View: 10344|Reply: 29
|
Hakikat Jin, syaitan, hantu dan Iblis
[Copy link]
|
|
Allah swt menjadikan 3 jenis makhluk yang mempuanyai akal.
1. Malaikat
2. Jin
3. Manusia
Adam as. adalah bapa kepada semua manusia yang dijadikan daripada tanah, dan bagi golongan jin pula bapa mereka adalah bernama JANN yang dijadikan dari api yang sangat panas.
Diantara keturunan JANN (yakni bapa segala jin), terdapat satu jin yang sangat kuat beribadah kepada Allah swt bernama AZAZIL, selepas dijadikan nabi Adam as, Azazil ingkar menurut perintah Allah supaya bersujud tanda menghormati Adam. Setelah itu azazil dihukum kufur dan ditukar namanya kepada IBLIS.
Dalam golongan jin terdapat jin kafir dan jin islam, jin islam hidup sebagaimana kehidupan islam, tetapi banyak yang fasik, zalim dan ada yang terus jadi kafir(tukar agama sebab lemahnya usaha dakwah) macam manusia jugaklah, jin kafir ada yang buat hal sendiri dan ada sebahagiannya menjadi pengikut IBLIS, pengikut IBLIS ini inilah yang dipanggil syaitan. Syaitan ini adalah gelaran kepada sesiapa sahaja yang suka menyesatkan manusia dari agama tauhid yakni islam, dalam ertikata yang lain mahu merosakkan Aqidah.
Hantu pula sebenarnya juga adalah jin, yang mana mereka mendiami sesuatu tempat, jika tempat mereka diganggu atau mereka terganggu ada kemungkinan mereka akan menakut2kan manusia, tak kurang juga mereka menyerang manusia yg lemah sehingga membawa kepada berbagai penyakit2, penyakit2 ini biasanya ganjil dan sukar dikesan oleh doktor2, mereka boleh dilemahkan dengan mudah melalui perantaraan Zikrullah dan meminta perlindungan dari pada Allah swt.
Wallahualam...insyaallah bersambung.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Topik menarik ni...
Hmmm... dulu ada thread yg bagus ttg topik sebegini. Dah kena deleted masa pembersihana admin. Ada forumner yg mahir ttg perkara ini... Tok pin ... |
|
|
|
|
|
|
|
kita sambung lagi,..
Iblis adalah dari golongan jin yang umurnya sangat panjang, hanya dia seorang sahaja yang mempunyai kelebihan umur yang panjang, jin2 yang lain tiada yang sama panjang umurnya seperti Iblis, Iblis adalah MASTER mind dalam operasi menyesatkan manusia, sebagahagian jin2 kafir menyara rezeki mereka dengan berkerja dan berkhidmat kepada IBLIS, mereka mendapat upah/gaji dan pangkat mengikut tahap kemahiran menyesatkan manusia.
Untuk orang-orang kafir, hanya jin2(syaitan) bodoh sahaja yang diutus oleh Iblis untuk membuli mereka supaya sentiasa dalam keadaan sesat atau kafir.
Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala , dan mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka,(An Nisaa:117)
Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan , sehingga mereka tidak dapat petunjuk(An Naml:24)
Untuk org2 islam, di utus jin2(syaitan) yang lebih gigih, tabah dan bijak untuk membuat tipu muslihat supaya org2 islam berbuat dosa, bergaduh, bermusuh, menghasut dan berbagai2 bisikan dan dorongan kearah kejahatan dan kekufuran.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.(Al-A'raaf:201)
Matlamat perancangan IBLIS dan dilaksanakan oleh tenteranya yaitu syaitan adalah untuk menarik seberapa ramai manusia kedalam neraka, oleh itu bisikan2 jahat akan dilakukan step by step secara halus dan terus menerus,
Dan teman-teman mereka membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya .(Al Araff:202)
Insyaallah bersambung... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang menarik...tak sabo nak tunggu sambunganya..Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
.....
Walaubagaimanapun janganlah kita salah faham pula, jin dan syaitan(jin kafir) adalah makhluk Allah juga, mereka tidak berdaya untuk memesongkan seseorang kecuali dengan izin daripada Allah. Allah swt menjadikan Iblis dan syaitan hanyalah sebagai ujian bagi manusia, satu dari ciri2 orang yang tidak dapat langsung di kuasai oleh syaitan adalah orang2 yang benar2 ada sifat ikhlas kepada Allah, contohnya Nabi saw. dan para2 sahabatnya, sehingga diceritakan syaitan2 yang diutus iblis mengeluh kerana sentiasa gagal untuk memperdaya para2 sahabat walau sedikitpun.
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,(Shaad:82)
kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka(Shaad:83)
Oleh kerana manusia tidak dapat melihat iblis/jin/syaitan, tetapi mereka dapat melihat manusia maka kerja2 untuk memesongkan manusia menjadi lebih mudah, terutama mereka2 yang tidak mempercayai adanya jin dan syaitan, tidak mengetahui hakikat jin yang sebenarnya, tidak dapat merasai tipudayanya, tidak dapat membezakan antara pertolongan Allah atau pertolongan jin, insyaallah kita huraikan sedikit demi sedikit, semuga kefahaman yang sedikit ini mudahmudahan dapat membawa manafaat yang besar untuk mengelakan dari diperkotak-katikkan oleh iblis dan tentera2nya.
Sewaktu iblis bersumpah, bahawa dia akan meneyesatkan manusia dia akan datang dari arah kiri, kana, depan dan belakang, tetapi hanya tidak disebut oleh iblis dari atas dan bawah dari itu dua arah ini adalah arah yang selamat.
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur .(Al-A'raaf:17)
Antara tipu daya syaitan dari berbagai2 arah, kecuali dari atas dan bawah..insyaallah bersambung... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud selain gangguan dari atas dan bawah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang arif saya bab atas bawah ini, tapi ada pernah org alim menyebutnya, dibawah seperti bersujud, dari atas seperti sentiasa bertawakkal atau sentiasa bergantung kepada Allah
maksud yang lain2 wallahuaklam, kena tanya ustaz. ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
[ Last edited by kuman at 25-1-2006 03:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...
aku pun baru jek baca satu buku berkenaan tajuk nih...
tumpang mengikuti secara lanjut...
mungkin ada tambahan yg berguna selain dari yg dibaca..
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
ini ko salin ke buat sendiri? kalo salin bole bagi mana ko dapat? tak sabar rasa nak tunggu. tapi kalo ko buat terpaksa la aku tunggu :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
....
Tipu daya syaitan amatlah banyaknya sehingga tak terkira, berbagai2 teknik, bisikan, setiap waktu dan keadaan, tiada henti2nya, bahkan dalam mimpi pun mereka kadang2 boleh masuk dengan matlamat yang sama untuk menipu daya, pendekkata tipudaya mereka datang dari semua arah depan, belakang, kiri dan kanan. Apabila mereka gagal dalam satu tipudaya, mereka akan cuba cara lain pula, mereka sentiasa menunggu peluang, dan sentiasa mengintai2, apabila manusia lalai sahaja dari mengingati Allah, mereka akan menyuntikkan benih was-was dalam hati manusia. Bagi org2 yang beriman mereka sentiasa waspada dan sentiasa berlindung kepada Allah swt, maka Allah swt akan memberi perlindungan kepada sesiapa yang meminta perlindungan.
Oleh kerana terlalu banya tipu daya mereka, tak dapatlah kita senaraikan, tetapi cukup sekadar kita tahu matlamat utama tipudaya mereka, IBLIS telah bersumpah bahawa dia akan menyesatkan manusia dan mengheret manusia semuanya kedalam neraka, inilah matlamat utama, samada kekal atau sementara dalam neraka mana2 pun boleh, tapi kekal dalam neraka adalah sesuatu yang lebih afdal bagi IBLIS.
Dari sini dapatlah kita faham bahawa Iblis dan syaitan adalah musuh kita yang amat nyata. bukan main-main punya musuh.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(Al-Baqarah:208)
Langkah pertama syaitan akan membisikkan angan2 kosong kepada manusia dengan menjanjikan keseronokan, diantara contoh angan2 tersebut seperti menjadi kaya, apabila kaya dapatlah rumah dan kereta yang bagus2, dan dapat penghormatan dari masyarakat, dapat membeli dan memiliki apa sahaja yang dikehendaki, dan macam2lah. Sehingga akhirnya tanpa mengambil peringatan dan panduan dari Al-quran dan hadis sehingga mereka berusaha mengumpulkan kekayaan, tak kira apa cara sekalipun janji kaya, selepas itu jadilah rasuah, riba, tipu dalam sukatan atau pengiraan, akibatnya jadilah penindasan, kemudia timbul permusuhan dan kacau bilau, walaupun mereka telah menjadi kaya tetapi syaitan terus menerus membisikkan sesuatu seperti "kalau dah betul2 kaya nanti dah tua senang, manalah tahu kalau anak2 tak nak tolong, duit simpanan banyak..hmm, barulah ok". Kemudian org yang kaya tadi terus mengumpul kekayaan untuk simpanan hari tua, mereka tidak mahu membelanjakan harta mereka sebab sayang..akhirnya sifat bakhil dan sombong menetap dihati mereka. Nauzubillah.
Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan ; sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia . Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengatahui.(Al-baqarah:268)
Diceritakan pada suatu zaman dahulu,(lebih-kuranglah ceritanya) seorang raja telah menawarkan kepada seorang miskin untuk memberi tanah kepadanya, luas jarak tanah tersebut adalah sejauh perjalanannya sehingga perhentian terakhir, kemudian mesti balik. Org tersebut mulalah berjalan dengan membawa bekalan makanan, sehingga jauh jaraknya dia menjadi letih dan berhenti makan, kemudian dia meneruskan lagi perjalanan, sehingga amat jauh sekali, kemudian terfikir olehnya sampai disitu sahaja sudah cukup, kemudian datang pula perasaan tamak dan bisikan syaitan, jalan sikitlagilah rugi kalau tak ambil peluang, dia terus berjalan segingga perasaan tamak terus menguasai dirinya..sampailah dia perbelkalannya habis dan tenaganya pun semakin lemah. Syaitan terus membisik..sehingga datang akalnya menyuruh dia berhenti dan balik, akhirnya dia pun balik, tetapi jaraknya untuk balik dirasinya terlalu amat jauh, sedang badannya telah lemah serta perbekalannya telah habis...dia terus berjalan balik tetapi upayanya telah habis, dia telah menyesal kerana tamak, akhirnya kerana terlalu jauh..dan keletihan akhirnya dia telah miti keletihan dan kelaparan.(Dari cerahan Dr. hamka)
dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka , lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka , lalu benar-benar mereka merubahnya ". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.(An-Nisaa:119)
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.(An-Nisaa:120)
Insyaallah bersambung..
[ Last edited by kuman at 26-1-2006 12:19 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by TheOne at 26-1-2006 09:54 AM
ini ko salin ke buat sendiri? kalo salin bole bagi mana ko dapat? tak sabar rasa nak tunggu. tapi kalo ko buat terpaksa la aku tunggu :bgrin:
karangan ini saya buat sendiri taip sikit2 , kalau ada yang tak kena tegurlah, semuanya berdasarkan pengetahuan dan kefahaman yang sedikit..muga2 yang sedikit itu dapat menyedarkan kita tentang bahaya syaitan..insyaallah..
[ Last edited by kuman at 26-1-2006 11:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
IBLIS adalah master mind dalam perancangan, sedang syaitan mengikut apa sahaja perancangan dan arahan iblis, ada jenis tipu daya secara spontan, ada daya tipudaya muslihat(tipudaya dalam kebaikan) dan ada tipudaya untuk misi jangka panjang, selalunya misi jangka panjang membawa kesah yang lebih besar impaknya.
Secara spontan adalah seperti dorongan untuk berbohong untuk menyelamatkan diri, alasan2 diberi contohnya, maaf yer," MC palsu". Bagi MC palsu ini adalah lintasan hati secara spontan oleh bisikan syaitan, tetapi janganlah kita dengar dan turuti dan mengambil jalan mudah, walaupun perkara ini kecil tetapi borbohong itu adalah matlamat syaitan untuk menanam benih sifat seorang munafik. Bagi mengelakannya kita carilah jalan alternatif yang lain seperti apply cuti awal2, atau pun ambil EL ini lebih baik dan selamat kerana tidak berbohong.
Tipu muslihat pula yang mana seperti kata pepatah melayu ada usang disebalik batu, ini bentuk tipdaya yang halus selalunya tipudaya ini dijalankan dengan bertopengkan kebaikan. Sebagai contoh, sembahyang di rumah lagi baik, sebab sembahyang dimasjid nanti org nampak ulang alik timbul riak pula, org tersebut sembahyang dirumah sahaja, contoh lain seperti org yang mahukan sesuatu yang afdal dalam beramal seperti beribadah dimasjid lagi baik dari disurau, sedangkan kalau dia nak pergi kemasjid terpaksa melintas surau, terlintas pula dihatinya semasa lalu depan surau pakcik2 terasa memandangnya, rasa tak sedap pula, dia berfikiran tentu terasa hati pakcik2 tersebut sebab tak nak berjamaah dengan mereka, mentang2lah badan muda bolehlah jalan kemasjid. Perasaan tak sedap ini melemahkan semangatnya langsung dia sembahyang sorang dirumah dan tidak berjamaah keesokannya demi untuk menjaga hati jamaah surau tadi. Walaupun niat org tadi baik, yaitu mahu menjaga perasaan jamaah surau, tetapi dia menanggung kerugian kerana langsung tidak berjamaah samada surau atau masjid. Sedangkan Rasulullah saw. amat memberatkan sembahyang berjamaah, walaupun di waktu akhir hayatnya baginda jatus sakit, tetapi baginda minta di papah oleh dua org, walaupun dipapah kali baginda bukannya berjalan, tetapi kakinya terseret diatas pasir, begitu sekali pentingnya sembahyang sembahyang berjamaah.
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.(At-taubah:9) |
|
|
|
|
|
|
|
Dan lagi, tipudaya muslihat amatlah banyak, begitu jua tipudaya dalam agama termasuk dalam kategori yang sama, sebelum kita teruskan kita imbas kembali, yang mana Iblis mahu supaya manusia kekal dalam neraka, serangan-serangan halus banyak ditujukan atau ditembak kearah AQIDAH, sehingga aqidah menjadi benar2 rosak, caranya syaitan akan berusaha supaya seseorang melakukan kerja2 yang membawa kepada perbuatan, amalan, pekataan dan iktiqad syirik, Contoh akidah yang telah rosak seperti mana yang kita semua tahu yaitu org2 yang telah kafir mereka menyembah berhala, mereka terang2 telah syirk yaitu menyembah tuhan selain Allah. Ada yang kafir kerana tidak mempercayai adanya tuhan yang menjadikan alam ini, semuanya berlaku dengan sendiri. Ada yang batal imannya kerana menolak sebahagian ayat2 Allah, ada yang tertipu dalam mencari kelebihan2 dari kuasa ghaib seperti bomoh2 tilik perubatan.
Selain syaitan dari golongan jin terdapat juga syaitan dari golongan manusia, syaitan dari golongan manusia ini adalah dari jenis manusia yang telah dikuasai 100% oleh syaitan jin dihatinya, syaitan telah berumah, menetap, bermastautin, berwarganegara dan telah beraja dihati mereka, bisikan2 syaitan dari hati sangat mempengaruhi, mereka membisikkan sesuatu yang menimbulkan was-was terhadap Allah swt. Mereka ini amat merbahaya.
Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.(An-Naa: 4-6)
Oleh sebab itulah aqidah yang sohih perlu ditanam kukuh didalam dada anak2 agar mereka hanya yakin bahawa tiada tuhan selain Allah, Allah adalan tuhan sekalian alam, selain Allah semuanya makhluk, semua makhluk adalah ciptaan allah, Allah swt tidak sama dengan sesuatu apapun, tidak dapat dicapai oleh akal manusia, semua pergerakan dimuka alam ini adalah dengan izin Allah, walaupun kita boleh menggerakkan tangan dan kaki kita secara bebas , tetapi semua itu adalah dengan izin Allah, api tidak boleh membakar, tetapi api membakar dengan izin dari Allah, nabi ibrahim dicampakkan kedalam api tetapi sehelai buluromanya pun tidak terbakar, Allah tidak mengizinkan. Allah swt jadikan semua perkara berlaku dengan sebab, tetapi Allah swt berkuasa juga melakukan sesuatu tanpa sebab, atau berlawanan dengan sebab, contohnya nabi adam tanpa ayah dan ibu, langit tanpa tiang, pemuda alkahfi tidur selama 309 tahun didalam gua, Allah swt pentadbir alam ini, semua makhluk mendapat rezeki darinya, walaupun seekor anak ikan yang halus yang berada dalam satu lubang halus tempat perlindungannya, ditinggalkan pula oleh ayah dan ibunya, didasar lautan yang dalam, yang gelap gulipta, semuanya tak terkecuali mendapat rezeki dari Allah swt.
Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.(Lukman:22)
insyaallah bersambung...
[ Last edited by kuman at 26-1-2006 03:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Allah taala adalah maha pengasih, maha bijaksana dan maha pentadbir, tertib alam dijadikan menurut fitrah, semuanya dalam keadaan seimbang, 1+1=2, 2-1=1, 2+2=4, 4-2-1=1 , inilah tertib alam, apabila makan jadi kenyang, apabila minum hilang dahaga, begitujugalah diantara keburukan dengan kebaikan, iman dan kufur semuanya mempunyai tertib2 yang telah digariskan, kebijaksanaan Allah swt dan sifat maha pengasih adalah maha sempurna, sehingga dihari pembalasan tiada siapa yang boleh memberi alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahn2 yang sengaja dilakukannya, tidak boleh juga dipersalahkan iblis dan syaitan, sebagaimana apabila seseorang pergi mencuri atas arahan kawannya, apabila ditangkap kawannya akan melepaskan diri dan berlepas tangan. Yang menanggung balasan adalah si pencuri itu sahaja(didunia), ini disebabkan dia tidak mahu menggunakan akal, dan sengaja bertindak kepada perkara diketahui tidak benar oleh naluri dan akalnya.
Begitu jugalah diantara iman hidayah sesat dan kufur, perbuatan buruk yang dilakukan dengan terus menerus akan mengakibatkan seseorang terjauh dari petunjuk, sedang perbuatan baik yang dilakukan mendatangkan hidayah dan petunjuk. Allah swt bersifat maha adil, jika syaitan boleh berbisik dihati manusia untuk memberi pengaruh jahat, maka Allah swt juga menjadikan pula malaikat untuk memberi nasihat dan membisikan yang baik, contoh: apabila kita melintas disatu jalan, kemudian terjumpa seorang peminta sedekah, terlintas dihati kita untuk bersedekah, inilah bisikan malaikat. Setelah malaikat berbisik, syaitan akan cuba menghalang dengan bisikan yang negatif sehingga seseorang itu terus tak jadi bersedekah walaupun 10 sen. Beginilah adilnya Allah swt...
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan ,(Al-balad:10)
Jika seseorang itu selalu mendengarkan bisikan2 syaitan maka boleh menyebabkan dia terjauh dari ramat Allah swt, jika bisikan dan lintasan yang baik selalu diikutinya dia akan mendapat rahmat, yang mana kebaikan akan menemukannya kepada hidayah dan iman
Beginilah dengan apa yang terjadi kepada seorang sahabat Rasulullah saw yaitu SALMAN Al-Farisi, oleh kerana dia seorang yang amat mencintai dan dahagakan kebaikan dan selalu mengikut naluri kebaikannya telah membawanya dari satu guru kepada satu guru dan sehingga dari satu negeri ke satu negeri akhirnya dia bertemu penghulu segala nabi yaitu Rasulullah saw sehingga mendapat hidayah dan memeluk islam.
Begitu juga dengan diri kita, apabila naluri yang baik selalu diikuti membawa kita hampir kepada Allah swt. Kekuatan pengaruh syaitan atau malaikat ke atas diri seseorang bergantung diantara nafsu dan akal serta cenderungnya kelakuan seseorang kepada kebaikan atau keburukan, jika selaku berkelakuan baik, mudah hidayah bagi dirinya kerana suara malaikat menjadi lebih serasi, jika condong kepada keburukan boleh menyebabkan terjauh dari hidayah kerana suara syaitan serasi dengan kecenderungannya dan syaitan akan mengheretkannya terus kepada kejahatan dan dosa, serta benih2 sifat kejahatan yang disemai terus subur seperti tamak, sombong, takbur dan berbagai2 sifat keji. Inilah yang berlaku kepada SAMIRI dizaman nabi musa, walaupun dia seorang yang mengetahui akan kebenaran Nabi Musa, tetapi naluri kejahatannya membawanya kepada membuat anak patung lembu dan menyuruh kaumnya menyembah patung tersebut. Nauzubillah!, dari itu jelaslah bahawa ALLAH swt sebenarnya maha adil dalam pentadbirannya, Allahhuakbar!
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.(An-Nisaa:144)
Malaikat sentiasa memberi bisikan2 yang baik didalam hati, pendakwah2 juga menyeru kepada kebaikan, Dan Al-quran serta hadis adalah petunjuk yang terang bederang kejalan yang lurus.
Kitab ini(Al-Quran) tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,(Al-Baqarah:2)
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(Al-Baqarah:5)
Insyaallah bersambung...
[ Last edited by kuman at 27-1-2006 03:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:stp: :stp: tak ada feedback ker?, ok ker semua, atau terdapat mana2 yang tak jelas..atau tersilap minta ditegur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuliah Maghrib oleh YB Dato Ust. Hj Ismail Kamus.
Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jinlah tu(sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu
Oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar,jika kita melarangnya.
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
Al-Quran - Surah Al- Baqarah - Ayat 159 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 kuman's post
Nara baca,tapi nak bagi feedback Nara tak boleh coz Nara ilmu tak banyak.Tiada kelayakan utk menilai.Tapi apa yang teman2 kongsikan insya allah Nara akan ingat. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengertian jin adalah segala mahluk halus yang tidak nampak oleh penglihatan manusia. Perkataan Al-Jin diambil dari Al Ijtinan, yang bermakna As Satr (tirai atau penutup). Maksudnya, mahluk halus yang tersembunyi.
Jin memiliki ilmu pengetahuan yang lebih luas, dengan jumlah lebih banyak, dan berusia lebih panjang dari manusia. Tempat hidup mahluk ini berbeza2. ada yang hidup di air, di udara, dan di bawah bumi.
Dari Hasan, Nabi Muhammad saw. telah bersabda: 'Jin itu ada tiga golongan. Segolongan memiliki sayap yang boleh terbang di angkasa, segolongan wujud sbg ular, dan segolongan lagi yang tempat tinggalnya berpindah2. " (H.R Ath Tabrani).
Jin juga memiliki dan mengganut berbagai macam kepercayaan.
Sebahagian di antara mereka ada yang beriman kepada Allah Swt, ada juga yang kafir, juhud (pembantah), dan bongkak.
Jin memang memiliki beberapa persamaan dengan manusia.
Firman Allah swt
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
( Adz Dzariyaat: 56).
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'arn: 130).
Walaupun jin dan manusia memiliki beberapa persamaan, namun jin diciptakan lebih dulu dari manusia.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
(Al Hijr 26-27)
Jenis (bangsa) jin menurut Sayyid Abdullah Husein dalam bukunya, Menyingkap Rahasia Jin, Setan dan Malaikat, dapat dibagi sebagai berikut:
1) Iblis iaitu bapak dari segala jin.
2) Asy Syaithan, yaitu syaitan.
3) Al Maraddah, yaitu peragu.
4) Ai 'Afarit, yaitu Ifrit (penipu).
5) Ai-A'wan, yaitu para khadam (penolong).
6) Ai-Ghawwashun, yaitu penyelam.
7) Ath Thayyarun, yaitu penerbang.
8) At Tawabi, yaitu pengikut (pengekor).
9) A Qama, yaitu kawan (yang mengawani).
10) Al 'Ammar, yaitu pemakmur (golongan yang meramaikan).
wallahua'lam
[ Last edited by fleurzsa at 30-8-2006 01:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
WHUIYYOOOOO
CAYA LAH KUMAN ....... SUPPORT KUMAN.......... SAMBUNG LA LAGIK....... |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam,
Dalam Alquran yang disebut menjadi bahan bakar api neraka ialah manusia(engkar) dan batu.
Adakah jin(engkar) juga menjadi bahan bakar api neraka mengikut spesifikasi asalnya? atau
jin akan direkabentuk seperti manusia sebelum dimasukkan ke neraka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|