View: 5518|Reply: 44
|
"Rentas Negeri Tidak Termasuk Dalam Kelonggaran SOP - Datuk Seri Hishammudd
[Copy link]
|
|
Kelonggaran untuk merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19, esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri diteliti Jawatankuasa Khas Pemulihan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Kelonggaran merentas negeri, semuanya bergantung kepada fasa dalam PPN negeri yang berkenaan, tetapi syor datang daripada menteri bertanggungjawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik serta Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19.
"Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 diadakan esok dengan agenda utama memfokuskan terhadap usaha mempermudahkan 181 prosedur operasi standard (SOP) kepada 10 SOP sahaja, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini," katanya.
Foto: Berita Harian
Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 'Back to School' peringkat Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
Yang turut hadir Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.
Pada program itu, seramai 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan vaksinasi.
Manakala baki 675 pelajar sekolah berkenaan dijangka selesai menerima suntikan pada 24 September ini.
Keseluruhannya, sejumlah 5,887 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di sekolah di dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima pelalian masing-masing.
Hishammuddin berkata, Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 esok membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beliau sendiri.
Katanya, dua menteri dijemput untuk berbincang dalam mesyuarat kedua esok iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
"Kementerian Pelancongan akan memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain.
"Manakala Kementerian Belia dan Sukan akan memberi taklimat mengenai potensi kelonggaran lain di dalam sektor sukan.
"Saya faham ramai yang keliru mengenai SOP yang terlalu banyak, jadi usaha meminimumkan jumlah SOP itu dapat membantu memudahkan pemahaman setiap orang," katanya
Hishammuddin berkata, perbincangan bersama Radzi pula akan dijalankan minggu depanmengenai pelaksanaan vaksinasi bagi pelajar serta perkembangan terkini proses dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam pembukaan sekolah.
"Ini adalah kerjasama inklusif membabitkan semua pihak yang diberi tanggungjawab dan saya yakin usaha begini penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat supaya terus membantu menjayakan agenda penting kepada masa depan negara. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya apa? dah siap lemas luggage dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu yg rentas tol gombak berjimba tu pa cer? |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta dah siap servis atau belum? atau balik sskjp naik bas?
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: maksudnya apa? dah siap lemas luggage dah ni
Maksudnya beksin tidak menjamin apa2... |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 20-9-2021 07:09 PM
Kereta dah siap servis atau belum? atau balik sskjp naik bas?
takpe naik keta adik |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 20-9-2021 07:11 PM
Maksudnya beksin tidak menjamin apa2...
ohhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Nie untuk marhaen je atau termasuk kayangan? #tanyajer jgn saman acik tau |
|
|
|
|
|
|
|
Loh tak boleh lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah bas pun xde nak balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
duluuu ckp kalau dh beksin 2dose..rentas negeri akn dipertimbangkan..aku ni siap nunggu je news ni sbb nak balik kampung..skali ni yg aku dgr. celabi!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Celaka sungguh ya menteri yg main kan perasaan maheran dgn ayt rentas negeri bila dah cukup 2dose. Hat kayangan tu belum tentu cukup 2dose dok berjimba2 bertebaran diseluruh pelusuk bumi.
Aii mula2 Xnak register sbb takut efek vaksin ka baby..tapi mentua dah complete 2dose. Katanya kalau completed 2dose boleh rentas negeri{:laugh{:laugh bodoh gitu ja kita kena kencing dgn menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Mereput la sampai 80% rakyat dpt 3 dose |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 20-9-2021 07:11 PM
Maksudnya beksin tidak menjamin apa2...
Mmg xpernah menjamin ape2x pon... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dia sbut tu bgantung dengan fasa negeri masing2 so ok la. Ikutla mung dari negeri mana nak masuk negeri mana, cek fasa negeri tu dah benarkan rentas atau belum |
|
|
|
|
|
|
|
Alohhhhhhh nak ke perakkk |
|
|
|
|
|
|
|
So ...boleh x aku nak melancong ke Kuala kangsar gitu...bukan balik kg tapi melancong...
Apa beza pun kan... |
|
|
|
|
|
|
|
7 bulan je lagi nak raya gays
its rael gays |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk jaga rakyat rentas negeri..org keluar masuk haram seludup negara jaga ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah datin yang p rentas p janda baik tu dah selamat lari ke dubai
untunglah jadi vvip |
|
|
|
|
|
|
| |
|