Sekumpulan saintis percaya bahawa penguin berkemungkinan makhluk asing yang datang dari Planet Zuhrah selepas menemui sejenis bahan kimia berasal dari planet tersebut dalam najis haiwan itu, lapor akhbar Daily Star.
Saintis terbabit turut mengakui tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan kimia bernama fosfin itu boleh wujud di Bumi.
Gambar hiasan
Kredit foto: Getty Images
Bahan kimia tersebut pada tahun lepas ditemui pada lapisan gas yang mengelilingi Zuhrah yang mempunyai atmosfera serupa dengan Bumi.
Susulan itu, mereka merancang untuk mengkaji cara hidup penguin spesies Gentoo yang kebiasaannya terdapat di Kepulauan Falkland.
“Kami percaya bahawa penemuan fosfin adalah benar, namun tidak mengetahui punca kepada wujudnya unsur tersebut,” kata Dr Dave Clements dari Kolej Imperial London.
Kredit foto: beinnews
Tambah Clements, terdapat beberapa bakteria anaerob yang menghasilkan fosfin.
“Ia mungkin berkaitan dengan pertahanan atau memberi isyarat bagi melawan bakteria pesaing,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |