CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8342|Reply: 31

HAMKA Ulama' Bertongkat Yg Menjangkau Dunia

[Copy link]
Post time 9-10-2006 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 10-11-2011 17:58

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 12:51 PM | Show all posts
Sudah hampir 25 tahun PAK HAMKA berada di alam barzakh. Professor yang nama penuhnya Dr. Haji Malik Karim Amrullah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Julai 1981 dalam usia 73 tahun.

Beliau bukan sahaja meninggalkan nama yang baik, tetapi juga meninggalkan ilmu yang pahalanya sentiasa mengalir untuknya selagi ilmunya itu dugunakan dan diamalkan orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:52 PM | Show all posts
Di Malaysia nama HAMKA memang dikenali ramai. Menurut Allahyarham Tun Abdul Razak, 揌AMKA bukan hanya milik bangsa Indonesia, tetapi juga kebanggaan bangsa-bangsa Asia Tenggara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:52 PM | Show all posts
Hamka telah melalui pelbagai kerjaya. Selepas pemilihan umum Indonesia yang pertama pada tahun 1955, beliau terpilih menjadi anggota konstituante sebagai wakil MASYUMI.

Pada tahun 1960, Hamka menumpukan kegiatannya pada dakwah dan memimpin jemaah Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta di samping bertanggung jawab dalam Pusat Pimpinan Muhammadiyah yang dipilih oleh muktamar.

Setelah MASYUMI dibubarkan, beliau menerbitkan majalah Panji Masyarakat (1959). Majalah ini kemudiannya diharamkan oleh  dengan 揇emokrasi Kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:53 PM | Show all posts
Abdul Malik gelar 揇atok Indomo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:54 PM | Show all posts
Hamka lahir di zaman pertentangan hebat 揔aum Muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2006 12:55 PM | Show all posts
Bakat mengarang Hamka mula bertunas ketika beliau berusia 17 tahun dengan menghasilkan buku 揔hatibul Ummat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:55 PM | Show all posts
Bidang mengarang adalah menjadi mata rantai perjuangannya yang panjang menegakkan Islam dari aspek kebudayaan yang di dalamnya terdapat unsur-unsur seni, akhlaq, budi, ilmu pengetahuan dan Islam sebagai sumbernya.

Sepanjang hayatnya, Hamka terlah banyak mengajak dan meransang pengarang-pengarng muda Islam mengikuti jejaknya. Beliau juga telah berjaya menyelesaikan tugas besarnya menulis tafsir Al-Azhar yang 30 jilid itu.

Hamka sepanjang hidupnya dipenuhi dengan aktiviti sebagai pengarang, pemidato, pendakwah, wartawan, saterawan dan terlibat dengan politik. Cita-cita murninya hanya satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 12:56 PM | Show all posts
Apa yang menarik dan agak peribadi mengenai tokoh besar ini ialah kegemarannya menggunakan tongkat. Kerana itu beliau juga dikenali sebagai 揢lama bertongkat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:57 PM | Show all posts
Ada beberapa kisah menarik mengenai kegunaan tongkat-tongkat yang dimiliki oleh Hamka.

a).Pada tahun 1978, berkat pertolongan Allah SWT, dengan menggunakan tongkatnya itu, beliau berhasil menceraikan seorang wanita Islam dengan suaminya yang murtad.

b).Dengan menggunakan tongkatnya juga, beliau berhasil menusir seorang penjual buku yang bertindak kasar memaksa Hamka harus membeli buku yang dijualnya.

c). Dalam satu peristiwa yang terjadi di Makkah pada tahun 1974, seorang jemaah haji wanita Indonesia yang tinggal di perkampungan Samiah dengan wajah ketakutan mengadu kepada Hamka kerana diganggu oleh beberapa lelaki berkulit hitam. Hamka bertindak pantas mengambil tongkatnya dan mengancam lelaki-lelaki tersebut. Dengan langkah mundur, tongkat diangkat tinggi-tinggi untuk menggertak Arab yang badannya 2 kali tinggi dari Hamka. Arab itu ketakutan dan terus pergi.

Hingga ke akhir hayatnya, Hamka tidak terpisah dengan tongkatnya. Menjelang saat kematiannya, tongkat dari kayu Pakistan tersandar di bahagian pembaringannya di bilik kecemasan Rumah Sakit Pusat Partamina.

Begitulah Hamka dengan tongkatnya, tidak terpisah dari zaman mudanya hingga saat beliau meninggal dunia. Dengan tongkatnya itulah Hamka telah menjelajahi hampir senahagian besar bumi Allah ini.

Beliau yang disebut-sebut, 揢lama bertongkat yang telah menjangkau seluruh dunia ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 12:59 PM | Show all posts
Saya  ada   banyak  membaca   buku2  karangan   HAMKA  seperti Tasauf Moden, Lembaga Hidup  dan  Falsafah Hidup  ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:59 PM | Show all posts
Haji Abdul Malik Karim Amrullah

Dari Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah

(atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA, yakni singkatan namanya),
lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat,
dan meninggal di Jakarta 24 Juli 1981,
adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, dan aktivis politik.

Belakangan ia diberikan sebutan Buya,
yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab,
yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 01:01 PM | Show all posts
Biografi

HAMKA (1908-1981),
adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah.
Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara.
Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.
Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua.
Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun,
ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.
Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab.

Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi,
Medan dan guru agama di Padangpanjang pada tahun 1929.

Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padangpanjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta.
Dari tahun 1951 hingga tahun 1960,
beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia,
tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih
antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 01:05 PM | Show all posts
Daftar Karya Buya Hamka

1.        Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2.        Si Sabariah. (1928)
3.        Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4.        Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5.        Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6.        Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7.        Hikmat Isra' dan Mikraj.
8.        Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9.        Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10.        Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
11.        Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
12.        Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13.        Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14.        Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15.        Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16.        Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17.        Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
18.        Tuan Direktur 1939.
19.        Dijemput mamaknya,1939.
20.        Keadilan Ilahy 1939.
21.        Tashawwuf Modern 1939.
22.        Falsafah Hidup 1939.
23.        Lembaga Hidup 1940.
24.        Lembaga Budi 1940.
25.        Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
26.        Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27.        Negara Islam (1946).
28.        Islam dan Demokrasi,1946.
29.        Revolusi Pikiran,1946.
30.        Revolusi Agama,1946.
31.        Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
32.        Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
33.        Didalam Lembah cita-cita,1946.
34.        Sesudah naskah Renville,1947.
35.        Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
36.        Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37.        Ayahku,1950 di Jakarta.
38.        Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
39.        Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
40.        Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
41.        Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42.        Kenangan-kenangan hidup 2.
43.        Kenangan-kenangan hidup 3.
44.        Kenangan-kenangan hidup 4.
45.        Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46.        Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
47.        Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
48.        Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
49.        Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50.        Pribadi,1950.
51.        Agama dan perempuan,1939.
52.        Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
53.        1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54.        Pelajaran Agama Islam,1956.
55.        Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.
56.        Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
57.        Empat bulan di Amerika Jilid 2.
58.        Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
59.        Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60.        Dari Perbendaharaan Lama 1963,dicetak oleh M. Arbie Medan.
61.        Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62.        Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63.        Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
64.        Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65.        Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66.        Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
67.        Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68.        Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69.        Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
70.        Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71.        Himpunan Khutbah-khutbah.
72.        Urat Tunggang Pancasila.
73.        Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
74.        Sejarah Islam di Sumatera.
75.        Bohong di Dunia.
76.        Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77.        Pandangan Hidup Muslim,1960.
78.        Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
79.        Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Aktivitas lainnya

•        Memimpin Majalah Pedoman Masyarakat, 1936-1942
•        Memimpin Majalah Panji Masyarakat dari tahun 1956
•        Memimpin Majalah Mimbar Agama (Departemen Agama), 1950-1953

Rujukan

•        Kenangan-kenangan 70 tahun Buya Hamka, terbitan Yayasan Nurul Islam, cetakan kedua 1979.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 01:08 PM | Show all posts
HAMKA pernah dipenjara Soekarno kerana
menerbitkan tulisan Bung Hatta yang berjudul 'Demokrasi Kita' yang terkenal itu.
Tulisan itu berisi kritikan tajam terhadap konsep Demokrasi Terpimpin yang dijalankan Bung Karno.

Namun dia tidak pernah menyimpan dendam pada Bung Karno.

Buktinya, ketika Bung Karno wafat, HAMKA-lah yang menjadi imam saat sholat jenazahnya. Sikap yang berpedang pada prinsip dan hati ini tidak luput dari tempaan perjalanan hidupnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 01:25 PM | Show all posts
good info sya :love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 03:59 PM | Show all posts
Salah satu karya Hamka yang aku pernah baca adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk. tapi dah lama sangat dah aku baca .. 12 taun lepas kot, kat library sekolah. tapi ceritanya sangat tragis dan menusuk jiwa haku ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 08:45 PM | Show all posts
Pengalaman paling manis dalam hidup aku pada Tahun 1978 apabila berkesempatan bersalam dan mencium tangan Prof. Dr.Hamka sewaktu beliau diundang menyampaikan Ceramah Maulidur-Rasul Oleh Kerajaan Negeri Kedah di Masjid Zahir, Alor Setar.

Banyak Karya Hamka yang menjadi koleksi aku antaranya Sejarah Umat Islam (Cetakan 1965), Di Dalam Lembah Kehidupan, Kenang-Kenangan Hidup, Di Bawah Lindungan Kaabah, Merantau Ke Deli dan lain-lain lagi. Selain daripada mempunyai kebolehan luar biasa dalam dunia kepengarangan, Hamka juga amat berbakat dalam penulisan puisi dan Autobiografi disamping muncul sebagai Sejarawan Islam yang disegani di Nusantara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by borderBOYS at 9-10-2006 08:45 PM
Pengalaman paling manis dalam hidup aku pada Tahun 1978 apabila berkesempatan bersalam dan mencium tangan Prof. Dr.Hamka sewaktu beliau diundang menyampaikan Ceramah Maulidur-Rasul Oleh Kerajaan Ne ...



syoknya...amik barakat...
ada orang amik kesempatan cium tangan celebrities...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 08:24 AM | Show all posts
Pada awal tahun ni aku telah berkesempatan pergi ke Padang/Bukittinggi & aku sekeluarga tidak lepaskan peluang pergi ke Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka di Sungai Batang Maninjau, Kecamatan Tajung Raya. Rumah tu telah di baikpulih oleh pihak ABIM dari Malaysia. Di seberang jalan rumah Buya Hamka terletaknya rumah sepupu Allahyarham & di situ ada dijual pelbagai buku yang di tulis oleh Allahyarham. My hubby tak melepaskan peluang membeli buku2 yang terdapat di rumah sepupu Allahyarham itu. Di dalam Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka terdapat banyak koleksi gambar2 peristiwa yang bersejarah berkenaan dgn Allahyarham seperti gambar keluarga, gambar Allahyarham menerima Doktor Honoris Causa dari Tun Abdul Razak pada masa itu adalah  Perdana Menteri Malaysia & juga selaku Canselor UKM pada tahun 1974, gambar semasa kembalinya Allahyarham ke rahmatullah yang di hadiri lebih kurang 30,000 orang & bermacam lagi koleksi gambar yang mempunya peristiwa yang bersejarah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 1.210832 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list