"Sejujurnya saya tak tahu pun hamil. Tiba-tiba nak pengsan sebab pitam, cek saya mengandung lagi."
Aktres Diana Rafar mengalami keguguran pada usia kandungannya dua bulan.
Diana, 39, menjelaskan yang dia sendiri baru mengetahui sedang hamil apabila mengalami pendarahan.
"Masa tu tekanan darah saya rendah sangat iaitu bawah 70. Sebelumnya saya mengalami pendarahan selama empat hari. Jadi tadi terus dicuci.
Menurut Diana lagi, ini lah pengalaman pertamanya masuk bilik pembedahan tanpa ditemani Zamarul Hisham, 50 kerana peraturan hospital yang sangat ketat. Mereka hanya berhubung menerusi panggilan video seperti dilaporkan Harian Metro.
Menurut Diana juga isteri kepada pelakon Zamarul Hisham, 50, dia reda selain menganggap tidak ada rezeki.
"Kalau ikutkan anak ketiga belum lagi setahun. Tapi, apabila diberitahu hamil dua bulan dan keguguran pula, kami anggap ia bukan rezeki."
DIfahamkan, Diana masih dirawat di hospital dan dalam keadaan lemah kerana fobia menjalani pembedahan semasa melahirkan anak ketiga tempoh hari masih lagi belum hilang.
Pada September tahun lalu, Diana selamat bersalin anak ketiga iaitu lelaki. Diana dan Zamarul sebelum ini dikurniakan dua anak, Kashfi Haiqal, 11, dan Kayla Reysha, 4.
Foto : IG
Selamat menjalani pantang Diana Rafar. - CARI |