CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8974|Reply: 22

Jom turun bert bdn dgn makan epal 3 biji sehari!

[Copy link]
Post time 29-2-2008 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Tiga biji epal sehari

Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal kerana ia mengandungi banyak fiber, membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.
ERIBAHASA lama Barat ada mengatakan, makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor sudah umum diketahui, tetapi kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.

Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil yang cukup mengejutkan.

Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.

Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang.

Program 3-Epal-Sehari diilhamkan oleh Pakar Pemakanan Berdaftar, Tammi Flynn.

Flynn, yang ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tempatan menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil daripada program dietnya - malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan - melazimi memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam masa satu minggu.

Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggan lainnya dan menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu meyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji epal Washington Apples selama 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.

Program 3-Epal-Sehari merupakan satu kejayaan. Mudah dan ringkasnya petua saranan program 3-Epal-Sehari menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan.

Ia tidak melibatkan diet, sebaliknya mereka disuruh makan sebiji epal sebelum sarapan pagi, tengah hari dan malam. Di samping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan anda menyaksikan secara langsung penurunan lemak badan anda.

Tiada juga pakej makanan siap mahal untuk anda beli, hanya epal Washington Apples yang berkhasiat dari sudut buah-buahan segar di dalam kedai runcit berhampiran.
Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan.

Disebabkan epal Washington mengandungi banyak fiber - malah sebanyak 4 hingga 5 gram sebiji epal - ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semula jadinya juga menampang keinginan memakan makanan yang tinggi kandungan gula proses.

Program pemakanan itu, selain daripada epal Washington, ia melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.

Contohnya:

* Sarapan pagi: Telur dadar berkeju dan secawan bubur

* Tengah hari: Dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.

* Malam: Salad salmon salai.

Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air dalam perut, ini menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum makan bagi mengurangkan rasa lapar.

Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1,2,3. Tidak mustahil, dengan mengikuti program 3-Epal-Sehari dan menghindari diet popular, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan yang dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda!

Epal Washington kini boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, Cripps Pink, Braeburn dan Cameo.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... an&pg=ke_03.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-2-2008 05:52 PM | Show all posts
pas ni bli epel bnyk2 wat stok kat umah, sblm makan makan epel dl, nyam3
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 06:14 PM | Show all posts
epal ijo ke, aku tak leh makan epal ijo sbb aku ade reumatism (betol ker ejaan ...) ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 06:34 PM | Show all posts
kalau epal washington ni yang merah besar and kilat-kilat sikitkan...epal ni mmg sedap...pernah try, mmg boleh buang lemak.....tapi masa nak memberut tu tak tahan,sbb busuk...dia kikis lemak lama yang dalam perut...kalau kuat makan benda bersantan, lagi la teruk...tapi mcm dah jarang jumpa kat TESCO....tapi epal ni antara yang mahal sekali harga compare dgn semua jenis....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 06:38 PM | Show all posts

Reply #3 kabintang's post

x kisah kot apel apa. artikel tu x pon ckp spesifik epel apa kena makan, sama je semua rasanya

aku pon alah kat epel ijau ni sbb masam, sakit pipi (pipi ke) hahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by lica_mica at 29-2-2008 06:38 PM
x kisah kot apel apa. artikel tu x pon ckp spesifik epel apa kena makan, sama je semua rasanya

aku pon alah kat epel ijau ni sbb masam, sakit pipi (pipi ke) hahah



setuju....mana mana epal jadik....


1 epal hijau + 1 limau sehari kalau ada migrain...sila kan mencuba...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by lica_mica at 29-2-2008 05:50 PM
Tiga biji epal sehari

Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal kerana ia mengandungi banyak fiber, membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.
...


thanks...good info...hehe.. aku nak diet skit aaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 07:09 PM | Show all posts

Reply #6 ninja9's post

nak makan mcmana tu?

cite sikit, kongsi ilmu, nyam2, buah- buahan menyihatkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 10:13 PM | Show all posts
mahal la epal


i beli kt sini 3 biji rm7...


ape kes tetiap hari makan rege tu... huhu


so, nk turun  kan berat badan, i x mkn nasi, makan lauk je

azz prefer fuji epal, kalau hijau azz wat jus
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:46 PM | Show all posts
ader la org kata apple ni 'negative calorie food'....maknanyer nak cernakan epal tu lagi byk gunakan calorie daripada jumlah calorie yg dapat dr epal tu....sbb tu makin kurus knonnyer...

tapi taktaula...tader credible studies yg prove lg...so, anyway, 'an apple a day keeps the doctors away'....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:58 AM | Show all posts

Reply #10 Arissa_Sofea's post

sian la kat doktor2 kalo sume org larikan diri dari doktor ek....


btw,just hate apples....nething to replace it...? pear ke...oranges....takbley ke....tuh sume pn byk contain air jugak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #11 wb_8w's post

We are in the same boat tapi I love to drink apple juice with no added sugar. Same tak kira nya macam makan buah apple
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:37 PM | Show all posts
pineapple buleh??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 02:00 PM | Show all posts
What about peptin?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 12:12 PM | Show all posts
aku tiap2 malam aku ambil epal hijau, cara nya aku bland buat jus aje..
tue baru senang aku nak minum...
berita baik berat badan aku dah turun 3 kilo tau..
tq buat lica bagi petua nie...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 12:21 PM | Show all posts
ermm ni ada la dengar satu pendapat plak..
makan fruits memang bagus pun termasukla epal. tp epal ni di emphasizekan selain dr khasiatnya tu adalah sbg propaganda je..

kalo nak lebih afdhal, makanla kurma.. sbb kurma adalah antara satu-satunya buah yg diamalkan oleh Rasulullah memakannya dan satu-satunya buah yg mengandungi segala mcm khasiat dan vitamin, defeated the apple itself.. fibre pun lebih dr epal.

tapi ikutle mana senang dpt kan.. kurma ke epal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #15 adry9561's post

hhuhu


bagusla, mmg leh turunkan, aku blend gak dulu,


sehari ni epal,esok orange lak, tp xtahan la nk beli, harga die tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 7-3-2008 12:21 PM
hhuhu


bagusla, mmg leh turunkan, aku blend gak dulu,


sehari ni epal,esok orange lak, tp xtahan la nk beli, harga die tu...


apa salahnya azz nak turun berat badan habiskan duit sikit aje...
kalau nak dibandingkan dgn beli produk lain...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #11 wb_8w's post

Ye la
I hate apples too. Cam na nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 01:56 PM | Show all posts
ana suke epal granny smith jerk
kalo washington epal tu tak suke sbb dier rase mcm gebu..muak sket biler mkn..
suke yg grunchy nyer epal.
so far skarang layan fuji epal kalo utk merah (tak la merah mane pon kan..haha ) & granny smith kalo epal ijo..

tp kurma not bad jugak..
penah byk kali jugak nyaris miss sahor sbb bgn lewat.
so mkn la kurma 3,4 biji...minum air 1 mug...alhamdulillah tahan sampai berbuka..
gastrik pon tak de ngengade nak menyerang..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.092081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list