View: 6326|Reply: 66
|
“Siapa Kata Tak Cucuk Dua Dos Tidak Boleh Dine In? Tak Ada Siapa Yang Periksa&qu
[Copy link]
|
|
Perkongsian seorang wanita di laman sosial Facebook tentang ‘eksperimen sosial’ yang dilakukan bersama suaminya untuk melihat sama ada boleh makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin, dikecam orang ramai.
Menerusi satu tangkap layar perkongsian tersebut yang tular di laman sosial sejak semalam, wanita berkenaan dilihat dengan bangga menceritakan kejayaannya dan suami pergi ke beberapa premis termasuk kedai makan tanpa sebarang masalah.
“Haritu beberapa hari saya buat ‘social experiment’ lepas media beritahu yang dua dos vaksin boleh masuk sana sini yang tiada boleh mereput di rumah. Saja nak cuba semua kedai saya masuk, tiada satu premis pun yang semak saya dua dos ke tidak.
“Suami pun cuba tapi dihalau waktu masuk ke kedai gunting rambut namun akhirnya dia dapat masuk juga ke kedai lain. Jadi lepas ni kita sokong kedai gunting rambut yang betul-betul cari duit sahaja,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Foto: Facebook
Tambah wanita berkenaan, dia dan keluarga turut mencuba nasib pergi bersarapan di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya dan berbangga apabila tiada sebarang semakan dilakukan dan mereka bebas menikmati hidangan tanpa sebarang masalah.
“Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine in pagi ni. Tiada yang mustahil,” katanya.
Perkongsian wanita tersebut menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undang-undang yang telah ditetapkan selain pelanggaran prosedur operasi standard secara terang terangan.
“Selepas ini tidak mustahil polis akan buat penguatkuasaan tegas sebab makhluk macam ini. Tapi tidak mengapa, bongkak lah dahulu, lepas ni kalau dah kena tindakan jangan pula meayu buat kutipan,” tegas seorang pengguna dengan nama @derwann.
“Jika dia pilih untuk terima vaksin tidak perlu nak buat eksperimen begini, nampak tak menyusahkan diri sendiri apabila pergi kedai kena halau. Semoga anak-anak tidak mewarisi sifat ibu bapa dia,” ujar @Raziman.
“Anti vaksin ni kebanyakan bodoh ke? Benda ini akan beri kesan pada orang lain jika kau bawa penyakit. Bila kau imbas MySejahtera, rekod kedai tu pun akan rosak sebab ada rekod orang tidak vaksin masuk,” ulas @intanphyla.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Tak de kaitan dgn antivaks..yg dh vaksin pon ramai langgar sop
Sume ni perangai beruk maknyeh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu tudung zaman bila sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah langgar peraturan dan kemudian flaunt on social media = 2 kali ketidakbijaksanaan.
Kali ke 3 ketidakpandaian ialah membawa anak kecil lagi dan memberi risiko jangkitan virus kat anak tu.
Kebodohan apa lagi yg nak dipamerkan di media sosial?
Patutlah ada perumpamaan moden iaitu bodoh tu boleh simpan sikit tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke antivax tak suka flex kat socmedia..attnetion seeker je ni |
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya bebal itu memang tidak bertepian ya sedara sedari... |
|
|
|
|
|
|
|
Gunakan alasan exp. Social untuk berjalan2/dine in ataupun mmg xnk ambik vaksin..kalaupun dah vaksin cuma mak bpk je..xpatut sikecik tu dibawa sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak tak sama bodoh macam mak bapak.. bangga betul tunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 23-8-2021 11:52 AM
sesungguhnya bebal itu memang tidak bertepian ya sedara sedari...
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang check ke idok, ini tanggungjawab diri sendiri kan...
amanah terhadap diri sendiri. kalau suka dok langgar sana sini, esok2 kalau anak-anak masing2 duk langgar undang-undang, jangan le duk marah sakan na... |
|
|
|
|
|
|
|
Kannnnnnnnnn
Kalau dia ni dah ambik vaksin, semoga vaksin tu bukan saja menguatkan antibodi tetapi memperkasakan juga antibodoh dalam otaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawa anak2 show off terpaling. Bangang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kene covid pun tanggung sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kene covid pun tanggung sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Bingai ini bukan set2 terima bantuan sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg ade sijil vaksin leh flexing sane sini.. xyah Ferrari dh leh show off.. rugi x vaksin.. trend nau nau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau langit tinggi rendah bila dapat covid19 sekeluarga!
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah pemimpin jaga Malaysia ni, tukarlah siapa sekalipun. Ramai bodoh sombong |
|
|
|
|
|
|
|
Buat experiment sosial tp bodoh..
Cuba ko buat experiment terjun tingkat 10 hidup atau mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah delete dah. Mcm biasa. Kemain kan sebut nama Allah sana sini. Nak tanya kening halus tu mmg ori ke cukur tu? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|