View: 23164|Reply: 196
|
BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]
[Copy link]
|
|
MAKLUMAT ASAS MENGENAI KOPERASI
Subseksyen 4(2) Akta Koperasi, menyatakan;
"Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada orangorang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas."
[ Last edited by ctredzuan at 4-12-2008 06:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Penubuhan sebuah koperasi mestilah atas kehendak dan kepentingan anggota secara berkumpulan.
a. Mampu mengumpulkan sekurang-kurangnya seramai seratus (100) orang bakal anggota yang berkelayakan.
b. Setiap anggota mesti sanggup dan sedia bekerjasama sesama mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Koperasi mesti mempunyai aktiviti ekonomi yang sesuai.
a. Aktiviti yang dicadangkan hendaklah berdasarkan kehendak dan keperluan semua anggota (bersama-sama).
b. Aktiviti tersebut hendaklah memenuhi keperluan ekonomi dan sosial anggota. |
|
|
|
|
|
|
|
Koperasi bolehlah menjalankan mana-mana aktiviti berikut:-
i. kewangan/bank
ii. perladangan
iii. perumahan
iv. perindustrian
v. pengguna
vi. pembinaan
vii. pengangkutan
viii. perkhidmatan
ix. insuran |
|
|
|
|
|
|
|
Anggota dan Anggota Lembaga sepatutnya mempunyai pengetahuan dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi.
a. Pengurusan dan pentadbiran hendaklah dijalankan sendiri oleh anggota koperasi bersama-sama.
b. Setiap anggota perlu memahami kehendak dan keperluan pentadbiran secara demokrasi.
c. Mampu menyediakan pekerja yarg mahir untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti koperasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mai la kita cerita tentang koperasi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 3-9-2007 04:25 PM
Mai la kita cerita tentang koperasi
menarik topik ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat yang perlu terutamanya bersedia untuk mematuhi Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 1995.
a. Seseorang yang dibenarkan menjadi anggota mestilah:
* Warganegara Malaysia.
* Berumur lebih dari lapan belas tahun.
* Bermastautin atau bekerja atau memiliki tanah dalam kawasan operasi.
b. Seseorang tidak dibenarkan menjadi anggota sekiranya :-
* Tidak berupaya dan segi mental.
* Bankrap yang belum dilepaskan.
* Masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
* Dibuang dari menjadi anggota di bawah Akta Koperasi dalam tempoh satu tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menggerakkan dan menjadikan koperasi ituaktif setiap anggota musti mampu mengadakan Modal / Syer.
a. Modal koperasi diwujudkan melalui syer oleh anggotanya.
b. Anggota hendaklah mengadakan modal yang mencukupi untuk membiayai segala aktiviti yang akan dilaksanakan.
c. Sumbangan anggota untuk modal koperasi dalam bentuk:-
* Fee masuk.
* Syer/Yuran anggota.
* Deposit tertentu.
* Lain-lain sumbangan |
|
|
|
|
|
|
|
syarat ahli koperasi;-
...ahli datang dari satu ' tempat'.
..semua alamat selangor....
...semua ahli persatuan..
...semua cikgu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wujudkan koperasi utk kepentingan bersama... pakat wujud koperasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
KOPERASI FELDA CINI 1
bagi dividen RM350 sorang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manaya at 4-9-2007 11:36 AM
KOPERASI FELDA CINI 1
bagi dividen RM350 sorang
Tujuan menjadi anggota bukan le nak dapat dividen yang tinggi semata2
tapi tetukan apakah perkhidmatan yang disediakan dapat dipergunakan
bagi membantukan setiap anggota |
|
|
|
|
|
|
|
tiap-tiap tahun Mesyuarat Agong Koperasi...
..tiap-tiap tahun...rampas kuasa jawatan tertinggi koperasi....
..banyak koperasi ...lingkup..kerana..nak jawatan jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 manaya's post
kesian dia
jawatan sebagai anggota Lembaga koperasi atau jawatankuasa audit dalaman adalah amanah bukan hadiah
tiap-tiap oyang diberikan amanah akan dipertanggungjawabkan terhadap amanahnya |
|
|
|
|
|
|
|
ALP Ahli Lembaga Pengarah
..beli alatganti kenderaan dari pembekal..adjust invoice...
..pergi hantar check payment ke pembekal..minta komisyen dari pembekal..
..urusan koperasi..claim traveling, makan, tidor..etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manaya at 4-9-2007 01:50 PM
ALP Ahli Lembaga Pengarah
..beli alatganti kenderaan dari pembekal..adjust invoice...
..pergi hantar check payment ke pembekal..minta komisyen dari pembekal..
..urusan koperasi..cl ...
cara tu tak kena
perniagaan kena buat seperti perniagaan
Menurut seksyen 45 Akta, Lembaga hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan
yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian
yang ditanggung oleh Koperasi oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian
atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Akta,
Peraturan, Undang-undang Kecil ini, aturan-aturan aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan
mesyuarat agungnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa yang diberi di bawah seksyen 49 Akta, untuk memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi ini dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, bagi memastikan hal-ehwal Koperasi dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Undang-undang Kecil serta keputusan mesyuarat agung. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|