WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) secara rasmi mencipta sejarah apabila sebuah kapal angkasa miliknya berada paling hampir dengan Matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.
Agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat (AS) itu mengesahkan bahawa kapal angkasa dikenali sebagai Parker Solar Probe terselamat ketika menghampiri Matahari dan kini beroperasi seperti biasa.
Kapal angkasa itu dilancarkan dari Cape Canaveral, negeri Florida pada Ogos 2018 sebelum memulakan perjalanan sejauh 149,668,992 kilometer menuju ke orbit Matahari.
“Parker Solar Probe telah ‘menelefon’ (menghubungi) ke rumah (pangkalan NASA di Florida) !
“Selepas berada hanya 6.1 juta kilometer dari permukaan Matahari pada 24 Disember lalu yang merupakan penerbangan terdekat dalam sejarah, kami telah menerima isyarat daripada Parker Solar Probe mengesahkan kapal angkasa itu selamat,” kata NASA di platform X.
Semasa penerbangan, Parker Solar Probe menempuh suhu sehingga 982 darjah Celsius sambil bergerak pada kelajuan 692,017 kilometer sejam tetapi perisai haba melindungi kapal angkasa itu dengan berkesan.
Selain memecahkan rekod, saintis-saintis berharap misi itu akan membolehkan mereka mengukur cara material dipanaskan hingga berjuta-juta darjah Celsius, mengesan asal usul angin Matahari dan mempelajari cara zarah bertenaga mencapai hampir kelajuan cahaya. – AGENSI
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 1-1-2025 06:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kotakbaju replied at 1-1-2025 06:21 AM
Tertanya2 juga macam mana kamera boleh rakam kapal tu dekat matahari, maksudnya ada kapal satu lagi ...
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong merungkai misteri tersebut..
Satu soklan noob dari ai yang x berapa cerdik nie..napa nampak matahari kecik ja nak compare dengan dengan Nasa punya kapal angkasa tue..adakah sebab distance sejauh 6.1 juta km tu buatkan matahari nampak kecik walaupun mata kasai ai nampak mcm dekat jah..
Post time 1-1-2025 07:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Barebow77 replied at 1-1-2025 06:51 AM
Good question nie..nak tahu jugak..ada ke sapa2 poromer yang arif lagi bijaksana sini boleh tolong ...
Andai matahari sebesar bola sepak.... PSP ni sehalus (atom barangkali?) berjarak ±1 meter dari bola.
Matahari ni besar.
1.3juta bijik bumi boleh disumbat memenuhi sebijik matahari.
Kalau banding saiz PSP seberat keta kancil (660cc kaburator) dengan saiz bumi memang haluslah.
Apatah lagi saiz PSP vs matahari.