CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4753|Reply: 53

SATU KEBUNTUAN...

[Copy link]
Post time 30-9-2007 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Dua hari lepas kawan In call kasi tahu citer kebuntuannya nk wat keputusan... dia tanya pendapat In yang memang sah lebih blur dr dia....

kwn In bercinta dengan seorang pemuda dan merancang nk kawin awal tahun depan.. ni rancangan depa, parents xtahu pun lagik, cuma tahu ar anak depa tgh bcouple... so, perancangannya lps raya nanti si lelaki nk jumpe parents kwn In nilah...

problem melanda bila bapa kwn In tahu yg lelaki bakal jd menantu dia tu berfahaman syiah... dgn serta merta bapa kwn In suruh putuskan hubungan tersebut...

kwn In nangis2 duk ngadu kat In, sampai In pun nangis gak... huhuu....

masaalahnya, kwn lum ckp lagi kt bf dia... sampai hr ni bf dia duk berangan nk pakai baju pe, nk jumpe bakal mertua nanti...

adeehh... mehlah, bantu kwn In ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 10:07 AM | Show all posts
ikutlah nasihat ayah..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 09:51 AM
Dua hari lepas kawan In call kasi tahu citer kebuntuannya nk wat keputusan... dia tanya pendapat In yang memang sah lebih blur dr dia....

kwn In bercinta dengan seorang pemuda dan merancang nk ...



Sumber ambilan agama kita tak sama dgn agama syiah. So ikutlah nasihat ayah.

Persamaan antara kita tidak sama dengan persamaan antara anda dan Syiah. Perbezaan antara kita tidak sama dengan perbezaan antara anda dan Syiah.


Letak tajuk sendiri

Oleh: zain-ys

Wahai saudara-saudaraku dari kalangan Sunni,

Kita pernah berbalah mengenai status Ibnu Arabi samada dia kufur atau tidak dengan ucapan syatahaatnya. Kita juga biasa bermasalah mengenai Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, apakah beliau itu mujassim atau tidak..

Dan banyak lagi perselisihan yang berlaku di antara kita. Isu takwil sifat. Yang ini bid'ah ataupun tidak. Itu bagaimana.. Dan seterusnya.

Namun, ingatlah, sehebat mana sekalipun perselisihan di antara sesama kita, kita tetap di barisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Itulah yang kita sama-sama dakwa. Sumber rujukan hukum kita tidak ada bezanya. Imam-imam besar; Abu Hanifah, Malik, al-Syafii, Ahmad dan lain-lainnya itulah imam-imam mujtahid yang sama-sama kita akui. Kitab-kitab induk dari tafsir, hadith dan feqh adalah kitab yang sama. Kita juga mengakui bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah adil semuanya. Dari merekalah kita mengambil agama kita. Kita mengambil al-Quran. Mengambil al-Sunnah. Dari Rasulullah-lah mereka mengambil semuanya itu.

Wahai saudaraku,

kita terpaksa mengakui bahawa memang wujud persamaan di antara kita. Persamaan bukanlah persamaan dalam hal-hal remeh temeh, tetapi persamaan asas. Persamaan dasar. Apa tidaknya, sumber yang sama kita gunakan. Al-Quran dan segala kitab-kita tafsirnya. Al-Hadith dengan segala syarahnya. Malah jalur periwayatan kita adalah orang yang sama. Yang mana anda ta'dilkan itulah yang kami ta'dilkan. Yang mana anda tajrihkan, itu juga yang kami tajrihkan.

Perselisihan di antara kita masih boleh ditafsirkan dan ditakwilkan lagi. Masih ada jalan keluarnya. Jika berlaku perselisihan, tidak seorangpun yang akan terkeluar dari lingkaran Ahlus Sunnah. Jika ia didakwa terkeluar, ia terkeluar hanya dalam masalah itu sahaja. Bukan terkeluar dari Ahlus Sunnah secara keseluruhannya hingga ke akar umbinya.

Jika berlaku pertelingkahan pendapat, semua sepakat mengatakan, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.


Wahai saudara-saudaraku dari kalangan Sunni,

Persamaan antara kita tidak sama dengan persamaan antara anda dan Syiah. Perbezaan antara kita tidak sama dengan perbezaan antara anda dan Syiah.

Persamaan antara kita adalah persamaan dasar. Persamaan sumber ambilan agama. Perbezaan antara kita adalah perbezaan penafsiran. Dalam menafsir; ada yang terlajak dan ada yang mengundur ke belakang. Ada yang tersasar dalam satu-satu masalah. Namun kita tetap berada di dalam garis lingkungan sumber yang sama.

Perbezaan antara kita dan Syiah bukan seperti perbezaan antara Salafi dan Asya'irah. Bukan berbezaan kecil di sekitar penafsiran sumber hukum, tetapi berbeza sumber ambilan hukum!

Perbezaan yang paling asas. Al-Quran dan al-Sunnah.

Anda mengatakan bahawa al-Quran itu juga yang golongan Syiah gunakan. Malah mereka juga menggunakan al-Hadith sebagai sumber hukum.

Tidak wahai saudaraku. Hanya kebetulan sama dari segi nama sahaja, sedangkan isinya sama sekali berbeza dengan kita. Malah ia bertolak kebelakang.

Dasar agama mereka mendakwa bahawa para sahabat sebagai periwayat dan pengumpul al-Quran telah menyelewengkan al-Quran. Memadamkan, meminda dan menyelewengkan ayat-ayat dan surah tertentu. Apa ertinya jika mereka mendakwa bahawa al-Quran kita bukan yang asli.

Kitab-kitab tafsir mereka sama sekali tidak sama dengan kitab-kitab tafsir kita.

Al-Hadith. Memang mereka juga menggunakan al-Hadith sebagai sumber rujukan mereka. Namun apakah kitab-kitab hadith mereka adalah Sahih al-Bukhari, Muslim dan kitab-kitab hadith yang kita baca? Sama sekali bukan.

Mereka mempunyai kitab hadith mereka sendiri yang tidak sama dari sudut dasar-dasar ilmunya dengan kita. Kitab-kitab hadith kita dipenuhi dengan sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan melalui para sahabatnya r.a. Tetapi kitab hadith mereka dipenuhi dengan perkataan imam-imam mereka yang dianggap setaraf dengan perkataan Nabi s.a.w.

Mereka selamanya tidak akan menerima kitab-kitab hadith kita. Mana mungkin mereka boleh menerima kitab-kitab hadith kita jika para sahabat utama Nabi sudah mereka istiharkan murtad.

Kita pula selamanya tidak boleh menerima kitab-kitab hadith mereka kerana kita sama sekali tidak mengakui perkataan imam-imam mereka setaraf dengan perkataan Nabi. Mana mungkin kita boleh menerimanya jika kitab-kitab hadith mereka tidak ada nilai jika ditimbang dengan neraca ilmu hadith kita.  

Kita tidak sama dengan Syiah Imamiyah. Lihatlah perbezaan antara kita dan mereka adalah perbezaan dasar. Perbezaan yang tidak mungkin dapat disatukan melainkan jika mereka sanggup memadam cercaan mereka terhadap sumber ambilan hukum: Al-Quran kita dan al-Sunnah kita.

Wahai saudara-saudaraku, marilah bersama kami mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dari serangan sesiapapun.

Wahai Yang Maha Mencipta alam semesta. Sesungguhnya kami sudah menyampaikannya kepada mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 11:45 AM | Show all posts
ikut nasihat ayah..kebahgian perkahwinan kena dapat doa restu dr ibu bapa.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:18 PM | Show all posts

Reply #1 indah1285's post

Salam ...

Bukan ker sama2 menyembah ALLAH ... Isy mcm2 ...

Tak semestinya yg tua tak ada salah tak semetinya yang muda salah semuanya ... Mungkin owang tua kawan In tu belum jumpa lagi dgn lelaki tu ... Dia menghakimi buku tanpa lihat isinya ... Mungkin lepas jumpa lain ceritanya ...

Cakap dgn kawan In tu jumpa la cepat2 ... Mudah2an Ramadhan nie sejuk hatinya kalau berjumpa ... Lelaki tu pula buat la yang terbaik ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 01:46 PM | Show all posts

Reply #2 pinguin's post

kalo In ckp cmni, mjeritlah kwn In....

nak gak tahu kenapa harus wat cmtu, biar dia dgr dgn baik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2007 01:51 PM | Show all posts

Reply #3 tobby's post

bf kwn In mmg pandai bhujah sbb dia telah lama dlm syiah, so apa2 yg kwn In pertikai sudah tdk dpertikaikan lagi sebab telah dpengaruhi bf dia...

dan kwn In jd xkisah dah... kalo dia kawin nnti dia akan jd syiah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #4 estnee's post

In ada ckp cmni.... dia sendiri pun xnk kalo bapa xrestu... namun adakah jln utk mmbuatkan bapanya faham dan merestui hubungan mereka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2007 02:01 PM | Show all posts

Reply #5 halimijuliana's post

salam abg halim.....


In respek gak kt bf kwn In ni sbb dia xdelah ajak kwn In pi dating mana2... skadar sms n call jerk....

dan niat dia pun mmg baik nk mmperisterikan kwn In ni secepatnya... dan bcadang nk  btunang lps rasa ni dan kwin awal th depan....

kwn In pun gurl baek2... xdepun sosial.... dia pun dah rasa serasi dgn bf dia...

kwn In xreti nk bhujah pasal syiah ni... apalagi nk bdepan dgn bapanya yg boleh dikatakan bpengetahuan agama tinggi...

bapanya dah mmfatwakan syiah sesat dan pemuda tsebut mmg xde peluang langsung nk masuk mminang... dia dh warning awal2 lagik...

separuh mengamuk org tua tu..... kwn In minta bantuan In suruh pujuk bapa dia... In mmg mati kutu.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 01:51 PM
bf kwn In mmg pandai bhujah sbb dia telah lama dlm syiah, so apa2 yg kwn In pertikai sudah tdk dpertikaikan lagi sebab telah dpengaruhi bf dia...

dan kwn In jd xkisah dah... kalo dia kawin nnt ...


maknanya lepas ni dia kena pakai quran yg original.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 09:51 AM
Dua hari lepas kawan In call kasi tahu citer kebuntuannya nk wat keputusan... dia tanya pendapat In yang memang sah lebih blur dr dia....

kwn In bercinta dengan seorang pemuda dan merancang nk ...


Dalam hal ni, saya bersetuju dia patut dgr nasihat ayah dia.
Kalau saya menjadi ayahnya pun saya tidak akan bersetuju.

Syiah sangat berbeza pada perkara asas iaitu AQIDAH.
Syahadah mereka pun tidak sama.
Rujukan asas pun tidak sama.
Pada kita ada satu Al-Quran yg lengkap. Pada mereka Al-Quran cuma sebahagian, daripada kitab suci.

Perlu difahami, perbezaan ini melibatkan perbezaan aqidah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by Equalizer at 30-9-2007 03:06 PM


Dalam hal ni, saya bersetuju dia patut dgr nasihat ayah dia.
Kalau saya menjadi ayahnya pun saya tidak akan bersetuju.

Syiah sangat berbeza pada perkara asas iaitu AQIDAH.
Syahadah merek ...



Quran kita abu bakar, umar & uthman dah ubah suai. sebab tu mrk kata tak asli dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 03:51 PM | Show all posts
In ada cadangkan bagaimana kalo bf dia kembali kpd kpd ASWJ ... adakah bapanya kan terima bf dia sbagai menantu...

tp, menurut kwn In... bfnya xkan melakukannya krn syiah sudah sebati dgn jiwanya....

setakat ini In suruh dia isytikharah mohon petunjuk......
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 02:01 PM
salam abg halim.....


In respek gak kt bf kwn In ni sbb dia xdelah ajak kwn In pi dating mana2... skadar sms n call jerk....

dan niat dia pun mmg baik nk mmperisterikan kwn In ni secepa ...



memandangkan the guy pandai berhujah and your friend x pandai berhujah, in other words, the guy lebih dominant, maka more reason for your friend to leave him...

Tempat saya belajar dulu pernah menghadapi situasi dgn syiah ni.
Saya sempat baca kitab2 rujukan mereka. Memang dari segi aqidah mereka sangat jauh berbeza.
Itu pun dgn kumpulan syiah yg dikatakan paling hampir dgn sunni.
dgn 3 kalimah syahadahnya, Al-Quran yg dianggap tidak lengkap, etc.

Nilai antara boyfriend dgn aqidah, boyfriend boleh dicari ganti... aqidah?
Lagi pun boyfriend/suami, sayang takat didunia je... 10 tahun, 20 tahun, 40 tahun, 60 tahun??
nak banding dgn nilai aqidah utk hidup di alam akhirat yg kekal abadi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:10 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 03:51 PM
In ada cadangkan bagaimana kalo bf dia kembali kpd kpd ASWJ ... adakah bapanya kan terima bf dia sbagai menantu...



silap2 kalau nak kawin, dia mintak nikah mut'ah sebab pada mereka wajib nikah mut'ah...
kira lepas nikah, anytime dia boleh tinggalkan kawan u.

tambahan  lagi mereka percaya kepada wahyu turun kepada Sayidina Fatimah selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. sedangkan kita percaya bahawa wahyu yg terakhir adalah kepada Rasulullah s.a.w sebagai khatamunnabiyin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 03:51 PM
In ada cadangkan bagaimana kalo bf dia kembali kpd kpd ASWJ ... adakah bapanya kan terima bf dia sbagai menantu...

tp, menurut kwn In... bfnya xkan melakukannya krn syiah sudah sebati dgn jiwa ...


setahu istikharoh apabila kita tidak tahu untuk membuat keputusan, tidak tahu yg mana satu baik yg mana buruk.
tapi dalam hal ini, rasanya jelas dah kedudukan perkara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2007 04:55 PM | Show all posts
ikut cakap ayah tu..jgn ikut nafsu cinta jek..

Akidah No. 1!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 05:01 PM | Show all posts
buat le sunat tahajud dan istiharah
minta petunjuk ngan sungguh2
dunia hanya fantasi bukan realiti
kepuasan ada batasannya
kenapa ia yang dikejar
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by Equalizer at 30-9-2007 04:10 PM
[quote]Originally posted by indah1285 at 30-9-2007 03:51 PM
In ada cadangkan bagaimana kalo bf dia kembali kpd kpd ASWJ ... adakah bapanya kan te ...


menurut pendapat syiah, nikah mut'ah tak pernah dibatalkan oleh Rasulullah. Umar yg memandai2 batalkan. so nikah mut'ah boleh diamalkan oleh lelaki syiah, especially bila suami2 pergi travel agak lama & jauh dari isteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 11:17 PM | Show all posts

Reply #19 tobby's post

malangnya kwn In dh pun bmut'ah melalui talipon... adeehh..


In baru jerk tahu ni.... katanya carilah jln, sbb dia xnak bpisah dgn bf dia dan dlm masa yg sama xnak derhaka kpd ayahnya...

juga... dia tdk sanggup utk mceritakan kpd bf dia yg ayahnya suruh mmutuskan hubungan mereka....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054691 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list