CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18568|Reply: 25

the word "cun" is Malay word !

[Copy link]
Post time 9-10-2006 02:05 AM | Show all posts |Read mode
History, Myth, Legend
Human, social, nature, culture, nationality, anything


the word "cun" is Malay word !  ( perkataan "cun" ialah perkataan Melayu ! )

  Saya rasa tak salah untuk saya buka thread ni pasal di luar nama  Forum ada tertullis "Human, social, nature, culture, nationality, anything".

  Lagipun  Bahasa juga kan termasuk dalam kategori sosial, "culture", dan "nationality".

  Saya terpanggil untuk membetulkan salah tanggap oleh orang Melayu sendiri mengenai asal-usul satu perkataan iaitu
   "cun" ( dieja oleh pengirim, sebagai "chun" )

  Cuba baca satu tulisan  dari ruang Forum akhbar Utusan Malaysia online di bawah mengenai perkataan cun:

  慞emutihan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 09:03 PM | Show all posts
bagus!!! Memang patut untk kita mmpertahankan bahasa budaya kita....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:05 PM | Show all posts
Budi bahasa budaya kita :senyum:
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 06:07 PM | Show all posts
CUN malay or korea?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 08:08 AM | Show all posts
baru aku tau....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 05:46 PM | Show all posts
Cun ni sesuai utk pompuanle..Boleh ke kata :Eh cun le hero filem Senario tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2006 02:39 AM | Show all posts
cun tu bahasa pasar.............cun la lu!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 10:00 AM | Show all posts

Reply #1 my_3A's post

"Jelas, pengirim ini tak mengenali bahasanya sendiri. Apa yang menyebabkan dia anggap istilah cun ialah istilah cina?"

"cun II bp  1.  kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat  spt merdu, cantik"

pada pendapat saya, original poster (my_3A) sudah salahfaham/misunderstood ataupun kurang terpat pemahaman beliau. atau pun masih kurang mahir mengguna kamus. sekiranya di perhatikan kepada definisi perkataan "cun" yang diberikan oleh kamus DBP yang my_3A sendiri cut & paste kan tu, selepas huruf roman II, terdapat kependekan "bp". bagi org yg mahir meggunakan kamus, kita akan sedia maklum bahawa bp ini bermaksud "bahasa pasar" ataupun "slang". secara ringkas, dari situ telah jelas bahawa "cun" bukanlah satu perkataan bahasa melayu tetapi merupakan bahasa pasar/colloquial/slang yang disenaraikan sbg satu perkataan yang digunakan di dalam bahasa melayu. sebenarnya amat susah untuk mengiktiraf sesuatu perkataan sbg perktaan melayu kerana BM sendiri kaya dgn perkataan2 yang dipinjam dari bahasa asing dan diterimapakai sebagai perkataan melayu. satu kajian yang dijalankan tidak lama dulu mendapati bahawa hampir 80% dari perkataan2 bahasa melayu bukanlah perktaan melayu yg asli tetapi merupakan perkataan2 yang diambil dan diterimapakai dari bahasa asing terutama bahasa2 penjajah malaysia; ie portugis; belanda dan inggeris.

bahasa pasar ataupun slang adalah satu perkataan yang bukannya berasal dari mana2 bahasa, tetapi adalah satu perkataan yang dicipta (invented word) yang menggunakan kata dasar dari bahasa yang lain dan membawa makan yang berbeza dari maksud asal perkataan tersebut.

semua bahasa di dalam dunia ni mempunyai bahasa pasar/slang. english contohnya mempunya perkataan2 slang seperti "toothing","wicked" atapun "bollocks". dua contoh pertama adalah perkataan dasar yang mempunyai maksud yang berbeza akibat daripada peredaran zaman dan teknologi. maksud asal "toothing" adalah "permulaan" eg. "toothing problem"; manakala "wicked' pula asalnya bermaksud sebgai jahat ataupun nakal. namun sekarang kedua2 perkataan ini mempunyai maksud yang lain; toohting sekarang juga bermaksud "melakukan sesuatu aktiviti (terutamanya mencari pasangan anonymous bagi tujuan seksual) dgn menggunakan Bluetooth"  dan maksud terkini "wicked" adalah handal ataupun excellent. "bollocks" pula adalah satu invented word yang menggunakan kata dasar "bealluc" daripada bahasa Old English yang bermaksud bola; tetapi pada zaman ini, bollock bermaksud mengarut ataupun penipuan. jelas, ketiga2 perkataan ini adalah slang yang diterimapakai sebagai  perkataan2 english mengikut peredaran zaman bagi memperkayakan vocab sesuatu bahasa. inilah cara sesuatu bahasa itu berkembang.

jadi similarly, "cun" adalah satu perkaraan bahasa pasar/slang yang diambil dari satu bahasa asing dan diterimapakai sebagai satu perkataan "rasmi" di dalam bahasa melayu bagi memenuhi kehendak terkini perkembangan bahasa. kita sedia maklum bahawa "chun" sendiri di dalam bahasa cina merupakan satu perkataan bahasa pasar/slang yang bermaksud "cantik". jadi untuk menganggap "cun" (walaupun terdapat variasi pada ejaannya) yang sebagai satu perkataan bahasa melayu adalah tidak tepat/wajar. ia lebih merupakan satu perkataan bahasa pasar/slang yang menggunakan kata dasar dari bahasa cina yang dimasukkan ke dalam kamus dan diterimapakai bagi memperkayakan bahasa melayu. mungkin pada masa hadapan ianya akan diterima sebagai satu perkataan rasmi seperti "almari" atau "bendera" (yang pada asalnya adalah slang bahasa asing). bagi saya penulis artikel

just my observation.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2006 09:53 AM | Show all posts
Oooo guys...
There was once my shifu told me that....there is one word that totally originned from us,the malays that contained in the english vocabulary.
That word is..."amuck". In malay,it is called "amuk". And the history behind this word is also quite unique...Amuk is some kind dh mcm budaya melayu...Mengamuk..tak ramai bangsa di dunia ni yg byk mengamuk melainkn kite.Contoh ms Hang tuah patahkan serangan org mengamuk, melayu mengamuk ms 13 Mei 69, amukan melayu bersama Panglima Salleh, dn byk lg...Sebab tu dia terlekat smpi digunakan oleh orang putih...

Hmm....Any clarification please insert..:hmm:
Sekadar berkongsi pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 12:02 AM | Show all posts
chun li ...dalam street fighter ..kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 01:56 PM | Show all posts
chop nak tanya kawan2 semua, bahasa melayu asalnya yg asli cuma ada 4 perkataan saja kan? Boleh bagitau apa 4 perkataan yu? jadi kiranya perkataan cun ni boleh jadi perkataan yg ke-5 ke? sbb al maklum bahasa melayu banyak dicedok dari bahasa asing :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2006 09:57 PM | Show all posts
'cun' merupakan bhs pasar. tidak digunakan dlm bhs persuratan. kamus dewan sekadar mencatat apa2 perkembangan kosakata dlm bhs Melayu. penggunaan kosakata 'cun' dlm penulisan baku adalah salah.

harap maklum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 26-10-2006 01:56 PM
chop nak tanya kawan2 semua, bahasa melayu asalnya yg asli cuma ada 4 perkataan saja kan? Boleh bagitau apa 4 perkataan yu? jadi kiranya perkataan cun ni boleh jadi perkataan yg ke-5 ke? sbb al mak ...



alo.. yipun..

siapa bg tau yipun yg b. melayu hanya ada 4 perkataan?

Itu cuma satu teori( pendapat ) jer.

adakah mereka anggap bahwa Orang Melayu dan Bahasa Melayu baru saja wujud?

kita sendiri pun tau yg sesuatu bahasa sentiasa terus berkembang dari tahun ke tahun , dari kurun ke kurun, bahkan dari alaf ke alaf...dan seterusnya...

maka jika setahun penutur bahasa itu cipta 1 perkataan , maka 1000 tahun boleh jadi 1000 perkataan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 11:32 AM | Show all posts
orang yg mengatakan Melayu hanya ada 3 @ 4 perkataan tu ialah orang yg mengatakan  konon orang Melayu

  tak bertamadun sebelum kedatangan  orang2 dari luar.

  mereka juga keliru kerana bahasa Melayu juga ada pinjam banyak istilah dari luar lingkungan suku Melayu mahupun luar
  lingkungan Rumpun Melayu.

memang betul yg Melayu ada pinjam banyak istilah asing, tapi sebenarnya Melayu jug telah ada banyak istilah aslinya sebelum kedatangan orang2 asing.

kalau ada yg belajar arkeologi, dan bidang linguistik pasti menafikan Teori tu!

kita mesti ingat yg sejarah ialah fakta !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 12:08 PM | Show all posts
bercakap ttg istilah pinjaman, bahasa2 lain pun banyak pinjam istilah asing...

contohnya English banyak pinjam istilah dari Yunani( Greek ), Latin, dll.

Antaranya terdapat lebih daripada 20  istilah Melayu yg dipinjam oleh English:

  1.   Amok @ Amuck

  2.   Batik ( daripada bahasa Jawa ; salah satu bahasa dari Rumpun Melayu )

  3.   cassowary ( kasuari ; sejenis burung tak boleh terbang spt emu )

  4.   cockatoo  ( daripada kakaktua; sejenis burung )

  5.   compound  ( daripada kampung; pecahan II dlm Oxford '= enclosure, hamlet' )

  6.   Dugong ( daripada Duyong)

  7.   Durian

  8.   Gambier ( sejenis tanaman )

  9.   Gingham ( daripada Genggang, sejenis kain atau corak  )

10.   Gong

11.   gutta-percha ( daripada getah perca )

12.   Junk  ( daripada Jong )

13.   Komodo-dragon ( daripada nama pulau dan sejenis biawak  di pulau Komodo, Indonesia )

14.   kris  ( daripada keris )

15.   nipa ( daripada nipah; sejenis pokok palma )

16.  orang-utan

17.  paddy ( daripada padi )

18.  pandanus ( daripada pandan )

19.  pangolin ( daripada peng-guling; = tenggiling )

20.  proa, prau, prahu

21.  rambutan

22.  sambal

23.  sarong ( sejenis kain )

24.  satay ( daripada bahasa Jawa; salah satu bahasa dari Rumpun Melayu )

25.  siamang



Sumber: Kamus Oxford University Press - Tenth Edition

[ Last edited by  my_3A at 29-10-2006 02:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by Fussy at 17-10-2006 10:00 AM
"Jelas, pengirim ini tak mengenali bahasanya sendiri. Apa yang menyebabkan dia anggap istilah cun ialah istilah cina?"

"cun II bp  1.  kata yg mengandungi konotasi padan, anggun,  ...




aloo Mr/Ms Fussy,

saya tahu dan nampak kependekan "bp" dalam Kamus sebenarnya.

"bp" ialah kependekan/singkatan utk BAHASA PERCAKAPAN.

Tapi, Bahasa Percakapan( bp ) bukan bermaksud Bahasa Pasar.

Kedua-duanya berbeza maksud, ada faham?

Untuk penjelasan ttg perkara ini sila baca di bawah ini:


[ Last edited by  my_3A at 29-10-2006 03:34 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2006 03:32 PM | Show all posts
Bahasa Melayu ada beberapa RAGAM BAHASA, antaranya:

  1.  Ragam bahasa Melayu lisan

  2.  Ragam bahasa Melayu tulisan

  3.  Bahasa2 daerah

  4. Laras2 bahasa Melayu moden



1.  Ragam Bahasa Melayu Lisan

    = ragam bahasa yang digunakan ketika bercakap sesama sendiri.

    Menurut Za'ba, terdapat  2 jenis ragam ini, iaitu jenis "cakap mulut" .

    Cakap Mulut ini digunakan antara orang2 Melayu.

    Manakala yang kedua pula ialah "bahasa pasar".

   "Bahasa Pasar" bermaksud ragam yang digunakan antara orang2 Melayu dengan kaum atau bangsa lain.

   Jadi..
   Mr/Ms kena ingat bahwa Bahasa Percakapan/Slang TAK SAMA DENGAN  Bahasa Pasar.



   Slang dalam English = informal language that is more common in speech than in writing and is typically restricted to a particular context or group.
(bahasa tak rasmi yang lebih umum dalam pertuturan drpd  dalam penulisan dan secara tipikal terbatas kpd suatu konteks atau kumpulan tertentu.)
   

Ini bermakna Mr/Ms Fussy agaknya tidak faham apa maksud  "bp"!

sebenarnya Bahasa Pasar = Pidgin Language, dan Bahasa Percakapan/Slang
pula  =  Slang/Colloquial(dalam English).

Jadi, Mr/Ms Fussy,  

Ini terbukti bahwa Mr/Ms Fussy yg sebenarnya kurang faham & keliru ttg apa itu BAHASA PERCAKAPAN(bp) vs BAHASA PASAR.
Perkataan "cun"(yg asalnya daripada b.Melayu) dalam Kamus membawa maksud yang tidak sama  dengan "cun"(yg asalnya daripada b.Cina) kerana kedua-dua itu hanya SAMA EJAAN & SEBUTAN.

Sebagai contoh, istilah "compound" dalam vocabulary English ada 2 asal-usulnya:

i) daripada "Old French"(Perancis Lama)

ii) daripada "Malay"(bahasa Melayu)


kedua-duanya SAMA EJAAN & SEBUTAN tapi ASAL-USULnya masing2 daripada bahasa yg berbeza.



selanjutnya  saya sambung di bawah ini ...

[ Last edited by  my_3A at 29-10-2006 04:40 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2006 03:54 PM | Show all posts
"Cakap Mulut" a.k.a " Bahasa Percakapan"

  Saya jelaskan lebih terperinci ttg "Cakap Mulut", ok.

  Susunan gaya cakap mulut itu  mudah , dengan ayat2 yang ringkas dan perkataan2 yang terpotong-potong atau
  tertinggal-tinggal, misalnya tak untuk tidak, nak untuk hendak , dah untuk sudah,
kak untuk kakak dan pengguguran awalan(prefix) dan akhiran(suffix).

  Kadang2 terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat,
misalnya kok dan  dek, pulak dan jugak.

  Ragam cakap mulut ini digunakan oleh semua orang Melayu sebagai bahasa basahan, bahasa dalam penggunaan
  sehari- hari; oleh itu ragam ini terdapat pada semua daerah yang didiami orang Melayu dan dalam berbagai-bagai
  bentuk dialek .Bunyi pelat atau atau sebutannya semestinya berbeza-beza, bergantung pada daerah mana ragam
  itu digunakan. Satu contoh yang dipetik daripada buku Za'ba ialah:

"Lepas itu dia pun merokok, duduk di situ berjurus-jurus, - barangkali berfikir, terkenangkan aku, ataupun terkenangkan

  hal masa berkawan-kawan dengan aku kecik-kecik dulu - macam-macamlah - sampai entah pukul berapa, sampai bininya

  datang ajak masuk. Yang aku, inilah hal aku, terbaring di sini tak ada bini, tak ada anak, tak ada siapa mengajak aku

  masuk tidur. Ya Allah, apalah fasalnya tak dititik orang kepala aku biar hancur, biar mati, waktu aku diperanakkan

  kelmarin."


Kadang2 terdapat penggunaan perkataan yang tidak pernah digunakan dalam bahasa surat,
misalnya kok dan  dek, pulak dan jugak.



berdasarkan QUOTE di atas,  perkataan "cun"  termasuk dalam istilah2 yg tak pernah dipakai dalam bahasa surat, dalam masa sama istilah ini semestinya berasal daripada bahasa Melayu.

[ Last edited by  my_3A at 29-10-2006 04:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 10:16 AM | Show all posts
Here comes the battle of "Guru-guru Bahasa Melayu"....hehehe...:love:
Cikgu2 sekelian, most of the words mcm batik, keris, jong memang comes from malays sebab org putih tak tau nak guna istilah ape bendatu yg telah lazim digunakan oleh org melayu.
Ini ttg "amuck"...org putih can easily letak istilah "ran havoc angrilly/brutally/cruelly...dll". Tp this word amuk is different. Satu perbuatan yg sukar dikawal, yg plg obvious nmpk pd org melayu. One thing 4 sure, im proud to have this word in their dictionary..:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2006 02:23 PM | Show all posts
bagi saya la, bahasa melayu ni tak secanggih bahasa latin, arab, perancis, china.  peradaban mereka lebih maju dan mereka mencipta pelbagai terma untuk sesuatu yang baru.  bagi kita yang muda ni, jalan senang ialah memelayukan perkataan mereka terutama yang kerap atau selalu dipakai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.747016 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list