kdg2 sampai tepikir dorang ni tak caya qada & qadar gamaknya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.688959 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list