View: 15085|Reply: 175
|
Riz, Nubhan kecewa difitnah gay!
[Copy link]
|
|
Riz, Nubhan kecewa difitnah gay!
10-06-2008 12:07:57 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
BARU-BARU ini agakkecoh apabila ada pihak yang mendakwa pernah melihat gambar Nubhan AF6mempromosikan dirinya dalam sebuah laman web gay suatu ketika dahulu.
Bukansahaja Nubhan yang mendapat tuduhan tersebut, malah pemenang tempatkedua Akademi Fantasia musim keenam iaitu Riz juga dicop gay.
Tidakpasti pula sama ada tuan empunya diri yang berbuat demikian atau adapihak yang berniat jahat untuk menjatuhkan diri Nubhan yang barumembina tapak dalam industri ini.
![](http://www.mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_6cbcf7f9-c0a85062-107f8ba0-45b1bdb4/1/nubhan1.jpg) | "Percayalah, saya bukan gay."-Nubhan
(Foto The Star oleh Low Lay Phon) | Mungkinsatu insiden yang pahit untuk ditelan oleh pendatang baru ini selepasmemenangi tempat ketiga dalam program realiti Akademi Fantasia terbitanAstro itu.
"Saya tak tahu kenapa saya dituduh macam tu. Bukan sayaseorang sahaja yang kena malah senior AF saya yang lain seperti Adamdan Shawal pun pernah dicop gay.
"Percayalah, saya bukan seperti yang didakwa. Kalau saya jadi macam tu, memang gilalah.
"Bilasaya dapat tahu hal ini daripada abang saya, saya diamkan sahaja.Biarlah apa orang nak cakap pun. Lantaklah dan buat tak tahu sahaja.
"Saya ni bukanlah seorang yang celik IT. Jarang sekali nak ber'chatting'. Kalau nak tengok laman web kelab peminat (FC)saya pun, saya akan minta tolong ahli yang menubuhkan FC tersebut untukmengajar saya," begitulah pengakuan Nubhan ketika dihubungi.
Bercakaptentang isu ini, kata Nubhan, ini bukanlah pertama kali beliaudikaitkan dengan lelaki yang meminati kaum sejenis ini atau dalam katalain mengamalkan hubungan songsang.
"Sebelum ini ada juga orang kata muka saya nampak 'jambu' dan gaya saya seolah-olah saya ini lembut.
"Tetapi,saya nak buat macamana sebab Tuhan dah jadikan kita macam ni. Muka sayadah dijadikan macam ni. Saya memang lelaki sejati.
"Ada juga yang mengatakan gambar saya yang mereka ambil banyak kali pun, ada sesetengah tu tetap nampak lembut.
"Benda tu mula jadi salah paham apabila mereka sengaja mengeluarkan gambar saya yang nampak lembut.
"Bukan sekarang sahaja, sejak dari kecil lagi orang dah tegur saya macam tu.
"Kalau nak ikutkan, mereka tulis macam tu sebab sudah terang-terang orang cakap saya
![](http://www.mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_6cbd8fd3-c0a85062-107f8ba0-a30e45e5/1/nubhan2.jpg) | Foto Nubhan sering disalahtafsirkan dan beliau dikatakan nampak lembut | 'jambu'.Tetapi, kenapa mereka tak katakan lelaki yang bertubuh sasa dan nampakmacho di luar sana tetapi sebenarnya macam tu (gay)?," luah Nubhanseperti tidak puas hati dengan tuduhan melulu yang telah mengaibkannamanya itu.
Tambah Nubhan lagi, beliau akui pernah dikelilingidengan lelaki gay ketika menjalani praktikal di salah sebuah tempatpelancongan di Melaka sebelum ini.
"Dulu, ketika saya menjalani praktikal di situ, majoriti penari di sana terdiri dari kalangan 'gay boy'.
"Sayapernah juga berkawan dengan orang seperti ini dahulu. Bukan itu sahaja,malah ada juga yang cuba nak lebih dari seorang kawan.
"Namun,saya buat biasa sahaja dan dapat mengawal keadaan itu. Tidaklah sampaisaya terjebak daripada melakukan perkara tak baik itu," cerita Nubhanyang telah menamatkan pengajiannya di Kolej Komuniti Ulu Selangorsebelum menyertai AF6 lagi.
Jelas anak bongsu daripada lapanadik-beradik ini, beliau juga tidak dapat mengelak daripada menjadipujaan peminat yang datang dari pelbagai latar belakang termasuklahgolongan tersebut.
"Saya nak buat macam mana kerana dalamindustri ini kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada yangsuka dan ada juga yang tidak suka. Saya tak mampu menghalang sama adaorang itu gay ke, lesbian ke atau apa-apa sahaja untuk meminati saya.
"Kita tidak boleh tentukan dia ni siapa. Itu adalah masalah individu itu sendiri. Asalkan dia sokong saya pun, sudah mencukupi.
"Tetapi jika peminat itu mempunyai niat yang tidak baik, saya akan cuba elak," lafaz Nubhan yang kini popular dengan lagu Ada Untukmu.
Lagu tersebut diyanyikan oleh anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini ketika Konsert Akhir AF6 lalu.
Dalampada itu, Riz juga turut menafikan kenyataan dia pernah menjadi tukangurut di sebuah pusat kesihatan di Cheras. Dia juga menolak prasangkaburuk ramai yang mengatakan dia datang dari latar belakang bukan lelakisejati atau 'adik-adik'.
Tekad dengan jawapan yang sama, Riz jugamenidakkan cakap salah seorang tenaga pengajar AF6 mengenai tingkahlakunya yang persis seorang gay.
"Saya gelak sahaja apabilamendengar kenyataan tersebut. Saya tak faham tentang perkara itu. Sayadapat tahu pun semasa dalam perjalanan pulang dari kampung di Grik,Perak ke Kuala Lumpur.
"Ibu dan bapa yang bertanya tentang haltersebut kerana mereka sedih apabila membacanya. Tetapi, saya dahjelaskan kepada mereka yang semua itu tidak benar dan hanya gosipsemata-mata.
![](http://www.mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_7098682d-c0a85062-107f8ba0-3fc4c861/1/riz2.jpg) | Riz akui tidak pandai mengurut | "Saya bukanlah pandai mengurut orang pun. Jadi, masa bila pula saya bekerja di sana.
"Sayaterkejut juga apabila tenaga pengajar cakap saya macam tu. Bagi saya,tingkah laku saya macam biasa sahaja. Tiada yang luar biasa. Ketika didalam AF6 pun, mereka tak pernah tegur atau cakap apa-apa kepada sayamengenai tingkah laku saya, jika mereka katakan saya gay.
"Saya bukan seperti itu. Tidak sama sekali," jelas Riz atau nama sebenarnya Mohamed Idris Mohd. Zaizizi, 22.
Jikasemuanya tidak, atas sebab apa orang mengeluarkan cerita negatiftentangnya? Bak kata peribahasa, jika tiada angin, masakan pokokbergoyang.
"Saya kurang pasti mengapa cerita seperti ini dihebahkan...tak tahulah. Tetapi, apa yang saya nak katakan cerita itu tak betul.
"Sayahanya buat tak tahu sahaja sebab saya tahu itu hanya gosip. Orangsekarang pandai cakap macam-macam. Jadi, saya buat tak kisah sahaja.Biarlah apa orang nak kata, namun hanya keluarga, kawan-kawan,Tuhan dan diri saya yang tahu siapa diri saya sebenarnya," luah Riz.
Lebihmemburukkan keadaan, ada yang mendakwa Riz 'berkawan' dengan golonganlelaki meminati kaum sejenis itu sejak menganggotai sebuah kumpulanketika menyertai Gang Starz musim pertama lagi.
"Tak adalahMungkin mereka cakap kami gay sebab kami sentiasa bersama. Lepas sayakeluar dari AF6, ada juga yang cakap saya duda anak satu danmacam-macam lagi," cerita Riz.
Walaupun Riz menerima banyak fitnah daripada pelbagai pihak, beliau masih berpendirian untuk mendiamkan diri sahaja.
"Berdiamdiri, bukan bermakna saya tak nak ambil kisah. Tetapi, kalau saya ambiltindakan atau buka mulut pun, orang akan tetap bercerita. Saya redhadengan hal ini namun kalau boleh saya tak nak orang cakap tentang halini lagi," jelas Riz lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum bercadang potong rambut
Melihat wajah Riz di konsert AF6 sebelum ini, beliau mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu meruntun hati sesiapa yang melihatnya. Namun, tuan empunya diri tidak pasti di manakah tarikan itu.
"Ada yang cakap mata saya seksi. Terkejut juga sebab saya tak tahu pun selama ni mata saya seksi," ulas Riz.
Begitu juga dengan rambutnya yang panjang paras bahu, membuatkan orang kadangkala mengata Riz macam perempuan lebih-lebih apabila beliau mengenakan eye shadow ketika menyanyikan lagu Time is Running Out dalam konsert minggu kelima.
"Oh, betul ke orang cakap macam tu? (gelak). Saya tak tahu nak cakap apa tetapi saya tiada masalah dengan rambut ni. Terus terang saya katakan, saya tak pandai menjaga rambut.
"Setakat ini, saya tiada perancangan untuk memotong rambut. Ada juga sesetengah peminat yang minta saya potong rambut dan ada pula yang tak bersetuju. Macam-macam mereka cakap tentang rambut saya. Tetapi, saya rasa maintain dengan imej sebegini.
"Namun, jika suatu hari nanti saya kena potong rambut, saya tak kisah, ok sahaja," kata Riz.
Bila bercakap tentang peminat, Riz akui belum pernah menerima pelawaan lelaki gay yang mungkin meminatinya.
"Peminat saya macam-macam orang. Ada lelaki dan perempuan. Namun, belum pernah nampak lagi yang macam tu. Mereka suka bersembang dan tiada lagi yang cakap tentang perkara tak baik. Mereka biasa sahaja.
"Sebelum saya masuk AF, saya memang ada kawan yang gay. Tetapi, awal-awal lagi saya dah cakap kita kawan sahaja. Jadi, jika berhadapan dengan orang macam ni lagi, saya akan katakan nak kawan boleh dan tidak lebih dari itu," terang Riz yang berpengalaman putus cinta dua tahun
Riz mahu menampilkan single sendiri seperti Aizat
lepas.
Kini, Riz kembali solo dan mendambakan wanita yang boleh menjadi suri hatinya sehingga kekal ke jinjang pelamin dan selamanya.
"Saya tak nak bercinta separuh jalan. Sekarang, saya hanya berserah kepada jodoh. Wanita idaman saya pula, kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan berhati baik," ujar Riz yang sudah susut berat badan sebanyak 4 kg setelah keluar dari AF6.
Kata bekas penjual tiket di KLIA ini, mungkin kerja yang menyebabkan beliau turun berat badan. Namun, Riz mahu menurunkan lagi berat badannya dan bercadang untuk ke gymnasium jika ada kelapangan.
Mahu ikut jejak langkah Aizat
Selepas menyandang tempat kedua dalam AF6, kini Riz sedang bernaung di bawah Maestro Records.
"Sekarang, saya ikut sahaja aktiviti yang dirancang oleh pihak Maestro. Kalau boleh saya nak keluarkan single sendiri. Tetapi, lambat juga jika saya hanya menunggu.
"Mungkin saya akan cuba keluarkan modal sendiri seperti Aizat yang mengeluarkan single Hanya Kau Mampu dengan sendiri. Insya Allah," tutur Riz yang berminat menerbitkan samada lagu rancak atau slow.
Tentang lakonan, Riz belum berminat untuk menceburi bidang tersebut dan buat masa ini hanya mahu menumpukan bidang nyanyian. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade kawan gay, les..kawan baekk lagi u, lepak same same, tido same same..but itu hak diaorg, janji aku tak buat. kalau betol pon, tak salah berubah...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
saya percaya![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diaorang GAY pun takkan la nak mengaku..Nak mampus kat Malaysia ni mengaku diri GAY....Harusla honor killing nant.. |
|
|
|
|
|
|
|
nubhan x gay..
twinky banyak kwn gay..
gay selalunya yg metrosexual,dan nampak lelaki sejati..
lg satu dorg amat jaga penampilan..
nubhan jenis sempoi yg amat..
nubhan x menepati ciri2 nyer...
kalau gay, x denyer boleh feeling2 dengan stacy tu..
nubhan jenis yg anak manjer dan x macho..
bukan sampai tahap lembut tp jenis org sensitif.. |
|
|
|
|
|
|
|
cian nubhan buta IT..abih sblm nih keje eksekutif pinjaman di bank tak gune pc ek? ops lupe, die tolong orang nak wat loan isikan borang je, bukan key in dalam pc pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Syd's post
Syd, cube tanye kat Ramli MS. Dia pon kena tuduh dulu...
Riz gay?? dari firasat saya based on kengkawan saya, nampaknya macam tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kerana ada masalah personal, pelajar AF jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ayiepk's post
maksud buta IT tu bkan pasal keja
chatting, berforum2 bagai tu la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 mata_bulat's post
mesti kang dia masuk sini
dia bakar kening hang
ckp dia gay
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 twinkystar's post
lg satu,gay x de nyer nk bermanja2 dengan perempuan..
harus jeles lg dgn perempuan sebab berebut lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|