CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5289|Reply: 26

Salina Saibi Tetap Laris Walau Tanpa Publisiti

[Copy link]
Post time 1-10-2021 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Publisiti mengenai Salina Saibi dilihat kurang berbanding artis lain sehingga peminat hampir terlupa kewujudannya dalam industri lakonan tanah air.


Namun, Salina, 39, tidak terasa hati dengan situasi ini. Malah, tanpa publisiti meluas, rezekinya dalam bidang lakonan tetap berjalan lancar.


Foto: IG




"Jujurnya saya tak terasa sangat kerana kalau orang tak sedar kewujudan saya dalam bidang lakonan, takkanlah saya terima banyak tawaran.


"Tak dinafikan saya didatangi banyak tawaran dari pelbagai produksi sampai tak terbuat pun ada. Buat masa ini saya terbabit dengan penggambaran tiga drama iaitu Perisik Cinta Tak Diundang, Gerak Khas Undercover dan Jangan Ganggu Jodohku adaptasi dari novel," katanya.


Salina berkata, selebihnya dia juga sibuk dengan perniagaan produk vitamin C dan korset yang menjadi sumber pendapatan lain buatnya.




  



"Alhamdulillah rezeki tetap ada. Dulu saya sibuk dengan siri kepolisan Gerak Khas (GK) sehinggakan produksi lain tak berani nak ambil sebab faham perjalanan penggambarannya.


"Episodnya juga panjang dan saya pun bawa watak utama. Banyak yang saya kena fokus. Bila dah habis GK banyak tawaran yang datang dari pelbagai stesen TV.


"Ada saja tawaran berlakon, cuma publisiti di media agak kurang kerana saya sendiri mungkin tak banyak cerita untuk ditulis. Namun, itu bukan masalah besar. Saya okay saja kerana saya bukan gila glamour sangat," katanya.


Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini berkata, dia selesa begini kerana perlu membahagi masa antaranya untuk keluarga, perniagaan dan penggambaran.




  



"Ini pilihan saya dan saya kena pandai mengaturkannya. Begitu juga dengan watak yang dilakonkan. Memang saya suka bawa watak berlainan.


"Contohnya sekarang, saya bawa watak hantu, watak saka yang cantik, watak jahat dan banyak lagi. Baru-baru ini pun saya bawa watak emak tiri yang jahat.


"Ia amat mengujakan kerana luar dari watak polis. Selain itu, saya juga suka watak kelakar serta sedih dan menanti juga tawaran watak ini pada masa akan datang," katanya.


Isteri kepada Azmir Osman dan ibu kepada Farah Syakira dan Farah Aqeela ini mengakui terbabit dalam tiga drama pun sudah membuatkan jadualnya padat.




  



"Rasanya dalam sebulan ambil dua tawaran berlakon pun dah cukup kerana takut ganggu yang lain. Saya tak nak menyusahkan mana-mana pihak.


"Dari sisi lain, saya sebenarnya sukakan watak kelakar. Ketika penggambaran bawa apa-apa watak pun, saya akan selitkan komedi sedikit supaya pengarah nampak yang saya boleh bawa pelbagai watak. Dalam Gerak Khas Undecover pun saya selitkan komedi. Cara saya pun berbeza dari ASP Salina yang dulu. Pada mulanya saya ingat dah habis berlakon cerita polis," katanya.


Menurutnya, dia tidak sangka wataknya sebagai anggota polis bersambung lagi menerusi Gerak Khas Undercover pula.


"Rezeki saya apabila Datuk Yusof Haslam kata saya dan Erra Fazira diambil berlakon dalam cerita ini. Alhamdulillah memang saya pun suka watak polis ini. Tapi, agak berbeza kerana kami pakai baju preman dan rambut pun boleh perang. Karakter di situ gila-gila dan komedi sedikit, tapi sifat tegas tetap ada kerana namanya pun polis.


"Tidak macam Gerak Khas dulu kerana saya dah naik pangkat sebagai DSP Salina," katanya yang turut teruja menanti Penunggang Agama 2 ditayangkan.




  



Masih bertahan


Ketika berbual dengan beberapa pelakon senior baru-baru ini, Salina dikejutkan dengan kenyataan mereka yang dia masih bertahan dan relevan dalam bidang lakonan.


"Kata mereka, cuba sebut siapa lagi pelakon seangkatan saya yang masih sibuk berlakon. Saya sebut beberapa nama yang masih saya ingat dan mereka kata yang itu semua dah masuk 'muzium'.


"Hanya saya yang ada tawaran dan masih pegang watak utama. Saya menjadi pelakon dari 1999 dan pada kata-kata mereka itu satu penghormatan.


"Syukur orang masih nak saya. Tapi, saya kena bertahan dalam segi lakonan dan disiplin dari segi pemakanan.


"Jadi, banyak watak yang saya boleh bawa dan bukan terikat pada satu watak. Bila dah berusia biasanya diberi watak emak pula. Perkara itu kita kena jaga Insya-Allah adalah watak menarik untuk kita," katanya.


Salina berkata, dia juga tidak mengamalkan diet yang teruk dan bukan seorang yang suka makan pada waktu malam.




  



"Saya makan nasi seminggu sekali dua sahaja. Saya bukan pemakan nasi. Saya juga tak suka makanan bergoreng, berminyak serta ambil garam dan gula dalam kadar tinggi.


"Selain itu, saya juga tolak air gas, makanan dalam tin dan berkarbonat. Saya amalkan pemakanan sihat bukan untuk kurus semata-mata, tapi juga untuk kesihatan masa akan datang.


"Saya selalu buat senaman di rumah dan lebihkan makan sayuran dan makanan lebih fiber. Tak ketinggalan saya amalkan pakai korset jenama saya sendiri untuk kekalkan bentuk badan dan kecilkan pinggang," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dah vaksin sb tu tawaran berlakon x putus2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 03:42 PM | Show all posts
dengarnya dia ni kaki gaduh kat sekolah dulu..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat jumpa sheols kat gpo dgn family anak-anak semua. Cakap kuat-kuat usha-usha orang nk suruh org perasan dia. Lol kosser iols nak layan. Iols buat-buat tak kenal je. Dgn suara kasar ckp kuat-kuat, rempit sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
disiplin tak buat hal,tak demand ntah apa2 lama la betahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2021 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Seluar ketat..lari2 kejar penjenayah..geli betul nengoknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman dinosaur penah jumpa kt planet. Body cantik tp muka comot. Kerek kerek skit.. tp sorry time tu sendu lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramping gila pinggang dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheolls budak cheras flat Sri Sabah harus kaki gaduh ahaks. Jangan mareee... kawan meolls cakap dulu masa meolls masih sekolah, she nih dapat offer berlakon masa she tengah berjimba2 kat disko. Kiranya talent dia dorang nampak masa dalam disko tapi bukan disko shark uhukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol nak body sheol jahhh
Rampingggg
Iol ni dah macam maskot michelin
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 2-10-2021 01:31 AM
Sheolls budak cheras flat Sri Sabah harus kaki gaduh ahaks. Jangan mareee... kawan meolls cakap dulu ...

harusss bebudak flat sri sabah sri johor semua berhati waja uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cutting model betul.Budak flatkan. Mcm la aku tak tau dulu dia dok blok mana. Adik dia yg montel tu tah apa cita skrg ye? Setia betul dia dgn Gen2 hitam dia tu. Dia ni sek men Cheras dulu. Grup labah2 hitam katanya. Dh lupa la aku.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni artis residen usop selam. Sama mcm A Galak dan sabrina eh lupa la nama penuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku cuma nk body mcm dia. Power ok… kurus ramping… takpe… bsk aku diet….
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Reira77 replied at 1-10-2021 05:04 PM
Teringat jumpa sheols kat gpo dgn family anak-anak semua. Cakap kuat-kuat usha-usha orang nk suruh o ...

Ewww…i cukup nyampah kalu jumpa retis2 suka cakap kuat2 nak bagi org sedar kehadiran diorg..pdahal bukan org x sedar, cuma org tak ‘peghak’ nampak diorg je..tu psl org buat biasa je..diorg dok cakap kuat2  sbb takut org x sedar diorg ada kat situ..choiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
patutla body mantap ..nasik seminggu skali dua..malam tak makan..goreng2 xmakan..aku pun sama gak, tapi versi terbalik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarika: Dulu zaman dinosaur penah jumpa kt planet. Body cantik tp muka comot. Kerek kerek skit.. tp sorry time tu sendu lg kan

Skg pun sendu gak.. Same je
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 07:09 PM | Show all posts
suka je tgk dia dalam badi selendang merah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 ye produk nya.. Untung Le lakinya hari2 melepak kedai mamak je, duit bini kasi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon best. Kena betul watak inspector tu dgn dia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.317541 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list