CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54266|Reply: 420

Keliru...

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2007 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Bab 1

Oktober 2005

KRINGG!!!!!!!Aku tersedar dari tidurku.'Aik!Naper jam loceng ni berbunyi?Bukan ke semalam dah rosak dilemparku?Adik!!!!!!!!!'

"Man!!!"jeritku.Mukaku merah menahan lava dari meledak.'Uikkss,menahan marahlah.Apa taknya?Semalam sengajalah aku lempar jam loceng itu supaya rosak,sebenarnya tu bukan kali pertama aku buat camtu dan biasanya adik aku,Abdurrahman akan baiki semula.Geram aku!'

"Wana!Naper menjerit pagi-pagi buta ni?"aku terdengar suara merdu menyapa telingaku tetapi nadanya,nada marah.Aku menggosok-gosok mataku dan mengerling jam loceng tadi.'Pukul 2 pagi!'

"Mummy,adik ni!Dia kunci jam pukul 2 pagi!"rengekku kepada wanita yang bergaun tidur.Dia sedang berdiri di muka pintu dengan wajah yang...Mengantuk?

Mummy menggeleng."Abdurrahman!Bangun!"Mummy biasanya memanggil nama penuh anaknya bila dia sedang panas!Aku ketawa kecil apabila melihat mummy masuk ke bilik sebelah iaitu bilik adikku.'Mampus kau!Hahahaha.'

Mummy masuk semula ke kamar tidurku.Dia tidak keseorangan.Mummy sedang menarik telinga adik dan membawanya masuk ke bilik aku.

"Man!Naper Man buat macam ni?Man bukan tak tahu yang kakak Man tu kuat terkejut,"leternya.'Huh,panas telinga mendengar.Jadi...Aku sambung tidur.Tidak melayan perlakuan kedua anak beranak itu di dalam bilik aku.'

*******************************************************************************

Bangun pagi tu,terkejut beruk aku bila nampak kakak,abang ngan adik aku.Kakak ngan abang aku sedang mengekek ketawa,adik aku pulak rupa macam nak balas dendam.'Kat saper?'Aku terpinga-pinga mencari jawapan.

"Wana!Pandailah Wana buat Man kena marah.Abang suka!"kata abangku.Dia mengekek ketawa.Adikku merenungnya marah.

"Man kena marah?"tanyaku.'Pelik!Bila masa aku buat Man kena marah?'

Kakak aku ketawa terbahak-bahak."Wana mesti mengantuk lagi pagi tadi masa mummy membebel,kan?"

Oh,pagi tadi!"Err...Mummy perasan ke Wana tidur?"kataku takut-takut.Aku masih duduk di atas katil dan berselimut.Kakak,abang dan adikku yang sudah kemas berpakaian duduk di atas katilku yang besar.

"Mana taknyer.Panas mummy bila tahu Wana ngan Man tidur,"kata kakakku lagi.Ketawanya masih bersisa.Dia mengesat air matanya yang gugur kerana terlalu geli hati.

"Man pon tidur?Macam mana Man boleh tidur?"aku memandang adikku yang masih marah.

"Wana bukannya tak kenal Man.Man kalau dah nak tidur.Tidurlah dia.Mia,ingat lagi tak hari tu,yang kita kurung Man dalam toilet?Dia tidur dalam toilet malam tu.Nyenyak!"kata abang.Dia ketawa lagi.

Adik memukul abang dengan bantal."Abang!"jeritnya.

"Padan muka,"aku mendengar bibirku berbicara.Adik berhenti memukul abang dan berpalng ke arahku.

"Kak Lang ni!Nak kena!Man doa semoga Kak Lang jadi andartu,"sindirnya sambil mengukir senyuman sinis.Kakak dan abangku ketawa.

"Man!"aku melempar bantal di punggungku ke arah adik.Adik mengelak.

"Abdurrazak!Abdurrahman!Nurul Hazreen Rudaini!Nurul Hazel Nirwana!Turun makan!Nak suruh mummy jerit berapa kali baru nak turun hah!"laung mummy dari tingkat bawah.

Kami semua terkejut.Aku tergopoh-gapah masuk ke dalam tandas untuk mandi.'Sebenarnya,keluargaku ada adat apabila makan.Bila makan pagi,turun mesti sudah bermandi.Bila makan tengah hari,berpakaian formal.Minum petang,berpakaian kasual dan ceria.Makan malam pula,berbaju tidur yang kemas.Supper diharamkan!Lepas dinner takleh supper!'

"Neng,lekas dong.Nyonya udah marah tu!"ujar salah seorang pembantu rumahku,Saodah.

Aku memandangnya.Aku mengukir senyuman dan berlari turun ke bawah.mereka masih belum makan kerana itu salah satu adat makan kami.

"Nurul Hazel Nirwana!Jangan berlari.Tak sopan!"tegur mummy.Matanya membawa redup marah.Kecut perutku melihat matanya.

"Awak ni!Tu pon nak dibebelkan.Biarlah dia berlari.Nanti mana tahu,rezeki dia dapat masuk olimpik untuk marathon ke?Awak jugak yang menunjuk kat kawan-kawan datin awak tu,"kata papa sambil merenung mummy dengan renungan tenang.

"Abang!"tengking mummy.

"Dah.Dah.Jom makan.Mummy,papa.Ni kan masa nak makan,tak boleh gaduh-gaduh,"abang mengajuk kata-kata yang papa berikan apabila kami sedang bergaduh pada waktu makan.

Kakakku ketawa.Adikku pula hanya tersengih.Aku sekadar mengangkat kedua-dua alisku.Aku kemudian duduk di sebelah kakak.Kemudian keenam-enam ahli keluargaku menadah tangan sambil membaca doa sebelum makan.Selesai membaca doa,kakak mendekatkan mulutnya ke telingaku dan membisik,"Pagi tadi,masa Wana tidur lagi,Izzat call."Dengan segera,aku menunduk dan merenung nasi di dalam pingganku seolah-olah ada sesuatu tersorok di dalam nasi itu.

"Nurul Hazreen Rudaini!Tak boleh bercakap masa makan!"tegur mummy sambil merenung tajam kakakku.Aku terasa kecut memandang renungan Datin Nurul Hazyrya Safiera.'Huh,nasib baik renungan tu bukan untuk aku.'

Aku mengerling ke arah kakak.Dia buat tidak tahu dan tersengih-sengih sambil makan nasi.

Huh.Aku menyuap sesudu nasi berlaukkan sup ikan ke dalam mulutku.'Izzat call?Kenapa agaknya?'

'Izzat...Muhammad Farizzat Hassan,kekasih hatiku.Err...Mula-mula dulu,dia yang terhegeh-hegeh kat aku.tapi entah macam mana dia jadi tak suka kat aku dan punya awek lain.Masa tu,Allah jer tau cam mana sakitnya hati aku jadi aku err...warning awek dia.Dia marah kat aku jadi aku merajuk tup..tup...Dia pujuk aku.Hehe...Sekarang ni,dia kerja kat syarikat bapak dia,Muhammad Fariz Hashim.Syarikat ni...Aku tak paham ler sangat lagipun aku tak nak paham.'

Okey,aku citer pasal family Izzat.Dia anak sulung dan ada seorang adik pompuan yang muda setahun dengan aku.Nama dia Mardia Farizza Husnaina.Dia teramatla mesra dan suka bermanja dengan orang yang dia dah kenal.Rupa paras cantik tapi takder boyfriend.Mungkin sebab dia ni agak warak.Mak dia pula,Datin Nur Haryanti.Baik,sopan(Bukan cara pertuturan jer,cara berpakaian pon),suka merendah diri dan pemurah.Mula-mula dulu dia tak berapa suka aku ngan Izzat tapi buat-buat suka.Entah macam mana,aku dapat tahu tapi aku terasa.Sejak hari tu,dia mula baik ngan aku secara ikhlas.

Aku merenung sudu dan kemudian muka kakakku.'Kakak aku ni cantik,ikut muka mummy.Kecantikan dia diturunkan kepadaku.Umur dia 25 tahun.Dia ada boyfriend.Nama Nazif Izham.Nazif ni boyfriend kakak aku yang ke...Aku tak ingat.Mungkin kedua puluh.Tak.Ketiga puluh?Hemm....Mataku beralih arah.Dari kakak ke abangku.Dia ni teramatlah hensem.Ikut muka papa.Umur,28 tahun.Dia dah bertunang.Nama tunangnya Nur Saerah.Kak Rah ni,tak cantik tapi...comel gila!Kalah kucing jiran aku.Umur Kak Rah ni 24.Kira dua tahun lagi tua dari akulah!Hidung Kak Saerah ni mancung,kulit putih,bibir tebal tapi kecik,merah pulak tu bibir dia and mata dia bulat warna putih dan turqoise.Mula-mula aku ingatkan dia pakai lense jadi aku kata kat dia keburukan pakai lense tapi...Hampeh,abang aku kata tu mata betol.Dia ni kacukan melayu ngan Itali.Macam family aku ni kacukan melayu ngan Singapore.'

Aku menunduk kembali dan makan.

[ Last edited by  lily_lyssa at 12-11-2007 02:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2007 02:23 PM | Show all posts
Ahaks....
baru kelmarin abiskan citer lain...
citer lain pulak....
sekadar mengisi masa kosong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 02:24 PM | Show all posts
Bab 2

"Mummy...Tak lama lagikan nak raya..."kataku sambil memandang mummy yang berkerut-kerut membaca surat khabar di taman bersama papa.Mummy meletakkan kaca matanya dan surat khabar itu lalu merenungku.Tajam.

"Raya?Puasa pon tunggu seminggu lagi!"tegur mummy sambil menggeleng.Papa pula terbatuk-batuk perlahan menahan tawa.Aku tersipu-sipu menjawab,"Silap...Kejap lagikan nak puasa...Jadi..."Aku terdiam sebentar.

Mummy mengangkat keningnya dan bertanya,"Jadi apa?"Aku memandang kakak dan abang yang sedang mengacau Mariam dan Tamrin,tukang kebun kami yang sedang berkebun.'Bukan nak tolong.Mengacau ajer kerjanya!'detik hatiku.

Aku menoleh ke arah mummy kembali."Kita berpuasa kat umah wan jer...Boleh tak?"tanyaku.'Nenek di belah mummy,aku panggil wan dan datuk pula,tok wan.Nenek belah papa pulaku panggil mak nek dan datuk,tok yah.'

Terbeliak mata mummy mendengar kataku."Maksud Wana,kita duduk kat Singapore tu 35 hari?"tanyanya meminta kepastian.Aku mengangguk."Yelah,kalau raya kat Singapore tu mesti 5 hari jer..."

Mummy memotong,"Saper cakap raya 5 hari jer kat sana?5 hari sebelum raya,kita balik Singapore.Raya keenam,baliklah kita ke Kelantan,lawat mak nek ngan tok yah."

"Tapi..."sekali lagi mummy memotong,"Periksa?Wanakan nak periksa tak lama lagi?Cubalah jadi cam adik tu,sebelas A dalam tanganlah SPM ni."

'Mummy memang macam itu.Adik,adik,adik!Rahman tu dia...Studious.Belajar dua puluh empat jam.Bosan aku.Masuk bilik membaca,dia ada.Nak pergi perpustakaan,tak diajak,dia mengikut.Kalau dilarikan dari buku,dia tidur.Sekarang dia umur tujuhbelas tahun.Sekolah kat Sekolah Integrasi As-Syakirin.Aku pon tak tau kenapa mummy hantar adik kat situ.Adik beradik kami semuanya sekolah lain-lain.Aku sekolah kat seksyen tujuh.Abang ngan kakak dulu tak duduk kat Shah Alam.Abang sekolah kat Singapore,duduk ngan wan dan kakak duduk kat Kota Bharu,duduk ngan mak nek.'

"Hah,hah.Aderlah tu mengutuk mummy dalam hati.Mummy bukannya pilih kasih ke apa.Tapi dah apa yang Rahman buat tu baik,takkanlah mummy nak kata salah pulak!"kata mummy.

"Jadi tak bolehlah ni?"mummy menggeleng.Aku mengeluh dan masuk ke dalam bilikku di tingkat atas.Aku mengerling meja sudut di sisi katilku.

'Eik?Mana handphone aku?Aku ni selalu meletak rata-rata handphone aku.'Aku tercari-cari telefon bimbit Nokia 7370 kepunyaanku.Kemudian,aku terlihat karpet di dalam kamarku punya gelembung kecil.Aku menyelak karpet dan ternampak telefon bimbit yang berwarna merah jambu.

Aku menekan butang arrow ke bawah dan mencari nama 'Charming Iz(HP)'.Aku menekan butang hijau.Lama aku menunggu barulah seseorang menjawab.

"Hello?Wana?"suara lelaki yang ku rindui menjentik telingaku.Aku terkedu.'Rindunya.'

"Iz!"sahutku.Aku menggulungkan rambutku dengan jari telunjuk.

"Wana,Iz ada meeting ni..."kemudian aku terdengar dia bercakap kepada orang lain,"Pa,sorry.Urgent!"'Urgent?Dia menganggap call dari aku adalah urgent?So sweet!'

"Ehmmm Apa?"tanya Izzat.Aku memandaang telefon bimbitku.Terkebil-terkebil.'Bukan ke pagi tadi,dia yang call aku?'

"Err...Kak Aini kata Iz call pagi tadi.Iz nak cakap apa?"tanyaku.Aku memandang jari manisku.Bilalah nak ada cincin kat sini?Aku tak kisah walaupun sebentuk cincin pertunangan tapi...Izzat kata dia nak akad nikah sekali ngan bertunang.Katanya,"Lamala sket Iz boleh tengok Wana pakai baju lawa."

"Ah...Itu,"ujarnya tenang."Ehem.Iz nak cakap yang Iz ada meeting jadi Wana tak boleh call Iz sebab Iz tau Wana akan call Iz pada waktu yang sama di tiap-tiap ari.Iaitu lepas Wana habis breakfast.So then,you've called,"katanya di dalam nada...Nada apa?Perli!

"Iz!"marahku dan terus menekan butang merah.'Siaplah.Wana tak nak call dah sampai bila-bila!'marahku dalam hati.

Izzat kini berumur 26 tahun lebih banyak menghabiskan masanya dengan kerja.Kerja,kerja,kerja!Naik bosan aku.Kengkadang kalau kitorang berjumpa,dia meluahkan perasaan dia terhadap klien-klien yang dia jumpa.Huh,tak romantik langsung.Tapi aku sayang dia.

*******************************************************************************

"Yes!Dah abis test!"Akhirnya aku sudah menghabiskan ketiga-tiga paper untuk ujian terakhirku di UiTM ini!Tahun ini adalah tahun terakhir untuk pelajar-pelajar aliran perakaunan.Happynyer!

"Yan,kau nak kerja kat ner nanti?Lepas kau dapat ijazah?"tanyaku kepada Azyan yang sedang berjalan mengiriku.Dia mengerutkan dahi.Pertanyaanku lama dibiarkan sepi.

"Emm...Family aku nak migrate ke London so aku kena ikut.Aku tak taulah tu,"jawab Azyan bersungguh-sungguh.Aku mengangguk.Aku amat pasti yang Azyan akan dapat kerja di London kerana IQnya yang cukup tinggi.

"Kau?"tanyanya kepadaku pula.Aku berhenti berjalan.Nak kerja ngan Iz?Ya,itulah yang aku inginkan tapi....Aku mahir dalam nombor sahaja.Aku teruskan perjalanan.

"Entah.Aku rasa kat...Kat mana ek?Rasanyer kat saham-saham ni.Aku suka amat,"kataku.Tidak ikhlas.Aku sebenarnya lebih meminati Sains tapi otakku lebih memahami nombor.

"Naper tak nak kerja ngan cik abang?"celah Hasni pula.Hasni adalah satu-satunya kawan lelaki yang aku ada.Dia turut mengambil bidang yang sama.Kami sering berjalan bertiga,aku,Has dan Yan.

"Cik abang?Iz ke?Oh...Entah lagipun aku tengok cam tension gila jer kerja kat situ.Dia sibuk.Ayah dia sibuk.Secretary pon sibuk.Mak cik tukang cuci pon sibuk,"selorohku.Kami bertiga ketawa.

"Kau nak tumpang kereta aku lagi ke?"tanya Azyan.Aku mengangguk dan melambai ke arah Hasni yang menaiki motosikalnya meninggalkan kami.

"Kau masih tak dapat lesen?Kau tau tak betapa nikmatnya naik kereta?Bebas,"kata Azyan sambil masuk ke dalam kereta.Aku tersenyum nipis.Malunya...Aku dah berapa kali ambil drive test tapi sering gagal.

Aku membetulkan tudungku dan mengerling Azyan."Kau suka memecut?"tanyaku.Azyan yang sudah menghidupkan enjin kereta Honda Accord hitamnya memandangku dan tersenyum sumbing.

"Paling laju pernah aku bawak 100 kilometer.Nikmat angka 100 itu..."seloroh Azyan.Aku ketawa kecil.

"kenapa?"tanyanya sambil mengerutkan dahi memandangku.Aku menggeleng dan teringat bahawa aku sering memecut ketika drive test dijalankan.

"Kau suka memecut tapi lulus drive test?"

"Aku taklah memecut masa drive test tu.Bawak 50 hingga 80 jer.Tak sebodoh itu aku nak memecut masa test.Jap...Kau tak lulus sebab kau memecut?Ya Allah...Wana!Orang semua suka memecut tau tapi sebab nakkan lesen,kena pura-pura bawak keta baik-baik.Ya Allah!"Azyan menggeleng.Aku tersengih.Rona-rona merah mula kelihan di pipiku yang gebu.

Azyan membetulkan tudungnya sebelum memulakan pemanduan.Aku sekadar memandang ke luar melalui cermin tingkap kereta yang diturunkan.Angin yang masuk menyebabkan tudungku hampir tercabut.Aku tersengih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 02:25 PM | Show all posts
Bab 3

Aku menggosok-gosok mata dan mengerling jam locengku."Pukul 5 pagi!Kenapa Kak Dah kejutkan Wana?"tanyaku sambil merenung Saodah yang membuka suis lampu.Dia terkebil-kebil memandangku.

"Lorh...Kak Dah nggak tau yang neng datang bulan.Kok nggak beritau sih?"jawabnya.Aku terpisat-pisat.

"Apa kena mengena ngan datang bulan pulak ni,Kak Dah?"tanyaku yang masih lagi terpinga-pinga.

"Sahur,neng.Neng nggak datang bulan ya?Oh,iya.Neng tertidur ketika menteri itu..."

Aku memotong,"sahur?Hari ni 1 Ramadan ke?"Saodah mengangguk.Aku segera membasuh muka dan memberus gigi.Setelah itu aku turun ke ruang makan.

"Nurul Hazel Nirwana!Berapa kali mummy nak cakap.Jangan berlari!Kalau tersembam jatuh macam mana?Tak dapat puasa,"leter mummy.Aku tersengih dan duduk.

Selepas sahur,kami tidak dibenarkan tidur.Aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan mengambil wudu'.Setelah itu aku ke bilik sembahyang dan sembahyang secara berjemaah dengan keluargaku serta pembantu rumahku,Mahina,Saodah,Mariam,Tamrin dan Rom,pengawal keselamatan rumahku.

Pada pukul tujuh pagi,aku turun ke tingkat bawah untuk menonton televisyen.Mummy menerjahku dengan soalan.

"Wana,Iz telefon tadi.Katanya kau dah lama tak telefon dia.Kenapa?Kau jangan buat hal.Nanti melepas,kau yang menangis.Dahlah terpisah.Yang nu dok KL yang ni dok kat Shah Alam,"leternya.

Aku tersengih.Aku tau mummy berkata begitu kerana dia tidak mahu aku sedih kehilangan Izzat.Tapi...Izzat yang tak nak aku call dia,kan?

"Dah,gi call dia dulu.Tanya khabar kalau tak,mummy tak nak bagi tengok TV!"tegas mummy.

Aku menuju ke suatu meja di sudut ruang tamu dan menekan nombor rumah Izzat."Hello?"

"Hello?Saper?"tanya suatu suara yang serak.Saper ekk?Oh,papa Riz!

"Papa Riz!Ni Wana.Macam ni,Wana merajuk ngan Iz jadi tak nak call dia.Tapi dia mengadu kat mummy jadi mummy suruh Wana call dia.Nasib baik papa Riz yang jawab.Nanti papa kata Wana dah cakap ngan Iz,okey!"bisikku agar mummy tidak mendengar perbualanku dengan papa Riz.

"Okey!Tapi apa yang Iz buat sampai Wana merajuk?"tanya papa Riz.

"Kalau Wana bagitau,papa Riz nak buat apa kat dia?"soalku pula.

"Papa Riz akan leter dia 10 hari 10 malam.Macam mana?Deal?"

"Okey.Dia...Dia perli Wana yang Wana selalu call dia.Jadi,Wana berhenti call dia."

"Oohhh...Jap,"kata papa Riz dan aku dapat mendengar seperti suara lelaki ketawa.Suara tu...Izzat!Dia dengar!Ceh,kurang asam betul.Aku dapat mendengar ganggang telefon rumah Izzat bertukar tangan.

"Hi,sweetheart,"sapa Izzat.Aku mendengus.Dia menyambung,"Sorryla.Iz bukannya perli...Okey,Iz perli tapi,bukannya apa.Iz kata tak nak Wana call masa tu sebab Iz meeting bukannya tak bagi Wana call tiap-tiap ari.Iz rindu dengar suara Wana ni.Cakaplah,my dear.Dah lama tak dengar suara manja Wana."

"Abis tu.Tadi takkan tak dengar suara Wana,"sindirku.

Izzat ketawa dan berkata,"Tadi dengar tak clear.I'm sorry okey?Kalau bole Iz nak pergi Shah Alam sekarang jugak sebab miss you.Tapi,Iz letihlah.Puasa...Huh.I know  Wana paham,kan?"

Akhirnya Izzat berjaya memujuk hatiku."Nasib baik Wana jenis yang senang terpujuk kalau tak,bertahun-tahun Iz pujuk baru Wana baik tau!"

Izzat ketawa dan berkata lagi,"I miss you so much,darling.You miss me?"

"No,"jawabku sengaja ingin dia terasa.

"Ye?Kalau Wana tak rindu Iz biar Iz letak jelah telefon ni."

"Hemm..Letaklah.Wana tak kesah,"ujarku.Aku tersenyum.Aku tahu Izzat takkan meletakkan ganggang telefon.Benar sangkaanku kerana talian masih belum putus.

"Wana...Datang KL,nak?Iz suruh driver gi ambik Wana kat Shah Alam,okey?"pintanya.

Aku mengerutkan dahi.Gila apa?"Iz ni.Kalau Iz letih,mestilah driver tu letih jugak."

"Alah,Iz bayar gaji dia tiap-tiap bulan,"kata Iz.Aku tau dia sengaja berkata begitu kerana ingin mendengar jawapanku.

"Iz,gaji yang Iz bayar tu tak sama dengan peluh yang keluar tau tak!Macam sekarang.Iz tak kerja tapi duit jalan,kan?"

Iz ketawa,"Ni sayang Wana ni.Wana prihatin.I love you,baby."

"Yang Iz asyik tukar-tukar ni kenapa?Sekejap sweetheart pastu darling pastu baby pastu my dear.Nak muntah Wana,"kataku.

Iz ketawa lagi."Sebab Wana ni sweetheart Iz,darling Iz,my dear,and baby Iz.Banyak lagi sebenarnya.Princess,queen,honey...Hmm...Wana,mama nak cakap ngan mummy benda.Tolong bagi telefon kat mummy boleh?"

"Okey,"balasku ringkas dan memanggil mummy.Mummy mencapai telefon dan berbual dengan mama.Mummy sekejap ketawa sekejap tersenyum sekejap mengangguk sekejap serius dan yang paling penting,matanya tak lepas dari memandangku.Apa yang dibualkan tu?

"Wana cakap kat sumer.Gi bersiap.Kita dok kat umah mama minggu ni.Wana dah abis periksa.Man pon boleh cuti sebab sure dia dapat 11 A walaupun tinggal lima ari skolah,"kata mummy setelah meletakkan ganggang telefon.

Aku terkejut ngan kata mummy.Gila?Seminggu!Bulu roma aku berdiri.Nanti mesti kakak ngan abang perli kalau aku bermanja ngan Iz.Hish...Geram betul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 02:25 PM | Show all posts
Bab 4

"Wana kenyang?"tanya Izzat sambil melabuhkan punggung di sebelahku di atas sofa di ruang tamu rumahnya.Aku tersengih dan mengangguk.

"Esok sahur,Wana nak makan apa?Biar Iz paksa mama masak,"bilangnya dan menoleh ke arah mama.

"Amboi,sampai hati,Iz.Paksa mama sebab nak Wana makan kenyang,"mama buat-buat merajuk.Semua ketawa.Izzat bangun dan mencium pipi mama.Mama mencium kembali pipi Izzat.

Izzat kembali ingin duduk di sebelahku tetapi abang mendahului,sengaja ingin mengacau Izzat.Izzat berlalu ke kiriku pula,Man pula yang menyempil.Dia pun duduk bersila di hadapanku dan menyandar ke betisku.

"Manjanya abang Iz,"kata Farizza.

"Mestilah.Bakal isteri,"kata Izzat sambil memandangku.

Kemudian papa dan papa Riz berbual tentang politik,mummy dan mama pula berbual tentang masakan.Kakak,abang dan Farizza bergossip tentang artis manakala Man naik ke tingkat atas untuk belajar.

Izzat menarikku untuk ke taman di halaman rumahnya.Taman yang menghijau nampak cerah dengan lampu-lampu di sisi setiap pokok.Aku dan Izzat duduk di sebuah bangku kayu di tepi air terjun buatan di taman itu.Izzat memandangku dan aku membalas pandangannya dengan senyuman.

"Ha,datok mana pulak yang Iz nak bincangkan?"perliku.

"Oh bukan datok tapi anak dara.Dia tiap-tiap ari nak pikat Iz,"kata Izzat.Aku tergamam.Sudahku sangka.Kalau berhubungan dengan teman lelaki yang kacak dan kaya,inilah jadinya.Mesti ramai cuba memikat Izzat.Kalau aku terlepas macam mana?Masuk hospital gilalah aku gamaknya!

"Err...Saper?"tanyaku.Gugup.

"Hemm...Dia berumur 22 tahun.Nama dia Nurul Hazel Nirwana.Dia cantik,comel,kiut dan baik,"jawabnya.

Aku menoleh ke arahnya."Iz!"marahku.Aku bangun untuk meninggalkan Izzat.Izzat menarik tanganku menyebabkan aku terduduk kembali ke bangku itu."Ouch!Sakitlah!"jeritku sambil menggosok-gosok punggungku.

"oopps..Sorry,sweetie.Tulah,merajuk sangat."

Aku mejelirkan lidah kepadanya."Iz kerat kang lidah tu!"kata Izzat.

"Keratlah kalau berani.Nanti Iz nak dengar suara saper yang manja?"

"Suara kucing tu,"seloroh Izzat sambil menunjuk ke arah seekor kucing.

"Hish...Banyak nyamuklah.Wana nak masuk,"tipuku.Aku berlalu.Izzat mengejar.

"Wana tipu.Mana ada nyamuklah..."Izzat berhenti apabila aku kaku di sebelahnya."Kenapa Wana?"

Aku mendekati sebuah frame. gambar.Di dalam gambar itu terdapat papa Riz,mama,Izzat,Farizza dan seorang lagi pemuda yang tidak pernah ditemuinya.Rupa jejaka itu kacak seperti Izzat dan papa Riz.Kalau dia adik beradik Iz kenapa aku tak pernah jumpa?

Izzat mengerti.Dia turut memandang frame. itu dan berkata,"Itu adik Iz.Faridzal...Muhammad Faridzal Hussin.Dia...Nak kata hilang,tak sebab dia sendiri yang lari so agak-agaknya,melarikan diri.Dah lima tahun.Orang kata dia dah terjebak ngan gejala tak elok.Tapi...Iz tak percaya.Iz selalu nampak dia melepak ngan kengkawan dia yang err...tindik sana tindik sini...Wana paham kan?Hemm...Tapi Iz pernah nampak dia tengah sembahyang kat masjid.Dia nampak mesra ngan jemaah-jemaah kat situ.Tu yang Iz keliru.Mana satu.Papa ngan mama selalu pujuk Ridz supaya balik tapi dia tak nak.Dia...Sedih.Dia nak kawin ngan sorang perempuan ni tapi mama tak bagi sebab mama pernah nampak budak perempuan tu berpelukan ngan lelaki lain.Perempuan tu pon...Kawin lain.Dia sedih dan lari."

Aku mengangguk mendengar cerita Izzat.Kemudian setitik air gugur di atas kaca frame. itu.Aku terkejut.Air apa ni?Dan menoleh.Izzat menangis!Aku menepuk belakang Izzat.Izzat menutup matanya.

"Iz rindu kenangan kitorang berdua.Dulu,kitorang rapat sangat.Tapi lepas dia jumpa pompuan tu,dia mula berubah.Sibuk ngan pompuan tu.Iz tengok Ridz tu macam hamba kepada pompuan tu.Entahlah...Ridz dah lupa kat Iz agaknya.Dulu dia bekerja kat syarikat papa.Dia berpotensi.Tapi prestasi dia merosot lepas jumpa pompuan tu jugak."

Aku memandang sayu gambar Faridzal."Iz,err...Orang kata lelaki pondan kalau menangis,"selorohku supaya Izzat tidak menangis.

Izzat berhenti menangis."Wana!Nak perli Iz ye!"Dia menarik sedikit tudungku menyebabkan aku tidak dapat melihat apa-apa."Iz!"jeritku sambil membetulkan tudung.Aku terkejut.Eik,Iz dah takder?Biarkan.Aku berpusing ke belakang dan berjalan menuju ke ruang tamu.Aku terasa pelik.Ketika aku berjalan,aku terdengar bunyi loceng.Bila aku berhenti,bunyi loceng itu tiada.

"Cantiknya gelang kaki Wana!"jerit kakakku.Aku mengerutkan dahi.Gelang kaki?Aku maana ada gelang kaki!Aku menunduk memandang kakiku.Benar!Terdapat seuntas gelang kaki berloceng dan mempunyai beberapa bentuk hati tergantung di gelang kaki itu.Aku mengagumi kecantikan gelang kaki perak itu.Tunggu jap!Tapi...Aku tak pakai...Saper yang...Aku mendongak.Terpandang Izzat yang tersengih memandangku.

Aku tersenyum."Thanks!Tapi...Kenapa gelang kaki?Bila Iz pakaikan kat kaki...Tadi?Masa tarik tudung?"

Izzat mengangguk."Iz bagi gelang kaki sebab senang nak jejak Wana.Bila Wana berjalan,mesti berbunyi."

Aku tersengih dan menguap."Ahh...Ngantuknya...Gud nite all.Wana nak tidur,"kataku.Aku berhenti."Bilik mana Wana nak tidur ni?"

"Iz,tunjuk kat Wana mana bilik dia,"arah mama.Izzat berjalan di hadapanku.Aku membuntutinya.

"Wana suka gelang kaki tu?"tanyanya sambil berjalan.Aku mengangguk dan berkata,"Yeap."

"Bagus...Ni!"Izzat membuka pintu.Di sebalik pintu itu terdapat sebuah kamar berwarna hijau.Aku macam pernah tengok...

"Iz!Ni bilik Iz!"jeritku.Iz ketawa."Ni bilik Wana jugak nanti kita kahwin."

"Ni!"Iz membuka pintu di sebelah kamarnya."Ni?Sebelah bilik Iz?"tanyaku.Izzat mengangguk."Iz yang suruh mama siapkan bilik Wana kat sebelah bilik Iz."

Aku terasa kekok.Takut nafsu menyelubungi Izzat,macam mana?

"Jangan risaulah.Wana macam tak kenal Iz pulak.Iz bukaannya laki macam...Macam dalam fikiran Wana tu,"kata Iz.Aku mengangguk."Iz tak terasa ke?"tanyaku.Bimbang jika Izzat terasa dengan apa yang ada di fikiranku.

Izzat menggeleng."Wajar seorang perempuan berfikiran macam tu,kan?"katanya.Aku tersenyum dan mengangguk.Aku masuk ke kamarku dan mengunci pintu.Aku tidur dengan lenanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 02:29 PM | Show all posts
Bab 5

Aku tidak selesa duduk.Sekejap aku bangun,sekejap duduk.Hish...Ajak orang dok sini tapi dia pulak yang takder....Mati kebosananlah aku kat sini.

Aku memandang sekeliling ruang tamu di rumah Izzat dan kebosanan mula mencengkam diri.Iz,cepatlah balik!Orang lain dah tidur...Aku sorang jer yang tak ngantuk.Setia menanti kedatangan Izzat....Itulah aku.

Tiba-tiba pintu utama di rumah Izzat terkuak.Izzat masuk dan dia kelihatan lesu.Dia menoleh ke arahku dan tersenyum."Sorry,dear.I'm tired.Tak boleh nak bermanja ngan Wana malam ni,"katanya lemah.Aku tersenyum nipis dan mengangguk.Perasaan kasihan menerpa jiwa.

Izzat menaiki tangga perlahan-lahan.Aku membuntutinya kerana bimbang jikalau dia terjatuh.Akhirnya dia selamat sampai ke biliknya.Aku melemparkan senyuman dan masuk ke bilikku.

Bermacam-macam perasaan mula menghuni jiwaku.Kasihan,bimbang,bosan dan...Macam-macam adalah gamaknya!Aku tidak bisa tidur.Mula-mula aku baring kemudian dudukkemudian meniarap.Argh!!!Rimasnya!Aku membuka tudung dan menyikatnya.Aku merentap majalah 'Wanita' dan membacanya.Sebaik sahaja habis membaca majalah itu,aku mengerling jam tanganku.Pukul 4.45 pagi dah?Cepatnya!

Aku mencapai tudungku dan memakainya.Di dapur,mama dan mummylah yang harus memasak.Ketika aku turun,mama suruh aku mengejutkan Izzat yang disenaraikan dalam kategori paling susah dikejut.Aku tersengih sumbing mengingatkan malam itu.Aku dan Izzat dikategorikan di dalam kategori yang sama.

Aku mengetuk pintu Izzat beberapa kali tetapi tidak bersahut.Aku membuka pintu dan terlihat Izzat lena tidur.Selimut yang menyelubunginya ku selak.Dia kelihatan berpeluh-peluh.Baju kemejanya tidak ditukar.Mungkin semalam terlalu letih?Aku menggoyang-goyangkan badannya perlahan.Seperti terkena kejutan elektrik,aku menarik tanganku.Panasnya!

Aku meletakkan tanganku di dahi Izzat.Sah,panas!Aku turun mendapatkan mama.Mama menelefon doktor keluarga mereka.

Aku,mama,mummy,papa Riz dan Farizza yang masuk ke dalam bilik Izzat bersama doktor Qayyim.Dia meletakkan termometer ke dalam mulut Izzat.Izzat yang sudah sedar,sekadar membuka matanya.Itupun kecil.Dia seperti lemah untuk bergerak.Ketika memandangku,perlahan-perlahan bibirnya meleret membentuk senyuman lemah yang menghibakan hatiku tetapi hati ini...Erk...Terlalu keras agaknya ingin menitiskan air mata.

Doktor memberi senarai ubat yang Izzat perlukan."Dia perlukan rehat.Itu je.Dan makan ubat mesti ikut jadual kalau tak,tak stabil nanti,"nasihat doktor itu.

Mama mengangguk dan berkata,"Terima kasih,Yim."

"Wana...."panggil Izzat perlahan.Aku berpaling.Izzat sedang tersenyum ke arahku.Aku memandang mama dan mummy yang belum keluar bilik.Mereka tersenyum dan keluar meninggalkan aku dan Izzat.

Aku duduk di sebuah kerusi di sisi katil Izzat.Apa yang nak citer supaya lawak?"Iz,rehatlah.Kalau Iz tak sehat....."Kalau dia tak sehat macam mana?Apa kesannya?

Izzat menyambung dengan senyuman nakal di bibir,"Kalau Iz tak sehat,Iz tak boleh kawin ngan Wana...Iz nak rehatlah ni.Tapi Wana kena duduk kat sebelah Iz sampai berbuka karang."Ayyoo,manjanya nak suruh aku duduk kat sebelah dia 24 jam.Aku tersengih dan mengangguk.

Aku terasa tidak selesa duduk juga.Seperti malam semalam.Aku masuk ke dalam toilet di bilik Izzat.Ternyata sangkaanku benar!Bukan kerana risaukan Izzat tetapi datang bulan!Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.Senanglah aku nak jaga Iz!

Aku perlahan-lahan membuka pintu bilik Izzat untuk mencari tuala wanita di bilikku."Wana..."panggil Izzat lagi.Ish,mengacau betul!AKu tersengih dan menoleh.

"Naper Wana nak pergi?"tanya Izzat lemah.Erk...Mampus,takkan aku nak cakap aku datang bulan.Malu....

"Wana datang bulan?"tanya Izzat.Aku merenungnya tajam.Mana dia tau?Malunya!

"Emm...Wana pergilah tapi janji datang balik.And....Iz cuma nak puji.Lawa bunga merah kat seluar Wana,"katanya dengan senyuman nakal.Sakit-sakit lagi pon nak mengacau...Ops...Ader makna.Aku segera ke tandas di dalam bilikku.Alamak,darah kat seluar!Camner bleyh tak pasan?Bunga merah?Darah rupanyer...

Beberapa minit selepas itu aku masuk ke dalam bilik Izzat.Dia masih lemah tapi mengacau aku,ada plak tenaganya!Datang dari mana tenaga mengusik aku tu?

"Datang dari hati..."katanya seolah-olah dapat membaca fikiranku.Aku tersenyum memandangnya.Rambutnya depannya yang agak panjang,menutup dahinya menyebabkan dia tampak seperti kanak-kanak.

"Memang Iz budak-budak.Bukannya orang tua!Wana suka ke rambut Iz ni?Kalau tak suka,Iz potong,"katanya lagi.

"Creepy...Macam mana boleh Iz baca fikiran Wana ni?"gumamku.Aku memandangnya.Oh,lupa.Dia tanya tadi."Err...Wana tak tau.Manalah tau,Iz lagi hensem lepas potong ke.Tapi tak tentu jugak.Kot,kot Iz lagi hensem macam ni?"aku memberikan pendapat.Dia tersengih.

"Tekak Iz pedih,"rungutnya.Aku memandangnya dan menyuakan segelas air kosong ke bibirnya.Geram aku!Nanti aku sakit,mesti dia kat pejabat.Sibuk ngan kerja.Aku ni lapar,tak makan,kena jag dia jugak.Tunggu!Dia dapat baca fikiran aku...Kalau dia terasa camner?

"Thanks,"katanya.Aku meletakkan gelas itu di meja sudut.Aku menongkat dagu di katil.Iz merenungku dan berkata,"Iz mestilah jaga Wana,kalau Wana sakit.Kecuali..."

Tengok,dia boleh baca fikiran aku!"Kecuali Datok  Hakimi nak buat meeting,"sambungku.Dia menggeleng."Kecuali Tan Sri Jalil nak meeting?"dugaku lagi.Iz menggeleng.Aku mengerutkan dahiku.

"Kecuali Iz pun sakit jugak masa tu,"katanya dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.Aku turut mengukir senyuman.Ya Allah,percepatkanlah jodoh kami.Aku tak sabar ni!

"Gatalnya nak kawin cepat!"usik Izzat.Erk...Dia baca fikiran aku lagi.Malaslah aku berfikir lagi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
keptenmarbel This user has been deleted
Post time 31-10-2007 02:29 PM | Show all posts
mmg btui ler keliru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 02:29 PM | Show all posts
Bab 6

"Mummy,Yan nak datang ni,"kataku.Ketika itu,aku sedang turun tangga sambil memandang mummy yang sedang bersiap untuk ke bazar Ramadan.Dia berhenti dan berpaling ke arahku.

"Berbuka kat sini?"tanyanya.Aku mengangguk."Mungkin dia ada kat sini 2,3 minggu.Mak ayah dia sibuk kemas barang."

"Mak ayah dia tak datang sini skali?"tanya mummy lagi.Aku mengangguk."Mak ayah dia dok kat umah nenek dia.Adik-beradik dia yang lain pulak dok kat umah kawan masing-masing."

Mummy mengangguk dan berlalu.Aku mengeluh.Aku memandang telefon bimbitku.Nak telefon Iz?Kang kena perli lagi.Call Yan!

"Hello?"suara Azyan Elena menerpa telingaku.

"Yan,kau kat ne?"tanyaku.

"Aku kan on the way kat umah kau!Err...Aku kat sana dok kat bilik saper?Bilik kakak kau ke bilik kau?"tanyanya.

"Ikut suka hati kaulah!"kataku.Aku terdengar keluhan Azyan dan bertanya,"Kenapa mengeluh ni?"

"Arh,polis...Jadi aku kena letak telfonlah...Bye!"talan diputuskan...Aku bingung...

Aku bosan!Urgghh!Aku bosan!Aku,Nurul Hazel Nirwana terasa bosan!Abang kerja,kakak pon kerja.Nak ikut  Man ke perpuatakaan,aku nak kena tunggu Azyan.Aku menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.Nasib baik aku period.Bolehlah makan untuk menghilangkan kebosanan.

Aku mengeluarkan sebji epal dan sekotak jus oren 'peel fresh'.Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Mesej?Mesej dari saper?Dari Izzat!

My princess,
I miss you a lot...
Are ya fne?
Juz message me...
I'm at a conference now..
So boring...
Hope you're here...
Please reply my message...
Love ya,Iz..

Aku membaca mesej itu berkali-kali.Aku salah tengok ke ni?Boring?Sejak bila Iz boring kat conference ni?Sakit ke?Demam lagi?Tak boleh jadik ni...Aku membalas.

I'm fine...
I miss you too..
Juz wanna ask...
Sejak bila plak Iz boring kat conference?
Iz meroyan?
Demam lagi?
Buang tabiat?
Tak betul?

'Message Sent'.Aku tersenyum puas.Sambil menunggu mesej dari Izzat,aku menyua segelas jus oren 'peel fresh' ke bibirku.Tiba-tiba deringan mesej telefon bimbitku berdering.Aku tersenyum.

Darling,
Iz hampir ketawa kat conference ni...
Buat malu jer nnt...
Jgn wat lawak lagi
nnt sakit perut Iz,tahan gelak...
N Iz nak cakap thx
Sbb jaga Iz masa Iz demam 3 hari berturut-turut
Now I'm very fine...
Don't reply..

Don't reply?Kang aku tak nak antar mesej dah kang....Hehe...Takderlah sampai macam tu skali!

Aku terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumahku.Aku membuka pintu dan wajah ceria Azyan tersembul di muka pintu.Kami berpelukan sebentar.

"Yan!Rindunya aku kat kau.Dah seminggu tak jumpa!"kataku bersungguh-sungguh.Pelukan dileraikan oleh Azyan.Azyan memandangku.

"Kau tak puasa?"soalnya.Aku mengangguk perlahan dan tersengih.Aku segera menceritakan perkara yang berlaku di rumah Izzat.Azyan ketawa terbahak-bahak.

"Korang ni memang sesuai bersamalah!Nanti korang ada anak...Anak tu agaknyer nak bermanja ngan saper?"usiknya.Aku tersenyum sumbing dan menampar lembut bahu Azyan.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Izzat call!Aku segera menjawab telefon.

"Hello?Honey?"panggilnya dengan nada yang tinggi.

"Hello.Iz!Naper bising?"soalku apabila perbualan kami agak terganggu dengan bunyi bising dari tempat Izzat.

"Izzat baru habis conference ni.Yang bising ni wartawan,"jelasnya.Aku mengangguk.

"Tu,kenapa senyap balik?"soalku lagi apabila bunyi bising itu sudah lesap.

"Ah,Iz dah dalam kereta ni.Darling ngah wat per tu?"soalnya.Aku tersengih.Apa nak dijawab?

"Mestilah Wana ngah berbual ngan Iz ni!"selorohku.Azyan ketawa kecil.Izzat pula tergelak.

"Come on,sweetie.Sebelum sweetheart bercakap ngan Iz.Apa yang sweetheart buat?"soalnya sekali lagi.

"Oh,itu.Wana terdengar bunyi phone,Wana angkat and...Bercakaplah ngan Iz,"selorohku sekali lagi.

"Dear,dear.Don't make me look crazy.Laughing alone,"gumamnya.Aku tersengih.Janganlah ketawa macam tu!

"Nama Wana,WANA!W-A-N-A!Bukannya dear ke,darling ke,sweetheart ke,sweetie ke!"tegurku.

"Whatsoever,darling...Ooppss....Wana,"katanya dengan sisa tawa sebentar tadi.Aku menggeleng.

"Ni,Yan datang kat umah Wana tadi.Tadi ngah berbual ngan dia pastu Iz kacau!"jelasku.

"Ah....Bleh Iz nak cakap ngan dia?"Aku mengerutkan dahi.Walau bagaimanapun telefon bimbitku diserahkan kepada Azyan.

Azyan mencapai telefon bimbitku dan berbual dengan Izzat.Azyan tersengih dan mengangguk-angguk.Kemudian,"Don't worry.Bye!"Azyan memutuskan talian dan memandangku.

"Apa yang Iz tanya?"Aku menerpa Azyan dengan soalan.Azyan merenungku dan tersengih,"Jealous ke?"Aku tersenyum.

"Dia suruh aku jaga kau.Jangan bagi dekat ngan laki lain..."Azyan memandangku dan aku terkedu.Azyan menyambung,"Kau tau tak yang Iz jealous tengok kau ngan Has?"Aku mengerutkan dahi dan menggeleng.

"Mana kau tahu dia jealous?"soalku.

"Dia yang cakap.Ingat tak tahun lepas?Dia ada meeting kat sini jadi alang-alang tu,dia ambik kau kat UiTM kan?Masa tu dia nampak kau ngan Has jalan sesama.Aku tak datang kuliah masa tu.Balik tu,dia call aku suruh aku.Dia kata....Kau ada bagitau tak kat dia yang Has suka kat kau?"

Aku menggeleng dan menyoal,"Naper?"

Dia memandangku dan menyambung,"Dia dah tahu."Uiks...Aku terkedu.Mampus!

[ Last edited by  lily_lyssa at 31-10-2007 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 03:25 PM | Show all posts
waaa...bravo..permintaan ditunaikan... ...go lily go..lembayung akan tetap tgu smpi ending... ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 07:24 PM | Show all posts
citer br dari lily... hehehehe.. tp x smpt nak bc lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2007 07:55 PM | Show all posts
Bab 7

"Mummy,ni baju raya mummy,Aini,Abang Razak,Man ngan papa,"kata Izzat sambil menghulurkan sebeg baju baru yang ditempah di Kuala Lumpur.Aku sekadar memandang dari jauh.Kebetulan hari ini hari Sabtu,Izzat singgah ke rumahku untuk menghantar baju raya kami.

Mummy mengerutkan dahinya sambil membelek-belek baju raya di dalam beg itu."Mana baju Wana?"tanya mummy pada Izzat.Ah,aku baru perasan.Tadi Izzat tak sebut nama aku.Mana boleh!Aku segera meluru ke arah beg kertas yang dipegang mummy."Mana baju Wana,mummy?"Mummy menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.Kami berdua memandang Izzat.

Izzat ketawa kecil dan tersengih."Mana ada baju Wana,hari tu."katanya.Aku memandang mummy."Takderlah,"kata Izzat sambil menghulurkan sebeg baju kurung dan baju kebayaku."Iz,ni.Wana da nak nangis tau!"kataku.Mummy menggeleng memandangku dan berlalu meninggalkan aku dan Izzat.

"Naper Wana tak nangis jer tadi?Bolehla Iz lap air mata tu.Romantik..."seloroh Izzat..Aku menjelingnya.

"Eiihh...Gatal tau!Ni,dah takder Tan Sri lagi ke yang nak jumpa?Siap datang sini,"perliku.Aku memandangnya.Dia memandangku.Terdapat redup di matanya.Redup yang menggerunkan tetapi senyumannya diukir.Pahit.

"Kenapa?Sebelum ni Iz datang sini,tunggu TanSri takder ke?"soalnya dengan redup yang sama di matanya.Nadanya juga agak lain.

Oppss,dia terasa!"Err...Jomlah pergi kat luar.Kat taman,"ajakku.Fuh,nasib baik aku pandai tukar topik.Tapi...Redup kat mata dia tu...Tak hilang lagi.Okey,Izzat memang tak suka kalau soalannya dibiarkan sepi.Selagi tak jawab,selagi tu dia tak puas hati.Aku tak dapat bayangkan macam mana mama boleh jawab soalan dia masa kecik-kecik ek?

Ketika kami berdua telah duduk,dia merenungku.Menunggu jawapan yang tak mungkin diutarakan dari bibirku.Aku tak pahamlah.Macam mana aku boleh nak kat dia ni!Bila pasal kerja,serius!Scary...Aku membalas renungannya dengan senyuman nipis.

"Err...Kak Ina!"aku memanggil Mahina.Mahina datang dan agak terkejut melihat wajah Izzat.Yelah,4 tahun jumpa kat umah ni,jarang pulak rupanya macam tu.Kalah rimau,Kak Ina ooii!Aku takut ni,Kak Ina.Tolong larikan aku.

Aku tersenyum sumbing."Tolong buatkan air oren boleh tak?"arahku.Kak Ina mengangguk dan memandang sekilas pada Izzat.Jelas menakutkan.Err...Masih hensem!

Aku memandang sepi pokok-pokok yang terdapat di taman rumahku.Fikiranku masih pada Izzat.Aku dapat merasakan dia masih memandangku.Tajam!Akumenutup mata dan membukanya.Aku menoleh ke arah Izzat dan mula memebuka mulut untuk berkata tetapi telefon bimbit Izzat berbunyi.Aku tergamam tetapi gembira!Nasib baik telefon tu berbunyi!

Izzat menjawab panggilan itu."Hello?Papa?Emm...What!Tapi...Iz diorang dah confirm,kan?Naper jadi macam tu?"Izzat meletakkan telefon bimbitnya dan berpalingke arahku.Redup kemarahan di matanya sudah hilang.Matanya bertukar menjadi suram dan kelam seperti err...Sedih?

"Wana...Iz kena balik KL.Ader problem kat office.Klien...."belum sempat Izzat menghabiskan kaata-katanya mummy menerpa.

"Iz,betul ke apa yang mummy dengar dari papa Riz?"soal mummy.Aku terpinga-pinga apa yang papa Riz cakap?Aku nak tau!

Izzat memandang sekilas padaku dan berpaling pada mummy dan mengangguk."Gotta go now.So sorry,honey.Bye,"katanya padaku dan berlalu.Aku dapat mendengar telefon bimbitnya berbunyi lagi.Masalah kat office?Apa!

Aku memandang mummy,meminta penjelasan tetapi dia menggeleng dan berlalu.Aku mengeluh dan masuk ke bilik.Aku menekan nombor telefon Izzat pada telefon bimbitku dan menekan butang hijau tetapi taliannya sibuk.Hish,kalau aku pergi KL macam mana!Ah,mandai jer aku ni....Naik basikal tak pandai inikan pulak keta!Malunya...

Azyan masuk ke dalam bilikku.Dia memandangku dengan dahi yang berkerut."Kenapa cik abang kau tu?Tetiba jer balik?"

Aku menjungkitkan kedua-dua belah bahuku.Aku membaringkan badanku dan memandang siling di dalam bilikku.Pendingin hawa yang dibuka membuatkan bilikku terasa dingin seolah-olah peti ais.Betul ke?Aku tersengih dan mencapai novel 'Adam dan Hawa' yang ditulis oleh Aisya Sofea.Aku membelek halaman terakhir dan membacanya.Setelah itu,aku membelek muka surat pertama untuk dibaca.Itulah rutinku apabila membaca novel,membaca penghujung cerita dahulu.Azyan menggeleng melihat telatahku dan mengambil novel 'Pesona Rindu' untuk dibaca.Aku memandang sekilas pada Azyan.Dia kalau membaca novel,feeling!Bahagian sedih,dia menangis,bahagian gembira,dia tersengih sengsorang.

Aku meneruskan pembacaanku.Telefon bimbitku berdering.Mesej dari Izzat.Dengan tergesa-gesa aku membacanya.

Honey,
Syarikat ada problem skang jadi....
Darling takleh call selalu sangat...
Sebenarnyer....
Klien terbesar syarikat ni,nk tukar syarikat lain.
Dia nak tarik balik kontrak dan syarikat MFH mungkin muflis.....
Jd kitorang kena tarik balik minat klien kitorang tu....
So sorry...
It's so important...
Love U,
Iz...

Aku tergamam.Jangan,Ya Allah.Janganlah biarkan syarikat MFH ni muflis.Klien terbesar di MFH?Aku menutup mata cuba untuk mengingati semula kata Izzat tentang syarikat mereka..."Masa MFH ni mula dibangunkan oleh moyang Iz,nama Muhammad Faiz Hisham,diorang bersepakat dengan sebuah bank,klien terbesar kami so,kalau hilang bank ni,muflislah syarikat MFH."

Bank!Tapi...bank apa?Maybank?BSN?Mandai jer...Apa lagi bank yang ada kat Malaysia ni?Tapi...Kenapa nak sibuk?Kalau MFH kat Malaysia ni muflis,kan ada kat Indonesia?Kat Brunei tu ada lagi.Filipina...Biarlah yang kat Malaysia muflis.Oh ye,yang kat Indonesia,sepupu Iz yang kuasai.Kat Brunei,bapa saudaranya.Kat Filipina,sepupunya juga tapi bukan yang sama kat Indonesia tu...

Aku tak paham apa-apa pon pasal MFH ni.Yang aku tau,MFH ni ada kat Malaysia,Indonesia,Brunei,Filipina dan aku ada dengar bapa-bapa saudara Iz nak perluaskan lagi.Diorang nak tambah kat Cina ngan Singapura.Huh,besar amat....Dan aku rasa fikiran aku betullah!Kalau kat Malaysia ni muflis,mestilah kat negara lain terpengaruh dan habislah family MFH.Mesti saudara-saudara Iz salahkan family Iz,kan?Besar juga impaknya ye?

Aku menggelengkan kepala dan baru teringat apa yang Iz kata,"Ridz pernah kerja kat syarikat MFH ni...Memang berpotensi.Tapi prestasi merosot lepas dia jumpa pompuan tu...."Adik dia!Aku kena cari adik dia!

Aku bangun dari katil."Yan,kau temankan aku buat mission boleh?"

"Mission?Apa?Kau gila,ke?Demam?"

"Aku...Aku nak cari adik Iz,"kataku.

"Adik dia?Farizza?"duga Azyan.Aku menggeleng.Azyan berkata,"Abis tu?Iz mana adik lagi....Fff...Faridzal?Kau nak cari Faridzal?"Aku mengangguk dan Azyan menyambung,"Tapi...Mesti susah nak cari dia.Dia kan dah 5 tahun hilang!Entah-entah dah lari ke Amerika ke,London ke,Paris ke...Kau tau ke muka dia camner?"

"Aku tau,"bilangku setelah mengangguk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 03:58 PM | Show all posts
bila nak sambung
best  lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 04:59 PM | Show all posts
Bab 8

Sudah seminggu aku dan Izzat tidak berhubungan."Syarikat MFH seperti nyawa-nyawa ikan"itulah kata-kata terakhir Izzat.Aku termenung.Tidak lama lagi,aku akan pulang ke Singapura.Tidak mahukah dia bertemu denganku?Azyan pula telah menolak mentah-mentah rancanganku untuk mencari Faridzal.Kenapa?

Aku sering menonton televisyen sejak kebelakangan ini kerana ingin mengetahui keadaan syarikat MFH.Melalui berita,aku dapat tahu bahawa sekiranya MFH muflis,berpuluh-puluh perniagaan di Malaysia akan turut gulung tikar kerana banyak perniagaan yang bergantung pada syarikat MFH ini.Sebesar ini tanggungjawab syarikat MFH?Kalau aku tahu,sudah lama aku mencari Faridzal.Naluriku turut berkata sekiranya Izzat dan Faridzal bergabung,syarikat MFH pasti bisa diselamatkan.

Aku masuk ke dalam bilik.Aku memandang komputer riba berjenama 'apple' kepunyaanku.Komputer itu terletak di atas meja belajarku.Aku mendekati komputer itu dan menyemak keputusan ujianku di site UiTM.Hemm...Memuaskan.Semua lulus.Aku tak rasa gembira.Mungkin sikit...Tapi tak segembira dulu.Kalau aku lulus,kami akan menyambutnya dengan keluarga Izzat tapi sekarang mereka sibuk.Mama sedang bekerja keras menggunakan pengalamannya untuk membantu papa Riz.Farizza pula ingin membantu tetapi apakan daya,cutinya telah habis dan harus pulang ke Queensland untuk meneruskan pembelajarannya dalam bidang petroleum engineering.Papaku sendiri turut sibuk.Dia sedikit sebanyak turut membantu syarikat MFH.Pekerja-pekerja yang berpotensi dihantar ke MFH buat sementara.

Disebabkan klien besar MFH itu menarik kotrak mereka dan MFH dihebohkan muflis,lebih banyak klien yang menarik diri.Pernah sekali aku mendapat mesej Izzat sebegini..

Kalau MFH muflis
Iz mesti miskin...
Wana nak kawin ngan Iz lagi?

Dan buat pertama kalinya,aku menitiskan air mata setelah sepuluh tahun air mataku kering.Ini kerana mesej itu.Aku membalas.

Iz..
Gila ke?
Mestilah Wana nak kawin lagi ngan Iz
Iz je yang ada kat hati Wana ni...
Bukan harta Iz yang Wana pandang tapi...
Hati budi Iz...

Aku tekad sekarang.Selepas raya,aku akan mencari Faridzal jika keadaan ini berterusan.Faridzal...Di manakah engkau,budak ooii!!Ya Allah,bantulah aku mencari Faridzal.AKu sanggup mencarinya dengan apa cara sekalipun.

"Wana!Cepatlah.Kita kena sampai kat KLIA dua jam sebelum flight!"laung mummy dari tingkat bawah.Aku mengambil bagasiku.Keceriaan hari raya telah lamaku lupakan gara-gara syarikat MFH ini.

***************************************************************************************

Aku merenung ketupat nasi dan rendang kerang kegemaranku.Aku tiada selera dan tak mungkin ada selera.Sejak seminggu lalu,mummy dan wan sering memujukku agar makan,melawat pusara moyang dan melawat sedara-mara.Mummy sudah memberitahu Izzat dan Izzat sudah menelefonku.

"Wana,sayang...Jangan risaulah...Syarikat dah okey.Wana makanlah,"suara Izzat yang lemah sudah cukup membuktikan dia menipu.Aku segera menekan butang merah.

Aku merenung diriku yang sedang mengenakan baju kebaya di dalam cermin.Kenapa aku nampak hodoh?Ya Allah,aku memohon agar kau mengabulkan doaku,Ya Allah.Amin.Aku membetulkan tudung dan mengikut mummy ke pasar di Singapura.Bersih...

Tiba-tiba aku terlanggar seorang pemuda yang segak dan berkulit putih...Walaupun aku lagi putih daripada dia...Badannya tegap dan sasa.Ketika itu dia sedang memegang dompetnya maka dompetnya tercampak akibat pelanggaran itu.Aku mengambil dompetnya dan terpandang namecard kepunyaannya.

Putra Haikal B. Putra Suffian
General Manager
Pan Pacific Hotel

General manager Pan Pacific?Mesti kaya.Aku menghulurkan dompetnya dan berlalu.Entah kenapa aku dapat merasakan dia sedang memandangku.Aku menggelengkan kepala dan berlari anak mengejar mummy.

Aku merenung tangan mummy yang sudah penuh."Apa yang mummy nak beli lagi?Dah penuh tu,"rungutku kerana keletihan.Mummy memandangku dan tersengih.

"Mummy ngan wan nak masak semua makanan kegemaran Wana sampai Wana rasa nak makan,"kata mummy.Aku terharu dan tersenyum nipis.Kalaulah...Kalaulah apa?Kesian kat mummy ngan wan.Bersungguh-sungguh pujuk aku.Takkan aku nak biarkan?Aku akan lupakan masalah MFH sehingga habis raya.Okey!Bibirku mula meleret dan membentuk suatu senyuman yang paling manis pernahku ukir sejak minggu lalu.

Aku menurut mummy membeli itu dan ini.Aku juga menghabiskan lauk yang dimasak wan dengan berselera.Aku takkan hilang selera lagi!Makanan wan memang sedap.Naper aku tak makan?Bodohnyer aku ni!

Aku merenung wan dan melabuhkan punggungku di sebelah wan.Aku baring dan kepalaku berbantalkan paha wan."Yang kau nampak selenge ni kenapa?"tanya wan sambil menyisir rambutku.Aku tersengih.Mummy,apa selenge tu?Mummy tersengih memandangku seperti dia tahu aku tidak faham apa yang dikatakan nenek.

"Ibu,Wana tidak memahami apa yang kau katakan.Ubah,bu,"kata mummy.Uikss,kenapa orang melayu Singapura ni skema?Geli tekakku.

Wan menggeleng dan memandangku.Tok wan mendekatiku dan wan."Aku pun mahu sama,Ana,"katanya.Okey,mahu sama?Nak jugak.Nak jugak apa?Oh,belaian sorang nenek?Uikss cucu tok wan dah rampas kasih isteri dia ekk?haha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2007 03:57 PM | Show all posts
Bab 9

Aku masuk ke bilikku bersama keluhan.Kenapa aku migraine aku datang balik ni?Rimaslah!Aku menguatkan langkahku ke komputer ribaku.Huh...Apa yang nak dibuat?Chatting kat YM?Okeyh!Aku memasukkan Yahoo IDku,siput_uitm,bersama kata laluannya.

Saper yang online memalam buta ni ekk?Aku mencari-cari rakan-rakanku yang masih ;hidup' di Yahoo Messenger pada malam itu.Hemm...Izzah,Saiful dan Eu Meng...Aku malas nak chat ngan Eu Meng ni.Tapi boring amat.Jadi aku mempelawa ketiga-tiganya ke conference.

dimsum_gurl:hi allz...

siput_uitm:eu,kau pass sumer paper

on~izzah:hi,eu...wana,kau nih....dtg jer terus tanya pasal test..bukan nk beri slm
ker....eu pong pandey tau!

siput_uitm:erk...sowie...migraine aku dtg so...lupalah...hehe

stephenhawking:zah,ko da kluar hostel?

on~izzah:da lerhh....korang sumer pass sumer paper ka?aku fail paper law...huhu..

siput_uitm:sudah...mak ko tk bleter ka?aku cam bese....all pass...hehe tp satu jer A...kikiki

stephenhawking:aku lg sumer okey...phew...aku terkujat gak aku pass sumer...yelah bese aku ni yg paling lembab...

dimsum_gurl:all pass....juz wanna congrats all of ya...sorry..i'm so so sleepy..bye allz...gudnite...

siput_uitm:ayyooo...adek cina kita da ader atas katilla....

on~izzah:hahahaha...weh,wana...ko agak2 kan yan dpt baper markah paper law dia?

siput_uitm:ayyoo...ko ni cam tatau plak yan tuh...toksah tanya law jer...sumer paper skali dia tinggik...tp aku cam plik jerh..naper masa spm dia ader B..kat uitm batang huruf B pong takdak...

stephenhawking:dia sedar kesilapan dia kot...so dia try harder and da result is...too success kahkahkahkhakah...aku dangki ngan dia,ok...

on~izzah:per kau igt ko sorang jer dangki kat dia?aku pong lorhh...tp apakan daya..dia terlalu mesra dan baik hingga aku terlupa yg aku dangki sama dia arrhh..

siput_uitm:yau...aku benci org skema....geli tekak aku oii!!!sepoloh ari dok kat singapore byk buat aku loya...seb baik kg aku kat KB tuh tk skema noh....sonang sajo jwb eden...byk loghatnyer yg aku tk paham tp aku wat2 phm...

on~izzah:ish2 ko nih...loghat kg pong tatau ka?aku kat KL nih...loghatnyer tk susah .....kikiiikiki...

stephenhawking:loghat KL?bhs bese mmg sng..eden bisa memahaminya...

siput_uitm:ceh,saiful,ko ttipu lerhh...bdk izzah ni kg dia kat KL tp bkn Kuala Lumpur tp kuala Linggi lorhhh kat Melaka nun...

on~izzah:kahkahkahkahkahkah...padan muka hang saifull...igt stephen hawking ko tu luas pengetahuannyer tp..ceh...sompit...

siput_uitm:korang..aku nk kerja...tk thn...boring dok kat umah ni....mummy aku sibuk kat butik dia tuh...ayah aku ngan syarikat dia...saham dia...adek aku SPM dia...kak aku ngan kerja ngan bf dia yg tbaru plak,dr nazif ke Khalid plak...abg aku ngan kerja dia ngan tunang dia...masih yg lama..setia...

on~izzah:lorrhh....ko ckp cam ko takder bf ler...

siput_uitm:mmg aku takder bf...uikss..aper perasaan izzat agaknyer kalo dia bacer aper yg aku tulis nih?ngamuk tak?tulon jgn ckp yerkk

stephenhawking:da...aku baru lps call dia...aku da ckp,ok...and tak usah pyh2 ckp tq kat aku heh...

siput_uitm:hahaha lawaknyer penipuan ko,saiful....dia mana ader masa nk jwb call ko tuh...dia sibuk ngan masalah yg da bergunung kat syarikat dia...

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Okey,aku baru ingat yang Saiful bukan jenis yang suka menipu.Macam mana?Izzat akan ngamuk tak.Tapi telefon bimbit aku berbunyi...tak semestinya Izzat yang call...hah,Izzatlah!Mampus!Gara-gara mulut badan berkecai...Yeker peribahasa aku tuh?Badan berkecai ke?Musnah?Lantaklah.Jawab call ni dulu.

"Hello?"

"Hello darling..."suara Izzat yang lemah berbunyi membuatkan hatiku tersentuh.Sebak!Agak-agaknya dah berapa hari dia tak tidur?

"Emm...Iz,naper lemah jer suara tu?Iz letih ke?Naper tak tidur?Bukan ke ari tu Iz cakap syarikat da takder pape nak dirisaukan lagi?Naper pulak tetiba letih jer?"soalku bertalu-talu.Sajer jer...hehe..

"Perli nampak?Huh...sweetheart sengaja nak lari ke?Sebab dah tau yang Saiful cakap kat Iz pasal tu?"

"Tu?Tu aper?"aku buat-buat tidak tahu.

"Eleh...Sampai hati sweetie...Takperlah,Iz nak sambung kerja,"katanya.

Aku segera memutuskan talian.Tidak tahu kenapa,makin lama aku dengar suara dia makin sayu hatiku.Aku rindu dia.

Okey,aku nak cari kerja kat KL.Boleh jadikan alasan kat mummy untuk cari adik Izzat balik!Faridzal!Tampillah kau sebelum aku menampilkan kau.Geram aku ngan adek Izzat ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2007 08:39 PM | Show all posts
Bab 10

Kenapa?Kenapa aku tangguhkan rancangan aku untuk cari adik Izzat ni?Ish!!Tapi takper...Sekarang aku nak ditemu duga kat satu syarikat nama West Acre.

"Awak ambik ACCA tapi kerja kat sini?"soal lelaki yang sedang membaca CVku.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Encik Arfan.Aku tersengih.

"Saya bukannya pilih untuk jadi arkitek ke kontraktor ke engineer kat sini,encik.Saya cuma pembantu untuk kontraktor.Bukan ke berkaitan ngan nombor tu,encik?Saya ni memang pandai dalam nombor ni,"kataku dengan keyakinan.Mataku bersinar harapan.

"Hmm....Confident....SPM...8 A1,3 B3...Ambik medic?"soalnya lagi.

"Oh,itu.Saya sebenarnya minat dalam Sains tapi...Saya nampaknya lebih mahir dalam nombor ni,"jelasku.

Dia mengangguk-angguk."Awak dari Shah Alam tapi mintak kerja kat KL?Hish,banyak soal pulak dia ni.

"Luas pemandangan...Err..."aku terpinga-pinga.Apa sambungan pepatah tu?

"hahaha....Cik Nurul Hazel Nirwana,jangan gunakan pepatah kalau tak tahu.Lagipun SPM ni,awak B Kimia,Sains dan BM....Dahsyat,bangsa Malaysia sekarang,kan?"perlinya.Aku tersenyum nipis.

"Don't take it to your heart,please.Saya cuma nak cakap yang sebenarnya saya dapat C BM masa SPM,"jelasnya.Aku mendongak memandangnya tak percaya.

"Okey,jadi...Awak rasa awak diterima?"

"Err...Kenapa saya yang harus jawab soalan tu?Saya rasa....Ya,saya diterima.Kalau saya adalah awak,"kataku.

Dia tersengih."Bila awak nak mula kerja?"

Aku tersenyum.Aku diterima!Kenapa senang?Kakak ngan abang kata ada periksalah,ada banyak syarat-syarat yang...Whatever.Yang penting aku dah diterima.

"Isnin depan...Boleh?"

"Terserah awaklah,Cik Nurul Ha..."

Aku memotong,"Tolong panggil saya Cik Wana jer."

"Okey,Cik Wana.Awak boleh pergi sekarang,"katanya.Aku berlalu dengan hati yang senang.Telefon bimbitku berdering.Mesej dari....Aku merenung nama pengirim mesej itu dengan gembira.Izzat!

Call me kalau darling diterima,k!

Aiyo,pendeknya.Aku nak call ke tidak?Aku mengeluh dan menelefon Izzat.Aku menggenggam telefon bimbitku dengan erat takut aku sebak mendengar suara Izzat yang makin lemah.

"Hello Iz!"

"Hello?Wana?"suara seorang wanita pula menjetik telinagku.Aku terkedu.Wanita?Tak!Aku...Tak mungkin Izzat...Tunggu!Mana pompuan tu tau nama aku?Mesti...

"Wana?Ni mama,"kata wanita tadi.Mama?Naper mama plak yang jawab?

"Mama...."

"Wana,mama dengar Wana kat KL skarang?"

"Emm..Mama,naper mama yang.."

"Izzat pengsan.Dia kat dalam bilik.Tengah berehat...."

"Wana pergi rumah mama skang!"jeritku dengan panik.Sambil tangan kananku menggenggam telefon bimbit dan tangan kiriku menjinjing tas tangan,aku berlari sekuat hati ke rumah mama.

Tiba-tiba aku berhenti.Aku menoleh ke kiriku.Di dinding sebuah bangunan,terdapat sekelompok remaja lelaki.Mereka kesemuanya sepuluh orang.Sembilan daripada mereka sedang merokok dan seorang lagi...Hanya berdiri tenang.Dagunya bertindik.Tetapi...Aku terpaku meneliti jejaka itu.Dia dalam lingkungan 25 tahun.Ya,dia sungguh lain dari dirinya di dalam gambar itu.Aku masih tidak berganjak dari tempatku.Tiba-tiba jejaka tadi berdiri tegak dan merenungku tajam seolah memberi amaran..Macam 'sesuatu di belakangmu'?Aku berpaling ke belakang dan aku jatuh terduduk.Seseorang telah meragut tas tanganku.

"To..."belum sempat aku menjerit meminta tolong,jejaka tadi mengejar peragut itu.Kemudian,kesembilan pemuda lain tadi mengelilingiku.Ketakutan mula menjalar dalam diriku.Salah seorang daripada mereka menutup mulutku dan menarikku ke sebuah lorong gelap di antara du bangunan.Aku meronta ingin melepaskan diri.Apa malangnya hariku ini?Izzat pengsan,aku diragut,dan...dan sekarang...AKu cuba untuk menerajang pemuda-pemuda yang sudah mendekatiku dengan bibir mereka yang menyeringai.Mata mereka membawa sinar kepuasan.Tak!Ya Allah jangan biarkan mereka merogol aku.

Salah seorang daripada mereka menolak aku sehingga terjatuh.Kemudian pemuda yang sama itu menindih diriku.Tiba-tiba....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 11:25 PM | Show all posts

Reply #15 lily_lyssa's post

suspennya lily nanti sambung balik ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2007 12:07 AM | Show all posts
Bab 11

"TINGGALKAN DIA!"jerit seorang lelaki dari belakang lelaki yang menindihku.Dia berpaling dan mengundur beberapa langkah lalu berlari bersama pemuda lain.AKu mengucapkan syukur kepada Allah.Tapi....Kalau lelaki tadi lari dari lelaki kat depan aku ni....Mesti laki ni lagi teruk...Ya Allah.Jangan!Janganlah jadikan diriku bagai keluar mulut harimau masuk mulut buaya atau...apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pepatah tu.

"Awak tak pape?Diorang sempat...er....Buat ape-ape kat awak?"tanya lelaki tadi dengan sopan membuatkan segala prasangkaku terhadapnya hapus sama sekali.Aku tidak dapat melihat wajah pemuda yang dihantar Allah untuk menyelamatkan aku.

"Saya okey.Diorang...Awak datang just in the nick of time,"kataku.Kemudian aku dapat merasakan sesuatu yang berbulu halus menerpa tapak tanganku.Aku terpinga-pinga.Apa ni?

"Nah,beg awak.Peragut tadi masuk dalam longkang.Saya dapat ambik balik beg awak and...tadi saya nampak handphone awak tertinggal kat tepi jalan tu.Nasib baik takder saper nak curi.Nah,"jelas lelaki itu sambil menghulurkan kedua-dua hartaku.Orang yang kejar beg ragut tadi tu...Adik Izzat!Faridzal!Aku...Aku nak buat apa ni?Nak sepak dia?tendang dia?Tapi...Biarlah.

"Kalau awak sudi,saya bawak awak kat umah saya...Errr....Cuma nak awak tenangkan fikiran je..."katanya.Aku sekadar mengangguk dan mengikutinya ke sebuah tempat yang agak jauh dari tempat tadi.Kemudian aku dapat melihat dia mengeluarkan segugus kunci dari poketnya.

Ke...Kereta Mercedes?Gila!Dia bawa lari kereta sekali ke?Aku terkedu.Dia berpaling ke arahku dan tersenyum pahit."Ini bukan kereta curi."

Aku ketawa kecil."Bukan tu yang saya fikirkan.."kataku dan kami pun meninggalkan kawasan itu dan menuju ke Taman Melawati.Kereta Faridzal masuk ke perkarangan sebuah rumah teres dua tingkat.Hemm...Agak besar untuk bujang.

Aku masuk ke dalam rumahnya.Aku tercengang.Rumah dia lebih kemas dari bilik aku!Mana adil.Aku pompuan.Dia laki tapi...bukan dia kot yang kemas.Aku melabuhkan punggung di atas sebuah sofa empuk berwarna hijau cair sesuai dengan cat dinding ruang tamu itu yang berwarna kuning kehijauan.Langsir day curtain berwarna hijau muda mencerahkan suasana rumah itu.Lantai papannya belum mempunyai kesan calar.

Ridzal menghulurkan segelas air kepadaku.Aku memandangnya."Air apa?"soalku.Tak sopannya.Inipun dah cukup bagus dia bagi air,Cik Wana ooiii!Banyak songeh pulak aku ni.

Ridzal tersenyum sumbing."Nescafe panas,"balasnya ringkas.Dia mencapai alat kawalan jauh televisyennya dan menonton Dave The Barbarian di saluran Disney Channel.Aiyo,dia ni umur berapa?Sambil menonton,Ridzal mencabut manik di dagunya.Uiiikks?Dia tempek sahaja?Kenapa?

Dia berpaling ke arahku."Sebenarnya saya bukan suka sangat bertindik ni tapi sebab nak buktikan kat seseorang yang saya dah berubah,terpaksa."

Aku mengerti.Kemudian aku merenung dinding.Terdapat beberapa bingkai gambar.Aku menelan air liurku.Salah satunya adalah gambar keluarga Ridzal dan ya,itu Izzat,papa Riz,mama dan Farizza.Aku nak tanya dia...Tapi aku kena buat-buat tak tau!

"Err...Family awak?"soalku tanpa menoleh ke arahnya.Ridzal sekadar mengngguk dan menyambung,"Mereka..."

Aku memotong,"Saya kenal mereka!Keluarga MFH!Kenapa awak tak tinggal ngan diorang?"Ya Allah,semoga pancing ku dimakan ikan!

"Huh,long story..."

Yes,pancing ku terkena!Aku segera memotong,"Awak tak membanttu diorang?Kan diorang ada masalah sekarang?"Aku berpaling ke arah Ridzal.Dia mendengus.

"Mereka tak perlukan saya...."

Tiba-tiba aku menjadi emosional."ABANG AWAK PENGSAN SEBAB LETIH BUA KERJA DAN AWAK BOLEH REHAT JER KAT SINI?"tempelakku tiba-tiba.Kantoi!Dia akan tau...

"Abang saya pengsan?"Dia menjadi kalot tiba-tiba.Ya,dia masih menyayangi Izzat.Kemudian dia berhenti."Macam mana awak tahu?"soalnya.

Aku tersegih.Kantoi!"Err...Saya...Saya...Ada khabar angin jer..."bohongku.Dia merenung mataku kemudian duduk kembali.

"Abang saya tu,memang kuat bekerja sejak saya tinggalkan syarikat.Dulu,saya orang yang kuat bekerja.Dia selalu pulang awal.Tapi lepas saya tinggalkan syarikat,dia berubah.Dia kerja siang malam.Alasan dia,supaya orang ingat dia yang tinggalkan syarikat dan sayalah orang yang tengah berusaha keras jadi...Kalau dia pengsan saya akan rasa bersalah,"jelasnya.Hatiku agak tersentuh dengan penjelasan itu.Aku mengerti sekarang.

"Awak tak nak tahu nama saya?"soalnya tiba-tiba.Aku tersnegih dan menjawab sepatah,"Lupa."Dia mengangguk dan berkata,"Saya Ridzal,Muhammad Farizal Hussain,MFH.Fahamkan kenapa syarikat tu dinamakan MFH?"

Aku tak paham!"Saya Nurul Hazel Nirwana panggil Wana.Secara jujurnya,saya tak tau,"kataku.Dia tersenyum dan mengangguk.

"Sejak moyang saya bangunkan MFH,dia dah tulis dalam wasiat dia.Mana-mana keturunan dia tak dinamakan dengan pangkal setiap nama itu adalah,MFH,tidak layak diberikan harta ataupun kuasa ke atas syarikat MFH,"jelasnya.Aku mengangguk tanda mengerti.

Aku akan buat dia pulang semula ke pangku keluarganya!Itu janjiku,Ya Allah!Tapi...Macam mana.....Cinta segalanya...Ya,aku harus buat dia mencintaiku.Tapi...Aku mempermainkan perasaan dia.Tak baik tapi...Demi Izzat dan keluarga MFH!Aku rela!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 08:54 AM | Show all posts

Reply #16 zetyaiman's post

HUhu....
da smbg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 09:35 AM | Show all posts
Bab 12

"Assalamualaikum..."Aku memberi salam.

"Waalaikummussalam...Wana!Ya Allah,kenapa lambat?Mam takut tau!Mama ingatkan ada apa-apa terjadi kata Wana.Yelah,Wana cakap nak datang sini tapi dam sejam lebih mama tunggu...KL bukannya selamat,Wana,"leter mama.Aku sekadar tersengih.

"Mana Iz?Dia tak sedar lagi,ke?"soalku.

"Dia dah sedar.Yim kata dia demam panas.Yelah,dah berminggu,klien diorang tu tak nak...Jadi diorang nak cari klien lain,"jelas mama.Aku mengangguk.Mama menyambung lagi,"Tapi buat masa ni,susah nak menarik klien sebab sesetengah daripada diorang ingat MFH ada rekod buruk sebab tu bank tu tarik balik kontrak.Jadi,diorang ni nak buat orang lain tertarik dan memaksa orang bank tu jelaskan kenapa diorang nak tarik balik kontrak tu kat sidang akhbar minggu depan."

"Saper datang tu,ma?"soal seorang lelaki dari tangga.Suaranya lemah.Izzat!

"Wana,Iz,"sahut mama.Izzat menuruni anak tangga dengan perlahan.Dia mengukir senyuman."Wana!Macam mana?Diterima?"

"Diterima?Terima apa?Pinangan?"selorohku.Izzat tersengih."Pinangan dari West Acre..."

Aku mengangguk seraya mendekati Izzat untuk membantunya menuruni anak tangga.Lambat nak mampus turun padahal tinggal berapa jer anak tangga."Iz,tadi Wana jumpa Ridzal,"kataku setelah mama meninggalkan kami berdua di ruang tamu untuk membuat air.Izzat menoleh ke arahku."Ridzal?Kat mana?"soalnya bersungguh-sungguh.Matanya bersinar.Dia masih menyayangi adiknya itu!Hish,agaknya saper dia pilih ek?Aku ke Ridzal?

"Kat...Dekat ngan bangunan MFH.Masa tu Wana kena ragut.Dia kejar peragut tu.And then...."aku berhenti.Kalau aku cakap yang aku hampir kena rogol macam mana?Tapi...HAMPIR je,okey.

"And then apa Wana?Ridzal berjaya ambik balik barang Wana?"duga Izzat sambil merenung handbagku.Aku tersengih dan mengangguk.

"Ada lagi...Ridzal...Dia ...."

Izzat memotong,"Ridzal tu pandai dalam tae-kwon-do.Tali hitam.Iz pandai boxing."Aku mengangguk.

"Dia ada selamatkan Wana dari....."Aku menelan air liur.Apa reaksi dia agaknya?Ya Allah,aku takut nak cakap!"diper....ko...rog....ggg...sa....gol..."APa aku merapu ni?

"Hah?APa Wana?Iz tak paham!"Okey,aku nak cakap ke tak?

"RidzalselamatkanWanadaridirogol,"aku mempercepatkan kata-kataku.Takut dengan reaksi Izzat.Izzat terkebil-kebil memandangku.Jelas,dia masih belum  mengerti.

"Ridzal selamatkan Wana dari diperkos.....sa..."kataku dalam nada berbisik.Izzat merenungku.Dia kelihatan panik."Okey,Wana tak kisah kalau Iz nak putuskan hubungan.Memanglah....Lelaki mana na..."

"Stop right there Wana!That's not wat my eyes mean okey,"potong Izzat."Wana tak diperkosa.Kan Ridzal sempat selamatkan Wana?"Dia memandangku.Tajam.

"Kalau misalnya Ridzal tak sempat selamatkan Wana....Izzat nak lagi ke kat Wana?"soalku.Izzat merenungku dengan tajam.Matanya membawa redup marah.

"Wana selamat,kan?Jadi kenapa nak ..."

Aku segera memotong,"For me,that means no."Izzat mengeluh dan berkata,"Okey,Wana is Wana.I don't care.My darling still my darling,okey?Full stop,"tegas Izzat.

Aku tersengih."Iz pergi tidurlah.Mesti Izzat letih,"kataku.Izzat tersengih memandangku."That's my darling.Honey,Iz takder mood nak rehat kalau Wana ader kat sini.Iz rindu.Ha,kan Wana kerja kat KL,jadi biarlah Wana tinggal kat sini,jer...Okey,dear?"

"West Acre tu jauh,Iz.Lagipun,Wana ader nampak kondo dekat ngan bangunan WestAcre tu,"kataku.Izzat mengeluh.

"Kondo tu...Nak Iz carikan...."

Aku segera memotong,"Wana dah besarlah,Iz.Wana cari sendiri."Izzat mengangguk dan matanya merenung kakiku.

"Mana gelang kaki yang Iz bagi?"tanyanya.Aku menyelak sedikit kain baju kurungku menampakkan seutas gelang kaki perak.Izzat mengangguk.

"Wana tinggallah kat sini beberapa hari..."pujuknya.Aku tersenyum dan menggeleng."Supaya Iz boleh kacau Wana?Nope!"

"Wana...Okey,fine.Iz janji takkan kacau Wana.Jadi,Wana kena tinggal kat sini sampai Wana jumpa tempat tinggal lain,okey?"

Aku merenungnya dan kemudian mengangguk.Dia tersenyum dan membaringkan badannya di atas sofa di situ.Kakinya diletakkan di atas pahaku."Iz!kaki Iz beratlah!"rengekku.Iz tersenyum dan terlelap.

Aku tersengih memandangnya.Mama masuk ke ruang tamu bersama jag air."Sorry,mama.Wana takleh tolong.Baby tua ni manja sangat,"kataku.Mama tersenyum.

"Iz bukan baby tualah!"gumam Izzat tanpa membuka matanya.Mama menggeleng melihat tingkah laku Izzat seraya menghulurkan gelas berisi air sirap kepadaku.Aku mengucapkan terima kasih dan menyua gelas itu ke bibirku.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 10:10 AM | Show all posts
lily tolong jangan buat cerita yg wana mainkan perasaan izzat dan adiknya. coz zety paling benci kalau perempuan suka mainkan perasaan 2 lelaki dalam 1 masa.   walaupun zety perempuan tapi zety tak suka perempuan yg hipo walaupun dia buat itu bersebab   

kalau nak ambil hati ridzal pun bukan cara mempermainkan perasaan dia cuma boleh tukar jadikan ridzal as a close friend mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.101223 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list