View: 36474|Reply: 113
|
Aktiviti Dakwah (Info), jadual majlis ilmu dan kuliah
[Copy link]
|
|
AKTIVITI DAKWAH
- PERSEKUTUAN Seruan Islam (Jam抜yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan mengadakan Program Kem Motivasi Didik Insani pada 6 hingga 8 Jun 2006 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor. Selain itu ia juga mengadakan ceramah bulanan wanita bertajuk 慚embanteras Gejala Sosial Remaja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Sesiapa yg ada info ttg aktiviti dakwah Islamiyah boleh la paste di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
- KULIAH Fardu Ain berpandukan kitab Safinatun Najah oleh Ustaz Mohd. Fadzli Ahmad Al Yamani dari Madrasah Al Yamani, Kampung Baru di Pejabat Telaga Biru Sdn. Bhd., 79-1B, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada setiap Sabtu, 9.30 hingga 11 pagi.
Masuk percuma dan tempat terhad. Untuk maklumat lanjut, hubungi Telaga Biru di talian 03-2691 4070, 03-2692 5671 atau lawati laman web www.telagabiru.net.my atau e-mel di [email protected].
- FORUM Hal Ehwal Islam bertajuk 慉kidah dan Keruntuhan Akhlak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya ada satu aktiviti dakwah
tapi mungkin secara individu atau berkumpulan
iaitu SEBARKANLAH SALAM
senang cakap tapi susah nak buat............ |
|
|
|
|
|
|
|
1. HARI MEMBUMI BERSAMA MAWADDAH
Tarikh : 10 Jun 2006 (Sabtu)
Tempat : Akademi Seni dan Budaya Mawaddah
2. KARNIVAL DAGANG DARUL NAIM 2006
Tarikh : 3 - 9 Jun 2006
Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, Kelantan
3. KURSUS SEMBAHYANG MEMBINA PERIBADI AGUNG
Tarikh : Setiap Sabtu dan Ahad
Tempat : Pusat Motivasi Harmoni, Bdr Country Homes, Rawang Selangor. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pusba bantu saudara baru
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
SUNGAI PETANI: Ramai saudara baru yang memeluk Islam, terbiar dan tidak dipedulikan dan ditambah pula ada di antara mereka yang terumbang-ambing apabila tiada tempat hendak mengadu kerana dibuang keluarga.
Keadaan itu menyebabkan mereka yang kebanyakannya belum memiliki iman yang kukuh, kembali ke agama asal atau tidak mengamalkan ajaran Islam, walaupun sudah melafazkan perkataan suci dua kalimah syahadah.
Perkara seumpama itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menyebabkan saudara baru terbabit, teraba-raba mencari hala tuju kehidupan, selain ia boleh menjejaskan kesucian Islam.
Menyedari hakikat bahawa setiap saudara baru perlu diberi bimbingan yang erat dan dipantau rapi, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Maik) dan Jabatan Zakat Kedah berganding bahu membantu saudara baru dengan mewujudkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (Pusba) di sini, yang bertujuan menempatkan mereka di satu bumbung bagi mendapat pendidikan asas yang betul selain kemudahan penginapan yang sempurna.
Usaha itu dilihat mampu mengukuhkan asas keimanan saudara baru kerana mereka sentiasa dibimbing dengan ajaran Islam untuk dijadikan landasan sebelum boleh hidup berdikari.
Pengetua Pusba, Mokhtaruddin Ishak, 27, berkata inisiatif Jabatan Zakat Kedah dan Maik itu dipercayai yang pertama di Malaysia dalam memberi pendidikan dan perlindungan yang sempurna kepada saudara baru.
"Segala perbelanjaan menguruskan perjalanan pusat ini dibiayai oleh masyarakat Islam di negeri ini yang disalurkan melalui Jabatan Zakat, iaitu hasil kutipan pelbagai jenis zakat yang dibayar oleh umat Islam.
"Maik pula bertanggungjawab mentadbirkan pusat ini bagi memastikan ia berjalan mengikut cara yang betul demi membangunkan syiar Islam di kalangan saudara baru berkenaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mokhtaruddin berkata, idea menubuhkan Pusba disebabkan ada saudara baru sebelum ini menghadapi masalah dari segi pengajian untuk mendalami Islam, selain mereka tidak mempunyai tempat bergantung apabila disingkirkan ahli keluarga yang membantah memeluk Islam.
"Oleh itu, melalui penubuhan Pusba kita berharap dapat mengelakkan saudara baru daripada murtad," katanya.
Beliau berkata, selain terbuka kepada saudara baru, Pusba juga menawarkan programnya memupuk kefahaman Islam kepada sesiapa saja yang ingin mendalami ilmu agama.
"Kami turut mengadakan kuliah terbuka untuk umat Islam lain dengan mengadakan kelas feqah, tauhid, sirah, jawi dan iqra," katanya.
Seorang saudara baru, Nurul Ain Abdullah, 21, berkata, beliau amat bersyukur kerana berpeluang mendalami agama Islam di Pusba dan berasa amat tenang ketika berada di pusat itu.
Katanya, di Pusba segala aktiviti dan sistem belajar disesuaikan dengan tahap pemahaman saudara baru dan senang untuk dirujuk jika menghadapi sebarang masalah.
"Sebenarnya saya sudah datang ke pusat ini untuk mendalami soal keagamaan sejak belum memeluk Islam lagi.
"Langkah Maik dan Jabatan Zakat mewujudkan pusat ini wajar dipuji kerana memudahkan kami saudara baru mendalami ilmu agama," katanya yang berbangsa Iban dan berasal dari Sarawak.
Rashid Abdullah, 29, berkata, hatinya tersentuh apabila setiap kali mendengar laungan azan dari masjid menyebabkan saya segera mencari tempat yang sesuai untuk mempelajari Islam.
"Selepas mendapat tahu Pusba menyediakan kemudahan yang baik untuk saudara baru, saya memohon untuk tinggal di sini dan belajar agama," katanya yang dulu menganut Buddha dan berasal dari Myanmar.
FAKTA
Pusba mula beroperasi pada 1 April 1999.
Pusba dibina di atas kawasan seluas 1.6 hektar yang meliputi kelas agama, bangunan pentadbiran, surau, perpustakaan dan asrama.
Setiap saudara baru yang tinggal di situ diberikan elaun RM100 sebulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti dakwah
- CERAMAH Untuk Saudara Baru akan diadakan di Bilik Kuliah Masjid Putra, Putrajaya pada 25 Jun (Ahad) pukul 9 hingga 11 pagi. Khusus untuk saudara baru yang tinggal di Putrajaya dan sekitarnya.
- MAJLIS Hi-Tea Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Tanjung Piandang untuk bekas pelajarnya di Pusat Motivasi At-Takwa, Taman Alkaff, Silibin, Ipoh pada 24 Jun pukul 2 hingga 4 petang. Sila hubungi 012-4639789 (Azhan Ishak).
- KARNIVAL Amal Surau Al-Ikhlas, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Jun mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. Pelbagai gerai jualan disediakan dan orang ramai dijemput hadir.
- KHALIFAH Institute akan mengadakan program Khalifah Method of Parenting Tahap 1 pada 24 Jun 2006 (Sabtu) pukul 8.30 pagi hingga 2 petang di Khalifah Institute, Lot 298 Jalan 3, Taman Ampang Utama (seberang Jalan Ampang dari Ampang Point). Bayaran pendaftaran RM50. Sebarang pertanyaan hubungi Azlin 03-42566810, Azra (016-2094500) dan Dr. Alini (019-2268411).
- PROGRAM Di sini Kasih Tertumpah Cahaya yang terang benderang dalam kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. akan diadakan pada 28 Jun 2006 di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, pukul 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut sila layari www.kuis.edu.my atau menghubungi Yasir (012-446 3931), Azrul (019-340 2082), Akmal (012-276 1571), Amrullah (013-673 6411).
- SEMINAR Hak Asasi Manusia Dalam Islam anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Kumpulan Karangkraf & ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) menganjurkan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pukul 8.30 pagi hingga 5 petang pada 24 Jun.
- PEMBENTANGAN kertas kerja berkaitan Syeikh Ahmad al-Fathani, Tahlil Arwah Untuk Ulama Dunia Melayu dan Ceramah Agama: Memperkukuh Benteng Pertahanan Ulama Dunia Melayu oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah dan Ustaz Ahmad Shukri Ghazali pada 1 Julai (Sabtu) pukul 8.30 pagi-11.30 malam di Madrasah RIBAT, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Perupok, Muar, Johor. Maklumat lanjut hubungi Abd. Halim Muhamed (013-356 4496) atau Ustaz Baharuddin Md. Saman (013-384 0589).
- PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan Kursus Metodologi Dakwah Orang Asli pada 30 Jun hingga 2 Julai di Hotel Costa Rica, Bandar Hilir, Melaka. Pendaftaran bermula pukul 5 petang (Jumaat). Pertanyaan hubungi 03-40412482 (Ustazah Sualiza)
lMORAPIS Sdn. Bhd. mengadakan Seminar Perubatan Islam di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 1 Julai. Untuk pertanyaan hubungi 03-4296 4661 atau layari www.morapis.com.my. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti dakwah
- FORUM Perdana bertajuk Teknik Membelai Pasangan Keluarga Sakinah akan diadakan di Surau Almutmainnah, Pandan Perdana, Kuala Lumpur pada 3 Julai pukul 8 malam. Ahli-ahli panel terdiri daripada Ustaz Yazid Jaafar, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmod dan Ustaz Mohamad Asri. Orang ramai dijemput hadir.
- PERSATUAN Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI) mengadakan Sambutan Maulidur Rasul RIBAT dan Haul 101 Tahun Kewafatan Syeikh Ahmad Al-Fathani Serta Ulama Johor (Siri III) pada 1 Julai di Kompleks RIBAT, Parit Perupok, Muar, Johor. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Abd. Halim Muhamed di talian 013-3564496 dan Ustaz Baharuddin Md. Saman (013-3840589).
- PROGRAM Di Sini Kasih Tertumpah Cahaya Yang Terang Benderang Dalam Kelahiran Nabi Muhammad akan diadakan di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor pada pukul 6.30 petang, 28 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yasir (012-4463931), Azrul (019-340 2082), Akmal (012-2761571), Amrullah (013-6736411).
- PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan Kursus Metodologi Dakwah Orang Asli pada 30 Jun hingga 2 Julai di Hotel Costa Rica, Bandar Hilir, Melaka. Pendaftaran bermula pukul 5 petang (Jumaat). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-40412482 (Ustazah Sualiza).
- MORAPIS Sdn. Bhd. mengadakan Seminar Perubatan Islam di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur pukul 9 pagi hingga 5 petang pada 1 Julai. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-4296 4661 atau layari www.morapis.com.my. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti dakwah
- FORUM Perdana bertajuk Teknik Membelai Pasangan Keluarga Sakinah akan diadakan di Surau Almutmainnah, Pandan Perdana pada 3 Julai pukul 8 malam. Ahli panel ialah Ustaz Yazid Jaafar, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmod dan Ustaz Mohamad Asri. Orang ramai dijemput hadir.
- SEMINAR Pertukaran Agama dan Kesannya Dari Segi Perspektif Syariah dan Perundangan akan diadakan di Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Sri Putra, Bangi pada 15 Julai pukul 8 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi Ihsan (012-2246109) dan Ain (017-7169433).
- PERSEKUTUAN Seruan Islam (Jam抜yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan mengadakan Kursus Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh di Darul Jam抜yah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh selama dua hari setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Untuk pertanyaan, sila hubungi Rashid di talian 03-40441950.
- MUSLIM Professionals Forum menganjurkan bengkel A Day in the Life of the Prophet untuk pelajar berusia 13 hingga 17 tahun di Dewan Nursery, Anjung D, Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Yuran penyertaan ialah RM50. Hubungi Puan Mimi (012-3723135) dan Puan Zainuriah (017-8722968) untuk maklumat lanjut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
salam
saya ada satu aktiviti dakwah
tapi mungkin secara individu atau berkumpulan
iaitu SEBARKANLAH SALAM
Setuju. Pernah dengar org alim berkata bhw di akhir zaman, umat Islam hy menyebarkan salam di kalangan org2 yg dikenalinya shj. (Tak pasti hadis or what)
1 more : mana yg lebih baik? Assalamualaikum or salam shj sudah memadai? TQ |
|
|
|
|
|
|
|
salam
memang betoi kata saudara
sebab ddah terSURAT dalam KALAMNYA sebegitu
"SALAM KEATAS KAMU"
tapi bagi saya
dan bagi saya
ucapan salam saya adalah utk semua
yg mendengarnya, yg melihatnya ataupun TIDAK
dan walaupun tak kelihatan........
(mungkin sendiri faham) |
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti Dakwah
- PTS Publication akan menganjurkan bengkel Teknik Adaptasi Untuk Buku Agama pada 16 Julai 2006 (Ahad) pukul 10 pagi hingga 5 petang di Taman Permata, Hulu Klang. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 35 peserta. Tenaga pengajar ialah Pengerusi PTS Group, Ainon Mohd. Sesiapa yang berminat sila hubungi 03-41427416, Fatimah ([email protected]) / Faris ([email protected]).
- KOLEJ Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengadakan Seminar Murtad Menurut Perspektif Syariah dan Perundangan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KUIS dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 15 Julai 2006 (Sabtu) di Auditorium KUIS pukul 8 pagi hingga 6 petang.
- PERSEKUTUAN Seruan Islam (JAM扞YAH) Selangor dan Wilayah Pesekutuan mengadakan Program Ekspedisi Jati Diri Remaja/Belia pada 21 hingga 23 Julai 2006 di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu. Pertanyaan hubungi 03-4044 1950/1951.
- PUSAT Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCFD) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Seminar Masalah Sosial dan Remaja bertemakan Ke Arah Pembentukan Sahsiah, Jati Diri dan Tingkahlaku Remaja pada 29 Julai 2006 di Auditorium Fakulti Pendidikan, UM. Pertanyaan dan maklumat sila hubungi Puan Tengku Noraini/Cik Juliana dan Muhammad di talian 03-7967 5043. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti Dakwah
- PERSEKUTUAN Seruan Islam (JAM扞YAH) Selangor dan Wilayah Pesekutuan mengadakan Program Ekspedisi Jati Diri Remaja/Belia pada 21 hingga 23 Julai 2006 bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-4044 1950.
- JAM扞YAH turut mengadakan Kursus Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh di Darul Jam抜yah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selama dua hari setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-4044 1950 (Rashid).
- DUKACITA dimaklumkan Seminar Masalah Sosial dan Remaja bertemakan Ke Arah Pembentukan Sahsiah, Jati diri dan Tingkah Laku Remaja pada 29 Julai 2006 anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCFD) dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan kepada Puan Noraini/Encik Mohamad/Cik Juliana di talian 03-7967 5043.
- MORAPIS Edar akan mengadakan Motivasi Rahsia Kejayaan (MRK) - Penawar Peperiksaan pada 30 Julai 2006 (Ahad) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan hubungi talian 03-4296 4661, 016-2617221 atau layari www.morapis.com.my atau emel: [email protected].
- MAJLIS Multaqaa al-Quran Kali Ketiga anjuran Ulung Gemilang pada 19 Ogos 2006 (Sabtu) pukul 7.45 malam di dewan Ballroom Hotel Mandarin Oriental, KLCC. Penyertaan RM100 seorang. Tempat terhad. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-4143 2707, 013-245 4555, 012-329 3599 dan 016-254 7550 (Encik Aziz, Ustaz Salahuddin dan Puan Aisyah) atau faksimile 03-4149 9279. |
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
* JAM扞YAH mengadakan Kursus Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh di Darul Jam抜yah, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selama dua hari setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad khusus untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-4044 1950 (Rashid).
* MORAPIS Edar akan mengadakan Motivasi Rahsia Kejayaan (MRK)-Penawar Peperiksaan pada 30 Julai 2006 (Ahad) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Kuala Lumpur. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-4296 4661 atau layari www.morapis.com.my atau e-mel: [email protected].
* FORUM Perdana Saudara Kita dan majlis penyerahan zakat EON Bank anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan EON Bank Group akan diadakan pada 3 Ogos 2006 (Khamis) pukul 9 pagi hingga 2 petang di Pusat Konvensyen, KUIS. Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
* YAYASAN Pembangunan Buku Negara dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (PENGKAJI) akan mengadakan Seminar Pengajian Bersanad dan Sains Islam serta Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu pada 5-6 Ogos 2006 bertempat di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Abdullah (019-643 6872) dan Abd. Halim Muhamed (013-356 4496).
* JABATAN Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pandan Silaturahim Dalam menganjurkan seminar Penghayatan Islam Hadhari kepada belia berumur 18 hingga 35 tahun dari sekitar Wilayah Persekutuan pada 19 dan 20 Ogos 2006 di Hotel Residence, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa pendaftaran adalah antara 8 hingga 9 pagi. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-2095 0990.
- Mana-mana pihak yang ingin menghebahkan sebarang program berbentuk dakwah untuk ruangan Aktiviti Dakwah boleh menghantarnya melalui e-mel ke [email protected] atau surat ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Tel: 03-9221 7055 samb. 575 atau faksimile 03-9222 4967. |
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
- FORUM Perdana Saudara Kita dan majlis penyerahan zakat EON Bank anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan EON Bank Group akan diadakan pada 3 Ogos 2006 (Khamis) pukul 9 pagi hingga 2 petang di Pusat Konvensyen, KUIS. Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
- JABATAN Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pandan Silaturahim Dalam akan menganjurkan seminar Penghayatan Islam Hadhari kepada belia berumur 18 hingga 35 tahun dari sekitar Wilayah Persekutuan pada 19 dan 20 Ogos 2006 di Hotel Residence, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa pendaftaran 8 hingga 9 pagi. Sebarang pertanyaan hubungi talian 03-2095 0990.
- SEMINAR Serantau Dakwah dan Kesenian anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7 dan 8 Ogos 2006 di Bilik Senat, Tingkat 5, Bangunan Canselor, UKM. Sebarang pertanyaan hubungi sekretariat di talian 03-8921 5528 (Adawiah) atau e-mel [email protected] atau layari laman web http://www.fpi.ukm.my.
- FAKULTI Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) akan menganjurkan Tuanku Najihah Syariah and Law Lecture pada 3 Ogos 2006 bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses. Iftikar Mohammad Chaudray, Ketua Hakim Pakistan, akan memberikan syarahannya. Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh melayari laman web http://seminar.kuim.edu.my/iscol2006.
- PERSEKUTUAN Seruan Islam (JAM扞YAH) Selangor dan Wilayah Persekutuan akan mengadakan Kursus Smart Solat dan Motivasi Anak Soleh di Darul Jam抜yah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur selama dua hari setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 03-4044 1950 (Rashid).
- KEM Ibadah dan Motivasi Anak Solleh (Sempena Cuti Sekolah) anjuran Fiqrah An Nur Training and Consultancy akan diadakan pada 20-22 Ogos 2006 (Ahad hingga Selasa) di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort, Hulu Langat, Selangor manakala pada 23- 25 Ogos 2006 (Rabu hingga Jumaat) di Firefly Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Ia terbuka kepada pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi talian 012-2945623 (Syamsul) atau 019-2182181 (Ustaz Adimas). Tempat adalah terhad. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
* SEMINAR Serantau Dakwah dan Kesenian anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diadakan pada 7 dan 8 Ogos di Bilik Senat, Tingkat 5, Bangunan Canselor, UKM. Sebarang pertanyaan hubungi sekretariat di talian 03-8921 5528 (Adawiah) atau e-mel: [email protected] atau layari laman web http://www.fpi.ukm.my.
* PERSEKUTUAN Seruan Islam (Jam抜yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan menganjurkan program Smart Solat kanak-kanak berumur 8 hingga 17 tahun pada 12 dan 13 Ogos di Darul Jam抜yah, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh. Sebarang pertanyaan hubungi talian 03-4044 1950 (Ain) atau 017-2264860 (Rashid).
* KEM Ibadah dan Motivasi Anak Soleh (Sempena Cuti Sekolah) anjuran Fiqrah An Nur Training & Consultancy diadakan pada 20-22 Ogos di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort, Hulu Langat, Selangor manakala pada 23-25 Ogos di Firefly Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor. Terbuka kepada pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 012-2945623 (Syamsul ) atau 019-218 2181 (Ustaz Adimas). Tempat adalah terhad.
* PTS Publication mengadakan bengkel Teknik Adaptasi untuk penulis buku-buku agama. Ini adalah teknik menulis semula bahan-bahan agama tanpa melanggari hak cipta penulis asal sesuatu karya. Program diadakan pada 13 Ogos di Taman Permata, Hulu Klang, Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi hingga 5 petang. Penyertaan percuma. Tempat terhad kepada 35 peserta. Untuk keterangan lanjut hubungi Fatimah ([email protected])/Faris di talian 03-4142 7416.
* PERTUBUHAN Kebajikan Al Nidaa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
* KEM Ibadah dan Motivasi Anak Soleh (Sempena Cuti Sekolah) anjuran Fiqrah An Nur Training and Consultancy akan diadakan pada 20-22 Ogos di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort, Hulu Langat, Selangor manakala pada 23-25 Ogos di Firefly Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor. Terbuka kepada pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi 012-2945623 (Syamsul ) atau 019-218 2181 (Ustaz Adimas). Tempat adalah terhad.
* JABATAN Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Pandan Silaturahim Dalam menganjurkan seminar Penghayatan Islam Hadhari kepada belia berumur 18 hingga 35 tahun dari sekitar Wilayah Persekutuan pada 19 dan 20 Ogos 2006 di Hotel Residence, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Masa pendaftaran 8 hingga 9 pagi. Untuk sebarang pertanyaan hubungi talian 03-2095 0990.
* PUSAT Pengajian al-Quran Sistem Individu dan Edu Excell Management & Consultancy akan mengadakan program Kem Smart Solat dan Motivasi Anak-anak Soleh pada 19 hingga 21 Ogos 2006 (Sabtu hingga Isnin di Kem Temasya Rimba Templer, KM 20 Jalan Ipoh, Rawang Selangor. Pelajar berumur antara tujuh hingga 17 tahun (lelaki dan perempuan) digalakkan menyertainya. Untuk maklumat lanjut hubungi talian 016-2272327 (Zaid), 013-6332008 (Irwan) atau 03-5543 2520. Untuk pendaftaran, sila layari lama web www.pupaqsi.edu.my.
* SEMINAR Perubatan Islam - Kenali 1,001 Penyakit Misteri Gangguan Jin akan diadakan pada 16 September 2006 (Sabtu) di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Sila hubungi talian 03-4296 4661 atau layari laman web www.morapis.com.my serta e-mel kepada [email protected].
* SMART Intellect Consultant dengan kerjasama Quality Expert Sdn. Bhd. dan KRJ Petaling Jaya akan menganjurkan Summer Camp 2006 bertemakan Menuju Puncak pada 22-24 Ogos 2006 di Impian Country Resort, Hulu Langat. Program yang menekankan kepentingan IQ, EQ, dan SQ ini terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Hubungi Rafidah atau Azmi Musa di talian 03-5549 2028 atau 012-259 0496. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
* KEM Ibadah dan Kecemerlangan Pelajar (Musim Cuti Sekolah) anjuran Fiqrah An Nur Training & Consultancy bagi siri 2 akan diadakan pada 23-25 Ogos 2006 di Firefly Resort, Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Terbuka kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima. Aktiviti menarik diadakan seperti Ceramah Kemahiran Belajar (Smart Learning), Petua Pelajar Cemerlang, Smart Fardu Ain, Perucapan Umum & Kembara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012- 294 5623 (Syamsul) atau 019- 218 218 1 (Adimas). Tempat terhad.
* MIHRABUL Ilmi Center dengan kerjasama Yayasan Muslimin Malaysia Berhad menganjurkan Seminar Pengukuhan Al-Fatihah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 2 September dan Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 3 September 2006. Terbuka kepada golongan dewasa. Seminar ini akan membincangkan 30 kesalahan oleh masyarakat umum dalam pembacaan al-Fatihah. Surah ini akan dikupas oleh tiga ahli panel dari sudut fiqh ibadat, penawar penyakit, taranum dan ilmu qiraat. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 019- 220 1892 dan 012- 5723 153.
* SYUKUR EduTraining & Consultancy menyediakan perkhidmatan tutor Iqra |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
lMIHRABUL Ilmi Center dengan kerjasama Yayasan Muslimin Malaysia Berhad akan menganjurkan Seminar Pengukuhan Al-Fatihah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 2 September 2006 dan Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 3 September 2006. Terbuka kepada semua golongan dewasa. Seminar ini akan membincangkan 30 kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat umum dalam pembacaan al-Fatihah. Surah ini akan dikupas oleh tiga orang ahli panel dari sudut fiqh ibadat, penawar penyakit, tarannum dan ilmu qiraat. Sesiapa yang berminat mengikutinya boleh menghubungi talian 019- 220 1892 dan 012- 5723 153.
*SYUKUR EduTraining & Consultancy menyediakan perkhidmatan tutor Iqra |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKTIVITI DAKWAH
* SYUKUR EduTraining & Consultancy menyediakan perkhidmatan tutor Iqra |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|