View: 36067|Reply: 0
|
[Politik]
NGO lapor polis, dua termasuk Adun didakwa fitnah PMX
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis terhadap dua individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang mereka dakwa telah memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jurucakapnya Shahbudin Embun berkata, hantaran itu mendakwa Anwar menyokong aktivis Iswardy Morni yang disabitkan kesalahan hasutan dan menghina Yang-di Pertuan Agong pada 30 Dis lalu.
"Mereka (dua individu terlibat) meracuni pemikiran rakyat dan hantaran tersebut telah tular bukan sekadar di Malaysia tapi di seluruh dunia. Ini adalah satu kesalahan memfitnah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Shahbudin mendakwa ia juga bukan kali pertama individu berkenaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri di media sosial, yang boleh disifatkan hendak merosakkan reputasi pemimpin negara dan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|