CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20527|Reply: 46

Tips untuk kekalkan/increase intimacy

[Copy link]
Post time 6-10-2007 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Seks adalah satu nikmat yang diberikan kepada sepasang suami/isteri.

Bagi yang baru kahwin, nikmat seks adalah seperti syurga dunia. Tiap-tiap hari dok fikir nak balik cepat sebab tak sabar nak bersama dengan suami/isteri untuk berintimasi.

Tapi selepas bertahun berkahwin, anak pun dah berederet, tanggungjawab kerja semakin tinggi dan sibuk, mungkin masa untuk berintimasi bersama suami/isteri secara perlahan-lahan menjadi kurang.

Making love antara suami dan isteri mungkin dah tak sehebat dulu - dah jadi mana perkara biasa je dah.

So, mari kita bincangkan di sini, apa tips-tips yang you all buat untuk kekalkan atau improve intimacy antara suami dan isteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2007 02:52 PM | Show all posts
OK, saya mulakan dulu.

Perkara yang saya selalu amalkan dengan isteri:

Mandi bersama
I think this is very intimate. Kalau boleh, cuba mandi bersama at least sekali seminggu, kalau lagi kerap, lagi bagus. Semasa u mandi bersama, u akan rasa intimate dengan suami isteri apabila you menyabun dan membersihkan badannya dengan perlahan.

Tidur tanpa pakaian
Bila waktu malam, cuba tidur tanpa sebarang pakaian pun. Pakaian suami adalah isteri, dan isteri adalah suaminya. Daripada peluk bantal, cuba peluk isteri. Kalau lenguh, cuba tukat posisi, tapi make sure kulit bersentuh kulit sentiasa. The heat from the body will warm you and make you feeling good. Of course, dua-dua kena dalam selimut lah - tapi underneath make sure both are naked.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 11:11 PM | Show all posts
nak baca tips2 bang dunhill
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 11:24 PM | Show all posts
lepas mandi tu.. suruh hubby yang sapukan body cream terutama bahagian yang tangan kita tak sampai, cam kulit belakang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 12:16 AM | Show all posts
Sensual massage with aromatherapy oil....:kiss:
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by OsHiN_hOnEy at 6-10-2007 11:11 PM
nak baca tips2 bang dunhill


betul tu.....what will it be?......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2007 10:44 AM | Show all posts
mandi bersama tu mmg dah wajib..bukan once a week tapi every time mandi..

tido without clothes pun mmg dah jadi wajib sampai takde baju tido kami kat lemari tu..

massage each other pun diamalkan tapi dalam 2-3 times a week jer sb malaslah..lenguh tangan..

ok..here's wat we used to do since anak2 dah berderet cam ketapi..

every nite..sure spend time together, just 2 of us, melepak2 kat restoran yg cosy2 sambil minum2 (makan ari2 kat luar kopak lerr.. )..then, cerita2lah pesal feeling...kadang2 citer pesal sweet memories dulu2..
tujuannya, sebab nak set the right mood..kalau tak...pala otak ingat keje, ingat kids...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:48 AM | Show all posts
suasana kamar tidur ,cosy, dgn haruman lavender utk relaxing..

sensual music ....   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2007 12:23 PM | Show all posts
kelebek hubby.....<----faham tak maksud ni?

cari uban, cuci muka, sapu lotion,massage, bersihkan tinger  and many more which need some room for privacy....

kalau ada rezeki end up with good solution....spc masa nak bincang macam2....
kalau rezeki lebih lagi....dapat mandi wajib.....

then...malam2 dia cuti, pi kuar jenjalan kat memana uptown....gi minum kopi ke, mekdonel ke....

then ....which i believe the most important for both of us....kalau one of us rasa tak sihat/need space to be alone...speak to each other...explain....tak larat ler nak mesra2....demam...dan insyaAllah takkan timbul ler isu tak layan ke....tak amik berat ke, kecik ati ke....

tapi tak semua kapel boleh mintak some space ngan spouse dia...unless dah mutually agreed...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 12:42 PM | Show all posts
anak V baru 2 jek..tapi dedua jenis melekat..yg abang melekat dgn mak, yg adik melekat dgn bapak
so, payah gak nak spend masa berdua2 nih
especially since both of them still tido dgn kiteorang
bab2 intimacy ni mmg payah laaa
baru nak melangkah kuor berdua, dah melalak2 nak mengekor (dedua abg & adik)
so in the end, end-up bawak gak dedua nih
but once in the blue moon, when we feel like really spending time together..dedua pekakkan tinge...tinggalkan abang & adik kat bibik
kesian mmg kesian, tapi adehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 01:07 PM | Show all posts

Reply #9 Qurnia's post

my hubby pulak..time dia sakit la lagi nak bermanja..cam budak2 tu..kena belai rambut, peluk dia sampai dia tertido..kalau leave him some space time tu...lagilah lama lagi sakit dia..sb campur sakit hati sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by Penulis at 6-10-2007 02:52 PM
OK, saya mulakan dulu.

Perkara yang saya selalu amalkan dengan isteri:

Mandi bersama
I think this is very intimate. Kalau boleh, cuba mandi bersama at least sekali seminggu, kalau lagi ker ...


elok ka mandi sama ek? kalo soang tu badan berdaki.eiiii kotoq laa air daki2 tu di bancuh sama dengan kita kan?
nak plak masa mandi terkentut dalam ayaq eeeeeeeeiii huduh nyaa munyik bloooppp yucksss

tidor tak pakai baju bersama ni lagi tak afdhal..kene cuaca cam malaya
eiiiiiii ko..kene geget nyamuk aedes kang IGP marah dan hukum ko cuai haaa..pasal tido tak pakai baju jauh sekali kelamboo

oang kata angin malam tu bahya..bleh bawak sakit angin ahmar, pulak tu kawan aku abang dia doktor pun cakap tak elok tido tak pakai baju esp dada tuuu..pakai lah walo nipis sekali pun..demi kesihatan

so nampak nya aku kene rejek seme cadangan ko tuh..tak per tak per cobak lagik, usaha tu lift kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 07:01 PM | Show all posts
eeeii saya baca seme cadangan tadak satu pun besh intimasi..cam tadak apa pun jek..patut lah ramai suami isteri makan luaq

mende ni mana leh kasik2 idea, plan2, tak besh laa kut, seme ni kene impromptu, spontaneous baru ada elemen surrrrrrrprise

nampak sangat mak dares sini tak seksi cam Zeta Jong dan bapak2 sini tak romentis cam Don Huan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 7-10-2007 01:13 AM


betul tu.....what will it be?......

it's for us to find out
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 7-10-2007 07:01 PM
eeeii saya baca seme cadangan tadak satu pun besh intimasi..cam tadak apa pun jek..patut lah ramai suami isteri makan luaq

mende ni mana leh kasik2 idea, plan2, tak besh laa kut, seme ni ken ...

nak tahu juga apa element surprise tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2007 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 7-10-2007 06:56 PM


elok ka mandi sama ek? kalo soang tu badan berdaki.eiiii kotoq laa air daki2 tu di bancuh sama dengan kita kan?
nak plak masa mandi terkentut dalam ayaq eeeeeeeeiii huduh nyaa munyik blooopp ...


Menarik juga dpt feedback dari aji. Citer lah sikit tentang elemen surprise tu... boleh diambil sebagai panduan.

Bagi saya, mandi bersama isteri dan membasuh daki di badannya bukan satu yang memalukan. If fact - itulah tujuan mandi pun - untuk membersihkan. Kalaulah dia atau saya terkentut ketika mandi, we just laugh it off seperti a joke

Bagi saya juga, tidur tanpa pakaian bersama isteri adalah satu yang sangat intim. Hati dan tubuh kami bersatu bila kami "bersama" di waktu malam, tak kita samada mengadakan hubungan kelamin mahupun tidur. Saya merasakan isteri saya paling rapat dengan saya bila dada saya digunakan sebagai bantalnya, dan tubuhnya saya gunakan sebagai bantal peluk saya. Bak kata orang putih, it gives a sense of belonging - This is where we belong - with each other.

Bila tidur tanpa pakaian tu bukanlah beerti tiada berselimut. Selimut itu penting untuk mengekalkan suhu kehangatan badan kami berdua, prevent us from getting chilly dari angin malam yang aji sebutkan tu.

Oh yes, ubat nyamuk memang kena pasang tiap2 malam, kalau tidak banyaklah tompok pagi nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 10:25 AM | Show all posts

Reply #16 Penulis's post

bestnya.....
harap2 ada peluang lg utk sue praktikkan benda nie....
mmg suka mandi sesama dulu....
moga jodoh kami panjang......amin....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 12:41 PM | Show all posts
Aku x boleh nak komen lebih2 la...dulu2 slalu buat ape yg penulis ckp sume tu...mandi same ke,bogel same ke...but now da kurang la...aku ok jek..but sebelah pihak dah kurang...aku malas nak ckp bnyk..no komen la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 01:13 PM | Show all posts
10 Tips Kekalkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Kenali latar belakang pasangan. Tahu kegemaran dan kebencian pasangan masing-masing.

2. Faham minat pasangan dan sabar dengan minat masing-masing.

3. Saling memberi hadiah dan puji-pujian. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana terlalu kerap akan menjadikan pasangan muak. Puji sekali-sekala lebih manis dan mengeratkan hubungan.

4. Jangan marah atau malukan pasangan di hadapan orang lain terutamanya keluarga atau anak-anak kerana pasangan juga ada maruah. Marah atau tegur ketika pasangan berada dalam keadaan yang tenang.

5. Lebih banyak memuji daripada mengeji. Sering bertanya khabar walaupun sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Kerap berlaku kita lebih rajin bertanya khabar rakan-rakan berbanding pasangan sendiri.

6. Bekerjasama dalam mengendalikan kerja di rumah.

7. Wujudkan suasana kediaman yang boleh menyemarakkan kasih sayang dan ketenteraman.

8. Saling mengingati tarikh-tarikh istimewa pasangan seperti harijadi dan ulang tahun perkahwinan.

9. Tidak salah menyimpan kad dan surat cinta lama daripada pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga. Sesekali elok dibaca semula untuk mengembalikan kenangan manis dan memperbaharui cinta yang kian pudar. Anggap isteri/suami sebagai yang tercantik dan paling kacak dalam dunia.

10. Selalu berdoa agar perkahwinan bertahan dan kebahagiaan berkekalan.

17 Tips Mengasihi Suami

Tidak kira sebesar mana pangkat atau gaji anda sekali pun, tugas sebagai isteri sejati tidak boleh diketepikan. Salah satu peranan isteri ialah untuk mengasihi suaminya dengan jujur, ikhlas dan sepenuh hati.

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda para isteri untuk lebih mengasihi suami masing-masing.

1. Sebagai seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah.

Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting; pertama, keperluan batin suaminya dan kedua keperluan fizikalnya termasuk makan dan minum.

3. Berusahalah untuk membantu suami anda terutamanya apabila suami sedang dilanda masalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja. Bersama-samalah merancang masa depan. Rujuklah kepada suami di dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda terhadap suami. Ia patut dilakukan setiap hari walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan menganggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya apabila sedang berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan daripada suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah daripada berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan suami anda berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda. Gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang. Lagipun anak anda adalah anaknya juga.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, pakailah pakaian yang mengghairahkan, wangi-wangian dan berselimutlah bersama. Ciumlah dengan ciuman yang hangat iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Apabila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda. Anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk melakukan hubungan kelamin dengan anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimana sibuk dan letihnya anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca daripada isteri yang kurang faham dengan keperluan seks suaminya. Kurangnya layanan dan terlalu banyak alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, tidak salah jika anda yang memulakan pelawaan untuk melakukan hubungan seks. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan seks. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda melakukan hubungan seks dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasakan bahawa dirinya tidak dihargai sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu adalah jalinan kasih dua jiwa yang menzahirkan cinta, kasih dan sayang.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan berilah harapan agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan sahaja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan kelak, anda akan menemui suami anda di Syurga.

Fahami Fungsi Perkahwinan
Daripada Abdullah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah. Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (daripada dosa). Sesiapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi. (Sahih Muslim)

Demikianlah fungsi sesebuah perkahwinan yang tidak terbatas kepada memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Sebaliknya perkahwinan juga dilihat sebagai suatu ibadah dan jalan selamat ke arah melahirkan generasi sihat dan beriman.

Disebabkan itu juga, Allah SWT tidak menggalakkan seseorang terus hidup membujang semata-mata mahu beribadat kepada-Nya. Ini kerana makna beribadah tidak terhad pada solat dan berdoa semata-mata tetapi lebih luas daripada itu.

Daripada Saad bin Abi Waqas katanya, Rasulullah SAW pernah melarang Usman bin Mazh'un daripada membujang selama-lamanya semata-mata untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT. Andai kata Rasulullah mengizinkan kami berbuat begitu, sudah tentu kami mengembiri diri sendiri. (Sahih Muslim)

Demikianlah cantiknya peraturan yang disediakan Allah Taala yang tidak meminggirkan kepentingan manusia tetapi dalam masa yang sama memberikan penekanan kepada ibadah.

Wallahu'alam
http://sofira.blogspot.com/2005_06_01_archive.html
dan banyak lagi tips berguna bagi panduan kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by aiva at 8-10-2007 12:13 AM
9. Tidak salah menyimpan kad dan surat cinta lama daripada pasangan walaupun sudah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga. Sesekali elok dibaca semula untuk mengembalikan kenangan manis dan memperbaharui cinta yang kian pudar. Anggap isteri/suami sebagai yang tercantik dan paling kacak dalam dunia.


kad kad yang me kirim kad laki me masa kami dating dulu..
dia simpan semuanya... so me satukan ngan kad kad yg dia kasi me pulak..
even teddy bear me kasi kat dia pun ada elok lagi tersimpan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065835 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list