CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5254|Reply: 59

Jika aku masuk Syurga

[Copy link]
Post time 5-2-2008 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Nak tanya..jika di Syurga nanti (mudah-mudahan)..betul ke kita blh meminta apa saja kepada Tuhan?

Blh ke kalo aku minta aku ingin hidup lagi sekali kat dunia? Tapi bukan berwajah sekarang..bukan berada dlm ahli keluarga skrg..dan bukan berada dlm persekitaran hidup skrg.. Blh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 01:32 AM | Show all posts
yang aku tahu dalam quran ada sebut orang yang masuk neraka mintak hidup balik ke dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:48 AM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

      
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 5-2-2008 01:23 AM
Nak tanya..jika di Syurga nanti (mudah-mudahan)..betul ke kita blh meminta apa saja kepada Tuhan?

Blh ke kalo aku minta aku ingin hidup lagi sekali kat dunia? Tapi bukan berwajah sekarang..buk ...


hehe   ko mohon pada tuhan mintak ciptakan dunia balik semua lepas tu campak ko duduk sesorang....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:27 AM | Show all posts
apsal pelik sgt kamu ni...
org kat dunia ni semua nk masuk syurga...
kamu pulak... dh masuk syurga,nak kembali ke atas dunia semula...
sepatutnya cintakan akhirat kena lbih ckit dari cintakan dunia..
dunia ni sementara je.. akhirat tu yg kekal abadi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:29 AM | Show all posts
ok ok...  ada satu hadith cerita pasal petani nak jadi petani di syurga.  bila malaikat tanya apasal kau ni nak jadi susah pulak?  pastu dia jawab, sebab kat dunia dia jadi petani jadi dia saja syok-syok nak jadi petani di syurga.  jadi Allah pun bagi ler dia jadi petani.  kat syurga tu mana ada letih, mana ada orang nak beli benda dia tanam, semua yang dia tanam subur, berlambak-lambak.  akhirnya dia pun boring jadi petani.  hadith riwayatnya panjang aku baca dalam buku.  tak ingat riwayat siapa dan tak ingat samada sahih ke idak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2008 10:42 AM | Show all posts

Reply #6 ibnur's post

Blh jelaskan pd aku..gambaran kehidupan di syurga macamana? Jika kita dpt memiliki bidadari..jadi di syurga kita tidak akan ada sebarang perhubungan dgn isteri kita dahulu (ketika di dunia)?

Please..aku mmg x beberapa arif ilmu agama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 10:54 AM | Show all posts
manusia kekadang tak pernah puas apa yg pernah dimiliki dan yg diberikan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 11:03 AM | Show all posts

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُالَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُوَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَآمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orangterdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dankesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnyapertolongan Allah itu amat dekat. (AQ 2:214)


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #1 ali_ptk_07's post

Salam. Topik nih mcm topik kat sini jek!
http://forum3.cari.com.my/viewth ... ighlight=%2BMana%2B

Camne pun, meh tengok hadis nih:
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini.  Jawab Tuhan:  Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu.  Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan:  Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya?  Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya:  Apakah kau tidak minta?  Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah:  Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

u see! Org2 yg diberi pilihan ke syurga, bahkan meminta2 lg utk ditempatkan di syurga yg lebih baik.
Nak balik semua ke dunia? Jwb sendiri lah!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #6 ibnur's post

hehee.... leh wat story lak ek citer kat sana... In nk kongsi gak satu hadis syarah hasyiah ibn abi jamrah tp lupa lak hadis yg keberapa....

kisah seorang lelaki yg berat amal timbangannya sama. lalu dia diletakkan dia di antara syurga dan neraka. kerana terasa bahan panasnya api neraka dia pun bermohon supaya allah alihkannya hampir dgn syurga.... maka permintaan dituruti dan apabila dia lebih hampir kpd syurga maka dilihat akan kenikmatan di situ maka dimohonnya lagi kpd Allah supaya dimasukkan ke dlm syurga.... maka Allah perkenankan....


~ to tuan umah... gambaran keindahan syurga tidak dijangkau oleh akal kita.. sama sekali tdk sama dgn apa yg indah di dunia ini... yg penting kita buat yg terbaik di dunia ini dan adakah kita bisa ke sana dgn mudah tanpa kita diuji...?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:32 AM | Show all posts
biler jumpa lg indah dr syurga... nak yang lain.... manusia memang sikap x pernah puas.... hehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:02 PM | Show all posts
Tak payah minta pergi dunia balik, mana ada Tuhan kata kita boleh pergi balik kat dunia ni lepas masuk syurga/neraka.

Yang saya tahu, penduduk di syurga akan tinggal istana2 yang tidak terjangkau keindahannya di dunia ini, dan mempunyai keluarga sendiri. Kan bagus tu. Orang yang dah masuk syurga tidak terfikir nak balik ke dunia yang tiada setara nilainya dengan sebelah sayap nyamuk. Segala-galanya sudah ada di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 5-2-2008 10:42 AM
Blh jelaskan pd aku..gambaran kehidupan di syurga macamana? Jika kita dpt memiliki bidadari..jadi di syurga kita tidak akan ada sebarang perhubungan dgn isteri kita dahulu (ketika di dunia)?


Mengikut apa yang telah aku baca dan fahami, isteri bagi seorang lelaki akan kekal bersamanya di syurga kelak, dan menjadi ketua isteri bagi kesemua isteri2 nya yang ada iaitu para bidadari. Melainkan kalau si suami meninggal dahulu, kemudian si isteri berkahwin dengan lelaki lain, maka isteri itu akan menjadi teman kepada suaminya yang baru.

Semua penduduk syurga ini hidup berpasangan. Sesiapa yang meninggal sebelum berkahwin dan kemudian dapat masuk syurga, Tuhan akan beri pasangan pada orang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 03:34 PM | Show all posts
Kisah nabi Idris di bawa malaikat maut melawat surga.  disebabkan terlalu indah nya surga nabi idris tak nak balik lagi ke dunia ..walaupun di panggil oleh malaikat maut...
betapa indah nya surga...belum pernah telinga mendengar belum pernah mata memandang.
Yang kau nak balik lagi ke dunia buat apa.?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 03:35 PM | Show all posts
Kadang-kadang aku pun terpikir soalan pelik cam ni. Katakanlah aku berjaya masuk syurga (InsyaAllah). Dalam syurga kan apa saja yang kita mintak akan diperkenankan kan? So, apa kata kalau aku nak mintak kehidupan yang serupa macam kita di dunia dulu. Contohnya, ujung minggu je kita pi shopping kat SOGO, tengok wayang kat KLCC, main futsal, layan EPL kat kedai mamak 24jam tu pastu kalo ade rezki..pi melancong ke London, tengok piramid kat mesir. Agak2 Allah perkenankan ke permintaan kita tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 03:47 PM | Show all posts

Reply #16 samax's post

Rasa-rasanya di syurga ada x london atau mesir?

Dan dari apa yang aku faham, kemungkinan besar semua apa yang engkau cakapkan tu ada, kerana aku pernah terbaca mengenai ganjaran sebuah bandar yang tersergam indah kepada penduduk syurga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 05:10 PM | Show all posts
Aku rasa anda semua salah faham dgn maksud aku. Nevermind aku jelaskan lagi sekali.

Aku bukan dah masuk syurga tapi taknak tinggal di syurga..tapi..aduh aku nak terangkan pun malas..sbb takut nanti bila aku cakap aku tak puas hati dgn hidup aku yg skrg..nanti bermacam2 tohmahan korang akan lontar pada aku.

Yg blh aku cakap..jika aku masuk syurga..aku nak mohon pada Tuhan supaya aku blh hidup selama 35 tahun di dunia (drpd tempoh selama-lamanya di Akhirat) utk meneruskan cita2 menjadi pemain bola sepak Chelsea, Real Madrid, Barcelona, Arsenal (yg tak mungkin aku dpt jadi skrg-dlm hidup ni).

Tpi yg pemain bola tu sebagai contoh jer..utk memudahkan anda faham.

Tapi ini hanya pemikiran aku ketika di dunia..aku rasa sekiranya aku berjaya masuk ke syurga (InsyaAllah mudah-mudahan)..aku tentu sekali tidak mahu meninggalkam Syurga yg indah. Wallahualam

[ Last edited by  ali_ptk_07 at 5-2-2008 05:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 05:14 PM | Show all posts
Walau apa pun..Tuhan yg menentukan segala-galanya..Bukan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:39 AM | Show all posts

Reply #19 ali_ptk_07's post

aku rasa mengikut riwayat yang aku baca tu sebagai contoh....kau boleh mintak jadi pemain juara pasukan world cup. bukan di dunia tapi di syurga.  dan lawan kau akan sentiasa kalah.  kau pulak boleh jaring gol setiap saat sekali tendang.  lama-lama kau pun boring dan menyampah main bola.

itu kalau ambil contoh riwayat yang aku baca tu dan tukarkan jadi versi yang kau ndak ler.  yang betulnya aku pun tak tahu.  yang boleh aku cerita hanya contoh dari hadith.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101162 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list