CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24978|Reply: 74

Masalah-masalah Mualaf

[Copy link]
Post time 13-9-2006 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Pengalaman pahit seorang mualaf di pejabat JAWI Labuan

SAYA telah memeluk agama Islam yang suci pada 2003. Saya menghadirkan diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan kerana urusan penukaran nama dalam kad akuan memeluk Islam pada 23 Ogos 2006.

Penukaran nama itu dibuat untuk menyingkatkan nama yang terlalu panjang dan menyukarkan saya untuk mengisi mana-mana borang.

Di samping itu, saya ingin mengekalkan nama asal saya yang ringkas dengan sedikit penambahan bagi memudahkan urusan dokumen lama, malah sebagai tujuan dakwah kepada keluarga saya yang belum lagi memeluk agama Islam.

Nama lama yang panjang diberikan oleh rakan-rakan ketika saya mula-mula memeluk Islam.

Pada masa itu saya masih terpinga-pinga dan tidak mempedulikan soal nama, yang penting ialah saya telah selamat diIslamkan.

Saya telah merujuk kepada ramai ustaz dan ustazah tentang perkara ini dan mereka telah menyatakan keharusannya, malah ada yang menyokong tujuan saya itu.

Sejak memeluk Islam, saya bergiat aktif dalam aktiviti keagamaan termasuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

Saya juga amat rapat dengan ramai ustaz dan ustazah. Ada juga ustaz yang merupakan bekas paderi telah menjadi keluarga angkat saya.

Latar belakang ini perlu saya jelaskan kerana layanan yang saya terima di pejabat JAWI Labuan sungguh tidak wajar.

Belum pun berpeluang untuk memberikan penjelasan yang lebih lanjut tentang sebab-sebab untuk menukar nama, tiba-tiba saya dilemparkan dengan kata-kata kesat berbentuk penghinaan yang amat menyinggung perasaan saya dan mencemar martabat.

Sehingga kini, apa yang dilalui masih terasa di hati saya.

Bayangkanlah seorang pegawai JAWI antara lain menuduh saya "suka-suka sahaja memeluk agama Islam...masuk Islam kerana tamakkan bantuan" dan "menukar nama kerana berniat untuk murtad."

Beliau juga menganggap keIslaman saya tidak ada erti semata-mata kerana saya tidak mengikuti kelas agama yang JAWI tawarkan sedangkan saya mengikuti pengajian agama secara tidak formal di tempat lain.

Suka saya nyatakan bahwa saya masih seorang pelajar dan mempunyai jadual pengajian yang ketat.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa penukaran agama seorang yang bukan Muslim bukan suatu bahan mainan atau sendaan, apatah lagi jika ia adalah benar-benar dari taufik dan hidayah Allah s.w.t.

Saya telah membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengubah jalan hidup saya dengan memeluk agama Islam.

Bayangkanlah jika kata-kata itu dilemparkan ke atas mualaf yang tidak kukuh akidah dan imannya. Lebih malang lagi kata-kata penghinaan itu dilemparkan kepada saya di khalayak ramai.

Saya berharap, perkara yang saya alami itu tidak akan berulang lagi kepada mualaf atau tetamu lain di jabatan tersebut.

Saya berpandangan bahawa jabatan agama adalah institusi yang berfungsi mulia dan dipandang mulia oleh masyarakat Islam, maka amatlah perlu setiap kakitangan jabatan tersebut bersikap profesional dalam mengendalikan urusan tugas.

Sekian, yang buruk datang dari kita selaku hamba Allah yang lemah dan yang baik itu dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 09:46 AM | Show all posts
hmm.. itu laa susahnya orang yang islam pada keturunannya.. sesenang nak tuduh oran tu masuk islam hanya kerana inginkan bantuan.. bertapa singkatnya pemikiran orang itu.. kalau saya di pihak dia juga saya akan terasa yang amat sangat...

bukan pertama kali saya dengar kes2 dari orang pejabat agama ni.. tak tahu laa apa nak jadi.. adakah ini islam yang patut diberi contoh kepada saudara baru kita..

astghafirullahalazim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 10:57 AM | Show all posts
sesetengah orang memang suka mengandaikan sesedap hati dia orang saja
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 02:10 AM | Show all posts
main tuduh fitnah bukan sedap balasannya....

berdoalah utk kwn2 kita supaya tetap disisi Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 09:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Oghang yg nak masuk Islam......di nasihatkan pergi ke PERKIM dari ke Pejabat Agama.
Kat PERKIM....ada banyak kaki tangan nya yg juga MUALAF.
Deme lebey memahami masaalah sebegini.

Hanya pengalaman teman idak ler berapa bagus dgn PERKIM.
Sebab deme tidak berapa bersunguh n mesra utk mengISLAMkan oghang yg teman bawak di suatu ketika.
PERKIM sekarang ada pelbagai SYARAT utk mengISLAMkan seseorg.

AKHIR nya....teman sendiri yg mengISLAMkan oghang tersebut di Mesjid KLCC.
Dan teman berdoa agar dier dapat SIJIL yg mengatakan dier telah memeluk Agama Islam.

Alhamdullilah........akhir nya dier telah dapat SIJIL tersebut WALAUPUN bukan dari Malaysia. (US)
Sekarang beliau sedang belajar di UKM.

Itu lah pengalaman teman.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 09:33 AM | Show all posts
kira nilah salah satu rintangan yg saudara baru tu hadapi....syabas sbb dia dpt terima segala cemuhan tu...klau x kuat iman, mesti dia akan keluar dari islam...tp dia kuat, dan cekal.....alhamdulillah :pray:

terkilan la dgn kakitangan kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2006 01:43 PM | Show all posts
Hak Muslim: Mualaf perlu daftarkan perkahwinan
Bersama Zainul Rijal Abu Bakar


Perceraian tidak dapat dilakukan jika pasangan terikat mahkamah sivil

SAYA seorang mualaf berbangsa Cina. Saya dan suami berkahwin secara perkahwinan sivil kerana ketika itu saya beragama Kristian dan suami saya tidak mempunyai agama atau aethis. Kami berdua telah diberikan hidayah dan memeluk Islam secara sukarela walaupun mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing.

Selepas setahun memeluk Islam kami dikurniakan cahaya mata. Sehingga hari ini kami mempunyai dua anak lelaki. Kami masih mengamalkan agama Islam, malah lebih baik daripada dulu. Namun, saya reda kepada takdir dan menerima hakikat bahawa saya dan suami tidak boleh hidup sehaluan lagi. Kami sering berselisih faham dan tiada perasaan cinta lagi.

Kami berbincang dengan cara baik dan bersetuju untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Kami cuba mendaftarkan perceraian kami di Mahkamah Syariah tetapi ditolak kerana perkahwinan kami adalah perkahwinan sivil yang mana ketika itu kami masih belum Islam lagi. Adakah kami perlu membubarkan perkahwinan kami di mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah.

Mualaf Baru,
Petaling Jaya, Selangor

Terlebih dulu saya amat bersyukur kerana Allah memberi hidayah kepada puan sekeluarga menerima Islam. Islam adalah agama sejagat dan tidak membezakan penganutnya. Apabila puan dan suami memeluk agama Islam hak dan tanggungjawab puan adalah sama seperti umat Islam yang lain, malah dalam beberapa keadaan saudara baru mempunyai hak yang lebih daripada orang Islam lain.

Saya percaya dengan kekuatan iman yang puan dan suami miliki. Puan dan suami akan berjaya mengharungi segala dugaan dengan baik. Perceraian adalah suatu perkara halal yang paling dibenci oleh Allah. Sekiranya ada jalan lain mempertahankan rumah tangga carilah jalan itu. Apabila sudah nyata tidak ada lagi cara lain yang boleh dilakukan, maka mungkin perceraian adalah alternatifnya.

Sesuatu perkahwinan hendaklah dipenuhi dengan kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Rumah tangga yang baik adalah bagi pasangan yang sentiasa berkongsi suka dan duka. Dengan cara ini kedua-dua pihak akan lebih memahami pihak yang satu lagi.

Daripada soalan puan dapatlah saya fahami bahawa perkahwinan puan dan suami dilakukan sebelum memeluk Islam dan diupacarakan melalui agama puan yang terdahulu. Perkahwinan itu didaftarkan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Akta itu terpakai kepada orang bukan Islam.

Apabila puan dan suami memeluk agama Islam, undang-undang yang terpakai kepada puan dan suami ialah Undang-Undang Keluarga Islam. Bagi Negeri Selangor undang-undangnya ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang ini hanya terpakai kepada orang Islam.

Oleh kerana perkahwinan puan dilakukan mengikut perkahwinan sivil, Mahkamah Syariah tidak dapat membubarkan perkahwinan itu. Sekiranya puan masih hendak meneruskan hasrat untuk bercerai, puan dinasihatkan supaya mendaftar dulu perkahwinan puan dengan suami yang telah Islam itu. Puan dan suami tidak perlu bernikah semula kerana perkahwinan yang dilakukan ketika belum Islam itu diiktiraf hukum syarak.

Pendaftaran perkahwinan puan itu bertujuan menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dengan pendaftaran itu Mahkamah Syariah boleh membubarkan perkahwinan yang didaftarkan itu. Puan juga boleh memohon di Mahkamah Syariah tuntutan lain jika berkaitan seperti harta sepencarian, nafkah, mutaah, hak jagaan anak, hutang suami dan sebagainya.

Selepas pendaftaran perkahwinan dibuat, barulah prosiding pembubaran perkahwinan dan tuntutan lain yang dinyatakan di atas boleh dimulakan oleh puan atau suami.

Puan dan suami tidak boleh memfailkan perceraian di mahkamah sivil kerana puan dan suami sudah pun beragama Islam. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 itu tidak lagi terpakai kepada puan dan suami.

Apapun, yang berlaku antara puan dan suami, puan haruslah ingat bahawa Allah telah memberi hidayah kepada puan dan suami. Tingkatkan iman dalam mengharungi segala dugaan yang mendatang, berdoalah, kepada Allah akan mengurniakan perkara yang terbaik buat puan dan bertawakallah kepada-Nya.

Dengan cara itu, puan akan mendapat ketenangan diri. Carilah sahabat yang beriman untuk meluahkan perasaan puan serta mintalah nasihat dan panduan daripada mereka. Carilah guru agama yang baik bagi membantu puan mendalami agama Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Artikel ini dengan kerjasama PGSM. Pandangan dan persoalan kemukakan kepada [email protected], faksimile 03-80259495 atau layari http://www.pgsm.org.my/v2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2006 09:48 AM | Show all posts
Dalam Mastika, keluaran terbaru.
ada disentuh isu berkenaan mualaf.

yang mana keluar dari Islam, dan masuk ke agama asal
disebabkan beberapa faktor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2006 10:29 AM | Show all posts
Kekurangan pegawai punca mualaf murtad


KUALA LUMPUR: Kekurangan pegawai agama yang memantau dan membimbing saudara baru (mualaf) mendalami Islam selain ceteknya pengetahuan agama menyebabkan ada di antaranya kembali ke ajaran asal mereka.

Penyelaras Unit Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Subri Jaafar, berkata memang ada pemantauan dan aktiviti dianjurkan jabatan agama negeri tetapi ia masih tidak menyeluruh.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam di setiap negeri menerusi Unit Mualaf masing-masing melantik pegawai khas untuk memantau dan memberi bimbingan kepada saudara baru.

揃agaimanapun, disebabkan jumlah pegawai yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu berada di setiap kawasan bagi memantau dan memberi bimbingan kepada saudara baru,
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 11:45 AM | Show all posts
Sekadar nak ceritakan sikit pengalaman....

Pernah keluar tabligh di Sarawak satu masa dulu dan ada ziarah ke rumah panjang di Bt 14 Sibu. Penduduknya terdiri daripada orang Iban yang masuk Islam. Sejarahnya mereka masuk Islam melalui pertubuhan BINA yang ditaja oleh Rabitah Islami di Jeddah...malangnya apabila muallaf ini ingin mendalami Islam mereka telah berjumpa dengan MUIS untuk meminta ustaz datang mengajar. Jawaban MUIS kepada mereka..."kamu masuk Islam dulu bukan kerja kami.."(MUIS dan BINA bersengketa waktu tu)

Sayang ketika menemui mereka dulu...ramai yang islam saja pada namanya. Mereka membela babi di bawah-bawah rumah panjang mereka dan saya hampir di sondol oleh ibu babi yang beranak kecik masa menziarahi mereka. Ketika ditanya pada Tuai Rumah ..."Kenak kitak bela babi sebab orang Islam sik boleh makan babi?"
Jawab Apai tu mudah saja...."Oooo..kamek org sik makan babi tapi jual aja".
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 21-12-2006 11:45 AM
Sekadar nak ceritakan sikit pengalaman....

Pernah keluar tabligh di Sarawak satu masa dulu dan ada ziarah ke rumah panjang di Bt 14 Sibu. Penduduknya terdiri daripada orang Iban yang masuk Islam ...


Nampak tak ape akan jadik kalau kita sesame Islam bersengketa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 06:46 PM | Show all posts

Reply #11 rurouni_khairul's post

hmmm......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2006 09:52 AM | Show all posts
Fikir masak-masak sebelum mengahwini saudara baru
Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK



Walaupun sudah memeluk agama Islam, ikatan kekeluargaan Salmah Abdullah (dua dari kanan) masih erat apabila beliau turut menyambut hari jadi ibu saudaranya di Genting Highlands, Pahang.
--------------------------------------------------------------------------------

SALMAH Abdullah, 68, reda dengan penentuan ilahi apabila mengenang nasib yang menimpa dirinya dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang terpaksa di tempuhi sepanjang bergelar seorang muslim.

Hatinya terbuka untuk memeluk Agama Islam setelah mendapat nur dengan bantuan jejaka yang kini suaminya yang terpaut akan kecantikan Salmah pada alam remaja.

Niat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan semasa berusia 18 tahun pada mulanya mendapat tentangan ahli keluarga terutama ibu dan bapa yang ketika itu berlainan agama. Namun, kecintaan terhadap agama Allah mengubah dirinya menjadi seorang muslim sejati.

揚ada ketika itu, hati saya berbelah bagi untuk memilih keluarga atau suami, namun saya berdoa kepada tuhan yang esa untuk membukakan hati saya untuk menerima agama ini atau sebaliknya. 揌ari demi hari saya memikirkan perkara ini, namun jawapan bersalah masih membelenggu diri ini sekiranya tindakan yang ambil menyebabkan dirinya disisihkan oleh keluarga dan saudara mara,
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:49 PM | Show all posts
Tanggungjawab mendidik pasangan kita dari saudara / ri baru tertakluk sepenuhnya pada bahu suami / isteri yg sememangnya dilahirkan Islam. Kegagalan mendidik pasangan mualaf tentang pegangan & ibadah Islam adalah KEGAGALAN MUTLAK pasangan mereka.

Perceraian merupakan salah satu faktor utama mengapa mengapa ramai mualaf yg kembali kepada ajaran asal mrk, berpunca dari kegagalan bekas pasangan Muslim mereka sendiri yg turut jahil ttg Islam.

Menyalahkan mualaf yg keluar agama mmg mudah, tp sukar pula kita menerima hakikat bahwa kesalahan itu berpunca dari kegagalan org Muslim yg pernah menjadi pasangan mualaf itu yg gagal dlm tanggungjawab mendidik nilai2 Islamiah dlm diri pasangan mualaf mereka.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 04:02 PM | Show all posts

ni kira masalah mualaf gak ker?

Zulhaidi terpaksa sara diri sejak umur 13 tahun
05-02-2007 12:24:22 PM  


JOHOR BARU: Ketika berusia 13 tahun, beliau telahpun menyara kehidupannya sendiri dengan mengambil upah membasuh pinggan selepas waktu sekolah untuk membayar kos buku-buku sekolah dan sewa biliknya.

Zulhaidi Omar, 29, berkata beliau tidak pernah berniat untuk mengambil jalan mudah dengan mengabaikan persekolahan ataupun berjinak-jinak dengan dunia jenayah. Sebaliknya, beliau bekerja di restoren sehingga larut malam dan membasuh kereta untuk membiayai persekolahannya.  

Kini seorang eksekutif jualan dengan diploma pentadbiran perniagaan, Zulhaidi berkata beliau tidak pernah didera atau dibuang oleh keluarganya, tetapi dia cuma ingin berdikari.

Tanpa diketahui olehnya, Zulhaidi telah ditukar dengan bayi lain di sebuah hospital di Batu Pahat.

揂pabila saya masuk sekolah rendah, saya tahu saya berbeza dari keluarga yang lain kerana saya boleh kesan perbezaan dari rupa paras mereka dengan perawakan Cina saya yang ketara," katanya dalam satu sidang akhbar.

Selepas satu pertemuan yang tak disangka di antara beliau dengan keluarga asalnya lapan tahun lalu, Zulhaidi kini ingin menukar namanya kepada nama Cina.  

Zulhaidi berharap pihak berkuasa akan membenarkannya menyatakan agama Buddha pada MyKadnya.

Pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi Michael Tay berkata Zulhaidi tidak pernah diberikan peluang untuk memilih agamanya kerana satu kesilapan yang dilakukan selepas kelahirannya.

揇i bawah Perlembagaan Persekutuan, semua orang diberikan kebebasan untuk memilih agamanya sendiri, tetapi Zulhaidi tidak pernah diberikan peluang tersebut.

揔ami akan cuba kaedah diplomasi dahulu melalui rundingan dengan pegawai-pegawai negeri dan hospital di mana dia dilahirkan. Jika ianya gagal, kita terpaksalah menggunakan peruntukan undang-undang,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 04:04 PM | Show all posts
29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar
02-02-2007 09:30:14 PM

Oleh MARSHA TAN  


JOHOR BARU:  Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya.

Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!

"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.

"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.

Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.


"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar. (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.

Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.

"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.

"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.

Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.

Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.

"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.

Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya  dan yakin penuh padanya.

"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".

Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".

"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.

Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2007 09:47 AM | Show all posts
Wanita mualaf layak tuntut hak penjagaan anak

Soalan

Saya seorang gadis berdarah Portugis yang telah memeluk agama Islam yang mulia ini semasa menuntut di universiti. Beberapa tahun kemudiannya, Allah s.w.t menemukan saya dengan seorang lelaki Muslim.

Perasaan kasih yang luhur telah terjalin di antara kami berdua dan berakhir di jenjang pelamin. Kebahagiaan kami memuncak dengan kelahiran cahayamata lelaki yang kini berusia enam tahun. Sayang sekali, harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Setelah sekian lama mendirikan rumahtangga, saya berkeputusan untuk bercerai dengan suami kerana tidak dapat menerima kehadiran 'orang ketiga'. Masalahnya, saya bimbang tentang apa yang akan terjadi kepada anak lelaki saya. Adakah seorang mualaf seperti saya berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya apabila dia bercerai dengan suaminya?

- Azmaria Abdullah,

Kuala Lumpur.

Jawapan
Seperti yang kita sedia maklum, Surah an-Nisa 4:3 memberikan kebenaran kepada seorang lelaki untuk berkahwin lebih dari satu dengan syarat dia mesti berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Ayat yang sama turut menegaskan bahawa lelaki tersebut tidak boleh mengamalkan poligami sekiranya dia takut tidak dapat melayan isteri-isterinya dengan saksama. Dengan yang demikian, dia dapat mengelak daripada berbuat aniaya ke atas wanita-wanita yang dikahwininya.

Malangnya, kebanyakan orang memilih untuk membaca ayat di atas setakat mana ia membenarkan perkahwinan poligami, yakni hanya bahagian pertama ayat tersebut tanpa mengambil kira bahagian kedua yang menggariskan syarat yang dikenakan ke atas seorang suami yang ingin hidup berpoligami. Golongan ini juga tidak peduli bahawa ayat di atas sepatutnya dibaca dengan ayat 129 surah yang sama. Ayat kedua ini jelas menyatakan bahawa seorang lelaki yang ingin berpoligami ada kalanya tidak mampu berlaku adil di antara isteri-isterinya walaupun dia sangat ingin berbuat demikian. Atas sebab ini, jika merasakan tidak mampu, adalah jauh lebih baik bagi lelaki itu agar kekal berkahwin dengan seorang isteri sahaja supaya dia tidak menganiaya dan menyakiti isterinya.

Isu berkaitan ketidakmampuan seorang suami yang mengamalkan perkahwinan poligami untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian umum. Kebanyakan wanita memilih untuk mendiamkan diri dan menelan segala kepahitan yang dialami hari demi hari. Namun, ada juga antara mereka yang memilih jalan keluar yakni dengan memohon perceraian atau pembubaran perkahwinan kerana sudah tidak sanggup berkongsi kasih sayang suami seperti apa yang puan ingin lakukan kini.

Tambah memedihkan lagi jika perceraian ini terjadi berikutan kehendak suami yang memilih untuk berpoligami seperti suami puan. Biarpun berdepan dengan pelbagai kesukaran baik dalam menghadapi pandangan sinis masyarakat (dan kadangkala ahli keluarga sendiri) mahupun dari segi kewangan dan sebagainya, perkara utama yang pasti merisaukan isteri tersebut adalah nasib yang bakal menimpa anaknya akibat daripada perceraian itu, apatah lagi jika anak itu masih kecil.

Menurut Hukum Syara', hak penjagaan anak (hadhanah) bermaksud 'membesarkan anak dengan memberikannya makanan, pakaian dan perlindungan baik dari segi fizikal mahupun mental sehingga dia membesar dan boleh menjaga dirinya sendiri'. Memandangkan hadhanah berhubungkait dengan penjagaan anak sejak bayi lagi, adalah dipercayai bahawa proses ini tidak boleh berlaku tanpa sentuhan kasih sayang ibunya atau wanita lain yang merupakan muhrimnya. Ia tanggungjawab yang wajib dipenuhi oleh sesiapa jua yang mendapat hadhanah ke atas anak tersebut. Ini kerana, sebarang kealpaan dalam membesarkan anak itu boleh mendatangkan kemudharatan kepadanya.

Berhubung soalan puan, tidak terdapat sebarang peruntukan dalam ajaran Islam mahupun undang-undang syariah yang menyatakan bahawa seorang mualaf tidak boleh mendapat hadhanah ke atas anaknya. Apa yang dipentingkan dalam menentukan siapa yang akan menjaga kanak-kanak itu adalah sama ada orang yang bakal mendapat hadhanah itu adalah orang Islam atau bukan. Menurut Mazhab Shafii, orang bukan Islam tidak boleh mendapat hadhanah ke atas kanak-kanak Muslim. Ini juga merupakan undang-undang syariah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana puan menetap, yakni di bawah seksyen 82 (a) Akta Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Peruntukan undang-undang ini menggariskan bahawa salah satu syarat bagi seseorang untuk mendapat hadhanah adalah dia mesti seorang Muslim.

Oleh yang demikian, puan tidak perlu bimbang bahawa status puan sebagai seorang mualaf akan menjadi penghalang bagi puan mendapat hadhanah ke atas anak lelaki puan. Ketahuilah bahawa seksyen 81 (1) akta yang disebut di atas turut menyatakan bahawa, melainkan adanya sebab-sebab tertentu, ibu dianggap paling berhak mendapat hak penjagaan ke atas anak yang masih kecil.

Akhir kata, puan sebagai seorang ibu sepatutnya diberi pujian dan penghormatan kerana cukup mengambil berat akan kebajikan dan masa depan anak puan biarpun puan sendiri kini perlu berdepan dengan cabaran yang menggugat jiwa. Semoga anak puan membesar sebagai orang yang berguna apabila dia dewasa kelak. Insya-Allah.

Info
Satu talian khusus untuk Legal Clinic Sisters In Islam yang dinamakan TeleNisa kini boleh dihubungi melalui 03-77843733.

Legal Clinic ini juga boleh dihubungi melalui e-mel: sistersinis [email protected].

Sisters In Islam

No 7, Jalan 6/10,

46000 Petaling Jaya, Selangor.

Tel. No. 03-7785606121/ 77842733

Fax No: 03-77858737

* Nur Fadhlin Mohd Yusof Pegawai Undang-Undang Sisters In Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2007 01:21 PM | Show all posts
Perlis wajibkan mualaf kekal nama bapa tanpa 慉bdullah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:25 PM | Show all posts
tingat kisah yg diceritakan teman saya.

sorang akak mualaf yg baru kawen ada poblem dalam nk menjalani hidup sbg Muslim. beliau tinggal kat somewhere in rawang rasanya. nk pegi ofis perkim agak jauh dgn keadaan dia yg sarat. dia try mtk tolong sorang ustazah ajarkan dia pasal agama. tp ustazah tu mtk bayaran yg agak membebankan sbb sis ni xkerja. sis ni sampai mengeluh (ngadu kt member saya), susah sungguh nk belaja Islam ni, kalo Kristian any time pon father2 willing nk ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:05 PM | Show all posts
Islam Agama persaudaraan tapi ramai dah tak selami konsep ni...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list