View: 31779|Reply: 144
|
bila Nabi Isa akan diturunkan?
[Copy link]
|
|
Dunia dah di penghujung hayat. dah berpuluh2 imam Mahadi tampil buat pengakuan. bagaimana pula dgn Nabi Isa?i Nabi Isa tak muncul2 juga.
Kedatangannya ditunggu, bukan oleh Islan shj; kristian pun tunggu sama.
turun membawa jawapan.
Tapi bila?
Bila misteri ini akan terungkai?:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab nabi Isa tak diturunkan lagi bermakna dunia masih lagi jauh utk kiamat ..
Aku pernah terbaca yg kiamat tak akan terjadi di kala dunia kucar-kacir spt sekarang.
Kiamat berlaku ketika dunia aman damai di mana tiada lagi peperangan dsb ..
Harap pembuka topik dpt membuat sedikit carian dan hasilnya bolehlah dikongsi di sini .. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Nabi Isa al Masih akan turun setlh muncul Imam Mahdi as dan setelah keluar Dajjal.
Dajjal akan berada dibumi selama 40 hari. Hari pertama sama spt setahun bagi kita. Hari ke2 sama spt 1 bulan. Hari ke3 sama spt 1 minggu. Hari2 seterusnya sama spt biasa.
Ketika masa Dajjal mula berakhir, turunlah Nabi Isa as. Perkara pertama yg dilakukan oleh Nabi isa adalah membunuh Dajjal. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 27-7-2005 01:56 PM:
Salam,
Nabi Isa al Masih akan turun setlh muncul Imam Mahdi as dan setelah keluar Dajjal.
Dajjal akan berada dibumi selama 40 hari. Hari pertama sama spt setahun bagi kita. Hari ke2 sama sp ...
kalau Nabi Isa benar2 turun, mahu kah kita percaya dgn Baginda. Aku takut Nabi Isa akan diISAkan kalau turun kat sini.:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 2005-7-27 04:33 PM:
kalau Nabi Isa benar2 turun, mahu kah kita percaya dgn Baginda. Aku takut Nabi Isa akan diISAkan kalau turun kat sini.:stp:
mana mungkin !!
[ Last edited by chumpon on 27-7-2005 at 04:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sorry to say.. but pembuka topic nih.. mmg tak buat apa2 kajian.. main hentam jer... dikk... buat research sikit ek... aduhaiii |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis-hadis yang menceritakan datangnya kembali Isa a.s. dan seorang Mahdi
(pemimpin umat Islam pada akhir zaman) adalah hadis mutawwatir yang
disepakati oleh ijma' ulama. |
|
|
|
|
|
|
|
NANTI KALAU BETUL NABI isa TURUN ORANG CAKAP .. dia ajaran sesat lak?
yerlah, dah banyak sgt org mengaku imam mahdi lah, isa lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adopsi daripada
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=6258
Sahaja memecahkan permasalahannya....
---------------------------------------------------------------------
Terdapat taburan hadis mengenai Dajjal:
1. Dr Aisyah r.a bhw Rasulullah bersabda:
"Ya Allah, aku berlindung dgn engkau dr azab didalam kubur dan aku berlindung dgn engkau dr fitnah Al Masihi Dajjal"
[HR Bukhari]
2. Dr Abu Huraihah r.a bhw Rasulullah bersabda:
"Tidak akan tiba hari Akhirat hingga ada 2 golongan besar berperang padahal cita-cita adalah sama, hingga muncul Dajjal pendusta yg jumlahnya 30 org kesemuanya dan mendakwa merekalah Rasulullah"
[HR Bukhari]
3. Dr Abu Darda' bhw Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dr permulaan surah Al Kahfi, ia dilindungi dr Dajjal"
[HR Imam Ahmad]
4. Dr Abdullah bin Umar bhw Rasulullah bersabda:
"Dajjal itu muncul di tengah umatku, dan ia akan melakukan kemungkarannya selama 40 hari"
[HR Ibnu Mas'ud]
5. "Kamu akan berjuang menentang mereka (arab -musyirikin) dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Parsi dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan memerangi tentera Rom dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu , kemudian kamu akan memerangi Dajjal dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu"
[HR Muslim]
6. "Barangsiapa yg menghafalkan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka itu merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal" [HR Imam Ahmad]
7. 'Barangsiapa yg membaca surah Al Kahfi pd hari jumaat, terlindunglah ia dr segala fitnah selama 8 hari termasuklah fitnahnya Dajjal bila keluar"
[HR Adhia al Maqdasi]
8. Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah saw berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu."
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam (Syria) dan Iraq."
Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."
Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."
9. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah saw bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Sementara itu, ada pula beberapa riwayat lain mengenai dajjal dan ciri-cirinya yang dapat dirumuskan oleh beberapa penulis yg terdiri drp org pentafsir dan ulama terdahulu, seperti berikut:
1. Dajjal itu tinggal di sebuah pulau. Mereka amat gagah dan besar hingga dikatakan lautan yg paling dalam hanya setakat buku lali mereka sahaja.
2. Kaki dan tanganya dibelenggu dengan rantai dan tiba waktunya mereka dibebaskan dari belenggu itu.
3. Setengah ulama mengandaikan Dajjal itu dr keturunan Yahudi ataupun Bani Isreal.
4. Islam akan ditinggalkan oleh penganutnya dan Al Quran serta Assunnah tidak berperanan lagi, sementara suku kaum dari Arab akan berperang sesama sendiri, hingga Allah menurunkan Dajjal supaya Allah dpt menguji siapa yg benar-benar beriman dan siapa yg kufur.
5. Dajjal itu akan muncul dari sebelah timur.
6. Allah akan memberi kuasa kpd Dajjal dan apa jua yg diperlukannya. Dia berkuasa melakukan segalanya hingga dia boleh menghidupkan orang mati.
7. Dajjal muncul dgn menunggung binatang yg boleh bergerak sepantasnya. Pada dahi Dajjal itu ada tanda kekafirannya dan setiap org Islam akan dpt membacanya biarpun org itu buta huruf.
8. Mata sebelah kanan Dajjal itu buta, Mata sebelah kirinya bersinar seperti bintang.
9. Allah akan memberi Dajjjal segala macam kekuasaan hingga dia boleh memikul syurga dan neraka di atas bahunya.
10. Di antara para pengikut Dajjal dan pembantunya paling ramai ialah wanita cantik dan anak zina, termasuk juga tenteranya dari org Yahudi.
11. Dajjal menggunakan alat muzik dan nyayian sebagai senjatanya. Siapa jua yg mendengar muziknya akan terpesong dan terus mengikutnya, baik yg muda atau tua.
12. Dajjal akan berkuasa meneroka seluruh bumi dan berkuasa memerintah bumi spy menyerahkan kepadanya segala kekayaan isi galiannya. Perintah Dajjal itu dipatuhi oleh bumi dgn senang hati.
13. Dia akan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Siapa yg lemah imannya dan mematuhi Dajjal, mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya (padahal di sisi Allah, itulah neraka). Dan siapa yg kuat imannya dan menolak ajakannya, akan dimasukkan nerakanya (padahal di sisi Allah, itulah syurga).
14. Bila Dajjal berckp, suaranya begitu nyaring hingga penduduk seluruh dunia mendengarnya.
15. Dengan kekuatan dan tenaganya yg luar biasa itu, Dajjal menguasai dunia, dari sekecil-kecil pulau hinggalah sebesar-besar negara. Penguasaannya itu akan berlanjutan selama 40 hari.
16. Ada daerah shj di dunia ini yg tidak dpt dikuasai atau dimusnahkan oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah.
17. Kemudian Allah akan mengutuskan Nabi Isa a.s , kaum muslimin akan membantu Nabi Isa memerangi Dajjal. Dajjal ditewaskan. (*Terdapat riwayat menyatakan Imam Mahdi membantu Nabi Isa)
-------------
Dr sini, terdapat banyak lagi taburan hadis mengenai dajjal...pd masa depan. Setiap satunya kita kategorikan sebagai hadis Ahad.. Kembali kita dgn satu persoalannya: Apakah dalil mengenai Dajjal ini boleh menjadi Dalil Aqidah ataupun ia lebih dikenali sebagai Dalil Naqli....Maka di sini kita perlu meneliti indikasinya dan memahami, apa yg boleh atau yg tidak boleh dlm memahami sesuatu dalil naqli.
Seperti kita memahami, dalil-dalil yg memenuhi 2 kategori dibawah ini boleh dimasukkan dlm dalil Aqidah @dalil Naqli, iaitu:
1. Qadhi Tsubut. (pasti akan sumber asalnya)
2. Qadhi Dilalah.(pasti akan maknanya dan jelas, tanpa ada membawa byk maksud)
Memandangkan taburan Hadis Rasulullah diatas yg begitu byk sekali (melebihi 7 buah hadis) dan masing-masing dlm kategori hadis Ahad dan dari pelbagai perawi dan periawayatnya TETAPI ianya membawa satu perkara yg sama (iaitu Dajjal). Maka dr Ilmu Hadis, Himpunan/kumpulan hadis-hadis ini kita panggilkan Hadis Mutawatir Bil al Maa'na.
Sebagai contohnya, Hadis Mutawatir Bil al Maa'na ini digunakan pd hadis "Keberadaan Khalifah pd masa Depan". Setakat ini...kedua-dua perkara (dajjal dan Khalifah) dapat memenuhi Kategori Qadhi Tsubut..iaitu pasti akan sumber asalnya.
NAMUN BEGITU,
Dalil mengenai Dajjal, dari segi Qadhi Dilalahnya, tidak dapat memenuhi kategori tersebut. Dari banyak hadis tersebut(di atas), sukar digambarkan dan bayangkan serta memahami keadaan Dajjal dimaksudkan itu. Samada Dajjal itu dlm keadaan:-
1. Satu makluk Gergasi yg kuat dan mempunyai kuasa luar biasa.
2. Satu individu manusia, yg cacat matanya.
3. Sekumpul manusia yg ganas.
4. Satu negara yg berkuasa dimuka bumi ini.
5. Satu Sistem yg menyeru kpd kemungkaran.
6. Dan Sebagainya.
Dari sini, dalil mengenai dajjal tidak dapat memenuhi kehendak atau piawai kategori Qadhi Dilalah, kerana ia dlm keadaan yg mempunyai makna yang tersirat, mengandungi banyak makna dan tanpa ada keinciannya.
Kalau kita bandingkan, dalil menunjukkan Khalifah akan wujud pd masa depan, memang tergambar sepertimana zaman khalifah terdahulu (terutamanya zaman khalifah Abu Bakar, Umar). Maka ini membawa satu makna dan dalil mengenai khalifah memenuhi kategori Qadhi Dilalah. Maka ini boleh dijadikan dalil Aqidah ataupun Dalil Naqli.
Secara rumusannya, dalil mengenai Dajjal adalah bersifat ZANNI. Tidak sampai keyakinan 100% dan tidak boleh menjadi dalil Aqidah ataupun dalil Naqli. Dalil mengenai Dajjal hanyalah satu bentuk Perkhabaran sahaja.
Kesan Akibat jika dia menjadi dalil Aqidah.
Jika seseorang (A) mengatakan Dajjal itu berbentuk gergasi bermata satu, yg menjadi keyakinan 100% mengenainya...Tiba-tiba datangnya seseorang lagi (B) mengatakan dan membantah kenyataan si A dgn mengatakan dajjal itu adalah individu yg mengetuai negara Yahudi/kufur...yg mempunyai keyakinan 100% mengenainya. Mereka pun membantah antara satu sama lain. Silap-silap mereka kafir mengafir diantaranya. Ini kerana, dalil mengenai Dajjal menjadi Dalil Aqidah. Sedangkan kenyataan mereka berdua itu masih berbentuk Zanni..samada benar atau salah...itu tidak menjadi masalah dlm aqidah mereka. Inilah problemnya. Dalam btk perkhabaran yg tak pasti ini...tentu saja ada bergantung kpd teka-tekaan/ dugaan belaka.
Sekian, untuk kebaikan semua |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinbad^boy at 27-7-2005 08:45 PM:
sorry to say.. but pembuka topic nih.. mmg tak buat apa2 kajian.. main hentam jer... dikk... buat research sikit ek... aduhaiii
ala sinbad, relaxlah. kita nak bertukar2 pandangan kat sini. kalau u ada pendapat, kongsilah sama2.
komunikasi pelbagai hala, buleh tak?;) |
|
|
|
|
|
|
|
camne kita nak tahu itu Nabi Isa? Rupanya? Bahasanya? Fizikalnya? Tahap pengetahuannya? Agamanya? Ibadahnya?
Sorilah, kalau Chumpon dah bagi jawapan. taksempat baca. |
|
|
|
|
|
|
|
biezie_slalu
Originally posted by biezie_slalu at 2005-7-28 03:53 PM:
camne kita nak tahu itu Nabi Isa? Rupanya? Bahasanya? Fizikalnya? Tahap pengetahuannya? Agamanya? Ibadahnya?
Sorilah, kalau Chumpon dah bagi jawapan. taksempat baca.
OK. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 2005-7-27 01:08 PM:
Dunia dah di penghujung hayat. dah berpuluh2 imam Mahadi tampil buat pengakuan. bagaimana pula dgn Nabi Isa?i Nabi Isa tak muncul2 juga.
Kedatangannya ditunggu, bukan oleh Islan shj; kristian pun ...
dari kita asyik menuggu turun nya nabi isa....kat mana turun nya...bila turun nya....dajjal dah turun ke belummm......
rasa nya lebih baik kita buat je amalan yg di tuntut....lengkap kan diri dulu....
itu lebih di tuntut...... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan:
1. Apakah turunnya nabi Isa akan mengubah nasib umat Islam? Umat Islam sekarang ini ditindas disebabkan kelemahan mereka sendiri.Mereka berbalah,mundur dari banyak segi. Kamu boleh bayangkan tak;sewaktu turunnya nabi Isa a.s. ( pada yang percaya) umat Islam ketika itu?
Ini bermakna nabi Isa turun akan mengubah senario umat Islam. Tidakkah ini bercanggah dengan Ayat AlQuran yang disebut diatas?
2. Sepanjang perjalanan para nabi,keseluruhannya membawa risalah mengajak manusia kepada pengesaan Tuhan. Itulah risalah yang terpenting sekali. Kamu semua percaya bahawa kedatangan nabi Isa tidak membawa syariat baru. Bukankah lebih baik sekiranya ia turun untuk memperbetulkan kesilapan yang terdapat didalam Injil yang telah diubah suai oleh puak-puak Yahudi dan Nasrani?
3. Kedatangan nabi Isa sebenarnya membawa kemenangan kepada umat Islam. Menafikan satu pihak dan berpihak pada umat Islam. Bukankah ini satu sifat yang Allah adakan bagi memulihkan manusia pada setiap hantaran para nabiNya dan rasulNya? Apabila manusia telah menyeleweng dari penyembahan asalnya maka diutus oleh Allah, nabi atau rasul untuk memperbetulkan manusia. Sekiranya, kalau ini berlaku maka peristiwa besar saperti ini akan disebut didalam AlQuran. Mengapakah ini tidak disebut didalam AlQuran?
4. Oleh sebab kepercayaan inilah maka umat Islam sedang menanti 'Hero' nya dengan meninggalkan segala perubahan kepada kemajuan bagi memertabatkan maruah umat Islam.
Cuba kamu lihat benarnya Allah memperkayakan negara umat Islam dengan sumber galian,bahan mentah yang lain bagi memperkukuhkan ekonomi umat tetapi tidak dipergunakan oleh mereka dengan pertimbangan akal yang waras untuk kemajuan. Kemunduran mereka ternyata sahingga sekarang. Mundur dari semua segi. |
|
|
|
|
|
|
Mr.Forensics This user has been deleted
|
so kiter akan tau lah saper nabi isa:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chumpon at 27-7-2005 04:57 PM:
mana mungkin !!
[ Last edited by chumpon on 27-7-2005 at 04:59 PM ]
pada zaman sekarang, byk pihak yg berasa mereka lebih Islam drp yg lain. Jika ada yg mengaku sebagai imam mahadi @ nabi isa @ nabi khidir, alamatnya mrk akan didakwa membawa ajaran sesat. kalau nabi isa sebenar turun, kelak kebenaran Baginda juga akan dipertikaikan.
Bagi mrk, hanya saja mrk yg benar.Siapa mereka itu? |
|
|
|
|
|
|
|
nak jlnkan hudud pun terkemut kemut .macam mana nak terima nabi ISA yang datang dengan pedang.
jeslina hahshim sah minuk tuak kat sana pun jawi kena ni kan pula nabi ISA
aku takut bila nabi isa turun semua pakat do klawan dengan dia |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nabi isa...datang dgn tongkat...mana pedang....bunuh dajal pon pakai tongkat...dgn pukul kat kaki dajal sampai mati... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
liyana306 This user has been deleted
|
Originally posted by sLapshock at 28-7-2005 12:32 PM
NANTI KALAU BETUL NABI isa TURUN ORANG CAKAP .. dia ajaran sesat lak?
yerlah, dah banyak sgt org mengaku imam mahdi lah, isa lah..
Aku berharap agar Nabi Isa tidak akan turun. Kalau dia turun maka akan huru hara satu dunia. Lebih baik kalau dia tak turun.
Ajaran Muhammad dah perfect. Takda apa2 yang perlu dia ajar atau perjelaskan. Aku sendiri pon tak berani nak ikut apa2 yang Nabi Isa cakap sebab aku ni umat Muhammad.
[ Last edited by liyana306 at 1-9-2005 06:26 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ponder This user has been deleted
|
Mengenai Dajjal, ada beberapa hadith yang menyuruh kita membaca surah Al Kahfi. Ada hadith yang berkata "10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir" dan ada yang mengatakan keseluruhan surah itu. Oleh itu, hadith mengenai Dajjal dan surah Al Kahfi bukanlah ahad.
Kalau kita lihat ayat-ayat 4 hingga 6 surah Al Kahfi, kita dapati:
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. Mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. Maka jangan-jangan pula engkau membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Disini Dajjal digambarkan sebagai dari golongan yang percaya bahawa Allah mempunyai anak. Ayat-ayat ini juga menasihati kita supaya tidak membinasakan diri sendiri kerana dukacita atas perbuatan kumpulan ini (termasuk Dajjal).
Bayangkan senario berikut....
Dajjal datang menyatakan bahawa dia adalah Nabi Isa. Kemudian, dia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sepertimana kepercayaan orang-orang Nasrani, bahawa nabi Isa itu adalah sebahagian dari Tuhan. Dalam pada itu, dia akan menunjukkan beberapa keajaiban, dengan izin Allah.
Bila berlaku begitu, saya yakin bahawa orang-orang Nasrani akan percaya bahawa dialah sebenarnya Nabi Isa yang dinanti-nanti.
Semua ini menggambarkan Dajjal sebagai seorang manusia yang akan menjadi ketua kepada golongan Nasrani.
Kemudian akan turun Nabi Isa sebenar, untuk menentang Dajjal dan tenteranya. Dajjal akan dibunuh, dan mereka (Nasrani) akan menyangka bahawa Nabi Isa itulah Dajjal (antichrist). Beberapa tahun kemudian, golongan Nasrani akan menyerang Nabi Isa dengan pasukan tentera yang amat besar. Inilah serangan Ya'juj dan Ma'juj.
Tapi, ini hanyalah satu bayangan dan tak diterangkan oleh Quran atau mana-mana hadith.....
Wallahu a'lam.
Originally posted by biezie_slalu at 28-7-2005 03:53 PM
camne kita nak tahu itu Nabi Isa? Rupanya? Bahasanya? Fizikalnya? Tahap pengetahuannya? Agamanya? Ibadahnya?
Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Oleh itu, tentu mudah untuk mengenal dia melalui ujian DNA.
Originally posted by liyana306 at 1-9-2005 06:21 PM
Aku sendiri pon tak berani nak ikut apa2 yang Nabi Isa cakap sebab aku ni umat Muhammad.
Menurut hadith, Nabi Isa akan menghakimkan sesuatu perkara menggunakan hukum-hukum Quran. Dia tidak akan membawa kitab baru. Apakah salah mengikut Quran?
Kedatangan semula Nabi Isa adalah sesuatu yang pasti. Quran menyatakan:
"Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka."
Peristiwa ini masih belum berlaku. Kebanyakan umatnya (Yahudi) telah tidak menerimanya waktu Nabi Isa dikalangan mereka dahulu. Oleh itu, Nabi Isa akan diturunkan semula supaya janji ayat diatas akan menjadi kenyataan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|