CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4043|Reply: 40

Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ganggu Ibu Dan Kekasih Berasmara

[Copy link]
Post time 8-8-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu dan teman lelakinya dipenjara selepas membunuh anak perempuan berusia tiga tahun kerana tangisannya mengganggu mereka yang sedang berhubungan intim.


Nicola Priest, 23, dipenjara 15 tahun kerana mengakibatkan kematian Kaylee-Jayde Priest di kediaman mereka di Solihull tahun lalu.




Kredit foto: BBC




Teman lelakinya, Callum Redfern, 22, pula dipenjara 14 tahun, selepas didapati bersalah atas dakwaan membunuh.


BBC melaporkan, Hakim Foxton QC berkata, Kaylee dibawa ke bilik untuk ditidurkan pada jam 7 malam dan pasangan berkenaan ke bilik Priest untuk melakukan hubungan intim.


"Namun, seperti kanak-kanak lain seusianya, Kaylee tidak mahu tidur dan mahu bermain," katanya.


Katanya, tidak ada bukti jelas apa yang berlaku selepas itu, namun Kaylee didapati muntah tanpa henti, dan meninggal dunia pada malam berkenaan.


"Muntah itu berlaku akibat pukulan kuat. Tidak syak lagi, kamu terganggu dengan tangisan Kaylee yang mahu keluar, mengganggu kamu untuk melakukan hubungan intim.


"Kamu hilang pertimbangan dan menyebabkan Kaylee terkorban. Panggilan kecemasan sepatutnya boleh menyelamatkan nyawanya namun itu tidak berlaku," katanya.




Kredit foto: BBC




Mayat kanak-kanak itu dijumpai pada 9 Ogos tahun lalu, dengan kesan kecederaan serius pada dada dan abdomen.


Pakar berkata, kecederaan pada Kaylee menyerupai kesan akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan atau dilanggar kenderaan pada kelajuan 64 kilometer sejam.


Priest ada menghubungi talian 999 namun, ia hanya dilakukan selepas kanak-kanak itu meninggal dunia.


Pemeriksaan perubatan mendapati beberapa kecederaan lama pada Kaylee termasuk patah rusuk, keretakan pada kaki dan patah tulang dada.


Dalam kiriman pesanan teks yang dihantar sehari sebelum kejadian, Priest memberitahu Redfern: "Saya akan bunuh dia (Kaylee). Dia asyik tinggalkan ruang tamu dan pergi ke dapur. Saya pukul dia dan menamparnya kerana mengotorkan lampin."




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ank comel2 pun kena bunuh..siannya..mental mak mcmni..xblh ke bg ank tidur baru sambung
org nk beranak..dia pun nak beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
".....kecederaan pada Kaylee menyerupai kesan akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan atau dilanggar kenderaan pada kelajuan 64 kilometer sejam."

wehhhhhhh... baguslahhhhh deme ke jail. biar sampai ovari mereput tak boleh beranak dah
dari asyik ngangkang menambah budak, baby daddy bakalan hilang

RIP little girl.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
comelnya si anak tp mati ditgn mak dan boipren x guna, hrp mereput dlm jail nnt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terganggunya baca kejadian macam ni sbb dok terbayang kesakitan budak tu waktu didera!{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:33 PM | Show all posts
edayildiz replied at 8-8-2021 01:08 PM
ank comel2 pun kena bunuh..siannya..mental mak mcmni..xblh ke bg ank tidur baru sambung
org nk ...

Bnyk lgi prmpuan dlm dunia ni yg layak jdi sorg mak & Nicola P is not one of them.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu nak bersedapan pun tunggu la budak2 tu tido. Tak menyabo.. Apa punya mak la. Dah la banyak kecederaan lama mmg budak ni selalu kena bantai la tu. Rip
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:44 PM | Show all posts
takayama replied at 8-8-2021 01:21 PM
comelnya si anak tp mati ditgn mak dan boipren x guna, hrp mereput dlm jail nnt

Kat Brunei ni pun prnh trjdi news cmni, mak couple dgn jate lain pstu bila ank c pompuan throw tantrum apa entah, the guy gi dera that kid & ikat pkai wyar elektrik. Last2 kna tngkap & mak budak tu mnangis sbb bf nak msuk pnjra & bukn psl nak brpisah dgn ank & the kid slamat d hntr kat pusat kbajikan. Screw those couple kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Why oh why?? May you rot in jail
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup ye.pdhal ank punya la comel..bila nafsu menguasai..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 01:48 PM | Show all posts
tak semua yang ada anak layak jadi mak bapak ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh pun kena jail je? Solution negara maju yg menjunjung tinggi hak asasi manusia, walaupun disebalik itu, hak asasi mangsa depa tauk buang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu2 ada kes hampir sama kat Johor.

Si ibu dua anak, bersuamikan lelaki yang memang amat baik (ikut cerita yang dibukukan yang saya baca) bagi makan minum tempat tinggal semua cukup dan memang manjakan isteri tu. Pasangan bahagia actually mula2, walaupun suaminya ada kecacatan bisu (tapi tak pekak rasanya sebab sebut bisu je).

Then one day sepupu si suami (lelaki bujang and for the record tengok pic dalam buku tu, agak ada rupa lah)  macam berhijrah ke daerah tempat pasangan suami isteri ni. Masa tu anak2 mereka umur.... 2 tahun dan 4 tahun kot? Ke 6 tahun tak ingat dah.  Sepupu tu nak cari kerja kat tempat kerja si suami.

Somehow one thing led to another sepupu tu jalin hubungan sulit dengan si isteri masa suami pergi kerja. Masa hari tragedi tu, anak jiran pasangan ni (tak silap lah.. saya baca buku ni masa kecik dulu....lupa dah) datang nak bermain dengan anak2 wanita ni.
Then masuk rumah ternampak makhluk berdua ni tengah in compromising position. Anak2 wanita tu rasanya tidur kot.
So si lelaki ambil tali and jerut leher kanak2 anak si jiran tu. Lepas tu masuk dalam plastik dan dihumban ke dalam tangki najis belakang rumah (rumah kampung).

Heboh kampung anak jiran ni hilang. Wanita ni pura2 tunjuk risau dan bagi tips kata nampak van putih ke apa culik anak jiran dia.
Tapi last2 bau busuk yang kuat from belakang rumah mereka buat jiran2 syak dan panggil polis. Wanita tu lepas from tuduhan sebab jadi saksi kes.

Buku tu tajuk Tragedi Salmah (her name). Penjenayah nama Samser ke apa something like that. Rasa suami dia yang bisu tu nama Razali.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul maknya..nak keluarkan je dah separuh mati..cmtu je kau bunuh {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni dpt mak jahat. Maknya kalau tak nak jaga anak, tak yahla beranak. Ataupun bagi je kat org lain or rumah anak yatim. Ni sampai anak nangis pun ko sanggup cederakan dia sampai dia mati, mmg tak layak ada anak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 kokesen yang mati di tangan family sendiri ni comel2 belaka tapi sampai hati pembunuh2 ni bunuh macam bunuh semut ja. Tengok la anak2 Chris Watts tu semuanya comel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tercekik rasa kat tekak...x tertelan makanan yg akak makan baca berita ni...innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sgt ke benda alah tu smpai sggp bunuh ank sndiri? Pertanyaan dr org tua yg buat2 tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila dicampak ke dalam penjara Dan rasakanlah dilunyai2 kat dalam tu nanti... Biar mampos mental jahattttttt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah dia meninggal...dh tentu ke syurga.. drpd pjg umur hidup dpt ibu setan..sure mcm duduk dlm neraka hidup bdk tu....rip girl..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.517377 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list