View: 27787|Reply: 15
|
Pelawak popular miliki ganja dipenjara 6 bulan di Arab Saudi
[Copy link]
|
|
PELAWAK popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lalu kerana memiliki dadah sedang menjalani hukuman penjara enam bulan di negara itu.
Hukuman itu dijatuhi ketika perbicaraan kes tesebut pada November tahun lalu.
Menurut sumber, pelawak berkenaan berkemungkinan mempunyai peluang untuk dibebaskan lebih awal jika dia berkelakuan baik.
Pelawak berkenaan sedang menjalani hukuman penjara di Arab Saudi.
"Dia mempunyai peluang untuk dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik.
"Hukuman penjara penuh dijangka berakhir pada April ini," katanya seperti dilaporkan The Star.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang warga Malaysia di Jeddah disyaki memiliki ganja namun identiti pelawak berkenaan dirahsiakan.
Sejak suspek ditahan, pihak kedutaan dan Konsulat Malaysia di Jeddah telah pun memberikan bantuan kepadanya.
Atas pelbagai faktor, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Malaysia di Jeddah tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.
Pelawak berkenaan dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi ketika mahu menunaikan umrah bersama rakan-rakannya.
Sumber – mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kenapa identiti pelawak ni dirahsiakan ea? |
|
|
|
|
|
|
|
Thread sblh kata yasin senario |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya sekarang ni - kenapa bawa ganja??
Kalau untuk bekalan sendiri, memang tegar lah tu. Nak pergi umrah pun bawa sekali..
Tak pun mungkin ada yang sabotage |
|
|
|
|
|
|
|
bukan lan. lan pet pet ada je masa kumpulan senario sign kontrak jakel last week.
cari sapa yg takde dalam grup tu yg pergi umrah bulan 10 haritu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik 6 bulan je. Kalau 6 tahun?? Dah balik ni, kalau tak insaf pun taktaulah. Antar tembak ajelah taik dadah niiii. Useless la diorang ni. Ganja ke, ecstasy ke, syabu ke, semua takguna. Semua anjing2 yg suka mkn taik. Enough lah. Aku berangin betul bila baca psl org mendadih ni. Nk sedappppp je kerja dia. Pegi mampos boleh tak |
|
|
|
|
|
|
|
Tv kasi blacklist pendadih ni. Tua kutuk |
|
|
|
|
|
|
|
Bila niat umrah utk suci di mata netizen..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa dia? Kenapa rahsia? |
|
|
|
|
|
|
|
kena tahan sorang ke dengan kawan dia?
kalau kawan dia lepas, mesti trauma fobia dan kena kunci mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa benang ni tak dapat sambutan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by solarlunar at 14-1-2025 08:28 AM
miss_perfect replied at 14-1-2025 07:54 AM
Kenapa benang ni tak dapat sambutan?
Benang psl ni dh ada.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5382932&extra=page%3D4&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
|
solarlunar replied at 14-1-2025 08:23 AM
Benang psl ni dh ada.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5382932&extra=page%3D4&m ...
Oh patutlah.
Thank you! |
|
|
|
|
|
|
| |
|