CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20705|Reply: 26

Tanda tanya kematian Diana belum berkubur

[Copy link]
Post time 18-12-2006 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Tanda tanya kematian Diana belum berkubur
Oleh Nurul Adlina Kamaludin


Bapa Dodi berhasil bawa kes ke mahkamah terbuka

KHAMIS lalu, misteri kematian Puteri Diana dijawab polis Britain secara rasmi. Hasil siasatan tiga tahun Operation Paget setebal 832 muka surat itu akhirnya merumuskan kerabat diraja paling popular itu maut akibat nahas jalan raya dan bukannya dibunuh atau korban teori konspirasi.


MATI BERSAMA:
Puteri Diana dan
Dodi yang dirakam
di St Tropez, Perancis
pada 22 Ogos, 1997,
iaitu kira-kira
sembilan hari sebelum
pasangan kekasih ini
mati dalam nahas
di Paris.

Diana yang ketika itu berusia 36 tahun bersama Dodi, 42, meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam nahas di terowong Pont de L'Alma, Paris.

Kesimpulan pasukan 10 penyiasat diketuai bekas ketua polis Lord John Stevens tidak mengejutkan tetapi sudah dijangkakan. Laporan siasatan bernilai £3.7 juta (RM25.9 juta) yang sepatutnya dipercayai, disokong dan diiktiraf sebaliknya disambut rungutan, baik di internet atau menerusi media dalam dan luar negara.

Pada masa sama, bagi kerabat diraja Britain khususnya keluarga Diana, mereka berharap laporan itu memadamkan terus isu kematian puteri yang lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan.

Malah, sejurus selepas pengumuman rasmi laporan itu, putera kesayangan Diana, Putera William dan Putera Harry merayu agar semua pihak menghormati hasil siasatan berkenaan.

Bagi mereka, apa lebih penting adalah memastikan ibu tersayang dapat dikenang dengan memori indah, termasuklah menerusi penganjuran satu konsert khas 1 Julai depan yang tiketnya laris dalam tempoh 30 minit saja selepas dijual Rabu lalu.

Cuma, nasib Diana dan teori konspirasi itu tidaklah selaris tiket itu yang dapat dilenyapkan secepat kilat. Hakikat di luar tembok tebal istana tertulis sebaliknya. Hasil siasatan itu bukan saja gagal menjadi titik noktah, malah menghebatkan tiupan teori konspirasi yang antara lainnya mendakwa Diana dibunuh kerana hamilkan anak Dodi yang juga seorang Muslim - sesuatu yang pasti mengaibkan kerabat diraja yang disegani dunia. Dalang pembunuhannya pula didakwa kalangan anggota perisik Britain dan juga bekas suaminya, Charles.

Namun, laporan polis Britain itu, sama seperti kesimpulan polis Perancis yang dibuat sejurus selepas nahas berkenaan menyangkal semuanya. Ia mentakrifkan kematian Diana dan Dodi akibat tindakan pemandu mereka, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk.

Ujian darah mengesahkan catatan alkohol dalam badan Paul adalah dua kali lebih tinggi daripada had. Dia memandu terlalu laju iaitu antara 61-63 batu sejam apabila melanggar tembok di dalam terowong Pont d扐lma. Malah, Diana, Dodi dan Paul sendiri juga tidak mengenakan tali pinggang keledar.

Kesimpulan lain termasuk menyangkal dakwaan bapa Dodi, hartawan Arab Mohammed Al-Fayed yang Diana dan anaknya itu bakal bertunang dan sudah pun memilih cincin. Siasatan polis memetik kenyataan William dan rakan Diana, Annabel Goldsmith sebagai berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai rancangan sedemikian.

Pihak Scotland Yard itu turut menafikan Diana hamil, berdasarkan ujian ke atas contoh darahnya yang diambil daripada bangkai kereta nahas berkenaan. Mereka juga tidak menemui bukti pembabitan kerabat diraja, khususnya Charles serta tangan ghaib pihak perisikan MI5 dalam pembunuhan Diana seperti didakwa Al-Fayed. Polis turut menafikan pembabitan perisikan asing termasuk intipan perisikan Amerika Syarikat ke atas Diana.

Teori lain yang ditolak adalah mengenai kewujudan kereta Fiat putih yang didakwa melanggar kereta Diana serta cahaya terang yang dilihat dalam terowong sebelum nahas.

Namun buat kesekian kalinya, teori berkenaan gagal dikuburkan bersama Diana yang sudah pun bersemadi hampir 10 tahun lalu. Buktinya, hasil tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menunjukkan rumusan siasatan polis itu gagal memuaskan hati orang ramai yang sebaliknya terus mahukan jawapan sebenar siapakah pembunuh puteri kesayangan mereka itu.

Tinjauan beberapa hari lalu yang dibuat sejurus selepas tersiarnya laporan awal hasil siasatan berkenaan mendapati 31 peratus responden ternyata yakin nahas itu bukan satu kemalangan, 22 peratus lain turut meraguinya manakala 43 peratus lain bersetuju puncanya adalah kemalangan.

揃anyak lagi persoalan yang timbul daripada hasil siasatan yang diumumkan itu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 05:27 PM | Show all posts
aku tetap yakin kes ni konspirasi....
Reply

Use magic Report

ikankiut This user has been deleted
Post time 18-12-2006 08:21 PM | Show all posts
masa bila ntah i baca,
ada fakta kata pemandu kereta yang mabuk.
tak tahulah konspirasi yang cuba diadakan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:00 AM | Show all posts
ermmm tah la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 10:22 AM | Show all posts
aku peduli apa...
Reply

Use magic Report

blaquepen This user has been deleted
Post time 20-12-2006 02:53 PM | Show all posts
Terbaca yang mengatakan bahawa pemandu kereta tu mabok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2006 11:33 PM | Show all posts
Pernah ku fikirkan apakah kesudahannya nanti ttg Diana & Dodi kerana dipandang dari kacamata ratu  England tentunya sudah menjadi rumit. Tentulah kematian akan menjadi suatu pengakhir yang muktamad....serupalah dengan lain2 kedudukan rumit yang pernah berlaku di sana sini......Orang yang menyebabkan kematian mangsapun akhirnya mati juga. Jadi nak soal siapa? Dah 10 tahunpun....................macam2 boleh terjadi dalam masa tu. Akhirnya .....tak ada atau tak cukup bukti!

[ Last edited by  hamizao at 20-12-2006 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2006 10:26 AM | Show all posts
lepas ni al fayed lak mati
heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2007 10:33 AM | Show all posts
Siasatan kematian Diana disambung


LONDON: Siasatan rasmi ke atas Puteri Diana yang meninggal dunia pada 1997 dalam satu kemalangan jalan raya di Paris bermula semula semalam dan dijangka mengadakan perbicaraan awal selama dua hari di Mahkamah Keadilan Diraja di London.

Baroness Elizabeth Butler-Sloss, seorang hakim kanan yang sudah bersara dan juga anggota Dewan Negara akan mempengerusikan sesi keterangan awal yang dijangka berkisar kepada isu prosedur.

Beliau akan memutuskan sama ada kes itu akan didengar oleh juri. Laporan terbaru juga mengatakan kematian Diana dan teman lelakinya Dodi Fayed akan diteliti secara berasingan.

Siasatan rasmi dihentikan secara mendadak pada 2004 sebaik saja ia dimulakan. Ia dijangka diadakan tahun ini, hampir sedekad selepas pasangan berkenaan terbunuh dalam kemalangan dalam sebuah terowong di ibu kota Perancis itu.

Siasatan Perancis selama dua tahun, siasatan Polis Metropolitan Britain selama tiga tahun dan tindakan undang-undang bapa Dodi, pemilik pusat beli belah Harrods, Mohammed al Fayed, adalah antara punca siasatan rasmi itu ditangguh.

Di bawah undang-undang Britain, siasatan rasmi diadakan apabila seseorang mati tanpa dijangka, secara ganas atau tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Al Fayed sebelum ini mendesak pihak berkuasa Britain mengadakan siasatan itu secara terbuka dan mengancam mengenakan tindakan undang-undang jika ia enggan berbuat demikian.

Perbicaraan awal semalam pada mulanya dijadualkan diadakan secara tertutup tetapi Butler-Sloss memutuskan sebaliknya, menyatakan ada kepentingan awam yang besar dalam kes berkenaan.

Hampir 70 kerusi dikhaskan untuk media pada perbicaraan itu dan 50 kerusi tambahan untuk orang awam.

Lewat tahun lalu, siasatan polis Britain menolak dakwaan puteri itu menjadi mangsa konspirasi pembunuhan. Siasatan dipengerusikan Lord Stevens, bekas ketua polis Metropolitan, berkata pemandu kenderaan puteri itu mabuk dalam insiden 1997 berkenaan dan memandu pada kelajuan tinggi ketika cuba mengelak jurugambar yang mengejar mereka.

Laporan Stevens banyak mengesahkan hasil siasatan oleh pihak berkuasa Perancis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 09:57 AM | Show all posts
Al Fayed minta ratu disoal isu Diana


LONDON: Jutawan Arab dan pemilik gedung beli-belah Harrods, Mohamed al Fayed mengemukakan tuntutan supaya Ratu Elizabeth turut disoal berhubung kematian Puteri Diana, dalam inkues yang akan dimulakan Oktober depan.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, Mohamed yang juga bapa Dodi Al-Fayed - kekasih Diana yang mati bersama puteri itu dalam nahas di Paris pada 1997, berbuat demikian kerana yakin pasangan kekasih itu mati sebagai mangsa konspirasi, bukannya korban nahas jalan raya.

Al Fayed sebelum ini memfailkan tuntutan supaya Putera Charles dan bapanya, Putera Philip mengemukakan bukti pada perbicaraan itu.

Kini, beliau mahukan Ratu 憈erbabit secara langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 10:37 AM | Show all posts
Diana hamil anak Hasnat Khan


Wartawan Perancis dakwa dapat bukti hospital yang merawat puteri Britain itu

LONDON: Puteri Diana 慼ampir pasti
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 01:29 PM | Show all posts
macam2 teori..
anyhow, suka sgt pada Lady Di..
kalau tak salah, dia nak dtg M'sia nak pergi ke S'wak
utk melawat tempat apa ntah kat situ..
dah lupa.. nama tempat tue.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 01:42 PM | Show all posts
Waiting for the "dogs to bark" the night Diana died

By Robert Woodward

LONDON (Reuters) - It was just after midnight when my home telephone rang. A colleague working the overnight shift at Reuters apologised for waking me up.

"There has been a crash in Paris and the police are pretty sure Diana was in the car," he said.


File photo of Princess Diana adjusting a veil, given to her by the Iman of the Badshahi Mosque in Lahore, Pakistan, September 25, 1991. (REUTERS/Robert Mountfort)

It was the start of a surreal night and probably the most stressful week of my working life. Princess Diana's death was to sweep other stories off the front page, and many inside pages, of newspapers around the world.

Only the hardest of hearts was left unmoved by its impact on her family, particularly her two boys, and millions of people mourned her as one of their own, whatever their reasons.

On my way to the London office, the radio was reporting Diana's boyfriend, Dodi al-Fayed, had died in the crash in an underpass but there was no news on her condition.

The world's media had been tracking Diana and her love interest for days, splashing photographs of the pair cavorting in the Mediterranean and speculating about whether the son of Harrods owner Mohamed al-Fayed would be her second husband.

I rang Buckingham Palace, Kensington Palace and Prime Minister Tony Blair's office for news about Diana.

No one answered. This was extremely unusual.

As every British television channel began reporting live from Paris and London, there was a report that Diana had been seen at the entrance of the tunnel in Paris, wearing a sling.

I relaxed a little but not for long.

One of our reporters was travelling with Robin Cook, foreign minister since Blair had won power in a May election, on a swing through Asia. At about 3 a.m. London time the reporter rang in from the tarmac of Manila airport.

"Take your fingers off the keyboard before I speak to you, Robert," he began. (I had a reputation for getting excitable when big news broke.)

He said Cook's flight had been stopped on the runway and the correspondents with him had been briefed.

"I've been told to tell you to expect the worst," he said.

JOURNALISTIC DILEMMA

The reporter, David Ljunggren, faced a journalistic dilemma over what could have been the biggest scoop of his life.

Reporters had noticed a huddle at the back of the plane and found Cook's chief spokesman looking shattered.

"She's dead," he said.

"Pardon?" asked someone.

"Princess Diana is dead," he said.

"Can we use that?" he was asked.

The spokesman said he could not be quoted in any form because the French authorities had to announce the news.

David and I discussed whether we could use this information -- off the record means just that, it cannot be used in a story.

Anyway were we confident that Cook's press spokesman, several thousand miles from the accident, knew the truth. Was he swept up in the percolating reports and rumours on her fate?

We decided to hold off but, 10 years later, we still discuss whether that was the right decision.

When Diana's car was slowly hauled out of the tunnel into the sight of television cameras we knew from the severe damage that she would have suffered terrible injuries.

I was starting to feel dizzy because I had eaten little for 10 hours. I needed reinforcements but it was a national holiday weekend at the end of summer. I rang up mobiles, partners, parents and flat mates of colleagues but could reach no one.

Thankfully, the European news editor arrived to back me up. Several months earlier a couple of our reporters had gone for lunch with a royal functionary and had extracted the mobile number of someone high up at Buckingham Palace.

We had agreed that this number would be used only in a dire emergency. I rang it and the phone was not picked up.

"None of the dogs are barking," said the news editor. "I'm sure she's dead."

The announcement came 30 minutes later and I sent the flash on the death of the most recognised woman in the world.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 01:44 PM | Show all posts
Britain's Camilla pulls out of Diana service

By Peter Griffiths

LONDON (Reuters) - The wife of Britain's Prince Charles said on Sunday she had decided not to attend a memorial service to mark the 10th anniversary of the death of Princess Diana.

Camilla, the Duchess of Cornwall, said she did not want to distract attention from the commemoration of Diana's life.


Camilla, the Duchess of Cornwall, takes shelter under an umbrella from the wind and rain during an official visit with her husband Prince Charles (not in picture) to the Anstruther RNLI Lifeboat Station in east Scotland in this May 30, 2007 file photo. (REUTERS/David Moir)

Charles's former mistress is blamed by many for breaking up his marriage to Diana. One of Diana's former closest friends, Rosa Monckton, told a Sunday newspaper that Camilla's presence would have been "deeply inappropriate".

In a statement, Camilla said she had been "touched" to be invited to the event by Charles and Diana's sons, Princes William and Harry, but had decided to stay away.

"I accepted and wanted to support them," she said. "However, on reflection, I believe my attendance could divert attention from the purpose of the occasion which is to focus on the life and service of Diana."

Former royal press officer Dickie Arbiter said it was the right decision.

"I think a lot of people felt it was inappropriate that she attend this particular memorial service," he told BBC television. "At the end of the day, she shouldn't have gone."

Diana died in a Paris car crash on Aug. 31, 1997, with her companion Dodi al-Fayed.

The service to mark the anniversary of her death is due to take place in an army chapel near Buckingham Palace on Friday.

More than 30 members of Britain's royal family, including Queen Elizabeth, are due to attend.

Prime Minister Gordon Brown and singer Elton John are among 500 invited guests. William and Harry are to give readings.

Camilla said she was grateful to Charles, who is next in line to the throne, and his sons, for supporting her decision.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 01:00 PM | Show all posts
Al-Fayed dedah Diana hamil -
Dedah bukti dalam inkues siasatan


AL-FAYED (kanan) melambaikan tangannya ke arah wartawan ketika tiba di Mahkamah Tinggi London semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


INKUES yang menyiasat kematian Puteri Diana dan kekasihnya, Dodi al-Fayed semakin panas selepas bapa Dodi, Mohamed Al-Fayed buat pertama kalinya memberikan kenyataannya di Mahkamah Tinggi London.

Pemilik gedung membeli belah terkemuka, Harrods di Britain itu semalam menegaskan bahawa Diana dan Dodi merupakan mangsa konspirasi pembunuhan pihak Istana.

Diana yang merupakan bekas isteri pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles dan kekasihnya itu terbunuh dalam satu kemalangan di sebuah terowong di Paris, Perancis pada 30 Ogos 2007.

Al-Fayed berkata, dia berjuang selama 10 tahun untuk membalas dendam atas kematian anaknya itu.

揑ni adalah saat yang saya tunggu bagi menyatakan apa yang sebenarnya berlaku pada anak saya dan Diana,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2008 10:16 AM | Show all posts
Kisah benar cinta Diana-Hasnat HasnatHasnat



--------------------------------------------------------------------------------


SEORANG pakar bedah terkenal Britain, Dr. Hasnat Khan akhirnya mendedahkan punca sebenar hubungan cintanya dengan Puteri Diana berakhir.

Pendedahan terbaru itu didedahkan dalam inkues siasatan kematian Diana di Mahkamah Tinggi London kelmarin tetapi disiarkan oleh beberapa akhbar semalam.

Menurut Dr. Hasnat, Diana yang ketika itu berumur 36 tahun membuat keputusan untuk menamatkan hubungan percintaan dengannya selepas terpesona dengan kekayaan Dodi Al-Fayed.

Pendedahan itu sekali gus menafikan beberapa laporan yang tersebar luas di media sebelum ini bahawa Dr. Hasnat yang memutuskan untuk menamatkan hubungan dan bukannya Diana.

"Saya berpendapat Diana akhirnya menyedari bahawa Dodi dapat memberikan semua perkara yang tidak mampu saya berikan," katanya.

Dr. Hasnat yang menjadi kekasih Diana selama dua tahun sebelum puteri tersebut beralih menjadi kekasih Dodi itu menyatakan demikian menerusi satu kenyataan kepada inkues tersebut.

Pakar bedah itu tidak hadir dalam inkues yang bersidang kelmarin tetapi kenyataannya dibacakan oleh seorang peguam belanya dan seorang anggota polis.

Tujuan inkues itu diadakan adalah untuk memastikan sama ada terdapat kebenaran dakwaan bapa Dodi, Mohammed Al-Fayed yang menuduh anaknya dan Diana meninggal dunia akibat konspirasi agensi perisikan Britain iaitu M16 dan suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip bagi mengelak dua anak puteri berkenaan mempunyai bapa tiri Muslim.

Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 selepas kereta yang dinaikinya bersama Dodi merempuh dinding sebuah terowong di pinggir Paris.

Dr. Hasnat yang berumur 48 tahun mendedahkan dia kemudian memberitahu Diana bahawa reputasinya akan musnah jika puteri itu mempunyai ikatan hubungan dengan keluarga Al-Fayed.

Bapa Dodi merupakan pemilik gedung membeli-belah terkenal di Britain, Harrods.

Sebelum ini pakar bedah kelahiran Pakistan itu bertindak mendiamkan diri dan enggan berbicara secara terbuka mengenai hubungan cintanya dengan Diana.

Dr. Hasnat juga mendedahkan mengenai kunjungan Diana terhadap keluarganya di Pakistan dan Britain.



DR. HASNAT berkahwin dengan Hadia pada Mei 2006 tetapi mereka bercerai 18 bulan kemudian.

--------------------------------------------------------------------------------


Pakar bedah itu juga menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita mengenai hubungan cintanya dengan Diana bocor. Ancaman bunuh itu diterimanya selepas puteri berkenaan menghantar bunga di Hospital Royal Brompton tempat dia bertugas pada tahun 1995.

Dr. Hasnat juga menerima sepucuk surat tanpa nama pengirim yang disertakan dengan gambarnya yang dikerat-kerat.

Dia juga menyatakan ketika kemuncak hubungan cinta mereka, Diana menimbang untuk berpindah dengannya ke Pakistan.

Bagaimanapun, pakar bedah itu memberitahu puteri berkenaan bahawa kehidupan akan menjadi sukar kerana kedudukan dirinya.

Dalam inkues itu, Dr. Hasnat dalam kenyataannya menyatakan kali pertama dia bertemu dengan Diana adalah pada tahun 1995 di Hospital Royal Brompton.

Pakar bedah itu kemudian mengundang puteri berkenaan supaya bertemu dengan keluarganya di Sratford, Timur London dan Diana bersetuju.

"Walaupun kami bercakap mengenai perkahwinan, kami tidak menyentuh mengenainya dengan terperinci. Dia dan saya tidak membuat sebarang lamaran," kata Dr. Hasnat.

"Kebimbangan saya adalah nyawanya kerana kedudukan Diana," tambahnya.

Dr. Hasnat juga mengesahkan bahawa bahawa orang gaji Diana, Paul Burrell menemui seorang paderi bagi membincangkan isu kemungkinan mereka berkahwin.



WAJAH terbaru Dr. Hasnat.

--------------------------------------------------------------------------------

Pakar bedah itu dalam kenyataannya juga mendedahkan bahawa Diana tidak perlu menganut agama Islam jika mereka mendirikan rumah tangga.

Pakar bedah itu juga mendedahkan bahawa Diana mahu seorang anak perempuan bagi menyempurnakan anggota keluarganya selepas mempunyai dua anak lelaki iaitu Putera William dan Putera Harry.

Pakar bedah itu juga memberitahu puteri itu tidak lagi bercakap dengan ibunya kerana menghina hubungan cinta mereka.

Namun, ketegangan kemudian bermula selepas dia menghidu ada sesuatu yang tidak kena selepas puteri itu bercuti dengan anggota keluarga Al-Fayed dan bertemu dengan Dodi pada musim panas 1997 di St. Tropez.

Selepas itu, Dr. Hasnat menyatakan dia menghubungi Diana menerusi telefon bimbit tetapi puteri tersebut tidak menjawabnya.

Pakar bedah itu menyatakan Diana kemudian menjelaskan bahawa telefon bimbitnya mempunyai masalah dan mereka kemudian bertemu di Battersea Park.

"Saya memberitahu dia bahawa saya mengesyakinya menjalin hubungan dengan orang lain dan orang itu adalah daripada anggota keluarga Al-Fayed.

"Saya terkejut dia menafikannya," tambahnya. Dr. Hasnat kemudian mendedahkan bahawa dalam pertemuan kedua di Istana Kensington Diana memberitahu bahawa hubungan cinta mereka sudah berakhir tetapi menafikan terdapat orang ketiga yang terlibat.

Pakar bedah itu pernah diseludup memasuki istana tersebut oleh orang gaji Diana dengan menyembunyikannya dalam but kereta ketika mereka sedang hangat bercinta.

Dr. Hasnat juga meragui Diana hamil ketika meninggal dunia kerana puteri itu sangat mengambil berat mengenai pil pencegah kehamilannya.

Pada Mei 2006, hampir sembilan tahun selepas kematian Diana, Dr. Hasnat berkahwin dengan Hadia Sher Ali yang berumur 29 tahun dari berketurunan Pakistan serta keluarga diraja Afghanistan.

Bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir 18 bulan kemudian. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 03:37 PM | Show all posts
tp still menjadi tanda tanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 01:08 AM | Show all posts
apa tindakan yg bole diambil kiranya dah dapat keputusan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 06:25 AM | Show all posts
aku tetap kata ini konspirasi. pasal pemandu yg mabuk pun konspirasi. memang betul pemandu mabuk, tp ada sebab yg menyusul sebab apa dia mabuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2008 10:01 AM | Show all posts
hehheh diana ni pun cap ayam eh?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.347679 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list