View: 24268|Reply: 78
|
Sejarah kedatangan agama Islam ke Jepun
[Copy link]
|
ijad1986 This user has been deleted
|
PENGENALAN ISLAM DI NEGARA JEPUN
-Islam berkembang di Jepun pada tahun 1877 ketika Perang Dunia Kedua melalui hubungan diplomatik negara tersebut dengan Turki.
-Penduduk negara tersebut menganggap Islam sebagai salah satu ajaran agama yang dianuti oleh penduduk di Dunia Barat.
-Pada masa yang sama, kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam telah mula diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
-Tindakan ini telah membantu Islam mendapat tempat di kalangan penduduk Jepun walaupun hanya sebagai ilmu pengetahuan dan sejarah kebudayaan dunia.
-Menurut satu sumber, kini terdapat lebih dari 40 buah masjid dan 100 pertubuhan Islam di seluruh Jepun.
MENGAPA ISLAM MUDAH TERSEBAR DI JEPUN?
-Masyarakat Jepun moden kini tidak lagi mementingkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.
-Majoriti rakyat Jepun beragama Syinto dan Buddha (atau menganut kedua-dua agama tersebut).
-Terdapat juga rakyat Jepun yang menganut ajaran Kristian.
-Kini, hampir kesemua rakyat Jepun daif dalam ilmu keagamaan kerana gaya hidup moden mereka yang mementingkan kehidupan di dunia.
-Akibatnya, ramai masyarakat Jepun berasa hati mereka kosong dan seperti mencari 憇esuatu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
ijad1986 This user has been deleted
|
WAJAH PENDUDUK ISLAM DI JEPUN
Gambar sekumpulan ejen Jepun Muslim yang menyertai rombongan haji pada tahun 1934 dan 1936. Sumber |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ohayo,
bacaan yg menarik, ade tak lagi gambar2 terbaru dari Nippon ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 30-12-2009 19:41
Petikan Dari Jejak Rasul 11
Jejak Rasul 11: Pusat Islam Jepun sebar dakwah melalui penulisan
SELEPAS peperangan dunia kedua, masyarakat Islam dari pelbagai negara datang menetap di Jepun dan dari tahun ke tahun bilangan mereka kian bertambah.
Kegiatan dakwah semakin berkembang, namun masyarakat Islam di sana tidak memiliki satu tempat untuk menyelaras kegiatan dan kefahaman Islam.
Pada 1966, Pusat Islam Antarabangsa Jepun ditubuhkan sebagai pangkalan pergerakan dakwah Islam di negara matahari terbit itu. Malangnya, ia dibubarkan pada 1974 atas sebab tertentu dan diberi nama baru, Pusat Islam Jepun.
Selain menjadi nadi pergerakan Islam di Jepun, pusat berkenaan berperanan menyebarkan dakwah menerusi penulisan dan penerbitan melalui terjemahan buku mengenai Islam dalam bahasa Jepun.
Pusat Islam Jepun sudah menerbitkan lebih 2,000 buku. Antara yang menjadi keutamaan ialah buku berkaitan ibadat, muamalat, perundangan Islam, ekonomi dan cara pergaulan masyarakat Islam.
Pusat Islam Jepun turut membekalkan buku Islam yang diterjemah dalam bahasa Jepun dan Inggeris kepada persatuan serta pertubuhan Islam di seluruh negara dan Korea secara percuma.
Usaha berkenaan dipelopori seorang pendakwah Islam warga Jepun yang terkenal, Ahmad Ariga yang memeluk Islam pada 1900 dan menjadikan bidang penulisan sebagai medan dakwah.
Beliau juga adalah orang terawal menterjemahkan buku Islam dan al-Quran ke dalam bahasa Jepun.
Menurut pemangku pengerusi Pusat Islam Jepun yang berasal dari Pakistan, Syed Matloob Ali, kebanyakan masyarakat Jepun tersalah anggap mengenai Islam dan menjadi tanggungjawab Pusat Islam membetulkan tanggapan serong itu.
Oleh itu, katanya, pusat berkenaan sentiasa mengalu-alukan apa juga bentuk perbincangan kepada warga Jepun yang ingin mengenali dan mendekati Islam.
Perkembangan Islam di Jepun banyak berkaitan dengan persefahaman di antara Maharaja Meiji dengan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah.
Keinginan kedua-dua pemimpin untuk membebaskan hidup rakyat Jepun daripada tekanan kuasa besar mendorong mereka menjadi sahabat baik.
Putera Taro Katsura pada zaman pemerintahan Maharaja Meiji turut mementingkan pendidikan kerana pada pendapat baginda pendidikan adalah alat transformasi untuk merealisasikan impian maharaja berkenaan
Tanggapan bahawa pendidikan kunci kecemerlangan terbukti berdasarkan kesungguhan kerajaan dan rakyat menimba pengetahuan.
Tanggungjawab itu turut dipikul Persatuan Muslim Jepun, pertubuhan Islam terbesar di Jepun menjalankan aktiviti dakwah menerusi pendidikan dengan menterjemah buku Islam untuk dijadikan bahan rujukan.
Cara hidup Islam diterjemahkan sebaik mungkin oleh masyarakat Islam Jepun dalam kehidupan harian mereka termasuk bersikap tegas berkaitan makanan halal.
Jejak Rasul 11: Masjid Jami Tokyo bukti hubungan kukuh Jepun, Turki
Oleh Jamiah Shukri
MASJID Jami di Jepun adalah manifestasi tauhid yang dikembangkan masyarakat Turki ketika Russia menguasai Turki pada 1917.
Empat huruf wau di Masjid Jami ini membuktikan akidah tauhid di bawah lembayung empayar Uthmaniyyah berkembang kukuh di Tokyo.
Huruf wau itu mewakili wahyu Ilahi yang bermaksud: "Pada hal kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi rasulnya dan bagi orang mukmin, tetapi orang munafik itu tiada mengetahuinya. (Surah al-Munafiqun, ayat 8)
Sebahagian masyarakatnya melarikan diri ke beberapa negara termasuk Jepun untuk menyelamatkan diri daripada kuasa itu.
Kazan Turk, Qurban Ali dan Abdul Rashid Ibrahim adalah antara tokoh Islam Turki yang berhijrah ke Jepun.
Mereka mengambil keputusan untuk membina sekolah dan masjid kerana masyarakat Turki di Jepun semakin bertambah. Usaha mereka menjadi kenyataan dengan terbinanya masjid yang menjadi syiar Islam terkemuka di Tokyo pada 1938.
Hari ini, masjid asal sudah tiada lagi, ia musnah akibat faktor masa pada 1986 dan diganti dengan masjid baru yang dibina pada 1986 di tapak yang sama. Huruf wau yang menjadi simbol kekuatan empayar Islam Uthmaniyyah turut dikekalkan pada setiap masjid yang dibina oleh kerajaan Turki hingga ke hari ini.
Empat huruf wau itu membuktikan bahawa kekuatan dan kemuliaan hanya milik Allah, rasul-Nya dan orang beriman. Tazkirah berkobar mengimbas kembali kegemilangan empayar Uthmaniyyah yang mewarisi perjuangan Rasulullah bagi memastikan akidah tauhid terus berkembang ke pelusuk dunia.
Masjid Jami Tokyo yang mampu menampung seramai 600 jemaah ini membuktikan keutuhan perhubungan Jepun dan Turki sejak kurun ke-20. Walaupun hubungan itu baru, ia memberi makna yang mendalam kepada masyarakat Turki yang berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah.
Menurut seorang penulis Mesir, Abdul Rashid Ibrahim dari Persatuan Pemuda Islam di Kaherah, sekitar kurun ke-19 Maharaja Meiji telah mengutus sepucuk warkah kepada Sultan Abdul Hamid.
Bahawa kamu dan saya berada di bawah tekanan kuasa besar, oleh itu ada baiknya rakyat kita saling mengenali. Kami meminta kamu menghantar bijak pandai yang mampu memperkenalkan negara kamu kepada rakyat kami.
Surat ini menggambarkan Jepun dan orang Islam bersedia untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain dalam politik, ekonomi mahupun kebudayaan atau cara hidup.
Orang Jepun terlalu memusatkan pemikiran mereka terhadap kebendaan. Mereka juga sering mempersoalkan asal usul agama.
Persoalan kenapa khinzir tidak boleh dimakan. mereka terlalu mempersoalkan kebendaan.
Misalnya, mereka tidak boleh menerima secara logik bahawa Allah menegah kita memakan khinzir. Pada pandangan saya, mereka melihat negara Islam dan bertanya realiti sebenar masyarakat Islam.
Sekiranya Islam itu berkembang baik, mengapa umat Islam jadi begitu. Memang mereka sering berfikiran demikian.
Oleh itu masyarakat Jepun melihat umat Islam harus mempunyai kedudukan yang tinggi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huh? Jepun ada masyarakat Islam ke? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sephiroth at 4-4-2006 11:31 AM
Huh? Jepun ada masyarakat Islam ke? :stp:
Sephiroth ko baru nak tahu kat korea selatan pun ader... pusat islam, mufti dll... |
|
|
|
|
|
|
|
by HangPC2
Sephiroth ko baru nak tahu kat korea selatan pun ader... pusat islam, mufti dll...
Hmm ... tak sangka ... ada juga orang Jepun yg beragama Islam di sana. Berapa peratusnya?
Kalau tak salah, peratus orang Christian di sana adalah lebih kurang 5% - 3 % je. :hmm:
Kawasan mana yg mereka duduki?
Jangan2 mereka2 yg menganuti Islam itu dr golongan Eta tak? Mungkin juga macam di India. :hmm:
Oh yeah, edit nak tambah ...
Kesukaran mendapatkan tanah perkuburan di Jepun adalah kerana negara Jepun itu kecil dan banyak tempat tidak sesuai utk pertanian. Lebih kurang 10% - 15% je sesuai utk pertanian jadi sorrylah, kerajaan Jepun tak akan benarkan kamu tanam orang, mereka nak tanam bahan makanan.
[ Last edited by Sephiroth at 4-4-2006 02:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suatu info yg menarik... selain tuh.. Islam tersebar melalui perkahwinan juga,... mcm yg terungkap dalam Trilogy Abdullah Hussein "Bila Sakura Berkelopak" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sephiroth at 4-4-2006 01:56 PM
by HangPC2
Sephiroth ko baru nak tahu kat korea selatan pun ader... pusat islam, mufti dll...
Hmm ... tak sangka ... ada juga orang Jepun yg beragama Islam di sana. Berapa peratusnya?
...
kalau tak boleh tanam, nak buat apa, bakar? Macam tu sephiroth?
cuba kau kaji betul2, camna diorang kebumikan org islam? |
|
|
|
|
|
|
|
by Dunhill.
kalau tak boleh tanam, nak buat apa, bakar? Macam tu sephiroth?
cuba kau kaji betul2, camna diorang kebumikan org islam?
Apa yg kamu perlu kaji di sini adalah cara kehidupan orang Jepun.
Dlm masyaakat Jepun, kepentingan satu golongan tidak akan diutamakan dlm sesuatu masyarakat. Oleh itu, MUSTAHIL Kerajaan Jepun akan benarkan satu puak kecil menbazirkan tanah semata2 nak tanam kamu. Tanah di Jepun tu sangat bernilai, terutamanya tanah pertanian.
Kalau paksa juga kerajaan ikut telunjuk kamu, rasa2nya mungkin Kerajaan Jepun akan mengharamkan Islam spt mana mereka buat dgn agama Christians di lewat kurun ke 18. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sephiroth at 4-4-2006 03:40 PM
by Dunhill.
Kalau paksa juga kerajaan ikut telunjuk kamu, rasa2nya mungkin Kerajaan Jepun akan mengharamkan Islam spt mana mereka buat dgn agama Christians di lewat kurun ke 18. .
Tujuan Tokugawa Leyasu Mengharamkan Agama Kristian kerana bakal Mengugat politik (Dasar Tutup Pintu) pemerintahan Klan Tokugawa... sebenarnya selepas pemerintahan Tokugawa dan diganti dengan Pemerintah Meiji (Pemulihan Meiji)i rakyat bebas memilih memeluk agama masing2 (Pada Akhir abad ke 19) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sephiroth at 4-4-2006 03:40 PM
by Dunhill.
kalau tak boleh tanam, nak buat apa, bakar? Macam tu sephiroth?
cuba kau kaji betul2, camna diorang kebumikan org islam?
Apa yg kamu perlu kaji di sini adalah cara kehidu ...
jepun tak menghalang lah kalau kamu boleh bayar utk beli tanah.
orang Islam dah beli tanah di yamanashi khusus utk kebumikan orang Islam.
cara tu jugak org Islam buat utk tambah masjid.diorang beli kedai yg tak dipakai atau kedai slot judi utk ditukar menjadi masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
by HangPC2
Tujuan Tokugawa Leyasu Mengharamkan Agama Kristian kerana bakal Mengugat politik (Dasar Tutup Pintu) pemerintahan Klan Tokugawa... sebenarnya selepas pemerintahan Tokugawa dan diganti dengan Pemerintah Meiji (Pemulihan Meiji)i rakyat bebas memilih memeluk agama masing2 (Pada Akhir abad ke 19)
Apa yg Tokugawa Ieyasu (I bukan L) buat adalah memastikan agama Kristian tidak mengkorupkan penduduk Jepun dgn agama mereka itu. Penduduk Kristian masa itu dah pandai lawan cakap Shogun dan ianya bertentangan dgn apa yg disarankan oleh Kerajaan masa itu.
Masa Meiji Restoration pula, mereka masih menentang agama Kristian tetapi dgn cara lain - dgn menjadikan Shintosm dan Buddhism sbg agama rasmi. Jadi, tak banyak berubah sejak Meiji Restoration dan adalah jadi kesilapan besar kalau penganut Islam di sana fikir sejarah (Ieyasu dan Meiji restoration) tak akan berulang lagi. ;)
by DEWAPERANG
jepun tak menghalang lah kalau kamu boleh bayar utk beli tanah.
orang Islam dah beli tanah di yamanashi khusus utk kebumikan orang Islam.
cara tu jugak org Islam buat utk tambah masjid.diorang beli kedai yg tak dipakai atau kedai slot judi utk ditukar menjadi masjid.
Kamu tahu tak berapa banyak kelemahan yg boleh dilihat oleh masyarakat Jepun dr keadaan ini?
1. Ketidakflexibelity dlm Islam dlm bab mengkebumikan jenazah.
2. Pembaziran tanah (terutamanya tanah pertanian)
3. Ritual2 yg tak ada faedah kpd yg hidup (bertentangan dgn Shintoism dan Buddhism) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
tenuk8 This user has been deleted
|
S ko ni ikut suka hati jer memangkah topik2 yg orang buat... typo error pun ko nak tegur...
apa takde kerja ke.. tapi samalah macam aku jugak.. kui.. kui... |
|
|
|
|
|
|
|
Sephiroth kau pernah dengar kubur bertingkat tak???
baru2 ni kerajaan malaysia nak melaksanakan.... sebab kekurangan tanah perkuburan di lembah klang
[ Last edited by HangPC2 at 5-4-2006 10:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
by tenuk8
S ko ni ikut suka hati jer memangkah topik2 yg orang buat... typo error pun ko nak tegur...
apa takde kerja ke.. tapi samalah macam aku jugak.. kui.. kui...
Kalau perkataan typo tu, saya tak perduli sangat, yg typo sini adalah nama khas pemimpin Jepun satu kala dulu, jadi kena betul sikit. Lagipun, Ieyasu dgn Leyasu itu berbeza habis.
by HangPC2
Sephiroth pernah dengar kubur bertingkat tak???
Pernah tengok kubur dibawah tanah juga ... di mana je? China ke, Korea? :stp:
Mereka gali lombong dalam gunung ke mana2, bawah jenazah ke bawah dan tanam dlm kawasan khas yg kelihatan spt sarang tebuan. Persoalan sekarang ... kalau boleh buat, buatlah. Jimat tanah utk tujuan lain.
Di Malaysia pun, sudah ada permintaan dr Kerajaan beberapa tahun lalu supaya kaum lain yg boleh milik "Cremetion" supaya berbuat demikian, jadi masalah tanah perkuburan ada dimana2 juga (kecuali mungkin di Gurun Saharalah). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sepiroth..aku sering berulang alik ke jepun..sejak dari zaman muda sampai la sekarang.aku begitu familiar dengan budaya dan orang jepun.
kebanyakan jepun takde agama..dan tak mempercayai agama.asal ada duit..ko boleh beli tanah kat tepi gunung utk kawasan perkuburan.
semua orang jepun kawen kat gereja..tapi bila nak mati..carik sami kat kuil jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
DEWAPERANG
sepiroth..aku sering berulang alik ke jepun..sejak dari zaman muda sampai la sekarang.aku begitu familiar dengan budaya dan orang jepun.
kebanyakan jepun takde agama..dan tak mempercayai agama.asal ada duit..ko boleh beli tanah kat tepi gunung utk kawasan perkuburan.
semua orang jepun kawen kat gereja..tapi bila nak mati..carik sami kat kuil jugak.
Mungkin tempat kamu pergi itu macam itu. ;)
Kamu tahu tak konsep asal Zen Buddhism? Saya rasa kamu tak faham apa itu Zen Buddhism. Maaf, saya tak minat bagi tahu pun.
Lagipun, saya rasa kawasan2 yg tak dijadikan kawasan pertanian itu boleh digunakan utk tujuan lain, walaupun tujuan itu hanyalah akan rosak alam sekitar. ;) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
BrotherLuc This user has been deleted
|
Very, very interesting... i never know that there are Islam in Japan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|