CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22558|Reply: 25

Lagenda Tasik Chini

[Copy link]
Post time 30-1-2008 11:06 PM | Show all posts |Read mode
Tasik Chini: Teratai akan kembali berbunga...
30-01-2008
Oleh MOHD SHUKRI ISHAM

KUANTAN: Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera, kedua-duanya di Pahang, merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik.

Keindahan semulajadinya ditambah dengan legenda naga Seri Gumum menempatkannya dalam kedudukan yang sama seperti tasik Loch Ness di Scotland.

Tetapi tahun lepas ia hanya menerima lebih kurang 17,000 pengunjung, satu angka yang tidak boleh dibanggakan berbanding tempat-tempat tarikan pelancong lain di negara ini.

Bagaimana sebuah tasik panaroma yang kaya dengan flora dan fauna, dan diiringi legenda tersendiri, gagal menggamit lebih ramai pelawat?

Jawapannya mungkin terletak pada kemusnahan yang dialami oleh tasik itu yang kini membimbangkan mereka yang pada satu ketika dahulu mengagumi keindahannya. Mereka pasti mahu sesuatu dilakukan bagi menjaga warisan yang tidak ternilai ini.

Baru-baru ini nasib Tasik Chini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya sedih kerana Tasik Chini tidak lagi serupa Tasik Chini yang kita kenali dulu di mana teratai tumbuh dengan banyak tetapi hari ini tak dapat tengok satu pun," katanya menjelaskan keadaan semasa tasik itu.

Tasik Chini berpotensi sebagai pusat eko-pelancongan

"Sekiranya Tasik Chini dipulihkan, saya yakin ia akan menjadi pusat eko-pelancongan yang mampu menarik pelancong dari serata dunia datang menikmati keindahannya," kata Najib pada majlis meletakkan batu asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang diselenggarakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Najib berkata kehijauan dan kejernihan air tasik berkenaan kini bertukar kepada warna perang dan berbau, dan keadaan itu sudah cukup menunjukkan kemusnahan yang dialami Tasik Chini.

"Kita tiada pilihan. Kita mesti mulakan langkah selamatkan Tasik Chini daripada terus pupus agar terus kekal sebagai warisan kita," kata Najib.

Menyedari bahawa Tasik Chini satu warisan eko-pelancongan yang perlu diberi perhatian serius, kerajaan negeri mengambil langkah bersepadu melibatkan semua agensi berkaitan bagi memastikan tasik itu dipulihara secara menyeluruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang Datuk Maznah Mazlan berkata sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kemudahan dan memulihara tasik itu.

Tasik Chini masih ada harapan

"Tasik Chini belum mati, berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar Pahang, kualiti air ialah pada indeks 2, iaitu masih sesuai untuk mandi manda dan minum.

"Dan kini kita merancang satu pembangunan yang menyeluruh dan penubuhan satu pasukan pemantau keadaan Tasik Chini yang dipengerusikan bersama oleh saya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Pahang Datuk Hoh Khai Mun," kata Maznah.

Maznah berkata peruntukan sebanyak RM7.5 juta itu merangkumi usaha memulihara tasik itu, meningkatkan taraf kemudahan asas di Tasik Chini seperti chalet, tingkatkan kemudahan infrastruktur sedia ada bagi mencapai piawaian antarabangsa.

"Program homestay di Kampung Salong dekat Tasik Chini melibatkan kos RM500,000 juga akan dibangunkan bagi merancakkan lagi aktiviti eko-pelancongan kawasan berkenaan," katanya.

Selain itu usaha menaiktaraf landskap kawasan chalet dan kawasan berhampiran tasik, pembinaan jeti baru, projek pembangunan kraftangan juga dirancang dalam pelan bersepadu itu.

Menggalakkan aktiviti penyelidikan

Mengenai PPTC, Maznah berkata kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 4 hektar bagi penubuhan pusat berkenaan.

PPTC antara lain diwujudkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan berasaskan air, tanah, kepelbagaian flora dan fauna di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Melalui kajian yang dijalankan oleh PPTC, punca dan faktor yang menjejaskan tasik itu akan dikenalpasti dan mekanisme pemulihan tasik itu akan ditentukan oleh Kerajaan Pusat.

Bagi perancangan jangka panjang, Maznah berkata pusat berkenaan akan melakukan penyelidikan sepanjang masa bagi memastikan ekosistem tasik itu sentiasa dipantau bagi merumuskan satu langkah pemuliharaan yang lebih berkesan.

"InsyaAllah, menjelang akhir 2009, Tasik Chini akan berwajah baru. "Teratai akan kembali berbunga," katanya.



aku dah gi tasik chini ni....... and it is more than meets the eye... quite beautiful and peaceful place actually.. ntahlah rasa serene aje kat sana ..  aku tak sure aku suka tentang nak taikkan taraf  dan develop besar2an.. aku lebih suka tak kacau sampai habis semua habitat kucaq kaciq kat tasik chini nun...

nanti nak cari tentang NAGA di tasik chini...   aku ada baca buku dia   best!

[ Last edited by  amazed at 19-12-2008 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2008 06:48 AM | Show all posts
Naga Chini belum mati
Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera, Tasik Chini. Beratus tahun berlalu, ia masih melingkari mereka, tetapi tanpa kesan pengaruhnya.





BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang.

Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.

Bagaimanapun, katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.

"Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri.

"Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya.

"Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang.

"Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampai demam," kenang Bahrain.




Cerita penemuan terbaru, katanya, datang daripada seorang lelaki Eropah bernama Christos yang memancing di Tasik Chini, bulan lalu. "Dia juga jumpa naga itu. Dia gambarkan naga itu seperti ular sebesar tayar motosikal," tambah Tok Batin ini.

Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu.

Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan dari mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.

"Ia diperturunkan sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air," ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini.


ANAK-anak orang Asli di Tanjong Puput menjalani kehidupan yang normal dan tenang biarpun mereka terus diwariskan kisah naga.

Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.

"Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu saja yang boleh nampak, bukan semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain," kata Bahrain.

Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan sang naga.

"Ia bukan ancaman untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat di permukaan air," sambungnya.


BAHRAIN SUNTA

Menurut Bahrain, tiada sebarang upacara dibuat untuk 'mententeramkan' haiwan itu, jauh sekali memujanya.

Yang pasti, penduduk Tanjung Puput hidup seperti biasa, jauh daripada ketakutan terhadap seekor naga yang entahkan ada entahkan tidak.

Bahrain berkata, sudah ada antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

"Seorang sudah habis belajar dan sekarang menjadi pengurus Risda di Sungai Terpai, Pahang.

"Ada juga yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia," jelas Bahrain. Namun dia juga mengakui ramai anak kampung yang tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat sekolah menengah.

Pandangan dilempar ke pondok terbuka bersebelahan. Sekumpulan wanita sedang asyik meraut batang kayu renyah, gedomba dan relung untuk menghasilkan sumpit.

Sima yang merupakan isteri Bahrain, cukup bersahaja melakukannya.

"Inilah aktiviti kami setiap hari. Yang perempuan buat kerja-kerja kraf atau masuk ke hutan mencari produk hutan.

"Yang lelaki masuk ke hutan untuk berburu atau ke laut mencari ikan," katanya yang menjelaskan perkataan laut sebenarnya merujuk kepada bahagian-bahagian tasik di sini.

Kemas dan halus saja buatannya. Mengukir motif daun bertangkai untuk menghiasi hasil kraf itu, Sima berkata setiap wanita boleh menyudahkan dua batang sumpit dalam sehari mengikut kemahiran masing-masing.

Alat yang suatu ketika dahulu dihasilkan sebagai senjata kini lebih cenderung dijadikan alat perhiasan. Jika dahulu ia terdiri daripada kayu sepenuhnya, kini bahagian dalamnya sudah berlapik besi.

"Dulu kami dapatkan sumber sepenuhnya dari hutan. Namun sekarang kami beli hampir separuh daripadanya dari pekan," ujarnya yang menambah, barangan yang dihasilkan dijual sehingga ke pasaran Indonesia manakala harganya ditentukan mengikut kepanjangnya.

Selain sumpit, mereka turut membuat bekas pensel dan perahu kecil untuk mainan kanak-kanak.




Saat ditanya tentang masakan Orang Asli, Sima pantas menjawab: "Sama saja apa yang kita makan. Masak lemak adalah kegemaran saya."

Langsung tidak membuat kami berasa jauh di pedalaman, Sima mudah saja berkongsi bahawa legenda naga tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Lima keluarga yang dianggotai lebih lapan orang setiap satunya meneruskan hidup di kampung ini tanpa rasa terhimpit dengan legenda yang masih 'bernyawa' itu.

Di sebuah lagi pondok terbuka, tiga orang wanita muda sedang rancak bermain batu seremban atau selambut.

Membaling-baling bungkusan kecil pasir ke udara, kedengaran gelak tawa mengekek penuh keseronokan. Namun, tatkala kami menghampiri, masing-masing mendiamkan diri. Malu agaknya.


RESTORAN terapung adalah antara yang diusahakan
penduduk setempat di Tasik Chini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2008 10:05 AM | Show all posts
dulu aku pernah berkayak dr tasik bera ke tasik chini....mcm2 citer aku dgr dr penduduk org asli kat situ...yg paling best..kisah naga tasik bera bertempur dgn naga tasik chini..huhu..citer mitos....nak percaya atau x..terpulang kpd masing2...tp air kat situ memang menyeramkan..perang gelap...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 09:47 AM | Show all posts
aku dah pernah camping kat sini...seremmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 11:56 AM | Show all posts
Me tak tahu sejauh mana kebenaran citer nih. Masa kecik2 ada org kata, Almarhum Sultan Pahang (bapa Sultan Ahmad) selalu ke Tasik Chini. Baginda akan mengocak2 air tasik tu dan akan timbul seekor naga.

Ampun Tuanku. Citer dr mulut ke mulut je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2008 04:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2008 08:42 PM | Show all posts
Bla korang citer pasal naga tasik chini...teringat pulak filem Naga Tasik Chini yang mana Siput Sarawak (emak anita sarawak) dan Latipah Omar jadi naga dan saling bunuh-membunuh...last2 sekor mati, sekor lagi hidup...So yang hidup tu le kot yg masih ada sekrg ni..pada pandangan aku, naga tasik tu mungkin wujud dan mungkin hanya lagenda..Tentang kisah anak org asli tu jumpa plak, mungkin dia jumpa jin berupa naga..Sebab kawasan tasik/laut ni tempat tinggal jin..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 10:55 AM | Show all posts
hanya lagenda kisah khayalan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2008 10:55 AM | Show all posts
hanya lagenda kisah khayalan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 04:15 PM | Show all posts
taknak ker discover channel datang explore apa yg ada dalam tasik chini nih..
tengok air dia seram giler..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2008 04:16 PM | Show all posts

Reply #10 manisah's post

I agree
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 01:52 AM | Show all posts
saya juga pernah dengar kisah naga ini.
Pernah orang cerita dulu, naga ni datang dalam mimpi Sultan Pahang untuk pergi ke laut, tetapi Sultan nasihatkan jangan kerana khuatiri banjir. Wallahualam

Yang pastinya, bentuk pulau Tioman tu, sebijik macam naga.

btw, naga ni berada dalam alam jin. So masyarakat china atau lain-lain yg pernah ternampak jin berupa naga ni, lakarkan sebagai simbol kekuatan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2008 07:26 AM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 8-7-2008 10:55 AM
hanya lagenda kisah khayalan...



kalu tak silap aku ler ninja.. ada citer melayu tajuk  naga tasik chini... tapi aku tak penah tengok lagi... mak aku cakap ada citer ni...  dolu dolu...  nak gak tengok  camana jaman dulu CGI naga....  !!!  tee hee
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 11-7-2008 07:26 AM



kalu tak silap aku ler ninja.. ada citer melayu tajuk  naga tasik chini... tapi aku tak penah tengok lagi... mak aku cakap ada citer ni...  dolu dolu...  nak gak tengok  camana jaman dulu CGI naga....  !!!  tee hee



hahaha...CGI naga tu lucu r...pakai naga kertas jerr
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:20 PM | Show all posts
Monday December 15, 2008
Pahang wants to revive Tasik Chini
By SIMON KHOO

KUANTAN: The Pahang Government is seeking help from the Federal Government to revive Tasik Chini which is dying a slow death.


The state government also wants additional allocation to repair and maintain the lake, in addition to having permanent staff to monitor the development of the lake.


Slow death: Destructive weeds have overtaken
the growth of lotus flowers in Tasik Chini.



State Health, Local Government and Environment Committee chairman Datuk Hoh Khai Mun said that besides getting the funds, there must be closer co-operation and co-ordination with other agencies such as the Land and Mines Office, Forestry, Drainage and Irrigation and Orang Asli Affairs Departments and Felda to check activities detrimental to the area.

Tasik Chini, the country抯 second largest freshwater lake, used to attract scores of visitors during its lotus blooming season every year but it is dying due to a number of factors including illegal mining, logging and pollution which had adversely affected the entire eco-system.

Hoh said many key proposals outlined in a recent study conducted by a team of experts from Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) would be given careful consideration.

He said the state government was serious and would like to make the lake a major tourist attraction in Pahang again.

揟he UKM report suggested that we seek an initial allocation of RM4mil from the Federal Government to carry out rehabilitation efforts.

揥e had given our consent to the proposal during a recent state executive councillors meeting and hope to receive a favourable response,
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:25 PM | Show all posts
Monday December 15, 2008
Lake of myth and legend

TASIK Chini, located about 100km from Kuantan, consists of 12 interconnecting water bodies spanning an area of 5,026ha. It is one of two natural lakes in Malaysia apart from Tasik Bera in southwest Pahang.


The lake is surrounded by tropical forests and is home to 138 species of plants, 300 species of land animals and 144 species of freshwater fish.

The Jakun tribe, one of 18 orang asli sub-ethnic groups in Malaysia, lives around the lake and survives by gathering jungle produce, hunting, fishing and cultivating crops.

Tasik Chini is rich in myth and legend and an ancient Khmer city is believed to be at the bottom of the lake. A dragon called the Naga Seri Gumum by the Jakuns (sometimes referred to as Malaysia抯 version of the Loch Ness monster) is said to live in the lake and guard the sunken city.


*****************************************************************

ah.. saya ada buka thread pasal ancient Khmer city tu --- would be interesting to
see the connection, eh --

so - nama naga tu - Naga Seri Gumum, oh okay -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 11:50 AM | Show all posts
seramnya tgk air tasik chini
dah meremang dah bulu roma
memikirkan apa yg de dlm air yg gelap tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by trebadoure7 at 16-12-2008 11:50 AM
seramnya tgk air tasik chini
dah meremang dah bulu roma
memikirkan apa yg de dlm air yg gelap tu




ada miss universe  mungkin!!!   ....   treba  ko tak yah pikirkan apa2 yang ada dalam tasik chini tu...  baik ko pikir aku lagi bagus!!  jap.. ko pompuan kan??    kalu lelaki, abaikan stetmen aku tu wokeyyyyy     :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 03:37 PM | Show all posts
tapi tasik cini ni nampak sunyi ngan menyeramkan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 04:16 PM | Show all posts

Reply #19 smma's post

tapi  aku ada... ko jgn susah hati... kalu nak pergi tasik chini... ajak aku samer  wokey...  aku ajak NIXAR sekali....  bley pakai  peckneck ramai2 kat sana....  pastu kita buat unggun api..    bakaq marshmellows... sedap beb!!    :victory:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.386087 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list