View: 6198|Reply: 24
|
puisi dan kenangan......
[Copy link]
|
|
Im suka membaca sajak, mengumpul dan mengarang. Walaupun tak seindah sajak nukilan Usman Awang ia sudah cukup menggambarkan tentang hati IM. Bagi Im, sajak yang ditulis adalah luahan emosi seseorang yang menceritakan tentang kegembiraan atau kesedihan. Sajak dapat menggarap semua cerita yang terbuku didada dengan tulisan yang ringkas dan padat.Ilham menulis datang waktu im bersedih....
Jom, baca isihati IM....
[ Last edited by intan_mahsuri at 9-5-2006 03:39 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BUNGA-BUNGA RINDU
biarlah aku selamanya disini
mengutip bunga-bunga rindu
sambil mengenang hari-hari indah
yang pernah menghadiahkan kebahagiaan
buat kita
aku akan menulis puisi-puisi cinta
dipohon-pohon nostalgia
serta mengukir namamu
di setiap kelopak musim
untuk mengabdikan
makna kasih sayang
jika pada suatu hari nanti
kau kunjungi tempat ini
ambillah bunga-bunga rindu
dan bacalah puisi-puisi cinta itu
biarpun aku telah bersemadi
tanpa sempat
untuk menatap wajahmu
buat kali terakhir
segalanya akan menjadi sejarah
yang pasti takkan berulang lagi.....
"Biar renggang di fana dunia,
biar hina di mata manusia
biar semakin dimamah usia
jangan tergadai hubungan kita
itulah janji2 kita..." |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah daya seorang wanita
Apabila hatinya terguris
Ia tidak mampu berbuat apa-apa
Sekadar menitiskan airmata lalu berdoa
Agar hati yang keruh
Dapat dijernihkan semula
Apalah daya seorang wanita
Apabila hatinya tersentuh
Dia hanya mampu merenung nasibnya
Tanpa berkata apa-apa
Kerana takut dikatakan menderhaka
Syurga bukan untuknya
Apalah daya seorang wanita
Apabila sering dituduh
Melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya
Apabila dia bersuara
Pendapatnya tidak diterima
Apabila dia berkata
Dikatakan semuanya helah belaka
Syurga bukan tempatnya
Apalah daya seorang wanita
Apabila dia minta dilepaskan
Maka
bergegarlah tiang arasy di syurga
Tatkala mendengarkan rayuan itu
Wanita itu dikatakan derhaka
Wanita itu dikatakan nusyuz
Wanita itu diharamkan syurga
Sedangkan
Segala permasalahan yang dialami wanita itu
Sebenarnya
Berpunca
Dari
LELAKI |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkan Aku Menangis
(Tommy J Pisa)
Kelmarin kau masih bersamaku
Bercumbu dan merayu
Adakah hari esok untuk kita bercinta
Seperti yang telah kita lewati
Mengapa terlalu cepat kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
Kenyataan ini begitu memilukan
Ingin kurasa turut serta
Tiada guna aku hidup begini
Tanpa belaian kekasih yang amat kusayangi
Kepedihan yang kini kurasakan
Darimu yang mencintai aku
Biarlah kurelakan kau pergi
Tinggalkan batu nesan
Kudoakan kau bahagia di sisiNya
Sementara biarkan aku menangis |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa yerr?
Kenapa yer
Semakin kucuba melupakanmu
Semakin kau dekat dihatiku
Semakin kau jauh dariku
Semakin kuat rinduku
Kenapa yer?
Keyakinanku amat tinggi
Mengatakan kau
Inginkanku lagi
Kau juga merinduiku
Hingga kini..
Tapi?..
Kenapa yerr..
Bahagia diciptakan
Untuk kita
Hanya sementara
Amat pendek waktunya
Amat sukar laluannya
Kenapa yer?
Kita ditemukan
Tapi tidak dijodohkan
Kita digandingkan
Tapi tidak disatukan
Kita diciptakan
Tapi tidak disamakan
Kita saling saying menyayang
Tapi..
Tiada harapan?
{Tapi mungkin juga hanyalah khayalanku semata?..} |
|
|
|
|
|
|
|
sering aku terfikir
mengapakah harus aku
jalani kehidupan yang begini
lalu aku bermuhasabahkan diri
kesilapan apakah yang telah aku lakukan
sebelum ini?
sering juga aku bertanya kepadaNYA
apakah cerita disebalik setiap kejadian
apakah hikmah disebalik semua dugaan
dan kenapakah ia masih berpanjangan
sering juga aku bermunajat kepadaNYA
keluarkan aku dari seksa
jauhkan aku dari malapetaka
sucikan diriku
ikhlaskan hatiku
bersihkan jiwaku
moga dugaan ini
dapat aku lalui
dengan tenang dan sabar |
|
|
|
|
|
|
|
HARUSKAH AKU MATI
(Ada Band-Romantic Rapshody)
Bagaimana mestinya
Membuatmu jatuh hati kepadaku
Tlah kutuliskan sejuta puisi
Meyakinkanmu membalas cintaku
Haruskah ku mati karenamu
Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
Haruskah kurelakan hidupku
Hanya demi cinta yang mungkin bisa membunuhku
Hentikan denyut nadi jantungku
Tanpa kau tau betapa suci hatiku
Untuk memilikimu
Adakah keikhlasan
Dalam palung jiwamu mengetukku
Ajarkanmu bahasa perasaan
Hingga hatimu tak lagi membeku
Tiadakah ruang di hatimu untukku
Yang mungkin bisa tuk kusinggahi
Hanya sekedar penyejuk disaat ku layu
Ku tlah menantimu hingga akhir masa |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sedar diri ini
Hanya saya tercari-cari
Hanya saya ternanti-nanti
Sedangkan tuan hamba tidak peduli
Saya sedar siapa saya
Sering mendesak sering meminta
Mengemis kasih minta dimanja
Tetapi malangnya tersilap orangnya
Bukan tak mahu membalas warkahmu
Hati terguris, sayu dan pilu
Biarkan untuk seketika waktu
Takut tak dilayan seperti dulu
Dan mungkin aku bukan lagi
buahatijantunglimpa pucuk kerabumu...
warkah dikirim ber chapter-chapter
menantikan jawapan menyakitkan jiwa
aku ke cc setiap masa setiap ketika
pun begitu doa untukmu tak pernah ku lupa
agar tersayang bahagia selamanya
menunggu reply memanglah sakit
semua makanan terasa pahit
bila menjawab amatlah pendek, amat sedikit
macam orang berak sembelit
setiap waktu aku menunggu
hey intan mahsuri tak tahu malu
orang yang kau rindukan tak peduli pada mu
tutuplah buku, hentilah merayu
simpankan rindumu itu
tapi itu terlalu sukar buatku...
MUM dan LUM tiada lagi
mmmmuuuah dan 'jaga diri' hilang sama sekali
panggilan sayang terus sepi
mungkinkah ini yang terakhir kali
mudah sungguh membuat janji
berjanji menjaga hubungan ini
tetapi sukar utk ditepati
mengapa kini menjauhkan diri
mungkin aku menyusahkanmu
minta perhatian selalu darimu
tanpa fikirkan beban tugasmu
yang amat sibuk sepanjang waktu
ntahlah sayang kau berubah kini
panggilan dan emel hanya sekali-sekali
mungkin sikapku yang membuatkan kau benci, jelek sekali
membuatkan engkau menjauhkan diri
tak apalah sayang usah dipaksa
bila kau diam membuatku sakit jiwa
tak sanggup lagi aku merana
kasihku harapkan hampa kecewa
ku cuba pujuk ku cuba bertenang
tapi kadangkala rindu mendatang
ku wirid, ku seru namamu sayang
mohon kau muncul dalam impian
rasa sayang sentiasa dihati
walaupun kau telah menjauhkan diri
semangat ku pupuk setiap hari
mengharapkan yang indah didalam mimpi
aku tahu kau dah lupa
aku tahu kau tak rasa kecewa
aku tahu kau tak kisah andai aku tiada
aku tahu kau tetap gembira, bahagia seperti selalunya
bukan tak sudi jauh sekali membenci
ku takut langkahku tersilap lagi
sakit ku tanggung seorang diri tidak terperi
airmata sering berguguran ke pipi
tak apalah sayang usah ditanya
tak apalah sayang mungkin ini yang kau pinta
perpisahan ini terpaksa aku terima
mungkin selamanya???mungkin seketika
mungkin memang kita tiada harapan untuk bersama
aku ini manusia biasa
amat sederhana tiada yang istimewa
rupa tiada harta sekangkang kera
namun bukan semua itu yang aku pinta
wang ringgit tak mampu ku berikan
kejujuran dan keikhlasan dalam hubungan
hidup dan mati ketentuan tuhan
aku terima dengan penuh keredhaan
tumpukan sayang pada tugasmu
usah kau peduli tentang diriku, nasibku
kasihmu ku semat didalam hatiku
ku jadikan muatara indah dalam kalbuku
tiada lagi peniup semangat
perjalanan ini semakin penat
ku jatuh ku bangun hingga tak larat
terpaksa ku teruskan jua hingga kiamat
seringku baca warkah2 mu yang dulu
pengubat sepi pengubat rindu
ntahlah sayang mengapa aku masih menunggu dan merindu
perit luka ini terhiris dikalbu
aku inginkan sayang yang dulu
aku inginkan sayang dekat padaku
yang sering membuatkan aku rindu
yang sering membuat ceria hariku
inilah cerita intan mahsuri
termakan sumpah keturunan sendiri
bahagia diharapkan derita ditanggungi
mungkin berterusan hingga ke mati
k |
|
|
|
|
|
|
cerry This user has been deleted
|
Perempuan dan Layang-layang
(A.Wahab Ali - 1979)
Ketika masih gadis sunti
sering berdiri di ambang jendela
kagum melihat layang-layang berwarna
menyanggah angin di angkasa
dimainkan teman sebaya
di lembah hijau terbuka.
Ketika dewasa
dialah layang-layang itu
mengapung di angkasa
gerun memandang lembah
di sana berdiri teguh
seorang suami
mengendalikan talinya |
|
|
|
|
|
|
|
sesekali, kalau ku kenangkan
kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini
biar saja kita bertemu di dalam mimpi
kerana hidup lebih indah di luar realiti
sesekali kalau ku kenangkan
biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi
kerana mimpi pun bukannya sebuah janji
biar saja kau tak pernah ada
kerana, kalaupun ada
kau akhirnya kan pergi jua |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kueh at 6-7-2006 02:57 PM
sesekali, kalau ku kenangkan
kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini
biar saja kita bertemu di dalam mimpi
kerana hidup lebih indah di luar realiti
sesekali kalau ku kenangkan
biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi
kerana mimpi pun bukannya sebuah janji
biar saja kau tak pernah ada
kerana, kalaupun ada
kau akhirnya kan pergi jua
Very nice:setuju:....:setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
sesekali ia datang
mengganggu hati dan perasaanku
sesekali ia datang
menggamit memoriku
apakah itu rindu?
mengapakah ada rindu
rindu...
kau datang lagi
tak mampu aku menepisnya pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
ke mana perginya semangatku?
ke mana hilangnya ia?
aku korek...
aku gali...
aku lari...
aku cari..
dan terus mencari...
arrrgggghhh...tak jumpa!!!!..
tidurkanlah aku
buat selamanya
bersama semangatku yang telah hilang
jangan ada yang ingin kejutkan aku
dalam lenaku yang paaaaaannnjaaaaannngggg... |
|
|
|
|
|
|
|
tiada lagi kudengar
naynyian rindu mu
ketika resah di jiwa
tak pernah reda
ketika angin menyapa
dan menyampaikan pesan
ia bagai tiada makna
kerana hati ini telah terluka
siapakah di antara kita
yang mendustakan cinta
dan membiarkannya terus lara |
|
|
|
|
|
|
|
Yang di hati...Yang di milikki
Yang di hati..
ternyata amat misteri
Yang di hati..
hanya tetamu di alam mimpi
Yang di hati..
akankah menjadi realiti
Yang di hati..
akan kekal hingga mati
Yang di hati..
harapan menggunung tinggi
Yang di hati
apakah kau ku milikki
Yang di milikki..
nyata sebuah realiti
Yang di milikki..
lesap dalam ingatan ini
Yang di milikki..
aku cuba melarikan diri
Yang di milikki..
sampai bilakah ia begini
Yang di milikki..
haruskah aku menjauhkan diri
Yang di milikki..
hatiku semakin sepi
Yang di milikki..
rinduku tiada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
8:20pm
22 Ogos 2006
tttepat sekali...
rindu itu datang berulangkali
didalam hati didalam minda
ia beraja dan bertahta
tepat sekali...
rindu itu datang kerana cinta
rasa kasih didalam jiwa
yang kadangkala membawa
merana dan derita
tepat sekali..
bila rindu itu datang
ia membawa harapan
bahawa kasih sayang yang disemaikan
semakin subur dalam ingatan
kalau boleh..
aku ingin sentiasa dipangkuanmu
agar tiada lagi rasa rindu
semaian rindu kita bajakan dgn kasih sayang
agar pelayaran yang kita tempuh
semakin damai dan tenang |
|
|
|
|
|
|
|
jika rindu itu datang,
apa harus aku buat?
menari-nari?
melompat-lompat?
menjerit-jerit?
merangkak-rangkak?
jika rindu itu datang,
patutkah diberi salam?
menghulurkan tangan,
atau memberikan penangan,
atau diberikan tendang?
kemudian
di tanyakan soalan,
siapa yang mengundang?
jika rindu itu datang,
patutkah aku sembunyi?
atau haruskah aku lari?,
agar dia ternanti-nanti,
agar dia tercari-cari,
manakah dia intan mahsuri
jika rindu itu datang,
bagaimana harusku tepis?
dengan raket pemain tenis?
dengan kayu hoki?
dengan kasut besi?
dengan senapang patah?
dengan tombak Tuah?
alamak?.....tengok tuuuu
rindu datang lagiiiiii.....
omakkkk...tolooonggggg...!!! |
|
|
|
|
|
|
hahn206 This user has been deleted
|
Originally posted by intan_mahsuri at 8-5-2006 05:34 PM
"Biar renggang di fana dunia,
biar hina di mata manusia
biar semakin dimamah usia
jangan tergadai hubungan kita
itulah janji2 kita...".
aku ske ayat mcm ni...IM ade tak ayat mcm ni lagi??post lah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hahn206 at 23-8-2006 07:12 PM
aku ske ayat mcm ni...IM ade tak ayat mcm ni lagi??post lah
kalau ada nanti im tuliskan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|