|
Ahli Sunnah Wal Jamaah melihat dari segi kesahihannya. Kalau berdasarkan dari kitab sunan sittah maka ia boleh diterima.
Wahabi pulak melihat dari segi periwayatannya dan justeru banyak hadis telah didaifkan oleh mereka sebab terdapat periwayatnya yang diragukan.
Syiah pula melihat kedua-duanya sekali dan tidak boleh bertentangan dengan al-quran dan akal fikiran.
Tariqat pula boleh mengamalkan hadis-hadis daif asalkan ia hanya berkisar Fadhail-amal saja seperti Jemaat Tabligh lakukan.
Golongan anti Hadis pula mengatakan bahawa yang dikatakan hadis ialah al-quran itu sendiri.
Macam-macam ada... dan yang penting berani ker untuk belajar mengetahui perbezaan pandangan ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Gravedigger's post
heheh berani...
skrang tngah nak mengenal hadis.. blajar hadis n al-quran.....
oh.... tp misalnyer syiah yg mengamalkan nikah mutaah... dlm sahih muslim ada menyebut pasal nikah mutaah ni pernah berlaku.... dan nabi pernah menghalalkan seketika.. tu pun sebelum mekah ditawan.... dan diamalkan selama 3 hari shj.. dan hadis selepas itu terus melarang mengamalkannya sehingga kini... so naper syiah masih mengamalkan sehingga kini....??
bab zikir kuat pas semayang... dlm hadis sahih muslim ada mengatakan boleh... cos tuk menyatakan perbezaan antara waktu semasa solat dan selepas solat.... yakini.... dh tahu bahawasa solat telah selesai.....
dan pembacaan doa semasa iktidal pun ada.... yang nabi amalkan tp x tetap dan pelbagai doa... bukan sekadar..." samiallah huliman hamidah.. rob bana lakal hamd...." so adakah sebab ini qunut boleh diamalkan??? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
macam macam gak ya umat muhammad ni
lagi terrer lagi dari umat sebelumnya
dan kalau yg paling baik
belajarlah sunnah dan amalkannya
walaupun sedikit tapi berterusan, itu adalah lebih baik
dan tingkatkannya dari masa ke semasa
contohnya: sebarkan SALAM, senyum selalu, sabar, tenang
mendirikan solat,keluarkan zakat
berbuat baik
kan semua tu adalah SUNNAH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 anonymous's post
yang lebih baik
pemikir yang berfikir berdasar panduan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 OrangKertas's post
tp kalo x silap ader gak hadis sahih bertetangan ngan hdis riwayat.... tp contoh x ingat cos x hafal sgt perngkelasan hadis ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
iye tak ye
tak menerima pelajaran kecuali orang yang berakal
dan
berfikir seketika lebih afdhal dr ibadah setahun
bijak bijak!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nak cerita pasal hadis kena tau maksud nya dahulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ta'rif Hadis Nabi dan Hadis Qudsi.
Hadis Nabi...
Hadis nabi ialah berita-berita sabda Nabi s.a.w, perbutannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Bagnda mengetahuinya, juga berita sifat tubuh badan dan keperibadiannya yang mulia...
Hadis Qudsi
hadis qudsi ialah berita2 firman tuhan yang disampaikan erti maksudnya oleh rasulullah dengan susun kata baginda sendiri.
dengan ta'rif ini nyatalah perbezaan diantara hadis qudsi dengan alquran al karim, kerana alquran ialah kalam allah taala dan lafaznya dan susun katanya diturunkan dengan rasulullah s.a.w serta diperintahkan supaya menyampaikannya kepada umat manusia....
Tiap2 hadis ada "sanadnya".
oleh sebab antara masa sahabat-sahabat Nabi dan masa pengumpulan hadis2 diselangi oleh beberapa lapisan manusia maka tiap2 hadis yang dikumpulkan itu tak dapat tidak ada sanadnya yang tertentu.
sanad ialah sisilah (pertalian) yang terdiri dari beberapa orang rawi, satu demi satu mulai dari guru bagi seseorang pengumpul hadis hingga kepada sahabat yang menerima sendiri hadis itu daripada rasulullah s.a.w
dengan memandang kepada keadaan sanad dan juga kepada keadaan tiap-tiap seorang rawi maka terbahagilah hadis kepada beberapa bahagian.
Bahagian Hadis
Hadis mutawatir,
Hadis-hadis sahih , Hassan dan Dha'if...
sambungan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by donbotak at 18-2-2008 07:23 PM
Ta'rif Hadis Nabi dan Hadis Qudsi.
Hadis Nabi...
Hadis nabi ialah berita-berita sabda Nabi s.a.w, perbutannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya) terhadap sesuatu yang dilakukan orang setelah Bagnda mengetahuinya, juga berita sifat tubuh badan dan keperibadiannya yang mulia...
Hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah Salallahu3laihiwasallam... samada perbuatan, percakapan, sifat dan taqrir(persetujuan baginda)...
*taqrir merujuk kepada perbuatan yang tidak diamalkan oleh nabi tetapi baginda bersetuju/membenarkan ia dilakukan oleh para sahabat...
[ Last edited by anak_pejuang at 18-2-2008 09:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hadis pertama yang diriwayatkan oleh nabi adalah mengenai dengan niat...
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: 揝egala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya |
|
|
|
|
|
|
|
HADIS TERAKHIR RASULULLAH
Dari Abi Najh Al Irbad bin Sariah r.a katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesan.
Rasulullah bersabda: 揂KU BERWASIAT (BERPESAN) KEPADA KAMU DENGAN BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN MENDENGARKAN SERTA TA扐T, SEKALIPUN KEPADA SEORANG HAMBA YANG MEMERINTAH KAMU. KERANA SESUNGGUHNYA BARANG SIAPA YANG HIDUP DARIPADA KAMU, MAKA IA AKAN MELIHAT PERSELISIHAN YANG BANYAK. SEBAB ITU, MAKA HENDAKLAH KAMU BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH AL-RASYIDIN AL-MAHDIYYIN (YANG MENGETAHUI KEBENARAN SERTA MENGIKUTINYA, YANG MENDAPAT PIMPINAN KE JALAN YANG BETUL) DAN GIGITLAH KAMU DENGAN GERAHAM GIGI KAMU.
DAN JAUHI OLEH KAMU AKAN PERKARA YANG BAHARU DIADA-ADAKAN. KERANA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP BID扐H (PERKARA YANG BARU DIADA-ADAKAN) ITU ADALAH SESAT. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Mutawatir
Mutawatir dari segi bahasa bermaksud berturut-turut. Dari segi istilah, Hadis Mutawatir bermaksud, hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w oleh ramai perawi sama ada di kalangan sahabat, tabiin, tabi' tabiin atau selepas itu. Sehinggakan mustahil pada adatnya kita boleh menutuh kesemua mereka berbohong. Contoh Hadis Mutawatir ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di dalam api neraka." |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ahad
Ahad dari segi bahasa bermaksud satu. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak mencapai darjat Hadis Mutawatir. Kebanyakan hadis yang sampai kepada kita termasuk Hadis Ahad. Ia boleh jadi sahih, hasan ataupun daif. Jika bermartabat sahih atau hasan, ia menjadi hujah dalam syarak. Jika sebaliknya, ia tidak boleh dijadikan pegangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Hasan
Hasan dari segi bahasa bermaksud hadis yang baik. Dari segi istilah pula, hadis yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kurang sedikit daya ingatannya berbanding perawi hadis sahih, daripada mula sanad sehingga akhir, tidak ganjil dan tidak ada kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis. |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Daif
Daif dari segi bahasa, lemah atau sesuatu yang berlawanan dengan kuat. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak sampai kepada martabat hasan kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Hadis Maudhu' (Palsu)
Hadis Mudhu' atau hadis palsu ialah sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Sedangkan hakikatnya baginda tidak ada kaitan dengan semua itu. |
|
|
|
|
|
|
|
tq anak_pejuang atas penerangan yang ringkas dan padat |
|
|
|
|
|
|
| |
|