CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16768|Reply: 115

Macam mana nak Jawab?

[Copy link]
Post time 24-4-2007 10:19 AM | Show all posts |Read mode
salam...

Di sini saya nak tanya pendapat forumer2 mengenai soalan yg ditimbulkan oleh kawan saya..

Kawan : "Eh ko rase pengikut Syiah tu orang Islam ke?"

Saya : "........Islam tapi..dia terpesong sikit..."(nada xberapa pasti)

Kawan : "betulke..bukan terpesong lagi..diorg xnak terima sunnah nabi...k*fir!"

Saya : ".....diorang pun tak terima khalifah Ar-Rasyiddin...mengucap 2 kalimah syahadah pun tak nak.."

Kawan : "kalo xterima sunnah nabi, mcm mane diorg solat? nak ikut cara solat cmne?bacaan dalm solat?"

Saya : "..itu la.."

Kawan : "ya syiah bukan Islam..k*fir..k*fir"

Saya : "....sayang le cmtu kan.. " (berfikir:syiah mmg percaya Allah, tapi....)


ape pendapat forumer? apakah jawapan yg paling tepat jika ade org tanye cmnie?......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ummi_nuur This user has been deleted
Post time 24-4-2007 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by cak! at 24-4-2007 10:19 AM
salam...

Di sini saya nak tanya pendapat forumer2 mengenai soalan yg ditimbulkan oleh kawan saya..

Kawan : "Eh ko rase pengikut Syiah tu orang Islam ke?"

Saya : "...... ...


saya teringat masa sek... berbanding rakan2 yg suka menempel pic artis kt buku2 or loker mereka, saya lbh suka menempel pic2 imam dr iran. saya merasa tenang memandang wajah mereka, rasa seolah2 saya memandang datuk saya... rakan2 mempersoalkan soalan sperti di atas... krn saya bukan berfahaman syiah, tak pernah tahu pasal ajaran ni saya menjawab berdasarkan pengamatan saya apa yg tercetus di iran. malah spanjang pembelajaran saya di sekolah pun sama sekali saya tdk didedahkan oleh sejarah2 hitam keturunan ahlulbait, cuma bila pelajar mempersoalkan kejadian trajis di Karbala, ustaz kami berkata 'itu adalah kesilapan besar ummat Islam waktu itu... namun itu adalah sejarah dan mereka semua sahabat..' so, kami ternganga dan semua itu hilang bgitu saja dan tdk dpersoalkan lagi. walaupun naluri ingin lebih lanjut mengetahuinya, tiada siapa ingin bercerita lbh lanjut...

apa yang saya jwb bedasar aqal saya waktu itu, saya tak nampak di mana kafirnya mereka (syiah/merujuk pd iran). Amerika nampak gerun pd mereka berbanding negara2 islam lain yg boleh dperbodohkan. Mereka solat n merayakan dua hariraya ummat islam sedunia. mereka menunaikan haji sperti islam yg lain. apa yg paling saya suka ialah menonton filem2 iran dr menonton filem islam dr negara saya sendiri - yeah,, anda boleh menilai sendiri bagaimana filem2 kitakan..? kesesatannya lebih ribuan kali dr filem iran yg sgt menjaga tatatertib Islam...

yang saya suka juga negara mereka sgt menjaga ketertiban wanita, ada jalan, lif, kenderaan, sukan, tempat beriadah khas utk wanita... wanita kafir pun wajib menjaga kesopanan mereka dr sudut berpakaian... nah, dimanakah kebodohan, kekafiran itu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 01:19 AM | Show all posts
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."  (Al-Hujuraat : 6)

"Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga." (Yunus 66)

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Al-Hujuraat 12)
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 01:29 AM | Show all posts
Sape lah kita nak hukum org lain salah , KITA je yg betul. bila di tanya islam yg btul cmana , dgn bangganya kita bg tau , " ISLAM YANG MACM KITORANG NI LAH"

Hukum-menghukum ni bkn kerja manusia actually , psl manusia x tau apa2 pun , nyawa sndiri pun x pegang sndiri , udara pun x leh buat sndiri , lg nak hukum org lain , sedarlah wahai saudara-saudari ku sekelian
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:27 PM | Show all posts
Kita kat dunia ni hanya berusaha dalam mendapatkan keredhaanAllah... sedangkan Dia terima kita sebagai orang beriman atau tidak... itu hak Nya...  berdosa pada pada Dia.. Dia ampunkan tapi berdosa pada manusia... tu Dia tak ampunkan selagi orang tu tak maafkan... baiknya kita baiki aje diri kita dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 1-5-2007 12:27 PM
Kita kat dunia ni hanya berusaha dalam mendapatkan keredhaanAllah... sedangkan Dia terima kita sebagai orang beriman atau tidak... itu hak Nya...  berdosa pada pada Dia.. Dia ampunkan tapi berdos ...


dan siapa kita pula nak mengkafirkan Saidina Abu Bakar As Siddiq, S.Usman dan S. Umar al Khattab, siapa kita ??????..RSAW yg kasyaf itu tidak akan meninggalkan wasiat utk menghormati sahabat2nya ini jika beliau tahu bahwa mereka akan murtad atau akfir seperti yg dilaung2kan oleh Syiah itu...

berpada2lah dlm mencintai dan memuja wahai kwn2ku.....adakah dgn memurtadkan dan mengkafirkan sahabat2 RSAW ini akan menambah kecintaan kita kpd ahlulbait ?..ia sebenarnya adalh satu jarum halus yg tdk kelihatan, ia sebenarnya satu pemahaman utk memecahbelahkan umat islam atas isu2 yg kita sendiiri hanya dgr dari sejarah tanpa kita boleh nilai dg matakepala sendiri akan apa sebenarnya terjadi..jgnlah hanya kerana cerita SEJARAH kita mencemarkan maruah RSAW dan ahlulbait secara yg kita tdk sedari...

Tuhan sahaja yg jadi saksi ttg perasaan kecintaan kepada RSAW dan ahlulbait, hgnlah menganggap saudara2 seislam yg tdk mengkafir dan memurtadkan sahabat2 RSAW itu kurang cintanya kepada RSAW dan ahlulbait..itu hanyalah tipuan atas dasar kesombongan hati sendiri  belaka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2007 01:26 PM | Show all posts

Reply #6 rainbows's post

puan, perbahasan ini sepatutnya tidak berlaku di sini. perkataan anda banyak ironinya, saya sedang menyiapkan penulisan artikel pendek dan akan email kepada puan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 1-5-2007 01:26 PM
puan, perbahasan ini sepatutnya tidak berlaku di sini. perkataan anda banyak ironinya, saya sedang menyiapkan penulisan artikel pendek dan akan email kepada puan.



maaflah bill....aku ni tk faham apa kau maksud dgn IRONI2...aku bkn pakar bahasa....aku tunggu emel kau...juz call me rainbows, plz...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 12:23 AM | Show all posts
syiah kata ahli sunah sesat depa betul,ahli sunah kata syiah sesat
depa betul,wahabbi kata ahli sunnah sesat wahabbi betul saya
rasa semua tak betul syiah pun ada unsur yg tak betul,dalam ahli sunnah waljamaah pun ada yg tak betul dan wahabbi juga ada yg tak
betul.syiah dia ada hadis dia,ahli sunah jemaah ada hadis dia sendiri
cam hadis bukhari.macam mana kita nak tau sapa yg benar,masing
masing mengaku benar.caranya kembali kepada quran yg diturunkan
oleh allah

surah 6:129
Sesiapa yang membahagikan agama mereka kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan kamu. Mereka akan dihakimkan oleh Allah, dan
Dia akan membertahu kepada kamu apa apa yang telah kamu
lakukan.

surah 30.31 -32
Kamu mestilah menyerahkan diri diri kamu kepadaNya,
menghormatiNya, Mengerjakan Sembahyang (Salat ), dan - apa saja yang kamu lakukan - jangan sekali kali kamu jatuh kedalam
menyekutukan (Allah).


(Jangan sembah pujaan) seperti orang orang yang memecah belahkan agama mereka kepada sekta sekta; tiap tiap kumpulan bergembira
dengan apa yang mereka perolehi.

surah 42:14


Ironiknya, mereka berpecah belah menjadi sekta sekta hanyalah sesudah ilmu Pengetahuan datang kepada mereka, oleh kerana cemburu
dan kegeraman diantara mereka. Jika tidak kerana keputusan masanya yang telah tetapkan dari Tuhan kamu untuk memberikan penangguhan kepada mereka dengan masa yang telah dipastikan, tentu sekali
mereka akan diadilkan dengan segera. Sesungguhnya, generasi generasi terkemudian yang telah mewarisi kitab itulah sedang berada dalam
keadaan penuh keraguan.

jika diamati dari ayat quran ini allah melarang kita untuk berpuak puak
atau sekta seperti sunni,syiah,wahabbi dan masing masing gembira
dan yakin dengan pahaman masing masing.jadi siapakan yang benar
dan mengamlkan ajaran islam yg betul?

menurut quran orang yag benar adalah

surah albaqarah :111 -113

111. Setengah dari mereka berkata, "Tiada siapa yang akan masuk keSyurga melainkan orang Yahudi dan Nasrani!" Semua itu adalah angan angan mereka belaka, Katakanlah, "Tunjukkan bukti kepada kami, sekiranya kamu yang benar."

112. Sebenarnya, sesiapa yang menyerahkan diri diri mereka semata mata kepada Allah yang Esa sementara menjalani kehidupan yang benar, mereka akan mendapatkan ganjaran yang besar dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut, atau merasa sedih.*


113. Orang orang Yahudi berkata, "Orang orang Nasrani tidak berasas," sementara orang orang Nasrani berkata, "orang orang Yahudi yang tidak berasas." Padahal, mereka sama sama membaca kitab. Demikian itu adalah percakapan orang orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Allah akan meghakimi mereka diHari  Kebangkitan kelak, berkenaan apa yang telah mereka pertikaikan.

berdasarkan ayat diatas masing masing mengatakan mereka akan masuk syurga dan orang yg benar yahudi kata mereka masuk syurga,
nasrani kata mereka masuk syurga,islam kata mereka masuk syurga.dlm
islam pula pecah lagi ,sunni kata mereka akan masuk syurga,syiah kata
mereka masuk syurga,wahabbi kata mereka masuk syurga.siapa masuk
syurga?allah menjawab mereka yg masuk syurga adalah mereka yg
menyerahkan diri kepada allah tanpa menyekutukan dan memuja manusia(ulamak)dan menjalani hiudp yg benar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 01:20 PM | Show all posts
Ular tedung,
saya petik ayat Quran yg anda bawa

surah 6:129
Sesiapa yang membahagikan agama mereka kepada sekta sekta tidaklah setempat dengan kamu. Mereka akan dihakimkan oleh Allah, dan Dia akan membertahu kepada kamu apa apa yang telah kamu lakukan.

Asalnya agama Tuhan tidak berpecah, setelah Nabi ianya terpecah2. Golongan seperti anda ni, yg tak mahu berpoegang kepada hadis sebenarnya adalah berasal dari golongan sahabat Nabi sendiri yg bertentangan dengan pendapat Nabinya sendiri. Yang kahirnya umat berpecah kerana mereka. Dan pendapat hanya Kitab al-Quran ni bukanlah pendapat yg baru. Kata2 sang sahabat itu dan isyarat yg anda tunjukkan dari posting anda adalah sama, satu dan tak berbeza: Bunyinya begini,

Ibnu Abbas berkata: "Hari Kamis, oh hari Kamis. Waktu Rasul merintih kesakitan, beliau berkata, mari kutuliskan untuk kalian suatu pesan agar kalian kelak tidak akan tersesat. Umar berkata bahwa Nabi sudah terlalu sakit sementara AlQuran ada di sisi kalian. Cukuplah bagi kita Kitab Allah. Orang yang berada dalam rumah berselisih dan bertengkar. Ada yang mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar dituliskannya suatu pesan di mana kalian tidak akan tersesat setelahnya. Ada sebagian lain berpendapat seperti pendapatnya Umar. Ketika pertengkaran di sisi Nabi semakin hangat dan riuh Rasul pun lalu berkata, 'Pergilah kalian dari sisiku!' Ibnu Abbas berkata: 'Tragedi yang paling menyayat hati Nabi adalah larangan serta pertengkaran mereka di hadapan Rasul yang ingin menuliskan suatu pesan untuk mereka.' (Shahih Bukhori jil.2 dan 5 Hal. 75; Musnad Ahmad Bin Hanbal jil. 1 hal. 355; jil. 5 hal. 116; Tarikh Thabari jil. 3 hal. 193; Tarikh Ibnu Atsir Jil. 2 hal. 320.)

Dan ini tentulah bertentangan dengan Firman Allah Taala:

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisaa' 59)

Maka orang2 yang memecah belahkan Islam dan menubuhkan kumpulan dan sekta berdasarkan pendapat mereka sendiri adalah org2 yang mengabaikan perintah al-Quran itu sendiri seperti yg dinyatakan dalam ayat di atas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 03:54 PM | Show all posts
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisaa' 59)

bukankah perkataan yg di'bold' di atas menunjukkan bahawa kita wajib taati Allah(al-quran) dan Rasul (sunnah/hadith) Nya...so kenapa puak syiah masih xdapat terima sunnah/hadith dari RasulNya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 15-5-2007 15:54
"bukankah perkataan yg di'bold' di atas menunjukkan bahawa kita wajibtaati Allah(al-quran) dan Rasul (sunnah/hadith) Nya...so kenapa puaksyiah masih xdapat terima sunnah/hadith dari RasulNya? ...


Dorang pun taat pe.... apa lak dorang pun ada sunnah/hadith pe... kayuh pelan-pelan. banyak lagi ko kena belajar nieh... heheheeeh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 06:05 PM | Show all posts
pelan2 kayuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 06:14 PM | Show all posts
tapi kenape ade perbezaan ucapan kalimah syahadah, rukun iman (beriman kpd imam 12??-mcm terpesong jer..),dsbnya dgn ahlul sunnah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 10:17 PM | Show all posts
syiah pakai sunah syiah le,apa nak pakai sunah aswj plak.sunah bukhari,
sahih muslim,abu daud dan banyak lagi yg biasa disebut tu sunah dari
ulama aswj punya syiah punya lain.sebab tu mengucap depa lain,rukun iman lain dan banyak lagi beza ngan awsj punya.sebab tu saya sapa
yg benar ,sebab masing masing mengaku benar.yg tak berbeza cuma
quran saja yg sama.sebab tu kita kena kembali pada quran.kalau ikut
hadis ,hadis bukhari kata gini hadis syiah kata lain plak masing masing
kata nabi yg kata.tapi utk mensahihkan kebenaran amat sukar sekali
kerana dari segi sejarah sunah mula dibukukan sekitar 250 tahun selepas kematian nabi.cuba kaji sejrah penulisan hadis.kalau kita mengkaji,quran sendiri pun melarang kita menggunakan hadis saya bagi beberapa ayat quran.


45:6 Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepada kamu dengan  kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah dan revelasi revelasiNya yang   kamu dapat mempercayakan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 1-5-2007 01:29 AM
Sape lah kita nak hukum org lain salah , KITA je yg betul. bila di tanya islam yg btul cmana , dgn bangganya kita bg tau , " ISLAM YANG MACM KITORANG NI LAH"

Hukum-menghukum ...


assalamualaikum sdr,

apa sebenar maksud ? kalau kita takmenghukum siapa lagi nak menghukum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 11:10 AM | Show all posts
Originally posted by ulartedung at 15-5-2007 22:17
kalau kita mengkaji,quran sendiri pun melarang kita menggunakan hadis saya bagi beberapa ayat quran.


45:6 Ini adalah revelasi revelasi dari Allah yang kami bacakan kepadakamu dengan  kebenaran. Hadis yang manakah selain dari Allah danrevelasi revelasiNya yang   kamu dapat mempercayakan?
...



ahahaha geng Anti Hadis mai dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by ulartedung at 15-5-2007 10:17 PM
... mensahihkan kebenaran amat sukar sekali kerana dari segi sejarah sunah mula dibukukan sekitar 250 tahun selepas kematian nabi


Betul ker?? Setahu saya sejak zaman Nabi lagi telah direkodkan hadith2 Nabi...

Yang direkodkan lewat tu kitab Injil setelah Nabi Isa diangkat ke langit.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 16-5-2007 11:00 PM | Show all posts
Actually saya pun nak tahu juga betul ke Syiah Mengkafirkan Beberapa sahabat dan khalifah awal Islam ....

Kalau bertanya kpd orang2 Sunni begitulah katanya

Tapi saya ingin sangat mendapat penjelasan dari golongan Syiah. Dah banyak kali saya bertanya tapi jawapan nya sentiasa long winded dan tak jelas ..... jadi saya masih lagi tertanya2.

Dan kalau Syia mengatakan mereka2 tersebut sebagai kafir apakah dalil sebab terjatuh tuduhan kafir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by pesnipersnake at 15-5-2007 10:59 PM


assalamualaikum sdr,

apa sebenar maksud ? kalau kita takmenghukum siapa lagi nak menghukum.

Kau nak tnya hukuman dunia ke... ..hukuman akhirat , mana yg kau takut lg

So sape yg ada hukuman yg muktamad , u tell me..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.084342 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list