CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 37596|Reply: 22

Gelaran-gelaran Pembesar-pembesar Kesultanan Brunei

[Copy link]
Post time 18-11-2006 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Di bawah tajuk ini saya akan menurunkan gelaran-gelaran kebesaran yang masih terpakai didalam struktur adat-istiadat diraja brunei. Di zaman kegemilangan kesultanan brunei... gelaran yang diberikan adalah merupakan satu jawatan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh sultan kepada penyandang gelaran.

Sekarang ini... ianya lebih merupakan satu simbol dan hanya akan berkuat-kuasa apabila adanya majlis adat-istiadat diraja yang melibatkan istana. Contoh aktiviti adat-istiadat istana yang melibatkan pembawa gelaran secara langsung ialah... pertabalan sultan... perkahwinan diraja... kemangkatan sultan... dll.

Gelaran ini berbeza dari pangkat Dato dan yang sewaktu dengannya. Perbezaan ketara ialah... penganugerahan gelaran dibuat dalam suasana yang penuh dengan adat-istiadat... dimana bakal penyandang gelaran akan melalui berbagai proses seperti acara mengagai yang mirip seolah-olah adat meminang sehingga proses angkat sumpah. Penyandang gelaran juga di anugerahkan elaun bulanan... mengikut taraf ketinggian gelaran tersebut.

Gelaran-gelaran ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:

1) Gelaran Wazir dan Cheteria

Gelaran ini hanya diberikan kepada mereka-mereka yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja brunei yang mengunakan panggilan pengiran.

2) Pehin Manteri, Materi Istana, Manteri Dagang dan Manteri Pendalaman

Gelaran ini hanya diberikan kepada orang kebanyakan yang tidak mempunyai darah kerabat diraja. Manteri dagang hanya diberikan kepada mereka yang bukan dari berketurunan melayu dan manteri pendalaman adalah mereka-mereka yang dipandang sebagai mengetuai satu-satu puak atau kampung atau mukim... dan lebih merupakan sebagai wakil sultan di kampung-kampung berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2006 02:55 PM | Show all posts

Kepala atau Ketua Wazir

Kepala Wazir - Chief Vizier

Nama Gelaran: Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar

Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS, PBLI, PJK

Nota tambahan:
Gelaran ini baru diperkenalkan di zaman Sultan Omar Ali Safuddin ke III iaitu Sultan Brunei yang ke-28 (ayahanda Sultan sekarang)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 02:58 PM | Show all posts

Wazir Empat

Wazir Empat (Wazir 4)

1) Nama gelaran: Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara

Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS.

2) Nama gelaran: Pengiran DiGadong Sahibul Mal

Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, DKMB, DK, PHBS.

3) Nama gelaran: Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah - vacant

4) Nama gelaran: Pengiran Temanggong Sahibul Bahar - vacant

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 03:04 PM | Show all posts
Nota tambahan bagi wazir:

Kebiasaannya... gelaran wazir hanya diberikan kepada kerabat diraja yang mempunyai talian yang terdekat dengan Sultan yang memerintah... seperti... adik-beradik... anak... bapa saudara. Wazir-wazir ini mempunyai peluang untuk menggantikan sultan sekiranya mempunyai kes-kes yang munasabah... seperti... sultan tidak mempunyai anak lelaki... dengan izin Allah SWT of course!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 03:12 PM | Show all posts

Kepala Cheteria

Kepala Cheteria - Head of Cheterias

1) Nama gelaran: Pengiran Perdana Cheteria Laila Diraja Sahibun Nabalah - vacant

Nota peribadi: Allahyarham Pengiran ini tersangatlah humble. Rumah dia takde macam rumah kerabat diraja yang lain. Rumah kayu... ala orang kampung dulu2. Hanya selepas meninggal dunia... ada dibangunkan sebuah rumah yang sederhana dekat rumah kayu tu... untuk balu beliau.

2) Nama Gelaran: Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, DK, PHBS, PJK.

Beliau adalah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Masna (adinda Sultan)

[ Last edited by  AwgSagi at 18-11-2006 03:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 03:21 PM | Show all posts

Cheteria 4

Cheteria 4

1)  Nama gelaran: Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, DK, SNB, PHBS, PBLI, PJK

Beliau telah meninggal dunia. Suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Norain (adinda Sultan)

2) Nama gelaran: Pengiran Indera Diraja Sahibul Karib

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, DK, SMB, PHBS

Beliau ialah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hjh Amal Umi Kalthum Al-Islam (Adinda Sultan)

3) Nama gelaran: Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj, DK.

Beliau ialah suami kepada YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah (Anak sulong Sultan)

4) Nama gelaran: Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd Daud, PSLJ, SPMB, DSNB, POAS, PHBS, PJK.

[ Last edited by  AwgSagi at 18-11-2006 03:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2006 03:29 PM | Show all posts

Cheteria Tambahan di bawah Cheteria 4

Cheteria Tambahan di bawah Cheteria 4 - Additional Cheteria to Cheteria 4

Pengiran Sanggamara Diraja - Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba'asith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, PSPNB, DSNB, DSLJ, PHBS, PBLI.

Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Pertahanan.

[ Last edited by  AwgSagi at 18-11-2006 03:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2006 03:32 PM | Show all posts

Bersambung

akan disambung... insyaallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2006 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 18-11-2006 02:55 PM
Kepala Wazir - Chief Vizier

Nama Gelaran: Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar

Penyandang:
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pen ...



Tahniah kepada AwgSagi kerana berjaya membuka thread ni..

Baru jua abis saya kan membuka thread ani, ada tah jua.. nda apa, LailaTempawan akan medangani sedikit demi sedikit memberi info untuk thread ani.. buleh? hehe..

Anyway, kalau LailaTempawan  tidak silap gelaran Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir ini telah pun diperkenal semasa diawal zaman pemerintahan KDYMM PSB Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadien Waddaulah, dan bukan semasa zaman Almarhum Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien III.. ha, itu jer yang betulkan.. jangan marah ya.. but overall its ok.. and I would like to congrats to AwagSagi kerana buka thread yang bagus ni.. GOOD WORK!!  keep it up!!


p/s: sekurang kurangnya bedangan jua LailaTempawan di www.cari.com ani..hehe.. Salam Persahabatan

[ Last edited by  LailaTempawan at 18-11-2006 05:06 PM ]
Reply

Use magic Report

yramlee This user has been deleted
Post time 20-11-2006 04:24 PM | Show all posts
Sebelum James brooke  datang ke sarawak ...terdapat gelaran yang di kurniakan oleh sultan brunei kepada rakyat jelata di bawah naungan nya...
salah satu yang tercatit di dalam sejarah ialah Gelaran DATU  PATINGGI , DATU BANDAR, LAKSAMANA ,
CONTOHNYA: Datu Patinggi Ali ( Di kuching )  Datu Patinggi Kedit ( Saribas ) Laksamana Amir ( Saribas )
Nak tanya sdr Laila dan AwgSaji . Apa kah pernah gelaran ini di aungerah oleh sultan kepada mereka ?. kalau pernah apa kah kedudukan gelaran itu...??. daripada sejarah yg pernah saya baca mereka ini adalah ketua permungut cukai yang di lantik oleh sultan brunei...betul kah ?. mohon perjelasan dari ahli sejarah brunei.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 02:55 AM | Show all posts
Taib Mahmud kat S'wak tu bubuh title Pehin Sri kat diri dia tu, dia ada asal usul kerabat Diraja Brunei ke? Atau dia ikut sedap aje bubuh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:51 AM | Show all posts
Terima kasih Laila... Insyaallah... sama-sama kitani bekongsi maklumat.

p/s: Terima kasih kerana pembetulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:53 AM | Show all posts
Yramlee... sepanjang pengetahuan saya... gelaran-gelaran tersebut tidak pernah ada dalam senarai nama-nama pembesar Brunei. Kemungkinan... gelaran itu khusus untuk bahagian Sarawak sahaja.

Insyaallah... saya akan cuba mendapatkan lebih informasi berkenaan hal tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 12:01 PM | Show all posts
LLM... seingat saya... Taib Mahmud tidak pernah di kurnia gelaran Pehin... tapi bintang yang membawa darjah Dato saya rasa ada... tapi tidak pasti samada ia membawa pangkat Dato Seri Utama atau Dato Seri Paduka atau Dato Paduka Seri. Kebiasaannya... pembesar luar negara ada yang pernah di berikan pingat darjah DK iaitu Darjah Kerabat... atau Darjah Panglima kebiasaannya dianugerah kepada Ketua Turus Tentera.

Insyaallah... saya akan mencari informasi berkenaan hal tersebut... mungkin Laila boleh bantu saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 12:15 PM | Show all posts

Cheteria 8

Cheteria 8

1) Nama gelaran: Pengiran Indera Mahkota

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd Yassin, PSLJ, SPMB, POAS, PHBS, PJK.

2) Nama gelaran: Pengiran Setia Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim, DK, SPMB, DSNB, POAS, PHBS, PJK.

NOTA: Beliau ialah bekas Menteri Besar Brunei. Salah seorang yang terselamat dari bencana bom atom di Hiroshima. Alhamdulillah... masih hidup sehingga sekarang... dan masih boleh bertutur dalam bahasa jepun. Berkecimpung dalam bidang penulisan dengan nama pena... Yura Halim. Pencipta lirik lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

3) Nama gelaran: Pengiran Putera Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Putera Negara Pengiran Haji Umar bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong, PSPNB, PSLJ, DSNB, DPMB, PHBS, PBLI, PJK.

4) Pengiran Indera Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Haji Puteh ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, DSLJ, PJK.b

NOTA: Adik-beradik DYMM Raja Isteri

5) Nama gelaran: Pengiran Negara Indera - vacant

6) Nama gelaran: Pengiran Kesuma Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kesuma Negara Pengiran Anak Haji Chuchu Besar ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim, PSLJ, SNB, SMB, POAS, PHBS, PJK.

7) Nama gelaran: Pengiran Sura Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Mohammad Bey Muntassir bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj, DK.

NOTA: Beliau ialah suami kepada adik bongsu Sultan Brunei

8) Nama gelaran: Pengiran Siraja Muda - vacant
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 12:21 PM | Show all posts

Cheteria 16

Cheteria 16

1) Nama gelarana: Pengiran Maharaja Anakda - vacant

2) Nama gelarana: Pengiran Kesuma Indera - vacant

3) Nama gelarana: Pengiran Jaya Negara - vacant

4) Nama gelarana: Pengiran Kerma Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Wahab bin Pengiran Sabtu Kemaluddin, SPMB, DSNB, PHBS.

5) Nama gelarana: Pengiran Kerma Indera - vacant

6) Nama gelaran: Pengiran Dipa Negara Laila Diraja

Penyandang:  Yang Amat Mulia Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Anak Haji Abdul Momin bin Pengiran Haji Ismail, DK, DsNB, DPMB, POAS, PHBS, PBLI, PJK.

7) Nama gelaran: Pengiran Dewa Negara - vacant

8) Nama gelaran: Pengiran Seri Maharaja - vacant

9) Nama gelaran: Pengiran Kerma Raja

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Raja Pengiran Haji Kamarulzaman bin Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali, DK, PIKB.

10) Nama gelaran: Pengiran Derma Wangsa - vacant

11) Nama gelaran: Pengiran Derma Putera - vacant

12) Nama gelaran: Pengiran Jaya Kesuma - vacant

13) Nama gelaran: Pengiran Jaya Indera

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Puteh bin Pengiran Haji Rajid, DK, DSNB, DPMB, PNB, PHBS, PJK

14) Nama gelaran: Pengiran Seri Rama - vacant

15) Nama gelaran: Pengiran Seri Dewa - vacant

16) Nama gelaran: Pengiran Maharaja Dewa - vacant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 12:30 PM | Show all posts

Cheteria tambahan di bawah Cheteria 16 - Additional Cheteria to Cheteria 16

Cheteria tambahan di bawah Cheteria 16 - Additional Cheteria to Cheteria 16

1) Nama gelaran: Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, PSNB, SMB, PJK, PIKB.

NOTA: Beliau berperanan sebagai Grand Chamberlain yang bertanggung-jawab mengenai hal-ehwal istiadat diraja dalam istana.

2) Nama gelaran: Pengiran Laila Kanun Diraja

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, DK, PSNB, PHBS.

NOTA: Beliau ialah mantan Peguam Negara.
Reply

Use magic Report

yramlee This user has been deleted
Post time 21-11-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by AwgSagi at 21-11-2006 11:53 AM
Yramlee... sepanjang pengetahuan saya... gelaran-gelaran tersebut tidak pernah ada dalam senarai nama-nama pembesar Brunei. Kemungkinan... gelaran itu khusus untuk bahagian Sarawak sahaja.

Insya ...


Harap tidak di hampakan Awg ..sebab memang jelas sebelum brooke dtg ke sarawak..Sarawak di bawah naungan Brunei..Nama spt gelaran datu patinggi amat popular bagi org melayu di sarawak..Contoh spt datu patinggi Ali , datu patinggi kedit... untuk mengingati sejarah... orang tersebut..terdapat Jalan Datu patinggi Ali di Kuching , sekolah datu Patinggi kedit di betong sarawak...
harap tidal keberatan mencari infro tentang gelaran jawatn ini Awg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 12:45 PM | Show all posts

Cheteria 32

Cheteria 32

1) Nama gelaran: Pengiran Dewa Maharaja - vacant

2) Nama gelaran: Pengiran Kerma Dewa - vacant

3) Nama gelaran: Pengiran Indera Dewa - vacant

4) Nama gelaran: Pengiran Seri Lela - vacant

5) Nama gelaran: Pengiran Seri Ratna - vacant

6) Nama gelaran: Pengiran Seri Utama - vacant

7) Nama gelaran: Pengiran Seri Negara - vacant

8) Nama gelaran: Pengiran Derma Wijaya - vacant

9) Nama gelaran: Pengiran Setia Raja

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Raja Pengiran Haji Jaya bin Pengiran Haji Rajid, DK, DHPNB, PHBS, PJK.

10) Nama gelaran: Pengiran Lela Negara

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Negara Pengiran Haji Mohammad ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, DSLJ, SMB, PHBS.

11) Nama gelaran: Pengiran Paduka Ratna - vacant

12) Nama gelaran: Pengiran Paduka Raja - vacant

13) Nama gelaran: Pengiran Mahawangsa - vacant

14) Nama gelaran: Pengiran Jaya Perkasa

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Perkasa Pengiran Anak Haji Hassan bin Pengiran Sabtu Kemaluddin, DSLJ, SNB, PHBS, PJK.

15) Nama gelaran: Pengiran Ratna Indera - vacant

16) Nama gelaran: Pengiran Ratna Negara - vacant

17) Nama gelaran: Pengiran Indera Perkasa

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Perkasa Pengiran Haji Hamdan bin Pengiran Haji Ismail, DPMB, SNB, SLJ, PJK.

18) Nama gelaran: Pengiran Laila Raja - vacant

19) Nama gelaran: Pengiran Setia Jaya

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Othman, DK, DSNB, SLJ, POAS, PHBS, PJK

20) Nama gelaran: Pengiran Ratna Wangsa - vacant

21) Nama gelaran: Pengiran Lela Perkasa - vacant

22) Nama gelaran: Pengiran Lela Wijaya - vacant

23) Nama gelaran: Pengiran Kerma Wijaya - vacant

24) Nama gelaran: Pengiran Jaya Petra - vacant

25) Nama gelaran: Pengiran Paduka Dewa - vacant

26) Nama gelaran: Pengiran Paduka Indera - vacant

27) Nama gelaran: Pengiran Seri Indera

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohammad, DPMB, POAS.

28) Nama gelaran: Pengiran Ratna Wijaya

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Hasnan bin Pengiran Ahmad, PSPNB, DSLJ, SNB, PHBS.

29) Nama gelaran: Pengiran Indera Wijaya

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Indera Wijaya Pengiran Dr. Haji Ismail bin Pengiran Haji Damit, PSNB, SPMB, DSLJ, PJK.

30) Nama gelaran: Pengiran Seri Wijaya

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof, SPMB, PBLI, PJK

31) Nama gelaran: Pengiran Ratna Perkasa - vacant

32) Nama gelaran: Pengiran Lela Utama

Penyandang: Yang Amat Mulia Pengiran Lela Utama Pengiran Haji Mohd Said bin Pengiran Ahmad, DPMB, PSB, PIKB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 12:52 PM | Show all posts

... bersambung...

Senarai gelaran untuk pembesar2 yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja habis setakat cheteria 32.

Selepas ini saya akan senaraikan gelaran bagi pembesar2 dari kalangan orang kebanyakan (rakyat biasa).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060586 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list