CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32729|Reply: 276

Kata..........

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2007 03:14 PM | Show all posts |Read mode
nak tesh ader tak org yg sker
slamat membacers

[ Last edited by  lily_lyssa at 10-9-2007 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2007 03:16 PM | Show all posts

Kata...

Bab 1

Andai aku memang tidak bererti buat mana-mana lelaki,aku redha.Aku tidak mahu mendekati mereka lagi.Tidak akan jawab pertanyaan mereka.

Ibuku yang tercinta sudah ditinggalkan oleh ayahku ketika aku masih dalam kandungan.Amat pahit lagi-lagi apabila aku baru tahu yang ayahku meninggalkan ibuku kerana mengahwini wanita lain sedangkan ibuku kerap kali mengatakan bahawa ayahku mati kerana mati akibat serangan jantung.

Dari kecil aku hidup susah.Aku anak tunggal dan harus melihat kepayahan seorang ibu untuk membanting tulang di jelapang padi di Kedah semata-mata pembelajaran anaknya.Sudahku menawarkan diri untuk turut bekerja tetapi dimarahi ibu pula.Ketika aku di umur 10 tahun,ibu terpaksa menyerahkan aku kepada seorang wanita kaya yang mandul hanya kerana dirinya yang sakit dan tidak mampu bekerja untuk membayar yuran persekolahanku.

Rupa-rupanya wanita kaya itu ialah ibu tiriku,wanita yang dikahwini ayahku.Aku dapat bertemu juga dengan ayah kandungku.Pada mulanya aku cuba melarikan diri dari rumah...

Nurin menitikkan air matanya.Kaca matanya diletakkan ke atas meja mengarangnya.Dia bergerak ke arah tingkap besar di dalam biliknya yang menghadap sebuah pantai yang indah dan nyaman.Dia mengesat air matanya menggunakan sehelai sapu tangan.

Nurin Azriana Bt. Suhaimi Hafizi,seorang pengarang yang terkenal berumur 30 tahun.Dia sudah mengarang 10 novel,Wasiat di Jiwa,Hutan Cinta,Anak yang Tersunyi,Cinta Membawa Bala,Kau Cahayaku,Aku Bagaikan Brokoli,Agungnya Cinta Seorang Gadis Beriman, Aku Gila Tanpa Cinta,Cinta yang Celik dan Pujaanku.Sekarang pula dia sedang mengarang sebuah cerita bertajuk 'Kaulah Debu Dalam Hidupku'.

Nurin lebih suka happy ending tetapi kali ini dan pada kali pertamanya dia akan mengarang cerita yang sad ending.Dia menitiskan air matanya kerana terasa betapa sadisnya kisah watak di dalam novel barunya yang akan disiapkannya.

Terdengar ketukan di pintu bilik Nurin.Nurin mengikat rambutnya dan mengukir senyuman.Dia mencapai daun pintu.

Ibunya,Nurul Azliana,jelas terpampang di muka pintu.

"Nurin,ni nasi tom yam yang Nurin nak sekali dengan air sejuk.Letih mengarang, nak?"kata Nurul sambil menghulurkan sedulang makanan yang lazat.

Nurin tersenyum dan mengangguk.Nurul tersenyum melihat anak kesayangannya.Sungguhpun dia mempunyai tiga orang anak tetapi dia sering melebihkan anaknya yang satu ini kerana anak ini istimewa baginya.Kakak dan abang Nurin tidak pernah mencemuhnya kerana mereka juga menyayangi Nurin. Nurin,seorang yang bisu amat bersyukur kerana mempunyai orang yang sentiasa menyokongnya terutamanya ayahnya yang sentiasa membelikan segala keperluan dirinya dan juga prihatin terhadap kesihatannya.

Nurin memilih bidang ini kerana hanya mengarang,dia dapat meluahkan isi hatinya.Pengalaman hidupnya dicampurkan adukkan ke dalam kisah hidup watak di dalam novelnya.

Nurin mengambil dulang makanan yang dihulur ibunya dan duduk di sebuah kerusi dan mula menyuapkan nasi berkuah tom yam itu ke dalam mulutnya yang kecil. Ibunya pula membaca hasil karangan Nurin di sebuah laptop di atas meja mengarang Nurul.

"Nak,esok ayah kau kata nak pergi kat rumah kita kat sawah padi tu.Jadi bersiaplah yer sayang.Citer ni bagus tapi sedih.Tapi ni permulaan jer kan.Tengoklah permulaan dah sedih ini lagi ending nyer.Buatlah betui-betui yer,nak.Kawan-kawan mak semuanyer tak sabar nak tunggu novel baru sayang,"kata Nurul lalu menyeka air matanya dan tersenyum melihat anaknya sedang makan.

Nurul sudah lama menyimpan harapan untuk mempunyai menantu.Walaupun dia sudah mempunyai 2 menantu tetapi dia ingin 3.Dia pun agak takut sekiranya Nurin digelar anak dara tua.Tetapi tidak pernah dipaksa anaknya itu kerana dia takut Nurin akan kecewa seperti dahulu.

Nurin berhenti menyuap dan membuat isyarat kepada ibunya,'Naper ni?'.

Nurul duduk di sebelah Nurin dan menyuapkan Nurin makan sambil tersenyum tawar.Walaubagaimanapun ditahan Nurin,'Saya takkan makan kalau mama tak jawab'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 03:18 PM | Show all posts
Nurul sekadar menghilingkan kepalanya dan bunyi hon kereta mengiringinya.Nurul menjengah ke tingkap untuk melihat siapakah gerangan yang masuk ke perkarangan rumahnya,Datuk Suhaimi Hafizi,suaminya yang tercinta.

Nurul dan Nurin turun ke tingkat bawah.Suhaimi sedang memeluk cucu-cucunya.
Nurin turut memeluk Suhaimi.

"Eeeii...Auntie pon nak bermanja?"usik Faizul iaitu anak kepada Nurin Azdiana, kakak sulung Nurin.Azdiana yang telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 5 orang anak bersama suaminya yang  tercinta,Ahmad Fazri Hassan.Anaknya yang pertama,Faizul Hakim,yang kedua,Fazrina Hashima,ketiga,Fazlina Hamida,keempat, Fazli Hussin dan yang bongsu adalah Faizi Hamid.

Nurin mencubit pipi Faizul."Zul,baik lari sebelum atuk cubit," kata Suhaimi sebelum mengejar Faizul.

"La,ayah ni tak elok main kejar-kejar ngan bebudak..."Suzaimi Hamidi berhenti sebentar sebelum menyambung,"kalau takder Zaimi".Dia kemudian bermain kejar-kejar dengan kanak-kanak serta ayahnya itu.Sekalipun Suhaimi sudah menginjak 59 tahun tetapi gaya hidup sihat yang diamalkannya menyebabkannya lebih cergas daripada rakan-rakan sebayanya.Yalah,menteri kesihatanlah katakan.

Suzaimi Hamidi,abang Nurin,iaitu anak kedua Nurul,sudah berkahwin dengan Siti Aminah.Mereka sudah mempumyai 2 orang anak kembar,Siti Suzana Arifah,Siti Suzani Amirah dan Aminah pula sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga setelah hidup bersama selama 5 tahun.

Nurin melangkah ke tangga untuk memimpin tangan Aminah yang sedang turun tangga.

"La,yang.Apesal turun kan baby kita letih turun tangga ni,"kata Suzaimi sebelum merangkul pinggang isterinya.

Nurin sekadar tersenyum melihat kemesraan suami isteri antara Abang Zaimi,Kak Min dan Kak Diana bersama Abang Has.Walaupun begitu timbul rasa sebak,rindu dan geram yang bercampur baur.Air mata hampir menitis tetapi dirinya tidak mahu kalah.Tidak guna menangisi lelaki tak guna,fikir Nurin lalu mengukir senyuman pahit.

Nurul menerpa Nurin dari belakang."Nurin,tak elok termenung.Dah,jom makan. Kak Kusya dah siapkan udang bakar,ayam panggang dengan tomyam."

Nurin tersenyum lalu melangkah perlahan ke meja makan yang dapat memuatkan 20 orang.Sungguhpun meja itu terlalu besar untuk mereka sekeluarga tetapi Suhaimi tetap berkeras untuk memiliki meja makan yang memuatkan 20 orang itu dan katanya lagi,kelima-lima pembantu rumah,tukang masak dan pengawal keselamatan mereka dapat menghadap juadah bersama mereka sekali.

Nurin melabuhkan punggungnya dia atas sebuah kerusi di sebelah ibunya.Kak Kusya,tukang masak mereka turut duduk setelah membuka apron.Kak Farsha,Kak Aznila dan Kak Sufya,pembantu rumah mereka juga turut duduk setelah memanggil Pak Kal(Haikal Saufi),pengawal keselamatan untuk turut menjamu selera.

Sebelum tidur,Nurin membuka laptopnya dan membuka MYSPACE,FRIENDSTER dan YAHOO!MAILnya.Byk mesej dan comment yang dia dapat tetapi hanya satu mesej yang buat dia terkejut.

Hi,dek.
Ni Ab.
Ab rindu sangat kat dek.
Ab harap adek dah dapat bercakap.
Hmm..Aper lagi yang Ab nak cakap ekk?
Adek nak tau..Ab dah dapat jadi pilot.
Syarikat Mas..
Satu lagi...Ab nak mintak maap sebab tak bagitau dek yang Ab pergi.
Ab pergi bukannya untuk aper-aper tapi untuk mencapai cita-cita Ab jer.
Pasal perkahwinan kita yang tertangguh tu kita cakap minggu depan yer..
Ab tunggu kat Tasik Shah Alam...Lepas abis kelas..
Adek dah jadik writer n prof,kan?
congrats...meet you
and miss you
love you....

your beloved Ab,
Hazry.

Nurin mengetapkan bibirnya.Matanya tertutup tetapi air matanya berlinangan.Perasaan geram sudah menerpa hati dan jiwanya.Rindu?Love?Perkahwinan tertangguh?Sebab kaulah perkahwinan tu....BATAL!!!Bukan tangguh. Nak jumpa?Kau tunggu sampai tahun 3000 pon aku takkan datang.TAKKAN!!!Nurin menekapkan mukanya pada bantalnya.Dia teresak-esak menangis.Dia melempar bantal itu ke arah laptopnya dan kemudian membuang mesej itu.

Nurin turut melempar diarinya ke bawah katil dan diari itu terbuka tanpa disedari.Nurin terlena.

Ab...
Naper Ab tinggalkan adek?
Naper?
Adek cintakan Ab...
Ab tak cinta adek ker?
Ker Ab malu nak perkenalkan adek pada rakan-rakan Ab
sebab adek bisu?
Ab cakap!
Adek benci Ab...
Adek akan lupakan 'Adek dan Ab' tu.
Ab pergi mati!!!!
....18 September 1999,beday Adek ni...Ab tak wish??

Nurin terlena tetapi bayangan Hazry menerpa mimpinya menyebabkan air matanya gugur sekalipun dia tertidur....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 03:35 PM | Show all posts
best laa cerita nie....


sambung cepat tau.... :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 03:43 PM | Show all posts
thx a lot
igt kan takder saper yg nak baca citer ni
sowi mungkin bahasa dia rendah sket sebab.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 03:58 PM | Show all posts
not bad ...smbg banyak-banyak skit tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2007 04:12 PM | Show all posts
sambungan...

Bab 2

Nurin membisu sepanjang perjalanan mereka sekeluarga ke Kedah.Tiada isyarat di tangannya.Nurul berasa agak aneh dengan sikap anaknya itu.

"Nak,aper yang kau fikirkan tu?"tanya Nurul sambil menatap wajah anak bonsunya.Dia cuba mengorek apa yang terpampang di wajah manis Nurin.

Nurin menitikkan air matanya.Dia menyekanya dan menghilingkan kepalanya.Dia mengetapkan bibirnya dan terlena.Dia menggenggam kemas tisu di telapak tangannya.

Setelah beberapa jam,kelihatan 3 buah kereta dan sebuah van tiba di halaman sebuah rumah banglo besar yang terdapat di pinggir sawah.Rumah banglo 2 tingkat itu tesergam indah sekali.

Penduduk di sekitar kawasan itu bahawa penghuninya amat jarang tinggal di situ.Paling lama mereka pernah tinggal di situ ialah 1 minggu.Walaupun begitu, keluarga mereka amat mesra dengan jiran-jiran terdekat.

Nurin yang sudah tersedar mengukir senyuman.Padi!Sawah!Ini yang aku nak perlukan dalam cerita baru.Fikir Nurin sambil tersenyum lebar.

*******************************************************************************

Nurin bernyanyi-nyanyi riang di dalam hatinya sambil berjalan menuju ke sebuah pondok di tengah sawah.Di tangan kanannya,terdapat sebuah beg yang berisi komputer riba.

Nurin tersenyum manis kemudian melabuhkan punggungnya di atas lantai pondok. Sungguhpun matahari memancar terik tetapi angin dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Rambut ikal Nurin yang panjangnya paras Nurin,turut menggerbang mengikuti arah tiupan.

"Eh,prof!"seorang anak muda yang lebih tinggi dari Nurin menegurnya.

Senyuman Nurin meleret melihat pemuda yang kacak itu.Dia mengangguk dan meneruskan taipan di tangannya.

Pemuda itu duduk di sebelah Nurin.Susahnya nak berbual dengan orang bisu.Hei, nasib baik aku tak dapat bini macam tu.Kalau tak apalah nasib aku nanti.Pemuda itu mendengus.

"Prof,buat citer baru ke?Nak baca?"pemuda itu bertanya dengan sopan.Dia turut menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Nurin.

Nurin mengerutkan dahinya.Nak bagi ke tak?Tapi nanti budak-budak ingat ape plak.Nurin menaip sesuatu di laptopnya.

Tak boleh.
Nanti bebudak ingat apa pulak.
Oh,ye.
Lan dah siap cerpen yang prof suruh buat?

Fazlan mengukir senyuman tawar dan bersuara,"Belom,prof.Tengah dalam proses."

*******************************************************************************

Matahari semakin meninggi.Nurin terasa bahang matahari itu.Dia tidak tahan lagi dan terus meniti titi yang menyeberangi sungai kecil di kawasan itu.

Nurin duduk di kerusi taman dan melihat Pak Jamil sedang tekun mencabut rumput di taman.Nurin kemudian meletakkan komputer ribanya di atas meja di hadapannya.
Dia ingin membuka YAHOO!MAIL dan membaca satu persatu email yang dihantar oleh peminatnya.Dia tersenyum membaca pujian daripada mereka.

Kemudian,Nurin terpandang satu ID yang tidak pernah dilihatnya.Peminat baru kot.Fikirnya kerana biasanya dia menerima email dari peminatnya yang serupa.Walaupun ramai,Nurin masih bisa menghafal ID mereka.

Dia membuka email yang dihantar daripada ID tersebut.

Hi,wak.
Awak ingat tak saya?
Hmm...Mungkin tak kot.
Saya ni memang minat novel awak tapi saya lebih minat penulisnya.
Malu la plak.Tapi...
Kita dah pernah jumpa sepuluh tahun lepas.Dan juga 2 tahun kemudiannya.
Saya adalah...

Tiba-tiba laptop Nurin tertutup.Alamak,bateri habis.Nurin mengeluh tanda tidak berpuas hati.

[ Last edited by  lily_lyssa at 6-9-2007 04:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 05:00 PM | Show all posts
  fuh,letis mengarang....
Ni tak seberapa...Sori...Kalu bles nak masukkan sumer idea tapi tak dapat.


Nurin kemudian terlihat seseorang seperti memerhatikan dirinya tetapi terlalu jauh untuk Nurin memastikannya.Siapa pulak tu?Nurin berasa agak keliru.Nak tengok ke tak?Ke nak biarkan orang tu.Hmmm...Nurin mengatur langkah menuju pintu rumahnya.Dia sudah terlupa akan gerangan yang menghantar email kepadanya.

****************************************************************

Nurin sedang memandu menuju ke bangunan Acapella.Dia berasa amat penat setelah pulang dari UiTM.Teman serumahnya,Surina sedang menunggunya di luar pintu rumah apartment mereka di tingkat 3.

"Az,aku ngan Liza nak gi shopping kat SACC jap.Kau nak ikut?"tanya Surina.

Nurin menghilingkan kepalanya dan mengerutkan dahi lalu membuat isyarat,'Mana Liza?Kata nak pergi sesama.'

"Hmmh,cam biasa,tengah bersolek lagi.dah dekat setengah jam aku tunggu tau," Surina mengomel.

Nurin dan Surina dapat mendengar suara Liza dari dalam rumah,"Eh,tak sampai setengah jam pon tau!"

Surina membalas jeritan itu,"Ye,memang bukan setengah jam,tapi sejam.Kau nak gi tak?"

"Nak!Sabarlah,"kata Liza sambil menyarungkan kasut bertumit tingginya.

Surina mengeluh,"Kau ni bergaya,aku rasa kalah mak datin tau."

"Memanglah kalah mak datin tu.Dah dia mak kepada datin tu,apa yang nak digayakannya?Dah tua.Tapi anaknya si datin tu,first lady pon takleh lawan tau,"
bidas Liza pula lalu tersenyum melihat Nurin.

"Az,ko jaga rumah elok-elok tau.Jaga diri sekali.And..."Liza menarik nafas panjang dan menyambung,"cepatkan siap novel kau tu.Aku tak sabar nak baca sampai abis."

Liza dan Surina sudah pergi dan Nurin pula menarik nafas lega di atas sofa di dalam bilik tidurnya.Apa-apalah kawan-kawan aku ni.Sikit-sikit nak bergaduh.Nurin ketawa apabila mengingati kembali kata-kata Liza sebentar tadi.
Mak datin?Haha.Nurin terdengar bunyi loceng dan ketukan pintu.

Sape pulak tu?Nurin memandang jam dinding.12.00!Ya Allah!Puan Kartina datang.
Nurin membuka pintu rumahnya dan tersenyum melihat sesusuk tubuh yang tinggi lampai dan ramping,Puan Kartina iaitu doktor yang mengatur terapi terhadap Nurin agar bisa bersuara lagi.

*******************************************************************************

"Uncle!Uncle!Jangan!Jangan mati!"jerit kanak-kanak yang berumur 5 tahun itu.

"Uncle!Naper?Naper uncle selamatkan Nurin?Nurinkan nakal,"kata kanak-kanak itu lagi.

"Astaghfirullah,ape terjadi ni Nurin?Cam mane boleh uncle jadi begini?"tanya Nurul pula setelah duduk di sebelah Nurin.Dia memandang wajah abangnya yang pucat.

"Takpelah,abang okey.Jangan risau.Nurin,Nurin tak nakal.Uncle selamatkan Nurin sebab uncle sayangkan Nurin.Jangan menangis nak,"kata lelaki tersebut.Dia terbaring dan berasa amat lemah setelah ditikam dan ditendang oleh pengganas yang ingin menculik Nurin.

Nurin sudah menangis teresak-esak di pangkuan ibunya.Tiba-tiba Nurin terasa berlainan pada tekaknya tetapi tidak mempedulikan semua itu.Dia meneruskan tangisannya.

"Abang,saya dah call ambulance.Kejap lagi sampai,"kata Nurul sambil menitikkan air matanya.

"Nurin,jaga mama kamu yer sayang.Nurul jaga Nurin dan tolong tengok-tengokkan Fazira.Cakap kat dia yang abang minta maaf kerana telah ceraikan dia dan telah menuduh dia macam-macam.Dia tak bersalah.Abang sayang dia tapi tak sempat nak cakap kat dia,"sayu sahaja suara lelaki itu.

"Abang Naufal,mengucap.Tak payah cakap lagi,"Nurul dapat mendengar abangnya mengucap dua kalimah syahadah dan menarik nafasnya yang terakhir.

"Abang!"Nurul menangis sambil memeluk jasad abangnya itu.

Nurin turut ingin menjerit tetapi suaranya tidak dapat dikeluarkan.Kenapa?Bisik hatinya.Tangisannya terhenti.Dunia di sekelilingnya seakan-akan tidak bergerak.AKu...Bisu?Tanya Nurin pada dirinya sendiri.Tak mungkin!Baru tadi aku menjerit.

*******************************************************************************

Nurin tersedar daripada mimpinya.Dia menangis.Uncle,kalau uncle tunggu sesaat jer.Mesti uncle selamat.Mesti Nurin tak bisu.

Nurin teringat kisah yang berlaku 25 tahun lalu.Sudah lama tetapi amat menyentuh hatinya.Saat-saat dirinya menjadi bisu,saat bapa saudar kesayangannya mati.Bapa saudaranya mati ketika pihak hospital sudah sampai di tempat kejadian.Permintaan terakhir bapa saudaranya masih belum dilaksanakan.

Di manakah Ibu Fazira?Nurin memandang tingkap bilik tidurnya.Dia mengetapkan bibir dan air mata terus menitis membasahi pipinya.Tiada lagi suasana meriah di samping Naufal.Fikirnya sendirian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 05:33 PM | Show all posts
bagus gak cerita watak bisu nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 05:36 PM | Show all posts
haha
susah
kekadang terbuat dia bercakap...
ahaks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 05:47 PM | Show all posts
Bab 3

Pada pagi Ahad,Nurin seperti biasa memandu ke Tasik Shah Alam untuk berjoging.
Dia memakir kereta Honda Jazznya.

Dia mengikat rambutnya dengan kemas sebelum mula berjoging.Setelah penat berjoging dia duduk di sebuah bangku yang disediakan.Dia minum air mineralnya dan mengelap peluh.Matanya tertarik pada sebuah keluarga.

Lelaki itu sedang bermain-main dengan kanak-kanak kecil dan kelihatan seorang wanita memberi minuman kepada lelaki tersebut dan juga kanak-kanak kecil itu.

Nurin teringat ketika dia dan Uncle Naufal serta Ibu Fazira bermain-main di Tasik Shah Alam.Sungguh gembira dia pada waktu itu.Pada masa itu juga dia masih bisa ketawa berdekah dan menjerit manja.

Air mata Nurin mengalir laju.Dia dapat melihat lelaki tadi menghampirinya.Dia membisu dan menyeka air matanya.Dia mengukir senyuman sambil melihat lelaki tadi.

Nurin terpana.Botol air mineralnya jatuh bergolek dia atas tanah.Senyuman Nurin hilang.

Nurin tercengang dan air matanya mengalir lagi tanpa dipinta.Hatinya sudah berkeras tidak akan mengisi lelaki ini lagi tetapi jiwa perempuannya mudah mengalah.Di manakah dendam yang sering mengaburi mataku?Di mana?Nurin meminta pada dirinya agar menunjukkan dendamnya tetapi dirinya lemah.Nurin mengalihkan pandangannya dan mula bangun dari bangku itu tetapi tangannya ditarik lelaki yang bernama Hazry itu.

"Adek!Adek nak pergi mana?Adek tak kenal ke?Ni Ab,"kata lelaki itu lalu menarik Nurin untuk duduk di sebelahnya.

Nurin mengalah dan duduk.Dia mengengsot sedikit sehingga kedudukannya agak jauh daripada Hazry tetapi Hazry yang mengengsot sehingga kedudukan mereka amat dekat.Hazry memegang tangan Nurin dan menciumnya.

Nurin menarik tangannya .'Pergi!Tu isteri ab tunggu tu.Adek nak pergi.'Nurin berisyarat dengan laju kerana geram dan terus berlalu.Hazry berpaling ke arah wanita tadi.Dia tersenyum dan mengejar Nurin.

Dia menarik Nurin masuk ke dalam dakapannya."Adek cemburu ke?Adek,adek.Ab cintakan adek sorang jer.Pompuan tu mama tiri ab."

Mama tiri!Penipu!Nurin segera menolak Hazry sehingga jatuh.Dia masuk ke dalam kereta dan memandu tanpa mempedulikan Hazry yang mengetuk tingkap keretanya.Nurin Memandu dengan laju.Matanya berair tetapi tidak pula gugur air matanya kerana dendam sekali lagi mencengkam hati Nurin.

Kenaper sekarang baru dendam tu datang?Aku masih cintakan di..TIDAK!!Nurin cuba menafikan firasatnya.Dia memasuki perkarangan rumah banglo di seksyen 7.

Dia keluar daripada perut kereta dan memeluk Nurul yang keluar dari rumah apabila terlihat Nurin.

"Nurin,naper sayang?"tanya Nurul sambil menaikkan dagu Nurin.

Nurin membuat isyarat,'Hazry datang lagi.Dia..'belum sempat Nurin menghabiskan isyaratnya dia sudah tenggelam dalam tangisan.

"Hazry?Sudahlah sayang lupakan dia.Sayang tinggal kat sini yer ari ni,"pujuk Nurul.

Nurin menolak pelawaan ibunya dan masuk ke rumah banglo itu untuk makan malam sahaja setelah dipaksa oleh ibunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 05:51 PM | Show all posts
fuh
lega sket..
nampaknyer mlm ney kena tido dlm blek komputer nmpknyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 08:19 PM | Show all posts

hu...

"Ma,naper Nurin?Tadi akak nampak dia nangis sebelum makan,"tanya Diana kepada ibunya setelah menidurkan kelima-lima anaknya.

"Sebab Hazry,Na,"balas Nurul sebelum mengeluh.

"HAZRY?Naper dia balik?Nak menagih simpati?Nak bunuh jiwa Nurin?Dia tak tau ke apa yang dia dah buat kat Nurin?"marah Diana.

"Entahlah,Na.Sabar je lah sayang.Kita tengok dia nak buat apa,"kata Nurul sambil mengelamun memikirkan betapa sedihnya melihat keadaan Nurin selepas ditinggalkan jejaka itu.

"TENGOK?Mak,sian kat Nurin mak.Akak tau.Mak pon tak nak tengok Nurin menderita dahla dulu,sampai dia terpaksa bertarung dengan maut,ma.Maut!"Diana menangis di dalam pangkuan ibunya apabila teringatkan keadaan Nurin suatu ketika dahulu.

"Sudahla tu nak,"sungguhpun Nurul kelihatan tenang tetapi jiwa keibuannya teramat sebak memikirkan Nurin yang lemah.Malah doktor sudah bilang,"Puan,Nurin tu...Penyakit waktu dia kecik dah kembali.Dan mungkin akan kembali di masa akan datang."

*******************************************************************************

"Az,sabar.Kenape kau nangis ni?"tanya Liza.

Di antara Liza dan Surina,Lizalah yang paling memahami Nurin.Nurin pun sudah menceritakan kisahnya kepada Liza.

Nurin mendongak melihat Liza.Matanya kemerahan kerana menangis.'Hazry!'Nurin kembali menangis.

"Az,kok ye pon nak nangis,tunggulah Sabtu ni.Esok kan ko nak ngajar.Nanti bebudak tu cakap aper plak tengok mata ko bengkak,sembam je.Unless ko tak pergi kerja and aku ambik MC temankan ko,"kata Liza sambil mengusap kepala Nurin.

Nurin sekadar mengangguk dan Liza pun menelefon beberapa orang tetapi Nurin tidak mahu tahu.Kisah dulu jelas terngiang-ngiang di ruang pemikirannya.Kenangan silam yang tidak mahu diingati.

*******************************************************************************

"Liz,naper ngan Az?Dia okay ke?Naper dia slalu tak nak citer kat aku?"Surina mengeluh.

Nurin yang tidak pernah menceritakan apa-apa kepadanya menyebabkan dia terasa hati.Dia tahu kisah Nurin pun dari Liza.Dia juga ingin berkongsi masalah dengan Nurin tetapi apakan daya,Nurin enggan.

"Dia,ok.Dah tidur.Esok kita bawak dia kuar nak?Cian dia...Hazry.Hazry dah balik,"Liza duduk di sebelah Surina di atas sofa yang empuk.

Drama yang terpampang di skrin televisyen tidak dihiraukan Surina.Surina memandang sayu pintu bilik Nurin dan berharap agar Nurin keluar dari biliknya lalu mengadu kepadanya bukan Liza.

"Su,dengar tak?Nak ke tak?"tanya Liza lagi.

"Emm...Aper kau cakap tadi?"tanya Surina.

"Ish,kau ni kang aku korek telinga ko sampai.."usikan Liza terpotong apabila pintu apartment itu dibuka dan seorang wanita berpakaian seksi masuk.

"Tia!Naper ko dah balik?Awal nampak.Boypren lari,ke?"sindir Surina.

"Eh,yang ko menyibuk ni nape?Oh,kau dengki ke?Aku ni dah boyfriend ko?Kawan lelaki pon takde,tau tak!"tempelak Tia,seorang lagi housemate mereka.

Surina berasa amat geram dan masuk ke bilik tidurnya.Liza menghilingkan kepalanya dan mendekati Tia.

"Tia,cubalah berlembut dengan dia.Hati dia lembut kalau.."Liza terhenti.Dia tidak tau apa yang ingin disambung.

"KALAU APA?"tanya Tia dengan kasar.

"Kalau apa-apalah.Tia dah makan ke?Nak Liz masakkan ke?"Liza bertanya dengan lembut.

Di dalam rumah ini,hanya Liza yang tahu melembutkan hati Tia.Kalau dengan Nurin,Tia memang tidak pernah rapat kerana awal-awal pagi Tia akan keluar dan pada waktu malam pula,Tia selalu pulang lewat malam dan Nurin biasanya sudah pun terlelap.

"Boleh,Kak Liz.Masak Paprik boleh?"tanya Tia dalam nada manja.

"Boleh.Dah,pergi mandi.Busuk tau,"usik Liza dan menuju ke dapur untuk memasak.

[ Last edited by  lily_lyssa at 6-9-2007 08:27 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 09:13 PM | Show all posts

sket jer samb...

Bab 4

Nurin tersedar dari tidurnya.Dia membasuh muka dan hidungnya dapat menangkap bau masakan Liza.

Dia melihat jam di dinding biliknya.Dah pukul 10.Sejak bila pula Liz memasak malam-malam ni?Supper?Nurin keluar dari biliknya dan dapat melihat dua susuk tubuh sedang berada di meja makan.

Liza dan.....Saper?Bisik hati Nurin.Dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bergaun tidur seksi itu.Kemudian,dia ada teringat yang dia mempunyai seorang lagi housemate yang agak tidak sopan dan seksi,Tia.

"Eh,Az.Wat per ko bangun.Az nak makan sekali?"tanya Liza lembut setelah menelan apa yang sedang dikunyah.Dia menarik Nurin agar duduk di sebelahnya.
"Az?Saper?"tanya Tia dengan kasar sambil merenung Nurin dengan tajam.

"Oh,Az ni housemate kita yang sorang lagi,"kata Lizasambil tersenyum.

"Naper plak Kak Liza yang jawab?Patutnya dialah yang jawab.Naper?BISU KE!" bentak Tia.

Nurin menunduk.Hina sangat ke orang yang bisu?Ya Allah.Masa aku kecik dulu tak pernah aku cemuh orang bisu.Kenapa?Kenapa aku harus dicemuh?Air matanya mengalir perlahan.

"Tia,Az ni...Memang bisu,"balas Liza lambat-lambat.

Tia terdiam.Dia rasa bersalah.Dia mengangkat pinggannya dan menuju ke ruang tamu.

"Eh,Tia nak pergi mana?"tanya Liza setelah memujuk Nurin.

"Nak pergi ruang tamu.Nak tengok TV,"Tia membalas ringkas.Air matanya turut mengalir.

*******************************************************************************

"Tia anak bisu!Tia anak bisu!Mak dia dahlah bisu pastu miskin,"murid-murid sekelas Tia mentertawakan dirinya.

Tia memberanikan dirinya untuk bersuara,"Eh,mak aku bisu pun dia baik.Tak macam mak ko.Gila!Jahat!Zalim!"

"Eh,ko tu gila!"balas murid tersebut.Lalu mengetuk kepala Tia.Tia menangis teresak-esak.

"Ya Allah!Hazry!Naper usik Tia?Tak baik,sian dia.Dah salam dia Haz,Haz!"kata seorang guru pula.

Hazry bersalam dengan Tia yang masih teresak-esak.Hazry bersalam tanpa rasa ikhlas tetapi dengan rasa dendam.

Di rumah,Tia mengadu kepada ibunya.Ayah Tia yang sedang membanting tulang di bendang masih belum pulang ke rumah.Ibu Tia,Leha,Memujuk anaknya itu supaya tabah menggunakan isyarat tangan.Tia hanya melihat ibunya menggoreng ikan sedangkan ibunya sedang sakit.Leha langsung tidak mengetahui bahawa anak tunggalnya itu sudah mengetahui penyakitnya yang teruk.

Tia menitiskan air mata."Mak!"Tia memeluk ibunya.Leha membalas pelukan itu dan membuat isyarat,'naper ni sayang?'

Tia menggiling.Mak naper mak tak cakap yang mak ader barah otak?Mak...

"Tia!"dengar tak Kak Liz panggil ni?Mengelamun sampai Ohaio dah ke?"usik Liza yang melabuhkan punggungnya di sebelah Tia.

Tia menyeka air matanya dan menukar siaran televisyen."Kak Liz,nak tanya boleh tak?"

"Hmm.."Liza mengangguk tetapi matanya sedang menatap wajah hero cerita The Storm yang disiarkan di channel Astro Prima.

"Az tu bisu dari lahir ke sebab fobia?"tanya Tia sambil menggoyangkan bahu Liza.

"Hmm..Tak taulah akak.Naper?Ader ke orang bisu sebab fobia?"tanya Liza sambil mengerutkan dahinya.

Tia mengangguk."Sebenarnya bukanlah fobia faktornya tapi...Biarlah bukannya Kak Liz paham pun.Kak Liz tak ambik medic."

Liza terdiam dan memandang pintu bilik tidur Nurin.Az,kau bisu sebab apa?Kau tak citer pon yang tu kat aku.

"Nama penuh Az aper?"tanya Tia.

"Emmm...Nurin Azriana.Naper?Nak berbaik ngan dia?Dia memang memahami walaupun kadang-kadang orang yang kena memahaminya.Tapi kalau nak baik ngan dia,Kak Liz ajarkan isyarat orang bisu,"kata Liza.

"Boleh jugak.Nak tengok dia baik sampai macam mana.Tapi...Isyarat dia tak payah.Tia dah tau isyarat orang bisu dari Tia kecik lagi,"balas Tia.Wajah ibunya jelas terngiang-ngiang di fikirannya.

"Oh,esok kitorang nak bawak dia jenjalan sebab dia ada personal problem.Tia nak itot?"tanya Liza.

"Cubalah citer problem dia tu,"kata Tia setelah mengangguk.

"Macam ni.."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 09:59 PM | Show all posts

sowi cuz sket jer...internet giler sket...

"Pa,Ila nak jumpa mak tak kira macam mana pun.Papa dah bunuh mama.Ila dah takder saper lagi kecuali MAK!Jangan pula papa nak sekat Ila.Ila nak citer kat mak yang Ila...Ila..Ila DAH KANDUNGKAN ADIK ILA SENDIRI!"jerit Aqilah.Dia menggosok-gosok perutnya.Air mata yang dititiskan...

Nurin tertidur di hadapan laptopnya.Kelihatan biji-biji mutiara gugur dari mata Nurin yang tertutup.

*******************************************************************************

"Az,kita shopping nak?"Liza mengetuk pintu bilik Nurin berkali-kali.Dia membuka pintu itu dengan kunci pendua.

"Az,bangun.Ya Allah,panasnya badan Az.Tia,Su!Cepat tolong aku angkat Az,"Liza menjadi panik.

"Tia hantar Az ke hospital dulu,ye.Kak Liz ngan Su nak gi jumpa mak ayah Az,"kata Liza.

"Mak ayah dia kat Shah Alam?Naper dia nak tinggal kat apartment ni?"Tia mengerutkan dahinya.

"Dia ader kata...Dia suka budak.Kan kat acapella ader school.Dah,takpelah akak nak gi dah."

*******************************************************************************

"Hmm...Puan,macam saya katakan.."kata-kata doktor Fauzi tergantung apabila dipotong Nurul.

"Penyakit dia kembali?"Nurul dapat merasa badannya lemah.Pandangan yang satu terjadi dua,empat,sepuluh dan lenyap.

"Nurul!Ya Allah!Alhamdulillah,sedar pon awak ye.Orang risau anak tu.Dia buat orang bertambah risau tau tak,"bebel Suhaimi sambil menyentuh pipi Nurul.

Nurul berda di atas katil.Dia berasa aneh."Bang,apa,terjadi?Naper saya dok sini?"

"Awak pengsan tadi.Baring dulu.Saya nak cakap sesuatu kat awak,"kata Suhaimi sayu.

"Aper bang?"Nurul sudah menjadi gelisah.Tidak dapat diungkapkan betapa gelisahnya hati Nurul.

"Anak kita tu cuma ada ...."

*******************************************************************************

Liza tiada selera untuk makan tetapi Surina dan Tia seperti sedang berlumba siapa yang dapat mengabiskan makanan dahulu.Dalam pandangan Liza cuma warna hitam.Dia telah terdengar perbualan Suhaimi dan Nurul sebentar tadi.Tangisan Nurul,kata-kata Suhaimi jelas kedengaran di benaknya.

"Kak Liza,nape ni?"tanya Tia dengan perlahan.

"Tak.Takde.Takde pape,"Liza terasa cuaca mendung di luar seperti turut sedih di atas nasib yang menimpa Nurin.

Surina mengambil telefon bimbit Nokia 7610nya dan menekan butang-butang nombor.
"Abang Zi,abang yang rawat kawan Su kan?Su nak tau apa penyakit dia boleh tak?Ala nape pulak takleh.Su kan kawan dia.Abang.Abang hensem.Cepatla.APA!"telefon bimbit Surina terjatuh dan berkecai seperti juga hatinya.

"Astaghfirullah,nape Su?"tanya Liza.Dia membantu Surina mengutip sisa telefon itu.

Surina menangis di bahu Liza."Liz,Nurin...Nurin,Liz.."teresak-esak dia menangis.

Liza menepuk belakang Surina."Liza tau dah.Sabar ye.Jangan cakap kat sesaper,ye,"pujuk Liza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 09:32 AM | Show all posts
Bab 5

"Lim,camne?"tanya Diana kepada seseorang melalui corong telefon rumahnya.

"Jumpa?Bagi alamat dia.Lekas...Ok.Esok aku bagi kau duit,"kata Diana sebelum meletakkan ganggang telefon itu.Dia melipat-lipat kertas kecil sambil tersenyum sinis.Dia mengambil kunci kereta BMW dan menuju ke alamat yang dikatakan oleh Halim melalui telefon tadi.

Diana menekan loceng di pagar rumah banglo besar yang terletak di Kuala Lumpur.

'Siapa tu?'terdengan mesin di bawah butang loceng bersuara.

Diana menekan butang di bawah mesin itu lalu berkata,"Saya Diana,nak jumpa Hazry."

'Hazry tiada.Dia pergi kerja.'mesin itu bersuara sekali lagi.

Diana lantas masuk ke perut kereta dan menuju ke syarikat Mas.

"Hai,boleh saya tahu siapa puan?"tanya penyambut tetamu di situ.

"Saya nak jumpa co pilot boleh,Hazry nama dia,"kata Diana.

"Maaf,boleh saya tau siapa puan?"tanya penyambut tetamu itu lagi.

"Saya Diana.Bekas bakal kakak ipar dia,"kata Diana dengan sinis.

"Baik.Ara,sini.Kau nak gi jumpa Hazry kan?Cakap kat dia,bekas bakal kakak ipar dia datang,"kata penyambut tetamu tadi kepada rakannya dengan perlahan.

"Okay,puan.Sila tunggu sebentar ye.Sebenarnya dia kena naik plane 2 jam lagi tapi...Mungkin dia nak bertemu puan,"ada nada sindiran pada suara penyambut tetamu itu.

*******************************************************************************

"Eh,Kak Yana!Duduk,duduk,"pelawa Hazry dengan mesra.

"Duduk?Tak payah.Nak cakap sket je,"Diana menarik nafas panjang dan menyambung,"JANGAN DEKAT DENGAN ADIK AKU LAGI TAU!"

Diana berlalu dan meninggalkan tanda tanya pada Hazry.Kenapa?Kenapa aku tak boleh dekat dengan adek?Adek?Kak Yana marah,adek tak nak tengok muka ab.Nape? Nape?Ape yang ab buat salah?

"Haz,cepatlah nanti Jaz marah,"tegur Umaira,pramugari yang paling rapat dengan Hazry.

"Ye,tunggu kejap,"Hazry bangun dan dengan tekadnya selama ini,dia terbang ke Eropah.

*******************************************************************************

"Nurin,sayang.Nak ape-ape tak?"tanya Diana dengan lembut.Dari KL dia ke DEMC semata-mata adik kesayangannya.

Nurin menghiling.Dia terasa lenguh untuk membuat isyarat.dia menitiskan air matanya.Ma,kenapa dengan Nurin?Naper Nurin rasa badan Nurin lumpuh?Betul ke Nurin lumpuh?

"Diana ada kat sini juga?"tanya Nurul yang terkejut dengan kedatangan Diana.

"Yelah,adik akak kan,"kata Diana sayu sambil membelai rambut Nurin.

"Tapi,tadi papa kata Diana ke KL.Tak balik pejabat pon,"kata Nurul pula.

"Ala,papa kan ada sorang lagi secretary.Takkan nak bergantung pada Diana sorang,"Diana mencebik.

"Ye,tapi mama tak nak Diana makan gaji buta,"kata Nurul pula.

"Oklah,mama.Kejap lagi Diana pergilah,"kata Diana lalu merangkul pinggang ibunya dengan manja.

Nurin melakar senyuman di bibirnya.Kemudian,ibu dan kakaknya turut memeluk Nurin dia atas katil.

*******************************************************************************

"Kak Ara,Kak Yana datang tadi,"kata Hazry ketika di Hotel Hilton.Dia sedang makan malam bersama Umaira di hotel tersebut.

"Kak Yana?Yang tadi ke?"tanya Umaira yang tersedak.Hazry mengangguk.Umaira meneruskan kata-katanya,"Apa dia nak?"

"Dia bagi amaran kat Haz,"kata Hazry sayu.

"Amaran?Amaran apa?"Umaira tertanya-tanya.

"Dia tak bagi Haz jumpa adek,"kata Hazry setelah mengeluh berat.Dia tiada selera lagi untuk makan.

"Excuse me,please send this food to room 2011,"kata Umaira kepada salah seorang waitress sebelum berlari-lari anak mengejar Hazry yang sudah memasuki lif.

Umaira memasukkan kad biliknya di lubang yang terdapat di dalam lif itu dan lif itu mula bergerak.Umaira memandang Hazry yang kelihatan tidak bersemangat.

"Haz tak cakap ke yang Haz tinggalkan perkahwinan tu sebab adek juga?"tanya Umaira yang mengerutkan dahinya.

Hazry menghiling.Umaira mencebik,"diorang salah paham sebab Haz jugak."

"Haz kena cakap kat diorang naper Haz pergi,"nasihat Umaira.

"Nanti Haz cakapla,Kak Ara,"balas Hazry lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2007 11:20 AM | Show all posts
Bab 6

Setahun kemudian....

"Ok,ma,"Nurin merangkul pinggang ibunya.

"Ingat,jangan buat hal pulak.Awak tu dah nak jadi bini orang,"kata Nurul pula.

Mereka berdua berpaling apabila terdengar seseorang berjalan menuju ke arah mereka.

"Wah,manjanya sayang abang ni,"usik Johari setelah bersalam dengan Nurul.Dia mencubit pipi Nurin.

"Abang!Sakit tau,"jerit Nurin.

"Ma,mana pa?"tanya Johari.

"Abang,abang nak kawin dengan Nurin ke dengan papa?"usik Nurin.

"Nurin,ni.Sikit-sikit main-main.Papa pergi keja,Jo,"Nurul menampar perlahan pipi Nurin sambil tersenyum melihat Johari.

"Dahla,ma.Nurin nak gi pilih baju pengantin ngan abang.Assalamualaikum,"Nurin bersalam dengan ibunya dan menaiki kereta mercedes benz kepunyaan Johari.

"Abang,kita nak pergi pilih baju pengantin kat ne?"tanya Nurin.

"Kat butik Piah,"kata Johari sambil tersenyum.Dia teringat kisah dia kali pertama melihat wajah Nurin.Ketika itu Nurin masih bisu.Dia menghantar email kepada Nurin.Kemudian,dia menggantikan Doktor Fauzi menyembuhkan penyakit Nurin dan juga menggantikn tempat Doktor Kartina untuk menjalankan terapi kepada Nurin yang bisu sehingga Nurin bisa berkata-kata.Malah dia juga yang memberikan inspirasi kepada Nurin untuk meneruskan novelnya sehingga siap dan novel 'Kaulah Debu Dalam Hidupku' telah pun diterbitkan pada hari lahir Nurin.

*******************************************************************************

"Kak Piah,Nurin nak gaun tulah,"kata Nurin sambil menunjukkan gaun pengantin berlengan lebar dan kurang gembungnya.

"Ye,Nurin,"Sofiah membawa gaun pengantin yang ditunjukkan Nurin sambil tersenyum manis.

"Abang rasa yang ni tak sesuaila dengan 'andartu' sorang ni,"gurau Johari.

"Abang!"Nurin memukul paha Johari.

"Kak Sofi,Tia sukalah gaun ni,"Nurin terdengar satu suara dari bilik persalinan yang satu lagi.

Tia?Tia ada kat sini?Dia pon nak kawin dah?Tapi mana bakal suami dia?Nurin cuba mencari sesusuk tubuh lelaki dan dapat melihat seorang lelaki sedang duduk dengan sabar di bangku.Tia akhirnya keluar dari bilik persalinan.Tia kelihatan cantik dalam gaun putih tanpa lengan itu.

"Tia!"sapa Nurin.

"Eh,Az.Apa kabar?"tanya Tia mesra.

"Baik.Tia pon dah nak kawin?"tanya Nurin.

"Em.Az?"

"Ye jugak."

"Korang berdua sesama kenal?Nampaknya kedua-dua adik angkat akak ni baiklah ye!"Sofia mencelah setelah melihat kemesraan di antara Tia dan Nurin.

"Tia,ni Jo,my future husband yang hodoh,"usik Nurin sambil memperkenalkan Johari kepada rakannya.

"Eh,tak hodoh pon.Hensem apa!"puji Tia.

"Itulah Tia.Nurin ni langsung tak menghargai Jo,"keluh Johari dalam gurauan.

"Tia punya mana?"

"Oh,jap.Haz sini sayang.Tengok kawan Tia yang lama,ni,"panggil Tia.Lelaki tadi berpaling dan mendekati mereka.

Lelaki tersebut bertentang mata dengan Nurin.Mereka berdua membisu,terpana sesama sendiri.

Ya Allah.Kenapa Kau temukan aku dan lelaki ini setelah aku hampir mengecapi kebahgiaan?Air mata menitis membasahi pipi Nurin.

Adek!Ya Allah terima kasih kerana menemukan aku kepadanya sekali lagi.Hazry mengucapkan Alhamdulillah di hatinya.

"Nurin,ni Haz,Hazry,"Tia memperkenalkan Hazry.

Nurin mengangguk dan mengukir senyuman pura-pura.Dia mahu berlagak tidak kenal kerana takut Tia akan mengetahui kisah mereka sebelum ini.

"Hai,Haz.Nice to meet you,"mesra sahaja suara Nurin.

Sedapnya suara adek...Tapi adek tak kenal ab ke?Adek?Adek dah lupakan ab ke?Ke....Adek nak wat tak kenal kat depan Tia?Takut Tia curiga?Baik betul adek.Adek memang tak pernah berubah.
Hazry tersenyum dan mengangguk"Nice to meet you too."

"Abang,Nurin nak beli gaun ni jugak,"kata Nurin pada Johari.

"Ok,tapi pakai dulu.Abang nak tunjuk kat Hazry ni betapa cantiknya isteri abang,"usik Johari sambil menepuk belakang Hazry.

Adek dah nak kahwin ngan Jo?Hazry terkejut."Jo,ni ke future wife yang ko cakap tu?"

"YE"

"Jo kenal Hazry?"tanya Nurin.

"Ye.Kitorang satu sekolah dulu dari darjah 1 sampailah tingkatan 5,"jelas Johari.

"Oh,awaklah kawan rapat Haz masa dulu,"kata Tia pula.

"Maaf,ye.Kita satu sekolah jugak ke?Tia,kan?Rasa macam tak pernah dengar,"kata Johari.

"Dia,Tia yang aku ketuk kepala dia tu.Yang kita selalu gelar dia sebab..."Hazry tidak meneruskan kata-katanya kerana takut Tia akan sedih.

"Oh,yes aku ingat dah.Wah,dulu selalu kacau.Sekarang dah nak bersanding,pon!" gurau Jo.

Diorang kenal?Ya Allah.Kecilnya dunia ni.Jumpa manusia yang tidak inginku temui.Nurin melangkah ke bilik persalinan dan mencuba memakai gaun pengantin tersebut.

Sebaik sahaja Nurin keluar dari bilik persalinan,Hazry langsung tidak mengalihkan matanya dari tubuh Nurin yang mengenakan gaun pengantin putih.

Cantiknya,adek.Memang bertuah Jo.Malangnya Haz.Salah haz.Haz tak dengar nasihat Kak Ara.

"Kan Jo cakap dah.Sure Azry tercengang,"usik Johari sambil ketawa.Tia turut ketawa.Tiada sekelumit pun perasaan cemburunya terhadap Nurin.

"Jo,Haz cuma nak puji cantik je.Tapi aku setia tau tak macam kau!"bidas Hazry kerana dia tidak mahu Tia terasa hati.

"Malulah.Nurin nak tukar baju.Jo,kita beli baju ni ok!"Nurin menukar pakaiannya semula.Dia rasa berdebar apabila terpandang rupa Hazry.Perasaannya seakan-akan waktu kali pertama mereka bertemu.Jatuh cinta!

TIDAK!TAK MUNGKIN!Aku tak mungkin jatuh cinta lagi padanya.Nurin memandang dirinya sendiri pada cermin yang terdapat dalam bilik persalinan itu.

[ Last edited by  lily_lyssa at 7-9-2007 12:06 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 11:47 AM | Show all posts
Bab 7

"Jo,kita nak tinggal kat seksyen 7 jugak ke?Jo nak beli jugak ke rumah yang tu?"tanya Nurin.

"Yelah,takkan nak beli rumah yang dekat seksyen kanun keseksaan tu!"usik Jo dalam tawa.

Seksyen kanun keseksaan?Lawak ni selalu Hazry guna.Naper Jo guna jugak.Jo buat Nurin teringatkan dia.Wajah hazry yang sedang ketawa selepas membuat lawak sedang terngiang-ngiang di benaknya.

"Oh,ye.Sayang,apa tajuk citer baru yang sayang buat?"tanya Jo berminat.

"Tak tau lagilah.Takder idea.Sebenarnya citer tu lama dah Nurin buat.Dari Nurin kecik lagi tapi tak sudah-sudah.Pasal budak tu bisu..."Nurin teringat cerita yang dia ingin sambung dan sudahkan.Cerita itu dahulunya dia dan Hazry yang reka.'Adek dan Ab'lah tajuknya yang sebenar tetapi sebaik sahaja Nurin dan Hazry berpisah,cerita itu tergantung.Nurin sekarang tekad,dia akan menghabiskan cerita itu.

"Ha?Budak tu bisu,ye?Okey lah tu,"kata Jo.

"Mana pulak waitress tu?Nurin lapar dah ni,"Nurin mengomel.

"Lapar,ye?Ratah muka abang ni!"usik Jo.

"Hish.Tak besh tau  tak!"balas Nurin.

*******************************************************************************

"Tia,Tia kenal Nurin kat ne?"tanya Hazry sambil memandu dengan berhati-hati.

"Oh,dia dulu housemate Tia kat acapella.Cakap pasal housemate ni,Tia rasa rindu pulak kat Kak Liz.Haz ada jumpa dia?"tanya Tia.

"Kak Liz cam tak suka Haz je.Tak,takde jumpa dia,"kata Hazry lagi.

"Eh,naper pulak dia tak suka Haz!Haz silaplah.Kak Liz tu baik tau.Takkan dia tak suka Haz pulak,"Tia aneh bila Hazry bilang yang Liza tidak menyukainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 12:24 PM | Show all posts
"Kak Liz,apa kaba?"Tia melawat Liza yang masih belum berpindah dari acapella.

"Kaba baik.Tia macam mana?"

"Ok."

"Lama dah tak nampak Kak Liz,"kata Tia lalu memeluk Liza dengan manja.

"Masuklah,"ajak Liza dengan lembut.

"Kak,ader penghuni baru ke yang ganti Tia dengan Nurin?"

"Ader,si kembar.Farah dan Fareha."

"Su tinggal sini lagi ke?"tanya Tia lagi.

"Yeap.Dulu sebenarnya dia pindah kejap sebab dah nikah.Tapi,suami dia mati.Dia pindah balik sini."

"Kak Liz,saper tu?"tanya seorang gadis manis yang tinggi lampai dari dapur.

"Tia,penghuni lama rumah ni dulu,"jelas Ka Liz.

"Apa khabar?Saya Farah,"tegur seorang lagi gadis.

"Saya Tia.Saya baik,Alhamdulillah."

"Saya pulak Fareha,"sapa gadis yang sedang memasak tadi.

"Senang akak,Tia.Diorang ni ringan tangan.Mengemas,memasak kerja diorang lah tu,"Liza memuji kembar itu.

"Apelah Kak Liza ni,malulah,"kata salah seorang dari mereka.

Pada pandangan Tia,Fareha lebih menawan dari Farah yang lebih pendek dan chubby.Fareha pula ramping dan tinggi lampai.Dia juga kelihatan lebih pandai bergaya tetapi menurut Liza,Farah lebih digila-gilakan pelajar lelaki di UiTM dari Fareha.

"Agaknya budak-budak laki dah boring ader makwe kurus je,tak?Mungkin mereka nak kelainan,"Tia memberi pendapat yang tidak logik pada dirinya.Liza sekadar menyebut 'mungkin'.

*******************************************************************************

"Ma,cantik tak?"tanya Nurin kepada ibunya ketika dia memperagakan gaun pengantinnya kepada ahli keluarganya selepas makan malam.

"Cantik,"jawab Nurul yang masih lagi terpegun melihat anaknya yang manis.

"Macam maknya,"sambung Suhaimi.

"Akak dengkilah pulak tengok kecantikan adik akak ni,"kata Diana sebelum merangkul belakang adiknya.

"Kalau Nurin bukan adik abang,and kalau Kak Minah tak jumpa abang mesti abang dah pinang Nurin tau!"semua ketawa termasuk Aminah apabila Zaimi membuat lawak.

"Macam Nurin nak kat abang,"sindir Nurin.Semua ketawa sekali lagi.

Tiba-tiba satu ketukan yang kuat kedengaran.Kak Farsha membuka pintu rumah itu dan seorang wanita yang sudah tua jelas terpampang.

Semua terkejut."Ibu...Ibu....Ibu Fazira!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 12:38 PM | Show all posts

ciput jer ni

Bab 8

"Farah,dah telefon mak?"tanya Fareha kepada adiknya.

"Dah.Mak kata dia lawat rumah sedara."

"Rumah sedara?Sedara mana?Kita mana ada sedara kat Shah Alam ni,"kata Fareha.

"Mak?Kak Liz,diorang ada mak tapi tinggal kat sini?"Tia bertanya kepada Liza.

"Oh,mak diorang sebelum ni tinggal kat Johor nun.Tapi dia jual rumah tu jadi nak tinggal kat sini.Kat acapella.Akak memang tak sabar.Yelah,akak mana mak dah.Bolehlah akak menumpang kasihkan,"kata Liza sayu.

"Mak mesti suka Kak Liz.Dia pon memang nak sangat anak perempuan yang dah matang,"kata farah.

"Eh,korang tak matang ke?"tanya Kak Liz.

"Tak,"kata kembar itu serentak.Mereka ketawa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.094931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list