View: 47384|Reply: 8
|
[Tempatan]
Pelancong China diculik, disamun empat lelaki
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-1-2025 03:38 AM
Pelancong China diculik, disamun empat lelaki[size=0.82]Januari 3, 2025 @ 11:18am
Foto hiasan
BENTONG: Dua warga China menempuh detik cemas apabila cuba ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis BMW oleh empat lelaki tidak dikenali di Pekan Gohtong Jaya, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada orang awam kira-kira 7.40 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku 6.30 petang membabitkan dua pelancong warga China iaitu seorang wanita berusia 27 dan lelaki 26 tahun.
Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berjalan kaki di Pekan Gohtong selepas didatangi empat lelaki tidak dikenali.
"Secara tiba-tiba suspek menarik kedua-dua mangsa ke dalam kenderaan lalu berlaku pergelutan antara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini. Zaiham berkata, ketika bergelut mangsa wanita berjaya melarikan diri namun mangsa lelaki dilarikan oleh suspek terbabit.
Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan, di sini selepas suspek berkenaan mengambil sejumlah wang tunai dan membuat pemindahan wang secara dalam talian ke dalam satu akaun dipercayai milik suspek.
Menurutnya, ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
"Pihak polis sedang giat memburu suspek yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365/394 Kanun Keseksaan.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222,"katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Detik cemas pelancong China cuba diculik, disamun empat lelaki di Gohtong Jaya
Bentong: Dua warga China menempuh detik cemas apabila cuba ditarik masuk ke dalam sebuah kereta jenis BMW oleh empat lelaki tidak dikenali di Pekan Gohtong Jaya, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 7.40 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku 6.30 petang membabitkan dua pelancong warga China iaitu seorang wanita berusia 27 dan lelaki 26 tahun.
"Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berjalan di Pekan Gohtong didatangi empat lelaki tidak dikenali.
"Secara tiba-tiba suspek menarik kedua-dua mangsa ke dalam kenderaan lalu berlaku pergelutan antara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata, ketika bergelut mangsa wanita berjaya melarikan diri namun mangsa lelaki dilarikan oleh suspek terbabit.
Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan selepas suspek mengambil sejumlah wang tunai dan membuat pemindahan wang secara dalam talian ke dalam satu akaun dipercayai milik suspek.
Menurutnya, ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
"Pihak polis sedang giat memburu suspek yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365/394 Kanun Keseksaan.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di taliam 09-2222222," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
vavikssssss punya perompak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dalam es ni. Katanya geng ah long. Ada hutang judi kot |
|
|
|
|
|
|
|
kalau transfer kan boleh tahu siapa suspek tu. Penyamun dah fikir apa nak buat ke elak dari kena trace? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru menang judi ka banyak duit? Berani jalan2 macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 4-1-2025 08:06 AM
kalau transfer kan boleh tahu siapa suspek tu. Penyamun dah fikir apa nak buat ke elak dari kena tra ...
Kaldai akaun kan ramai. Tu sebab skrg ni nak buka akaun bank kemain susah, tak macam dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 4-1-2025 07:24 AM
Ada dalam es ni. Katanya geng ah long. Ada hutang judi kot
siapa yg utang tu. peyamun ka mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa nanti akan segera dimunculkan atau dijadikan "Kambing Hitam" bahwa pelaku/penyamunya adalah PATI atau Pendatang dari luar negara ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|